Monday, May 22, 2006

PEMANAH SEPINTAR RANGKUL DUA ANUGERAH


Rawang -22/5/2006

Pemanah SBPI Rawang (SEPINTAR) Farah Ayuni Bt. Kamarulzaman telah berjaya merangkul dua anugerah di Pertandingan Memanah MSS Selangor pada 14 hingga 19/5/2006 di SMK Batu Unjur Klang Selangor. Beliau telah berjaya mendapat Tempat Keempat Berpasukan Keseluruhan (18 tahun ke bawah) dan Tempat Keempat -Pusingan Olimpik Pasukan 18 Tahun Ke bawah -Perempuan. Tahniah diucapkan!

Penolong Kanan Kokurikulum SEPINTAR.

Friday, May 19, 2006

Lawatan Matsusaka High School Japan ke SBPI Gombak




8 Mei 2006 (Isnin) - 33 pelajar dan 4 guru telah melawat SBPI Gombak atas tujuan pertukaran budaya dan projek sains. 6 projek sains drp SBPI Gombak dan 5 drp Matsusaka High School Japan telah dibentangkan dan dieksperimenkan. Pelajar juga dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan Malaysia sambil menikmati makan tengahari di Dewan Utama. Pelajar SBPI Gombak telah dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dengan pelajar Matsusaka High School dan adalah diharapkan pelajar SBPI Gombak dijemput ke Jepun dalam program pertukaran pelajar yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah bertungkus-lumus menerima tetamu dalam program pengantarabangsaan ini.

Laporan oleh PK Koku - Kairul

SBPI Gombak Johan Bahas UIAM - TAHNIAH


Gombak-18 April 2006 . Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan debat BM yang telah bersaing dalam Debat Terbuka UIA kepadaM baru-baru ini. Pertandingan yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hishamuddin telah membawa pasukan SBPI Gombak ke mercu kejayaan setelah berentap sebanyak 9 pertandingan sebelum ke pertandingan akhir melawan MCKK. Lebih 100 pasukan telah mengambil bahagian. Tahniah sekali lagi kepada Kasyful, Liyana, Dahlia dan Ismah.

Thursday, May 18, 2006

TANPA GURU SIAPALAH KITA

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.

KE ARAH PENGANTARABANGSAAN

Mohd Hariz Shah Bin Mohd Hazim Shah pelajar Tingkatan 4 SBPI Temerloh telah terpilih ke German untuk jangka masa sebulan pada bulan Julai 2006.. Ini berikutan kejayaan beliau menggondol Grand Prize Winner dalam pertandingan penulisan esei Bahasa German peringkat SBP 2006 yang bertajuk Meine Mutter .
Tahniah kepada beliau semoga menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain.

Nor Hidayah Bt Misran pelajar Tingkatan 5 SBPI Temerloh telah menyertai Kem International Mathematical Olympiad di Hotel Langkasuka Langkawi Kedah pada 4 hingga 8 Mei 2006. Beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang peserta yang dipilih untuk lawatan ke Slovenia dan Yugoslavia pada bulan Julai 2006.

Tahniah.

Laporan : Razali Bin Ahmad

HARI INTEGRASI MERIAH






Pada 16 Mei 2006 SBPI Temerloh telah menyambut Hari Guru dan Hari Pekerja serentak. Kehadiran Yang Berhormat Tuan Hj Ismail B Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga YDP PIBG sekolah ini disambut oleh Puan Pengetua, Guru dan Kakitangan sekolah. Hadir sama dalam majlis ini ialah AJK PIBG. Majlis dimulakan dengan Ucapan YB YDP PIBG, Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En Zamri b Sabri PK HEM dan Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Hajah Shariffah Asmak Bt Alwee Pengetua SBPI Temerloh. Bacaan Ikrar diketuai oleh Pengetua dan diikuti lagu Guru Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan pelajar.
SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.
Laporan: Razali Ahmad

Wednesday, May 17, 2006

SBPI TEMERLOH JOHAN MSSM NEGERI PAHANG





















Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Stadium Bandar Jengka, Maran pada 2-5 Mei 2006. Wakil daripada SBPI Temerloh iaitu MuhammadHafizul Bin Mohamad Bazli yang mewakili Daerah Temerloh telah berjaya mendapat pingat Emas dalam acara 4 X 100 meter lelaki B18. Manakala Najibah Nur Bt Zainuddin mendapat pingat Gangsa dalam acara 4 X 400 meter perempuan B18.
Kejayaan ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut kelab olahraga SBPI Temerloh di peringkat Negeri bawah pimpinan Guru penasihat En Mohamad Rizal Bin Zainal Abidin. TAHNIAH.
Laporan : Razali Bin Ahmad

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SBPI TEMERLOH





SBPI Temerloh telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-2 pada 29.4.2006 bertempat di Dewan Darun Nadwah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YH Dato` Haji Ahmad Azmey B Hj Abu Talib, Pengarah Pelajaran Pahang. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Abdullah Bin Ismail Ketua Sektor di JPN Pahang. Hadir sebagai tetamu kehormat dalam Majlis berkenaan ialah En Rofli Bin Mohamed Penolong Pengarah, Sektor SBP Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Tuan Hj Ismail Bin Mohamed Said Yang Dipertua PIBG merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau dan wakil PPD Temerloh En Osman Bin Hassan. Penerima Anugerah Kecemerlangan ialah Suraya Bt Mohamed Esa ( Pelajar Terbaik SPM ), Mohd Huzaimi B Mohd Amin ( Tokoh Pelajar ), Abdul Muhaymin B Mohd Fauzi (Pelajar Mithali), Rafidah Bt Mohd Rasid (Pelajar mithali) dan Muhammad Ikram B Ab Basik (Kokurikulum).

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 telah dijalankan sebaik sahaja Majlis Anugerah Cemerlang selesai. Untuk sesi 2006/ 2008, Yang Berhormat Tuan Hj Ismail Bin Mohamed Said sekali lagi terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG SBP Integrasi Temerloh.

Laporan : Razali Ahmad

SELAMAT HARI GURU!

Rawang-16/5/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua warga SBP khususnya para Penolong Kanan Kokurikulum dan Pegawai-Pegawai di Sektor SBP semoga pengorbanan anda semua diberkati dan dirahmati Allah.

PK Kokurikulum SEPINTAR.

Mozac Johan Forum Remaja Negeri Melaka

Pada 25 April yang lalu, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka telah mengambil bahagian dalam pertandingan Forum Remaja akhir peringkat negeri Melaka yang telah diadakan di Dewan Bestari, JPNM. Dengan tajuk forum 'Kemerosotan Prestasi Akademik Pelajar',5 peserta sekolah ini menewaskan 5 buah sekolah lain yang mewakili 5 buah daerah di Negeri Melaka. Dengan kejayaan ini, mereka akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun ini di Pulau Pinang.
Nama peserta Mozac ialah

(i) Siti Musliha Ajmal Mokhtar
(ii) Iylia Mohd Idris
(iii) Izzul Izzuddin Shah Abd. Rahman
(iv) Siti Arafah Nordin
(v) Mohd Anuar Ahmad

Semoga mereka berjaya di peringkat kebangsaan pula.
"MOZAC BOLEH"

Lawatan Persatuan Filateli Ke Seremban

Pada 10 Mei 2006, Persatuan Filateli MOZAC telah melakukan lawatan sambil belajar ke Muzium Seremban atas jemputan pihak Pos Malaysia, Negeri Sembilan. Mereka mula bertolak dari asrama pada pukul 7.15 pagi dan sampai ke tempat yang dituju pada pukul 8.30 pagi. Seramai 39 ahli persatuan bersama dengan guru pengiring, En. Husaini Zakaria telah mendendar ceramah mengenai adat pepatih oleh Prof. Dr. Halim serta melawat pameran selepas itu.
Mereka juga menyertai aktiviti pertandingan kuiz dan dihidang dengan jamuan sebelum bertolak pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka sampai semula ke sekolah dengan selamatnya pada pukul 2.30 petang
Pada keseluruhannya, lawatan ini amat bermanfaat kepada para ahli rombongan terutama tentang sejarah dan adat pepatih. Lawatan ini juga selaras dengan aktiviti pelancongan yang disarankan oleh kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Pelajaran Melaka.

Monday, May 15, 2006

Penyampaian Hadiah Sukaneka asrama


Acara yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk memenuhi ruang waktu pelajar pada waktu riadah. Permainan yang dijalankan adalah diantaranya futsal, tarik tali dan bola jaring dimana pertandingan ini dijalankan sepanjang masa. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMSKS dan diadakan di dewan makan asrama.

Thursday, May 11, 2006

Kuiz ASEAN

AFIDA LIYANA terus mara untuk mewakili Malaysia menerusi Kuiz ASEANIsnin , 8 Mei 2006. – berita menggembirakan bagi warga SSP apabila salah seorang daripada puterinya, Afida Liyana telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili Malaysia setelah berjaya mengalahkan wakil-wakil seluruh negara. Kejayaan Afida Liyana ini pastinya menjadi kebanggaan setiap warga SSP. Semuga Afida terus berjaya dan mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
DILAPORKAN OLEH –
UMI NAFISAH MD SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

Pertandingan SKUASYperingkat MSSM

SKUASY - Eireen Abdul Rahman wakil Selangor ke Peringkat Kebangsaan.
Pertandingan Skuasy peringkat negeri yang diadakah di SM Katholik, Petaling Jaya, telah menyaksikan : Eireen Abdul Rahman pelajar tingkatan 1 SSP, berjaya mewakili Selangor dalam Pertandingan Skuasy. Pertandingan peringkat MSSM ini akan diadakan pada bulan Jun 2006 di Ipoh , Perak. Semuga terus maju Eireen…
DILAPORKAN OLEH –
UMI NAFISAH MD SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

KUIZ SAINS SEMULA JADI

KUIZ SAINS SEMULA JADI – SSP Naib Johan Peringkat Semi Final.

29 April 2006, Pertandingan Kuiz Sains Semula Jadi Peringkat Kebangsaan telah diadakan di MRSM Jasin. Pertandingan Semi Final telah melibatkan beberapa buah sekolah yang dibahagikan kepada Zon 1( Sabah/Sarawak dan Labuan), Zon 2( Perlis,Kedah, P. Pinang dan Perak) Zon 3 -Wilayah Persekutuan (SMS Seri Puteri), Melaka (MRSM Jasin), Selangor (Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya) dan Negeri Sembilan (SM. King George V) manakala Zon 4 ( Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor).
Keputusannya bagi Zon 3 - SSP Naib Johan dikalahkan oleh pasukan tuan rumah.
DILAPORKAN OLEH –
UMI NAFISAH MD SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

Kuiz ASEAN

AFIDA LIYANA YAHAYA - Johan Kuiz Asean wakil tunggal layak ke Peringkat Kebangsaan.
5-8 Mei 2006 akan menyaksikan Afida Liyana binti Yahaya mewakili Negeri Selangor Ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Kuiz ASEAN. Pertandingan setiap dua tahun ini akan diadakan di Angkasapuri , Kuala Lumpur. Good Luck Afida…..
DILAPORKAN OLEH –
UMI NAFISAH MD SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

Basketball MSSD (U18 ) berjaya ke Peringkat Negeri.

Johan Basketball MSSD (U18 ) berjaya ke Peringkat Negeri.

25-26 April, pasukan Bola Keranjang bawah 18 tahun SSP, telah berjaya mengalahkan pasukan Bola Keranjang Bukan Melayu yang digeruni di daerah Sepang. Kemenangan ini merupakan tiket untuk pasukan Seri Puteri mewakili daerah Sepang ke Peringkat Negeri.GOOD LUCK SSP…..
DILAPORKAN OLEH –
UMI NAFISAH MD SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

BasketBall SBP Zon Tengah 2006

SSP Juara BasketBall SBP Zon Tengah 2006

14-16 April, bertempat di SBPI Gombak menyaksikan Sekolah Seri Puteri masih mampu mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan Bola Keranjang sempena HKSBP Zon Tengah 2006. Sehubungan itu, SSP akan mewakili Zon Tengah Ke peringkat Kebangsaan di SEMSAS Kuantan, Pahang .Kita jumpa di sana…..
Dilaporkan Oleh -
UMI NAFISAH MD. SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

WIND ORCHESTRA 2006



MAKLUMAT PERTANDINGAN WIND ORCHESTRA KE VIII, 2006
10-14 MAC 2006
Tempat :Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
8. MEI. 2006
Tempat :Kuala Lumpur Convention Center
Raptai telah diadakan di KLCC bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang, melibatkan ke lima-lima pasukan yang berjaya ke Peringkat Akhir iaitu SSP, SAS, SDAR, KTK dan STF. Semua pasukan telah memberikan kerjasama dan telah menampakkan usaha yang gigih dalam mempersiapkan pasukan masing-masing. Semua SBP yang telah dilantik sebagai jawatankuasa juga telah hadir dalam raptai tersebut, termasuk Tuan KPP Sektor SBP- En Abd Ghafar Mahmud.
16-19 Julai 2006
Tempat :SSP & KLCC
17 Julai 2006 - Semua lima pasukan berkampung di SSP (KTK dan STF) dan di SAS (SDAR)
17 Julai 2006 – 8.30 malam : Undian dan taklimat akan diadakan di SSP
18 Julai 2006 - Kelas tuning dan raptai penuh kali kedua akan di adakan berdasarkan undian yang telah dibuat di SSP
19 Julai 2006 – 8.00 pagi – 12.00 tengahmalam Pertandingan Wind Orchestra ke VIII 2006 akan dijalankan di KLCC, Kuala Lumpur sebagai persembahan Festival Muzik Antarabangsa dgn
disaksikan oleh tetamu luar negara.
DILAPORKAN OLEH -
UMI NAFISAH MD. SIRAT
PK KOKURIKULUM SSP, CYBERJAYA

Tuesday, May 09, 2006

Pemanah SEPINTAR Ke MSS Selangor

Rawang -9/5/2006

Pemanah SEPINTAR (SBPI Rawang) -Farah Ayuni menempah tempat ke MSS Negeri Selangor setelah berjaya mendapat tempat ke 4 keseluruhan dalam Pertandingan Memanah MSS Daerah Gombak di SMK Gombak Setia pada 3-5/5/2006 yang lalu. Manakala dalam acara memanah 50 meter beliau berjaya mendapat tempat ke3. Beliau mewakili Daerah Gombak untuk cabaran seterusnya di Klang Selangor. Semoga berjaya dan tahniah.

Laporan : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Sunday, May 07, 2006

SSAS JOHAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT SLAD.

Putrajaya 07 Mei 2006.

Sekolah Sultan Alam Shah sekali lagi membuktikan keunggulan dengan menjuarai pertandingan Dikir Barat SLAD daerah Sepang yang diadakan pada 04 Mei 2006. Dengan kemenangan ini SSAS akan mewakili daerah Sepang ke pertandingan peringkat Negeri Selangor. Pasukan ini di bawah bimbingan Pn. Nik Anita Che Hamid. Tahniah Sekolah Sultan Alam Shah.

Dilaporkan oleh:
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah.

SSAS UNGUL DALAM DRAMA BAHASA INGGERIS

Putrajaya, 06 Mei 2006

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya berjaya menjadi johan English Language Drama Competition peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 20 April 2006. Pasukan Alam Shah terdiri dari pelajar tingkatan 4 berjaya mengalahkan 8 sekolah lain yang mewakili daerah masing-masing. Di atas kemenangan ini SSAS akan mewakili Negeri Selangor di peringkat seterusnya, kejayaan SSAS ini adalah disebabkan sikap pelajar dan guru iaitu En. Shaiful Putra yang begitu komitmen sekali. Ia juga ditambah dengan pengalaman menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Tahniah Sekolah Sultan Alam Shah.

Dilaporkan oleh:
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah.

Saturday, May 06, 2006

PELAJAR SSAS MENANGI HADIAH STUDY TOUR TO JAPAN.

Putrajaya, 06 Mei 2006.

Pada 30 April 2006 bertempat di Japan Club Kuala Lumpur telah diadakan Japanese Language Speech Contest terbuka kepada semua pelajar sekolah seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh Japan Foundation Kuala Lumpur, Japan Embassy, JACTIM, Japan Club KL dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang pelajar Sekolah Sultan Alam Shah iaitu Muhamad Khairul Nazrin bin Khalil (4 Maju) telah berjaya mendapat tempat 3rd Japan Language Speech Contest for Secondary Schools. Di atas kejayaan ini beliau telah dihadiahkan Study Tour To Japan selama 2 minggu (26 Jun - 11 Julai 2006) dan ditanggung sepenuhnya oleh penaja. Tahniah kepada Muhamad Khairul Nazrin, Cik Chin Siew Siew (guru pengiring) dan Sekolah Sultan Alam Shah.

Dilaporkan oleh
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah.

Wednesday, May 03, 2006

LOMPATAN EMAS MOHD. SAPUAN

Tahniah diucapkan kepada Mohd. Sapuan yang telah mewakili MSSD Sabak Bernam ke Kejohanan Olahraga MSS Selangor yang telah diadakan di Stadium Jugra Klang pada 2-5 April yang lalu.
Beliau yang mengambil acara lompat kijang lelaki bawah 15 tahun telah berjaya mendapat pingat emas dan mencipta rekod baru kejohanan.

AKIMUL HAKIM CEMERLANG DALAM KEJOHANAN RAGBI MSSM

Tahniah diucapkan kepada Akimul Hakim bin Mohd. Habib yang telah terpilih mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Ragbi MSSM yang telah diadakan di Pulau Pinang. Dengan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh beliau pasukan ragbi MSS Selangor menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

KURSUS KOMANDAN KRS DAERAH GOMBAK DI SEPINTAR


Rawang -3/4/2006

Jawatankuasa Kadet Remaja Sekolah Daerah Gombak telah menjalankan Kursus Komandan KRS kepada Pengetua dan Guru Besar Daerah Gombak pada 3/4/2006 bertempat di Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang (SEPINTAR). Seramai 120 orang Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum telah hadir untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada Para Pengetua dan Guru Besar berkenaan perkara-perkara asas berkenaan KRS sebelum mereka ditauliahkan sebagai Komandan KRS.

Laporan : Mustafa Kamal B. Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

AISHAH MADIAH UNGGULI MTQ HAFAZAN

Tahniah diucapkan kepada Aishah Madiah bt. Mat Hassan kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam MTQ peringkat daerah Sabak Bernam buat kali ke-2. Beliau telah mewakili Daerah Sabak Bernam ke MTQ peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Kuala Langat pada 21 dan 22 April yang lalu.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya menjadi Johan MTQ Bahagian Hafazan Peringkat Negeri Selangor dan akan mewakili Negeri Selangor ke MTQ Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan pada awal cuti persekolahan nanti.
Semuga Aishah Madiah akan berjaya dalam pertandingan tersebut.

PESTA PERMAINAN SEPINTAR 2006


Rawang -3/4/2006

Pesta Permainan Rumah-Rumah Sukan SEPINTAR (SBPI Rawang) telah berlangsung pada 24 hingga 28 April 2006 yang lalu. Sebanyak 7 jenis permainan telah dipertandingkan iaito Street Soccer, Bla Keranjang, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton dan Ping Pong. Aktiviti ini dijalankan oleh para pelajar sepenuhnya dengan penyeliaan guru-guru. Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Puan Hajjah Saadah Bt. Othman. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SEPINTAR kerana menunjukkan kebolehan pengurusan yang membanggakan.

Mustafa Kamal B. Jamaluddin
PK Kokurikulum
SEPINTAR

SBP INTEGRASI SABAK BERNAM JUARA BOLA SEPAK MSSD SABAK BERNAM BAWAH 15 TAHUN KALI KE-2

SBP Integrasi sabak Bernam telah muncul Juara Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam bawah 15 tahun buat kali kedua dengan mengalahkan Sek. Men. Keb. Munshi Abdullah dengan jaringan 2-1.
Dalam pertandingan akhir tersebut, Mohd. Azim b. Shahmi telah diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan menerima sebuah tropi. Empat orang pemain BPI SB telah terpilih mewakili MSSD Sabak Bernam ke Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor yang akan diadakan pada akhir bulan Mei ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemain dan jurulatih kerana dapat mempertahan kejuaraan tersebut.

SBP INTEGRASI SABAK BERNAM BUAT KEJUTAN

SBP Integrasi Sabak Bernam telah membuat kejutan dalam Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Tengah yang telah diadakan pada 14 dan 15 April 2006 di SBPI Gombak. Pasukan lelaki SBP Integrasi Sabak Bernam telah melayakkan diri ke Kejohanan Bola Keranjang HKSBP setelah menduduki Naib Juara setelah tewas kepada MTD dalam pertandingan akhir.
Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatih pasukan bola keranjang lelaki di atas kejayaan tersebut.