12 Februari 2012 – Kolej Islam Sultan Alam Shah
telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kriket SBP Piala Tan Sri Hamzah
Peringkat Zon Tengah kali ke-7 Tahun 2012. Kejohanan yang berlangsung
selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Februari 2012 menyaksikan penglibatan
12 buah pasukan yang terdiri daripada 11 buah sekolah berasrama penuh
dan satu jemputan khas iaitu Maktab Tentera Di Raja. Antara SBP yang
terlibat ialah SMAP Kajang, Sekolah Sultan Alam Shah, dan KISAS sendiri.
Tiga venue pertandingan telah digunakan iaitu di SK Kampung Jawa,
Sekolah Tinggi Klang dan SMK Batu Unjur untuk pusingan awal dan separuh
akhir, manakala perlawanan akhir telah diadakan di Bayuemas Oval, Klang.
Peringkat pusingan berlangsung dengan menyaksikan SBPI Gombak
(InterGomb), Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Sekolah Menengah Sains Hulu
Selangor (SEMASYHUR), dan SMAP Kajang mara ke peringkat separuh akhir.
Perlawanan antara InterGomb dan SAS berlangsung di SK Kampung Jawa
manakala perlawanan antara SEMASHYUR dan SMAP Kajang berlangsung di
Sekolah Tinggi Klang. SMAP Kajang dan SAS telah berjaya mara ke
peringkat akhir yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang.
Perlawanan akhir bermula pada jam 3.30 petang di antara SMAP Kajang dan SAS. Perlawanan dengan 15
over ini berlangsung lebih daripada 2 jam. Dalam
inning pertama, SAS menjadi pemukul dan SMAP Kajang merupakan pasukan
fielding. Keputusan akhir pertandingan, SAS menewaskan SMAP Kajang dengan lebihan larian.
Majlis penutupan telah diadakan pada pukul 6 petang dan dirasmikan
oleh Encik Shamsuddin bin Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Sektor
Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBP bertempat Bayuemas Oval,
Klang. Semua pasukan bertanding telah berjaya memperoleh sijil
penyertaan dan berikut adalah keputusan pertandingan dan anugerah
individu Kejohanan Kriket SBP Piala Tan Sri Hamzah Peringkat Zon Tengah
2012.
Johan: Sekolah Sultan Alam Shah
Naib Johan: SMAP Kajang
Ketiga Bersama: SMS Hulu Selangor & SBPI Gombak
Pembaling Terbaik: Wan Muhammad Arif bin Wan Sobri ( SMAPK)
Pemukul Terbaik: Wan Muhammad Hazim bin Wan Zainal Abidin ( InterGomb)
Penjaga Wiket Terbaik: Muhammad Faiz bin Abdul Razak ( SMAP Kajang)
Pemain Terbaik Pertandingan Akhir: Muhammad Syazwan bin Abd. Rahman ( SMAPK)
Pemain Terbaik Keseluruhan: Khairun Faizzin bin Khairunnizam (SAS)
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.
Jutaan terima kasih juga buat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd kerana
telah menaja roti pada kejohanan kali ini.
Lebih banyak gambar di