Wednesday, August 30, 2006

SELAMAT HARI MERDEKA!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke 49 untuk semua warga SBP.

Ikhlas dari SBPI Rawang.

Monday, August 28, 2006

Pertandingan Menulis Puisi Patriotik-STF tempat Ketiga

Pada 25 Julai 2006 yang lalu, WAN NADZATUL NAJIAH BTE ABDULLAH seorang pelajar tingkatan 4 STF telah berjaya mendapat TEMPAT KETIGA peringkat daerah Johor Bahru 'PERTANDINGAN MENULIS PUISI PATRIOTIK' anjuran bersama Pustakaan Sultan Ismail, DBP dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Thursday, August 17, 2006

PELANCARAN BULAN PATRIOTISME SM SAINS ALAM SHAH 2006


Tanggal 16 Ogos 2006 Tapak perhimpunan ASiS - Tanggal 16 Ogos 2006 bertempat di Tapak Perhimpunan SM Sains Alam Shah telah dilancarkan secara rasminya Bulan Patriotisme sempena hari kemerdekaan kali ke 49.Sambutan gilang-gemilang ini telah dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SM Sains Alam Shah.Kemudian majlis pelancaran ini telah dirasmikan dengan hormatnya oleh Dato' Mohd. Norza Bin Zakaria iaitu Setiausaha Politik Menteri Kewangan II.Guru Penasihat yang bertanggungjawab dalam memastikan Bulan Patriotisme ini berjalan lancar adalah En. Ghani Salleh, En. Zuri Afizu Mat Jusoh dan Pn. Rohani Mustafa serta dibantu oleh guru-guru ASiS yang lain.Banyak acara yang akan dipertandingkan termasuklah pertandingan melukis potret Perdana Menteri Malaysia dan sebagainya.

Pelapor:-
En.Rijaludin Bin Che Mat
PK KOKO SM Sains Alam Shah ,
KL.

KRIKET SMS KOTA TINGGI CEMERLANG

Pasukan kriket SM Sains Kota Tinggi, terus mempamerkan kecemerlangan apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSM Johor 2006 (B18 tahun). Walaupun keseluruhan pemain terdiri daripada gabungan pelajar tingkatan 4 dan 1, namun reputasinya selaku juara Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan pada April yang lalu tidak pernah terjejas. Dalam kejohanan MSSM Johor ini, SM Sains Kota Tinggi yang mewakili Pengerang terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan daerah yang sebahagian besarnya dianggotai oleh pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar. Mohd Fikri bin Ar-Fahiman dan Mohamad Azri bin Mohamad Mansoor dari SAKTI telah terpilih sebagai Best Batsman dan Best Baller dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu. Kedua-dua pemain ini juga memenangi anugerah yang sama dalam Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan yang lalu. Seramai tiga pemain SAKTI iaitu Mohd Fikri bin Ar-Fahiman, Mohamad Azmi bin Mansor dan Zaid Al-Aris bin Md Aris telah terpilih untuk mewakili Johor ke Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 18-25 Ogos ini. Tahniah kepada En. Jasmin bin Mohamad selaku jurulatih dan En. Noor Khairi bin Pungut yang bertindak sebagai pengurus pasukan. Kepada pasukan kriket SAKTI teruskan kegemilangan anda!

PK Kokurikulum
SMSKT
17 OGOS 2006

KRIKET SMS KOTA TINGGI CEMERLANG

Pasukan kriket SM Sains Kota Tinggi, terus mempamerkan kecemerlangan apabila menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSM Johor 2006 (B18 tahun). Walaupun keseluruhan pemain terdiri daripada gabungan pelajar tingkatan 4 dan 1, namun reputasinya selaku juara Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan pada April yang lalu tidak pernah terjejas. Dalam kejohanan MSSM Johor ini, SM Sains Kota Tinggi yang mewakili Pengerang terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan daerah yang sebahagian besarnya dianggotai oleh pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar. Mohd Fikri bin Ar-Fahiman dan Mohamad Azri bin Mohamad Mansoor dari SAKTI telah terpilih sebagai Best Batsman dan Best Baller dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu. Kedua-dua pemain ini juga memenangi anugerah yang sama dalam Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan yang lalu. Seramai tiga pemain SAKTI iaitu Mohd Fikri bin Ar-Fahiman, Mohamad Azmi bin Mansor dan Zaid Al-Aris bin Md Aris telah terpilih untuk mewakili Johor ke Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 18-25 Ogos ini. Tahniah kepada En. Jasmin bin Mohamad selaku jurulatih dan En. Noor Khairi bin Pungut yang bertindak sebagai pengurus pasukan. Kepada pasukan kriket SAKTI teruskan kegemilangan anda!

PK Kokurikulum
SMSKT
17 OGOS 2006

Wednesday, August 16, 2006

PERTANDINGAN SOLAR CAR DAN PORTABLE COOKING WITH NATURE


Kuala Lumpur 2 Ogos 2006 - Pertandingan Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan baru-baru ini bertempat di SK Bangsar Kuala Lumpur.SM Sains Alam Shah telah menghantar 2 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.Kategori yang pertama ialah Kategori Kereta Solar,SM Sains Alam Shah telah mendapat tempat ke 4.Manakala bagi kategori Portable Cooking With Nature SM Sains Alam Shah telah menjadi Johan dan secara tidak langsung akan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan.Pasukan sekolah terdiri daripada 3 pelajar dan diiringi oleh guru penasihatnya iaitu En. Ahmad Sabiren Bin Ahmad Bashah.Diharapkan pasukan ini akan mencapai keputusan yang baik pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos 2006 di Seremban,Negeri Sembilan.

STJ JOHAN NATIONAL SCIENCE CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN


Pada 27 Julai 2006, peserta-peserta National Science Challenge STJ telah menjuarai pertandingan ini yang diadakan di SMK Seri Pagi, Seremban. Di peringkat akhir, STJ telah bertemu dengan SASER, SMAP Labu dan SM Agama SHAM, Seremban.
Pasukan STJ dianggotai oleh Muhammad Izzat bin Samsudin, Nadiah Farhana bt Khairuddin dan Muhamad Afiq Farhan bin Ahmad Sapian. Guru pembimbingan mereka ialah Cik Rusleena binti Osman.
Semoga pasukan ini beroleh kejayaan di peringkat zon kelak.


Disediakan oleh

Anuar Tahar
GPK Kokurikulum STJ

Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan


Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur-Pada 25 hingga 28 Julai 2006 Sm Sains Alam Shah telah menghantar wakil ke Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan.SM Sains Alam Shah telah menghantar kontigen terdiri daripada Persatuan Seni Silat Helang Putih dan sebanyak 9 pelajar telah terlibat dalam pertandingan tersebut.Dalam pertandingan itu 2 pelajar SM Sains Alam Shah telah mendapat tempat ke 3 dalam kategori Seni Tempur Putera.Pertandingan ini di harapkan sebagai landasan kepada para pelajar SM Sains Alam Shah untuk mengukuhkan jati diri pelajar pada masa akan datang.Pasukan Seni Silat ini telah diiringi oleh Guru Penasihat Silat iaitu Puan Rohani Mustafa dan Puan Tuan Norma Tuan Yaakob.

Pelapor -

PK Koko SM Sains Alam Shah
En. Rijaludin Che Mat.

Tuesday, August 15, 2006

STF N.JOHAN DAN KETIGA HOKI 7 SEBELAH SMS JOHOR

Pada 12 Ogos 2006, STF telah menghantar 3 pasukan dalam Pertandingan Hoki 7 sebelah sempena Hari Kokurikulum SM Sains Johor, Kluang. STF B yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2 mendapat tempat kedua, manakala STF A menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Monday, August 14, 2006

SBPI GOMBAK JOHAN RAGBI MSS SELANGOR


Sabtu, 5 Ogos 2006 - Pasukan SBPI Gombak telah menjuarai Ragbi 10's MSS Selangor Bawah 16 tahun sekali gus melayakkan mereka mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan pada 5 & 6 September di Stadium Petaling Jaya nanti. Di peringkat awal, pasukan sekolah telah berjaya mengalahkan SMK Telok Panglima Garang (12-0), Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah Kajang (31-10), SMK Taman Kosas (17-0), SBPI Rawang (35-0) tetapi kalah dengan SEMASYHUR (0-3). Walau bagaimanapun, SBPI Gombak bertemu semula dengan SEMASYHUR pada perlawanan akhir dan alhamdulillah menang dengan skor 12 -7. Tahniah dan teruskan kecemerlangan!!

Sunday, August 13, 2006

NIRMALA DIRGANTRA SM SAINS SERI PUTERI NAIB JOHAN PERTANDINGAN TARIAN 'LIFE IS GREAT'


15 JULAI 2006, Pasukan Tarian Nirmala Dirgantra SESERI telah mengambil bahagian dalam pertandingan tarian 'Life Is Great' anjuran Akhbar Nanyang Siang Pau dan Great Eastern di menara Great Eastern Kuala Lumpur. Sebanyak 12 pasukan dari seluruh negara termasuk Sabah dan sarawak telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. SESERI bersama 3 buah sekolah lagi telah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persaingan amat sengit. Setiap pasukan telah mempamerkan persembahan tarian yang sungguh menarik dan keratif. Pasukan Nirmala Dirgantra telah mempertaruhkan persembahan tarian etnik kreatif bertajuk 'Bumiku Inspirasiku" Pada akhir pertandingan pasukan Nirmala Dirgantra telah dinobatkan sebagai Naib Johan pertandingan tersebut dengan membawa pulan g hadiah wang tunai sebanyak RM 2000,00 untuk pasukan dan RM 1000.00 untuk sekolah. Johan dimenangi oleh pasukan dari Sibu Sarawak sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Dari SMK Triang Pahang.

Apa yang membanggakan ialah, pasukan Nirmala Dirgantra merupakan pasukan tunggal kalangan Melayu yang mengambil bahagian, dari 11 pasukan dari kaum Cina. Sesungguhnya semangat perpaduan kaum telah berjaya ditunjukkan oleh pihak penganjur. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Nirmala Dirgantra SESERI. Pasukan ini terdiri daripada 11 ahli iaitu, Nur Zahida bt Shapawi, Fatin Aqilah bt Noor Azmi, Nadirah Syazwani bt Mohd. Syafie, Farah Adila bt Sabri, nurul farahidayu bt Abdul Hadi, Nor Fathin bt Ahmad, Nur Farihah bt Md Eusof, noratika bt Abd. Halim, Mira Nazira br Mohd. Izham, Intan Sabrina bt Mohamed Hanif dan Nur Hidayah bt Rosli. Sementara Guru Penasihat pula ialah Pn Azlina bt Md. Ali dan Cik Norhazilah bt Abdullah.


Dilaporkan oleh:
Zubidah bt. Md. Yunos
Pen Kanan Kokurikulum

Saturday, August 12, 2006

13 PINGAT UNTUK TAE KWON DO SBPI TEMERLOH


16 orang peserta Tae Kwon Do WTF SBP Integrasi Temerloh telah menyertai Kejohanan Tae Kwon Do MSSM Temerloh yang diadakan di SK Chung Hwa Mentakab pada 3 Ogos 2006. Daripada 16 peserta, 3 orang telah berjaya merangkul pingat Emas, 5 perak dan 5 Gangsa dalam pelbagai kategori. Peserta Nurnazratul Husna bt Abd Hamid terpilih ke pertandingan peringkat terbuka kebangsaan di Kuala Terengganu pada 21 Ogos 2006.


Razali Ahmad.

Friday, August 11, 2006

STF Johan lagi Sirkit Bola Jaring 3 lawan 3 Bawah 14 Tahun

Pertandingan Sirkit Bola Jaring 3 lawan 3 Bawah 14 tahun MSS Daerah Johor Bahru telah diadakan di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru pada 11 Ogos 2006. Sekolah Tun Fatimah telah menyertai pertandingan ini dengan menghantar dua pasukan bola jaring bawah 14 tahun. Tahniah! Pasukan STF sekali lagi menjaya menewaskan pasukan dari SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru diperingkat akhir. Tiga tahun berturut-turut STF dapat mengekalkan kedudukan Johan MSS Daerah Johor Bahru. Pasukan STF akan mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat MSS Johor di Mersing.

Kejohanan Memanah Bawah 14 SBP 2006





Kejohanan Memanah Bawah 14 Tahun Peringkat Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh akan dijadualkan berlangsung pada 2-5 November 2006 di Lapang Sasar Memanah Majlis Sukan Negara AU2, Keramat. Tuan rumah bagi kejohanan ini adalah SM Agama Persekutuan Kajang. Ini bertepatan dengan adanya Pengerusi Teknik Memamah MSSM di SMAP Kajang iaitu En Noor Izan bin Khalid.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua SBP dan melibatkan 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Jarak yang akan dipertandingkan adalah 50m, 40m, 30m dan 20m.

En Abd Ghafar bin Mahmud, KPP SBP berharap agar kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan memanah di SBP, seterusnya menjadi 'feeder school' untuk kejohanan-kejohanan MSSN, MSSM, SUKMA, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Semoga kejohanan ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.

Kejohanan Hoki Bawah 14 SBP 2006


Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SBP akan bermula tahun ini. Kejohanan akan berlangsung dalam dua peringkat; peringkat Zon SBP dan peringkat Kebangsaan. Semua SBP akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Maklumat lanjut mengenai peringkat/tuan rumah/tarikh kejohanan adalah seperti berikut:
Zon Utara / SBPI Gopeng / 18-20 Ogos 2006 Zon Tengah / SMS Alam Shah / 1-3 September 2006 Zon Selatan / SMS Muzaffar Syah / 28-30 Ogos 2006 Zon Timur / SMS TM Faris Petra / 30 Ogos - 2 September 2006 Zon SQL / tiada pertandingan / akan menghantar wakil ke peringkat kebangsaan Kebangsaan / SMS Sultan Mohamad Jiwa / 6-9 September 2006


Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

Thursday, August 10, 2006

Kadet Polis SM Sains Kota Tinggi Terus Unggul

Pasukan Kadet Polis SM Sains Kota Tinggi, telah berjaya menunjukkan kehebatannya apabila menjadi johan keseluruhan dalam Perkhemahan Kadet Polis Negeri Johor 2006. Hasil kejayaan tersebut pasukan ini telah berjaya mewakili negeri Johor ke Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada 8 hingga 16 Julai yang lalu.
Sebelum itu, pasukan Kadet Polis SM Sains Kota Tinggi turut mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai pertandingan kawat kaki peringkat daerah dan menjadi naib johan dalam pertandingan peringkat negeri bagi kategori pasukan Agensi Kerajaan (Lelaki). Tahniah.

Wednesday, August 09, 2006

PUTERA SBPI TEMERLOH TERPILIH KE MSSM KEBANGSAAN






Mohd Fazrideen B Abdul Karim putera SBPI Temerloh yang berganding bahu bersama-sama peserta daripada SMK Seberang Temerloh telah berjaya menggondol pingat Emas 4 X 100M dalam Kejohanan Relay MSSM Negeri Pahang yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan pada 27 Julai 2006. Dengan kejayaan itu beliau dan peserta daripada SMK Seberang Temerloh terpilih dan akan mewakili Negeri Pahang ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan di Sabah yang akan diadakan pada21 Ogos 2006.
Guru penasihat olahraga En. Mohd Rizal b Zainal Abidin telah banyak membantu pasukan olahraga sekolah untuk melangkah lebih jauh.
Terima kasih dan Tahniah.

Razali Ahmad

PUTERI B18 PETANQUE SBPI TEMERLOH BERGAYA



Pertandingan Petanque Koperasi ANGKASA terbuka Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Kuantan pada 8-9 Julai 2006. Dalam Pertandingan tersebut SBP Integrasi Temerloh telah berjaya menduduki tempat ketiga kategori perempuan bergu B18 melalui Nabilah Bt Naharudin dan Siti Salbiah Bt Mutalib. Kelab Petanque sekolah diterajui oleh En. Mazli Hasril B Hasaruddin, En Abdul Khalid Daud dan Pn Saniah Bt Matt Lazim.


Razali Ahmad

Monday, August 07, 2006

STJ JOHAN KUIZ SEJARAH NEGERI SEMBILAN


Pasukan Kuiz Sejarah STJ yang dianggotai oleh Muhammad Azfar bin Kamarulzaman, Muhammad Hilmi bin Abdul Halim. Adi Hafiz bin Abd. Majid dan Mohd Firdaus bin Ismail berjaya menjuarai Pertandingan Kuiz Sejarah Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 7 Ogos 2006 bertempat di SM Teknik Kuala Kelawang, Jelebu. Di dalam pertandingan peringkat akhir STJ mengalahkan SM Tinggi Port Dickson, SMK Undang Rembau dan SMK Puteri. Peserta terbaik kuiz jatuh kepada Saudara Adi Hafiz bin Abd. Majid.
Pasukan ini dibimbing oleh Puan Azlin binti Yahaya.
STJ akan bertanding di peringkat zon bersama-sama pasukan dari Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Semoga STJ beroleh kejayaan.


Disediakan oleh

Anuar Tahar
GPK Kokurikulum SMSTJ

FORUM REMAJA -- STJ CIPTA SEJARAH


Buat julung-julung kalinya STJ mencipta sejarah dengan menjuarai Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hotel Bayview, Pulau Pinang pada 27 Julai 2006. Pasukan ini yang dianggotai oleh Muhammad IzdiyadBin Lockman (Pengerusi), Umi Hafizatullaila Binti Mohd Zulkifli, Nur Aqilah Binti Nordin, Nur Zahidah Binti Hosman dan Naimah Binti Ahmad Haripin. Guru-guru pengiring STJ ialah Puan Hasmiza Binti Mat Aris dan Cik Hajah Rosman Binti Daron.
Dalam pertandingan akhir, STJ mengalahkan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Naib Johan), SM Tinggi Segamat (Ketiga) dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Tajuk forum STJ ialah 'Jiran Sepakat Membawa Berkat'. Saudara Muhammad Izdiyad dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah RM300, plak dan sijil.
Sebagai Johan pertandingan, pasukan Forum SMSTJ telah membawa pulang Piala Pusingan sumbangan KGMMB, Piala Iringan untuk sekolah, plak, wang tunai RM600 setiap seorang beserta sijil.

Disediakan oleh

Anuar Tahar
GPK kokurikulum SMSTJ

STJ WON THE REGENT OF NS DEBATE CHALLENGE TROPHY


Kuala Pilah, 8 August 2006.

STJ emerged champion in the Tunku Laxamana Naquiyuddin Debate Challenge Trophy in conjunction with HRH Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan 84th birthday. The team beat SM Agama Sains Kuala Pilah in the final. The motion was 'Malaysia should have only one national car'. STJ was given the role of the opposition. The members of the team were Nisha Amalina Binti Ahmad Akmal (Form 2), Asna Asraf Bin Saedon (Form 5), Siti Fatimah Binti Kamis (Form 3) and Kaveena d/o Rajendran (Form 2). They were under the guidance of En. Hasrul Radzak, En. Shazreen Mohd Shah and En. Zuki Zurozwali Arman Bin Abdul Wahab.
The Regent himself gave away the prizes. The champion received RM750, certificates and the challenge trophy. STJ also walked away with the 'Best Speaker' through Siti Fatimah Kamis and she received RM200 for her feat.


Reported by

Anuar Tahar
GPK Kokurikulum SMSTJ

DANGEROUS ENCOUNTERS BERSAMA DR. BRADDY BAR




Rawang : 7/8/2006

SBPI Rawang bersama beberapa SBP yang lain berkesempatan mengunjungi Zoo Negara untuk program "Dangerous Encounters" yang dikendalikan oleh Dr. Braddy Bar @ Croc dengan kerjasama Astro dan National Geographic. Program ini telah berjaya memberikan pengetahuan berguna kepada para pelajar mengenai kehidupan binatang reptilia. Terima kasih diucapkan kepada pihak SBP khususnya Tuan Haji Norazam yang telah mengatur program ini khas untuk pelajar-pelajar SBP.

PK KO SBPI RAWANG.

STJ JOHAN KRIKET MSSMNS BAWAH 18


Pada 27 Julai 2006, STJ muncul johan Kejohanan Kriket MSSMNS Bawah 18. Pertandingan akhir yang diadakan di SMK Dato Taha, Gemenceh menyaksikan pasukan STJ mengalahkan pasukan 'favourite' SMK Dato Undang Musa Alhaj, Jelebu dengan larian 110 berbalas 109. Semasa perlawanan ditamatkan STJ masih ada 2 wicket keeper dan 1 1/2 over. Kemenangan ini mengakhiri kemarau kejayaan pasukan setelah hampa hampir 10 tahun lamanya.
Pemain-pemain juga dianugerah tiga gelaran iaitu Syed Muhammad Nashriq Syed Yahya dipilih sebagai 'Best wicket keeper', Mohammad Shafiq Ibrahim dipilih sebagai 'Best All-rounder' dan Malek Parnin sebagai 'Man of the Match (Final)'.
Pasukan ini dibimbing oleh En. Zainuzzamree dan En. Karim.

Moto Kokurikulum STJ 'Gaia Gemilang'.

Disediakan oleh

Anuar Tahar
GPK Kokurikulum SMSTJ

Friday, August 04, 2006

Kejohanan Ragbi SBP 10s Kali Ke-VII 2006


Teluk Intan, 30 Jun 2006

KEJOHANAN RAGBI SEPULUH SEPASUKAN KALI KE7 SBP PIALA DATO’ DR ABDUL SHUKOR











Sekolah Menengah Sains Teluk Intan(SEMESTI) menjadi tuan rumah Kejohanan Ragbi 10s SBP Kali-7 2006 bermula pada 21 – 24 Jun 2006 yang lalu.Sebanyak lima puluh pasukan telah menyertai kejohanan kali ini dengan penyertaan seramai 850 orang pemain,pengurus dan jurulatih.
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya telah menjuarai kejohanan kali ini.SMS Johor menjadi Naib Johan dan SESMA menduduki tempat ketiga.
Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Ahmad Zahid b Hj Hamidi, Timbalan Meneteri Penerangan pada 24 Jun 2006, jam 3.45 petang.
YAB Dato Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli b Ghazali Menteri Besar Perak telah menaja Majlis Jamuan Makan Malam serta Pelancaran Logo Rasmi Ragbi 10s SBP pada 23 Jun 2006 jam 8.00 malam di Dewan Bandaran Teluk Intan bagi meraikan semua peserta dan pegawai kejohanan.Sijil serta cenderamata juga telah disampaikan kepada pengurus-pengurus pasukan oleh YB En Shaarani b Mohamad Ahli Dewan Undangan Rungkup dalam majlis makan malam itu.
Mohd Akmal b Nordin dari SAS Putrajaya telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam kejohanan kali ini.
Jawatankuasa Pengelola SBP 10s Kali-7 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan, bantuan dan kerjasama bagi menjayakan kejohanan kali ini.

Tuesday, August 01, 2006

PELAJAR SEPINTAR NAIB JOHAN PERTANDINGAN ESSEI KEPENGGUNAAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Rawang : 1/8/2006

Pelajar SBPI Rawang : Saudari Putih Fairuz dari Tingkatan 5 telah berjaya menggondol Hadiah Naib Johan dalam Pertandingan Menulis Essei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan Anjuran FOMCA dan Kementerian Perdaganggan Malaysia, beliau telah berjaya memenangi wang tunai RM1,000.00 beserta sijil penyertaan.

PK Kokurikulum SBPI Rawang