Sunday, December 31, 2006

SESMA UNGGUL DALAM MAJLIS ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN TERENGGANU 2006

Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Terengganu telah diadakan pada 09 Nov. 2006 dengan acara penyampaian anugerah kepada murid-murid yang cemerlang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Seramai 2 orang murid SESMA telah menerima anugerah kategori antarabangsa ialaitu Norhisyam b. Iberhim dan Ahmad Arshad b. Mohd dan 26 lagi menerima anugerah kategori kebangsaan. Anugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah!

Daripada
PK KO SESMA

SEORANG PEMAIN RAGBI SESMA KE TAIWAN


Seorang murid SESMA, Norhisyam bin Iberhim telah dipilih untuk mewakili Pasukan Ragbi B19T Malaysia ke Kejohanan Ragbi B19T Piala Asia 2006 yang berlansung di Kaoshioung, Taiwan. Kejohanan ini diadakan pada 16 – 23 Disember 2006. Turut serta dalam Pasukan Ragbi Malaysia ialah En. Asari Abdullah sebagai Jurulatih pasukan ini. Semoga pasukan Malaysia berjaya!

KLINIK BOLA KERANJANG DI SESMA

Pada 05-15 Disember 2006 satu klinik bola keranjang anjuran MCOBA / MCKK dengan kerjasama SESMA sebagai tuan rumah telah diadakan di SESMA. Klinik ini melibatkan seramai 86 orang pemain lelaki dan perempuan dari MCKK, STF dan SESMA. Tujuan kilinik ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam bola keranjang. Klinik ini terdiri daripada 32 pemain dari MCKK, 24 dari STF dan 30 dari SESMA. Syabas!

Daripada

PK KO SESMA

Sunday, December 17, 2006

HARI KECEMERLANGAN SBP KE-33 2006

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-33 tahun 2006 (HKSBP) telah berlangsung di SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 27 Mei hingga 1 Jun 2006. Sebanyak 54 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam temasya gilang-gemilang ini. Aktiviti utama yang dijalankan sepanjang 6 hari berkampung di SEMSAS adalah pertandingan pusingan awal bahas ala parlimen kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pusingan akhir kejohanan bola keranjang SBP dan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan.

Program paling berprestij dalam kalendar SBP ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Pengarah Bahagian Sekolah, Dato’ Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran.

Pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai kejohanan bola keranjang setelah menewaskan pasukan SMS Machang. Manakala Sekolah Seri Puteri telah mengalahkan pasukan Sekolah Tun Fatimah untuk menggenggam gelaran juara.

ANUGERAH

SBP

Anugerah SBP Terbaik Keseluruhan

SMS Selangor

Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik

Kolej Islam Sultan Alam Shah

Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik

Kolej Tunku Kurshiah

Anugerah Pencapaian SPM Terbaik

Kolej Islam Sultan Alam Shah

SMS Seremban

SBPI Gombak

Anugerah Pencapaian PMR Terbaik

SMS Hulu Selangor

Kolej Tunku Kurshiah

SMS Tengku Muhammad Faris Petra

Anugerah Full Colours SBP

Pelajar SBP yang membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan

Siti Norlia Mustaza (Kolej Tunku Kurshiah)

Mardiana Md. Radzi (SMS Tengku Abdullah)

Hanan Othman (SMS Kuala Selangor)

Farhan Abu Bakar (SM Sultan Abdul Halim)

Nurul Hakimah Khairir (Sekolah Tun Fatimah)

Mohammad Fiqri Mohamad (KISAS)

Fayadh Aiman Fauzi (SMS Sultan Mohamad Jiwa)

Muhamad Dani Mulya Ramlan (SMS Raja Tun Azlan Shah)

Abdul Shukur Shaari (Sekolah Dato’ Abdul Razak)

Ahmad Khalis Nazib (Kolej Melayu Kuala Kangsar)

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN SBP


Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SBP yang berlangsung pada 6-9 september 2006 merupakan sukan yang baru dipertandingkan di peringkat zon dan kebangsaan. Sebanyak 47 buah SBP terlibat dalam kejohanan peringkat zon, yang mana dua pasukan terbaik telah mewakili zon masing-masing ke peringkat kebangsaan. Kejohanan peringkat kebangsaan telah dikelola dengan cemerlang oleh SMS Sultan Mohamad Jiwa, menggunakan Stadium Astroturf Majlis Perbandaran Sg Petani sebagai tempat pertandingan.

Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, johan telah disandang oleh Sekolah Tun Fatimah yang mengalahkan Sekolah Seri Puteri melalui pukulan penalti yang berkesudahan 1-0 selepas seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar. Perlawanan akhir kategori lelaki pula telah mempertemukan pasukan SMS Machang dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang berkesudahan 3-0 menyebelahi SMS Machang.

Johan kategori lelaki membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Johan kategori perempuan pula membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Datin Hajah Hasiah binti Kadir, isteri Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Piala disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Dato’ KPPM yang telah sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menutup kejohanan.

NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PELAJAR SBP KE-27 TAHUN 2006


Nadwah Kepemimpinan Islam Pelajar SBP (NKI)adalah program bersama Bahagian Sekolah dengan Jabatan Pendidikan Islan Dan Moral (JAPIM). NKI Ke-27 berlangsung pada 21-25 Ogos 2006 di SBPI Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seramai 440 orang pemimpin pelapis dari 55 buah SBP terlibat dalam program ini. Dengan tema “Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bistari”, para peserta didedahkan kepada semua aspek kepimpinan hadhari melalui sesi-sesi ucap utama, ceramah, pembentangan kertas kerja, forum, bicara tokoh dan aktiviti luar.

Kemuncak NKI ke-27 di SBPI Jempol adalah sesi ucap utama yang disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Mat Zin, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berjaya membuka minda peserta mengenai kepentingan menanam dan mengukuhkan semangat Islam Hadhari dalam jiwa pelajar SBP yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan. Persediaan ini amat perlu demi menjamin kelangsungan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat dan dihormati dunia.

MAKLUMAT AMAT PENTING!!

Untuk memudahkan para PK kourikulum menghantar berita ke blog, satu kaedah lebih mudah diperkenalkan. anda tidak perlu lagi masuk ke laman web sbp_koku untuk menghantar berita. Taipkan sahaja dalam Microsoft Word, beserta gambar, attachkan fail tersebut dan hantar sahaja melalui e-mail. e-mailkan sahaja ke azraihan2@gmail.com.

Dengan ini juga, kata laluan asal yang biasa digunakan untuk memasukkan berita ke blog tidak lagi berfungsi.

Sekian dimaklumkan.

KEJOHANAN MEMANAH BAWAH 14 TAHUN SBP


Bahagian Sekolah, melalui Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP) buat julung-julung kalinya menganjurkan Kejohanan Memanah Bawah 14 Tahun SBP Tahun 2006. Kejohanan ini berlangsung pada 2-5 November 2006 di SM Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Kejohanan kali ini melibatkan 17 pasukan SBP dari seluruh negara dengan penyertaan seramai 50 orang peserta lelaki dan 44 peserta perempuan. Jarak yang dipertandingkan adalah 50,40,30 dan 20M.

Sukan memanah telah dipilih untuk dijadikan salah satu sukan utama SBP memandangkan sukan ini banyak melibatkan kekuatan mental dan penumpuan yang merupakan ciri penting kecemerlangan.

Dalam kejohanan tersebut johan berpasukan lelaki telah disandang oleh Sekolah Dato’ Abdul Razak dengan pungutan 2797 mata. Manakala Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menjuarai kategori berpasukan perempuan dengan jumlah 2726 mata.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Salleh bin Mohd. Husein, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, yang telah sudi menamakan piala pusingan kejohanan di atas nama beliau dan isteri.