Pasukan kriket SM Sains Kota Tinggi, terus mempamerkan kecemerlangan apabila menduduki tempat ketiga dalam
Kejohanan Kriket MSSM Johor 2006 (B18 tahun). Walaupun keseluruhan pemain terdiri daripada gabungan pelajar tingkatan 4 dan 1, namun reputasinya selaku
juara Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan pada April yang lalu tidak pernah terjejas. Dalam kejohanan MSSM Johor ini, SM Sains Kota Tinggi yang mewakili Pengerang terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan daerah yang sebahagian besarnya dianggotai oleh pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar.
Mohd Fikri bin Ar-Fahiman dan
Mohamad Azri bin Mohamad Mansoor dari SAKTI telah terpilih sebagai
Best Batsman dan
Best Baller dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu. Kedua-dua pemain ini juga memenangi anugerah yang sama dalam Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan yang lalu. Seramai
tiga pemain SAKTI iaitu
Mohd Fikri bin Ar-Fahiman,
Mohamad Azmi bin Mansor dan
Zaid Al-Aris bin Md Aris telah terpilih untuk mewakili Johor ke
Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 18-25 Ogos ini.
Tahniah kepada
En. Jasmin bin Mohamad selaku jurulatih dan
En. Noor Khairi bin Pungut yang bertindak sebagai pengurus pasukan. Kepada pasukan kriket SAKTI
teruskan kegemilangan anda!
PK Kokurikulum
SMSKT
17 OGOS 2006