Monday, July 31, 2006

SEPINTAR JOHAN KAWAD KAKI KRS DAERAH GOMBAK 2006




Rawang : 31/7/2006

KRS Putera SBPI Rawang berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Daerah Gombak 2006 yang diadakan di SMK Seri Selayang pada 29/7/2006. Di samping itu pasukan KRS SEPINTAR juga berjaya mendapat hadiah ketegori Formasi Terbaik dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan terutama kepada Jurulatih Encik Kamisan B. Siham yang bertungkus lumus melatih para pelajar. SEPINTAR akan mewakili Daerah Gombak ke Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri Selangor di Kuala Kubu Bharu pada 8/8/2006.

PK Kokurikulum SBPI Rawang

SEPINTAR JOHAN PLATE MSS RAGBI BAWAH 15 NEGERI SELANGOR


Rawang : 31/7/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) berjaya menjadi Johan Ketegori Plate dalam kejohanan Ragbi Bawah 15 Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2006 bertempat di Daerah Klang. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih dan semoga mendapat kejayaan lebih cemerlang di masa hadapan.

PK Kokurikulum SBPI Rawang.

Thursday, July 27, 2006

STF JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI NEGERI JOHOR

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Sekolah Tun Fatimah telah berjaya menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan Perempuan Peringkat Negeri Johor 2006 yang telah diadakan di SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang, Johor pada 13 Julai 2006 yang lepas. Sekolah Tun Fatimah yang mewakili Daerah Johor telah mengalahkan lapan daerah lain yang kesemuanya diwakili oleh Pasukan Kadet Polis dalam pertandingan tersebut. Ini adalah kejayaan kali keenam berturut-turut Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) berjaya menjuarai pertandingan di atas di peringkat Negeri Johor. Bagaimanapun, dukacita kerana tiada pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan untuk tahun 2006.


Mohd. Azman bin Awang
Penolong Kanan (Kokurikulum)
Sekolah Tun Fatimah

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Rawang-27/7/2006

SEPINTAR telah menghantar wakil mewakili Daerah Gombak ke Pertandingan Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Daerah Kuala Selangor. Acara yang disertai ialah Portable Cooking With Nature, Innovasi Dan Kejuruteraan serta Robotik Menengah. SBP lain yang turut menyertai dalam pertandingan tersebut ialah SBPI Gombak, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMAP Kajang dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah.

PK Kokurikulum SBPI Rawang.

Wednesday, July 26, 2006

Kejohanan Jemputan Ragbi B14 SMK Seri Bedena, Sabak Bernam & COBRA


23 Julai, Sabak Bernam; SM Sains Kuala Selangor telah menyertai Kejohanan Jemputan Ragbi B14 SMK Seri Bedena, Sabak Bernam & COBRA. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa sekolah sekitar negeri Selangor dan Perak antaranya SBPI Sabak Bernam, SMK Seri Bedena & banyak lagi. SM Sains Kuala Selangor telah berjaya muncul sebagai Johan setelah menewaskan SBPI Sabak Bernam di peringkat akhir.

Tuesday, July 25, 2006

Perkhemahan Badan Berunifrom Kali Pertama


Kem Belia Bulit Lagong - 19/06/06

Unit Kokurikulum SM Sains Alam Shah telah mengadakan perkhemahan badan beruniform kali pertama buat julung-julung kalinya.Seramai 60 orang pelajar telah terlibat di mana terdiri daripada wakil setiap badan beruniform.Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk flying fox, rempuh halangan dan berjalan malam.Perkhemahan ini telah mendapat kerjasama dari Pusat Latihan Penguatkuasa Kerajaan Negeri Selangor yang menghantar bantuan jurulatih.Penutup Majlis Perkhemahan ini telah dilakukan oleh Penegetua SM Sains Alam Shah pada jam 8.30 malam.

Semoga perkhemahan ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Pelapor :
PK Koko SM Sains ALam Shah,
KL.

HARI KOKURIKULUM SHAH PEKAN 2006

PEKAN - 25 JULAI 2006

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang ( SHAH PEKAN ) telah mengadakan Hari Kokurikulum pada 15 Julai 2006 yang lalu. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 11.00 malam. Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan pada hari tersebut iaitu :-

- Road relay
- Bola sepak 5 sebelah
- Kawad kaki
- Ikatan tali
- Pertolongan cemas
- Roket
- Treasure Hunt
- Melukis dan mewarna
- ICT 'Power Point'

Majlis Perasmian Penutup diadakan pada jam 9.00 malam dan disempurnakan oleh En. Jaafar Bin Idris ( Pegawai Pelajaran Daerah Pekan ). Majlis penutup ini diserikan dengan persembahan sekolah yang terdiri dari pasukan koir, nasyid dan dikir barat. Anugerah Kokurikulum terbaik bagi kategori pasukan uniform dimenangi oleh Pasukan Kadet Polis. Kelab Pengguna memenangi kategori Persatuan & Kelab terbaik. Manakala pasukan ragbi memenangi kategori Sukan & Permainan terbaik.

Disediakan oleh,
HASAN BIN MUSA
PK Kokurikulum SHAH PEKAN

Thursday, July 20, 2006

Finale Wind Orchestra Berlangsung Gilang Gemilang

19 Julai - Rabu : Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh telah berlangsung dengan gilang gemilangnya malam tadi di Kuala Lumpur Convention Centre.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussein beserta isteri.

Majlis diserikan lagi dengan dua persembahan selingan yang menonjolkan muzik tradisional yang berbeza iaitu dari Sierra Leone dan Siberia, Rusia.

Finale ini juga dihadiri oleh seribu delegasi seluruh dunia yang menghadiri Persidangan
Sedunia Persatuan Antarabangsa Pendidikan Muzik (ISME).

Lima finalis pada tahun ini ialah
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Para juri antarabangsa yang mengadili pertandingan ini amat kagum dengan kebolehan pelajar yang mengambil bahagian yang mencapai taraf antarabangsa. Keputusan finale adalah seperti berikut:

  • Johan: Sekolah Sultan Alam Shah
  • Naib Johan : Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Ketiga : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban

manakala Konduktor Terbaik disandang oleh Adik Nur Rusleezah Ramly (Sekolah Seri Puteri). Jawatankuasa ISME 2006 telah bermurah hati untuk menghadiahkan Piala Pusingan bagi kategori ini.

Sektor SBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama menjayakan Finale Wind Orchestra 2006

Wednesday, July 19, 2006

Finale Wind Orchestra SBP


19 Julai-Kuala lumpur. Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh ke-8 akan berlangsung pada malam ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Finale kali ini amat signifikan kerana diadakan bersempena dengan Persidangan Sedunia Pendidikan Seni Muzik (ISME).

Latar Belakang

Pertandingan Wind Orchestra SBP telah diadakan buat julung kalinya di Johor Baharu pada 1 dan 2 Ogos 1997. Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 18 buah SBP telah menyertainya. Seolah Tun Fatimah telah diberi penghrmatan sebagi penganjur. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Pertandingan kali kedua telah diadakan di Kuala Lumpur yang mana Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri telah diberi penghormatan sebagai penganjur bersama bagi menjayakan pertandingan tersebut. Hanya enam buah SBP telah mengambil bahagian, ini kerana tarikh pertandingan terlalu hampir dengan peperiksaan. Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan iaitu Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh telah menjadi penganjur pertandingan buat kali ketiga dan yang pertama di alaf baru ini. Upacara Perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Abdul Rafie bin Mahat. Sebanyak 15 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.

Tahun 2002 hingga 204 menyaksikan Negeri Sembilan menjadi tuan rumah. Sekolah Dato' Abdul Razak diberi penghormatan menyambut kedatangan pasukan Wind Orchestra.

Sekolah Sei Puteri pula telah menjadi tuan rumah pertandingan Wind Orchestra pada tahun 2005 dan pertandingan awal Wind Orchestra 2006.

Pertandingan awal kali ini menyaksikan 18 pasukan Wind Orchestra bertandingan dan lima pasukan layak ke pertandingan akhir. Finale Wind Orchestra ke-8 2006 diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre sempena Persidangan Sedunia Pendidikan Seni Muzik (ISME) 2006.

Sekolah-sekolah yang layak ke Finale Wind Orchestra

1. Sekolah Dato' abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
2. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
3. Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu, Johor
4. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Monday, July 17, 2006

PK Kokurikulum SBPI Pekan Kembali Ke Rahmatullah

Ahad 16 Julai - Hj Sa'adan @ Sa'adon bin Hj Yaacob, Penolong Kanan Kokurikulum SBPI Pekan telah kembali ke ramatullah pagi ini. Allahyarham telah menderita sakit sejak beberapa lama. Semasa HKSBP di SEMSAS baru-baru ini, para pengetua dan pegawai sektor telah sempat melawat beliau di Hospital Pekan.
Semoga Allah mengurniakan rahmat dan keampunan ke atas roh beliau, dan semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarganya, amin.
Sama-samalah kita membaca al-fatihah dan disedekahkan pahalanya kepada allahyarham. Al-fatihah.

Hj Nor Azam Abdullah
Sektor SBP

Wednesday, July 12, 2006

NASYID SMAPKAJANG JOHAN KEBANGSAAN KALI KE-3

Alhamdulillah..Kumpulan Nasyid dari SMAP Kajang ( mewakili Negeri Selangor ) sekali lagi buat kali ke-3, muncul JUARA pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang dia adakan di Hotel Tiara, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, malam tadi 10 Julai 2006. Tn Hj Aminuddin Abd Rahman selaku guru penasihat Kumpulan ALL FOR UMMAH ini juga muncul sebagai pencipta lagu terbaik untuk kali ke-3. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dato Noh Omar.
Hasil dari kerjasama semua pihak khususnya warga SMAP Kajang, kejayaan ini adalah untuk semua Pelajar, Guru, Kakitangan, SBP-SBP yang lain dan Unit SBP Kementerian Pelajaran Malaysia.... SYUKUR ALHAMDULILLAH.

laporan dari
pk kokurikulum smapkajang.cikguyop.

KURSUS PROFESIONALISMA DAN PEMBANGUNAN PK KOKURIKULUM SBP

Tahniah dan ucapan syabas kami kepada pihak sektor SBP terutama kepada tuan KPP dan khususnya Tn Hj Azam dan En Fathullah kerana telah berusaha mrngadakan kursus untuk semua PK Koku SBP di Kings' Hotel, Melaka pada 27 - 30 Jun 2006 baru-baru ini. Pengisian kursus adalah sangat relevan iaitu Pengurusan Fail, Protokol dan Etiket dan Tatacara Pengurusan Majlis rasmi dan diharap kursus-kursus seperti ini dapat terus diadakan dengan pengisian yang lebih global dan glokal dan lebih bertaraf antarabangsa jika diberi peluang.
Syabas Unit Koku, Sektor SBP.

PK Koku Integomb

SEPINTAR Sertai Pertandingan FUTSAL Anjuran German Leadership Network


Rawang-12/7/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) telah menghantar 10 orang pelajar dan 2 orang guru untuk menyertai Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh German Leadership Network(GLN). Pertandingan tersebut diadakan pada 29 hingga 30 Jun 2006 yang lepas bertempat di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Aktiviti ini telah memberikan pendedahan yang berguna kepada para pelajar dan guru-guru.

PK Kokurikulum SEPINTAR.