Wednesday, July 28, 2010

PROGRAM PENGANTARANGSAAN MALAYSIA –THAILAND

SEMSAS
MALAYSIA –THAILAND
SCHOOL NETWORKING AND LINKING PROGRAMME
14-18 JUN 2010
WICHIANCHOM SCHOOL &SURATPITTAYA SCHOOL

Pada 14-18 Jun 2010 SEMSAS bersama-sama beberapa buah sekolah di negeri Pahang mengadakan Lawatan penanda aras di dua buah sekolah di Thailand.Ini merupakan program penggantrabangsaan bagi SEMSAS pada tahun ini.Pada lawatan tersebut SEMSAS diwakili seramai 16 orang iaitu 10 orang pelajar dan 6 orang guru.Guru-guru yang terlibat ialah:

Tn.Haji Mokhtar bin Abdullah - Pengetua
En.Mohd Yunus bin Mahil -PK Kurikulum
Tn.Hj.Mad Ali bin Abd Rahman -PK Kokurikulum
En.Amiruddin bin Mustapha -Guru IT
En.Salasun Naim bin Md.Zin -Penyelaras sukan
Pn.Rohidah bt. Samadi -Pen.SU Sukan.

Lawatan tersebut banyak yang kami dapat kongsi bersama terutama dari aspek Bina Insan.Pelajar-pelajar di dua buah sekolah tersebut diajar menghormat tetamu dengan cara menundukkan sedikit kepala dan mengucapkan selamat kepada tetamunya.Di persekitaran sekolahnya tidak terapat sebarang sampah atau sisa-sia makanan .Pihak sekolah menyediakan satu tempat khas bagi barang buangan untuk kitar semula seperti-botol-botol plastic dsb .Pada sebelah malamnya kami diraikan dengan jamuan makan mlm di Wantai Hotel Suratthani Thailand.



















































































Tuesday, July 20, 2010

MURID SSP @ 2nd ASEAN SCHOOL GAMES 2010









Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjemput murid-murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya seramai 100 orang untuk menyertai acara perasmian 2nd Asean School Games 2010 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Julai 2010. Majlis perasmian 2nd Asean School Games disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhiyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran.

Murid-murid tingkatan 1,2 & 4 telah terlibat dalam acara persembahan padang semasa acara perasmian. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melatih murid-murid untuk menyertai persembahan yang berkenaan. Rakaman terima kasih juga kepada Bahagian Seni dan Kokurikulum atas kepercayaan yang diberikan kepada murid-murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya untuk menyertai acara yang berkenaan.

Wednesday, July 14, 2010

Latihan Menembak : Kadet Polis Kluang

Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang Sasar Bukit Kangkar, Tangkak, Muar.. Seramai 25 anggota kadet polis dari SMSJ serta diiringi guru yang terlibat iaitu cikgu Esa, cikgu Nukhairi dan juga cikgu Syaiful telah menyertai untuk acara latihan menembak ini..

Kami semua bertolak dari sekolah pada jam 7.00pagi ke Balai Polis Kluang dan berkumpul di sana untuk konvoi menaiki trak polis..Kesemua peserta bertolak tepat jam 8.00pagi ke Lapang Sasar di Muar.. Kami semua tiba dalam jam 9.40pagi.. Setibanya di sana, kami terus menjamu sarapan..
Setelah selesai, peserta dipanggil berkumpul bagi sesi penerangan pengunaan serta teknik mengendalikan senjata M16 kepada kesemua anggota Kadet Polis sebelum latihan sebenar dimulakan.. Tujuan latihan menembak ini adalah sebagai pendedahan kepada anggota kadet polis mengenai penggunaan senjata rifle M16.. Setelah selesai taklimat, latihan menembak dimulakan.. Tepat jam 12.30tengahari, kami semua ke masjid terdekat untuk menunaikan solat jumaat.. Setelah selesai menunaikan solat, kesemua anggota yang kembali ke lapang sasar dan menjamu selera dengan makan tengahari yang telah disediakan.. Setelah kenyang menjamu selera, latihan menembak bersambung semula.. Kesemua anggota Kadet dan guru-guru merasai penggunaan rifle M16.. Acara terakhir pula, guru-guru mencuba pistol jenis beretta menembak papan sasaran pada jarak dekat.. Setelah selesai, acara penyampaian hadiah dan sijil dilakukan.. Keputusan latihan menembak ini, SMSJ mendapat naib johan bagi siri ini, manakala cikgu pula dimenangi oleh SMSJ iaitu cikgu Nukhairi.. Sebelum majlis tamat, kesemua peserta dikehendaki melakukan ikrar..
Tepat jam 6.30petang, kami semua bertolak pulang.. Kami singgah di Hentian Pagoh untuk menunaikan solat maghrib dan berehat.. Tepat jam 8.00malam, kesemua konvoi bergerak pulang ke Kluang..Trak yang membawa anggota kadet polis SMSJ tiba di sekolah pada jam 9.40malam..

Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/07/latihan-menembak-kadet-polis.html

SMSSMJ: Pertandingan INTEL International Science and Engineering Fair (ISEF) 2010, San Jose, California, United States

Laporan Pertandingan INTEL International Science and Engineering Fair (ISEF) 2010, San Jose, California, United States.

Pada 9 hingga 17 Mei 2010, Pertandingan INTEL International Science and Engineering Fair (ISEF) telah berlangsung di San Jose, California, United States. Seramai 1611 orang peserta dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini berdasarkan 17 kategori yang dipertandingkan. Saya, Muhammad Adib bin Abas dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa telah mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut dengan membentangkan projek bertajuk “Fertility Booster, A New Hope For The Infertilities”. Malaysia turut menghantar pasukan daripada, MRSM Balik Pulau, MRSM Taiping dan Kolej Tunku Kurshiah.

Pada 7 Mei 2010, saya telah bertolak ke Kuala Lumpur dan semua peserta telah menginap di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh Pengurus INTEL Malaysia, Paul Otellini. Selepas itu, satu sesi temubual bersama media massa telah diadakan selama 15 minit. Setiap peserta turut membentangkan projek mereka sepanjang sesi bersama pegawai INTEL dan wartawan-wartawan daripada pihak media.

Keesokannya, pasukan inovasi dari Malaysia telah memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA menuju ke Singapura dan Hong Kong sebelum tiba di San Francisco International Airport. Perjalanan dari KLIA ke San Francisco memakan masa lebih kurang 16 jam. Setibanya di San Francisco pada jam 2215, kami telah disambut baik oleh pihak INTEL di sana sebelum menaiki bas yang telah disediakan ke San José, California yang mengambil masa selama 1 jam. Di San José, kami telah menginap di Hotel Fairmont. Saya bersyukur kerana selamat tiba di San José.

Pertandingan ini diadakan di San McEnery Convention Centre. Pada 9 Mei, sesi pendaftaran dan persiapan poster serta peralatan pameran bermula. Semua peserta perlu memastikan kesemua bahan, peralatan pameran dilabelkan dengan nama peserta, alamat dan nombor pendaftaran bagi kategori pertandingan. Pihak Scientific Review Committee (SRC) membuat penilaian awal mulai 9 Mei hingga 11 Mei 2010. Hal ini adalah untuk mendapatkan pengesahan ke pertandingan INTEL ISEF. Sekiranya projek itu tidak mendapat kelulusan ini, peserta tidak dibenarkan untuk bertanding.

Saya juga merasa gusar, takut sekiranya terdapat sebarang masalah pada projek yang dipertandingkan. Tapi setelah membuat beberapa pembetualan maklumat dan kenyataan, projek SMSSMJ telah mendapat kelulusan SRC. Para peserta akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang masalah yang perlu dibaiki melalui emel untuk memastikan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh SRC. Penilaian oleh SRC masih dijalankan sungguhpun setiap projek sudah mendapat kelulusan daripada pihak SRC di Malaysia (terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti tempatan yang dilantik oleh SRC USA). Semasa penilaian, peserta tidak dibenarkan berada di kawasan pameran masing-masing. Walau bagaimanapun, peserta diberi peluang mengikuti simposium-simposium yang turut dianjurkan di sana.

Pada malam 9 Mei 2010 telah berlangsung majlis pembukaan INTEL ISEF dengan gilang gemilang. Setiap pasukan negara akan membuat video “Shout Out” untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan melalui lukisan gambaran tentang negara masing-masing. Pertukaran pin sebagai tanda kenangan setiap pasukan juga diadakan. Di sini saya dapat berkenalan dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan rakan-rakan dinegara lain.

Sesi penghakiman bermula pada 12 Mei 2010. Seramai 200 orang hakim menghakimi projek INTEL. Penghakiman mulai seawal 8 pagi hingga petang. Saya sendiri telah dihakimi oleh 10 orang hakim. Mereka merupakan pensyarah dan pakar dalam bidang masing-masing. Pada pandangan saya, para hakim memang menghargai segala projek yang disertai oleh para peserta. Mereka amat teruja supaya lapisan generasi muda berusaha bersungguh-sungguh, memupuk minat serta mempunyai daya saing yang tinggi dalam menimba ilmu pengetahuan agar individu yang holistik dapat dilahirkan.

Pada 13 Mei 2010, pameran dibuka kepada orang awam. Saya dapati budaya menimba ilmu amat tinggi dalam kalangan masyarakat di sini. Pengunjungnya adalah daripada segenap lapisan masyarakat. Bermula daripada orang awam, sektor swasta, pelajar sekolah dan university. Malah kanak-kanak daripada taman asuhan juga turut terlibat sama dalam pameran ini.

Antara kepentingan-kepentingan yang dapat diperoleh daripada pertandingan INTEL ISEF 2010 ini adalah untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat menjadi inspirasi dan membawa kepada perubahan yang lebih positif kepada masyarakat dunia amnya. Di samping itu, saya turut dapat belajar bagaimana kematangan diri, keyakinan diri dan mempunyai keberanian dalam berkomunikasi amat penting dalam melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang. Justeru, nilai-nilai positif perlu diterapkan dan diamalkan dalam setiap individu untuk melahirkan masyarakat dan bangsa yang dihormati dan disegani.

Pada pertandingan INTEL ISEF 2010 ini, hanya wakil daripada Kolej Tunku Kurshiah dan MRSM Balik Pulau yang berjaya mendapat tempat dan anugerah. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa tidak berpeluang untuk menduduki tiga tempat teratas mahupun menerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Tetapi projek SMSSMJ masih terpilih untuk 10 projek ke peringkat akhir. Sungguhpun begitu, kita haruslah tidak mudah berputus asa dan perlu menanam azam yang tinggi di samping berusaha bersungguh-sungguh agar SMSSMJ dapat menempa nama dalam pertandingan bertaraf antarabangsa ini di masa hadapan. Insya Allah.

Akhir madah, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin saya sampaikan kepada ayahanda pengetua, Tn. Hj. Rusdin Bin Husin, Pn. Hjh Marlina Bt Ahmad, pihak Universiti Sains Malaysia ( Pusat Pengajian Sains Farmasi), semua pihak pentadbiran, Pn Shariffah Huzaimah Syed Omar, En. Harris Ganae Nainar, Puan Zuraini Johari, Puan Noorsalawati Ahmad, Puan Noraini Mohd Ismail, Encik Teoh Hooi Eng, semua guru, rakan-rakan saya dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung atas sumbangan dan sokongan yang padu kepada saya dan pasukan inovasi SMSSMJ.

Sekian, terima kasih.

Monday, July 12, 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT BERPASUKAN KISAS 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT BERPASUKAN KISAS 2010

Kejohanan Pencak Silat Berpasukan KISAS 2010 telah berlangsung pada 26 Jun 2010. Kejohanan ini telah menarik minat banyak sekolah dari seluruh Malaysia. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 malam. Sebanyak 44 pasukan putera dan 15 pasukan puteri telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Pencak Silat Berpasukan Kisas 2010 Sekolah-sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa. Sekolah-sekolah yang  mengambil bahagian seperti di bawah:

  • SMK Presint 8,Putrajaya
  • SAM Tengku Ampuan Jemaah, Selangor
  • SM Teknik Perdagangan Johor Bahru
  • SM Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
  • SM Sains Alam Shah
  • SMK Telok Gadong, Klang
  • Sekolah Sultan Alam Shah
  • Sekolah Dato’Abdul Razak,Seremban
  • SM Sains Dungun, Terengganu
  • SAM Sultan Hishamudin Sungai Bertik
  • SBPI Rawang, Selangor
  • SMK Seri Indah, Selangor
  • SBPI Selandar,Melaka
  • SAM Tengku Ampuan Jemaah, Selangor
  • SAM Bestari Subang Jaya
  • SMK Sungai Pelek,Sepang Selangor
  • SMK Dato’Hamzah,Klang Selangor
  • SMK Seksyen 9, Shah Alam
  • SMK Perimbun, Selangor
  • SMK Seri Sepang
  • SMK Taman Keramat, Selangor
  • SMK Jalan Kebun
  • SMK Rantau Panjang,Klang
  • SMK Subang

Encik Anuar Adnan bersama pentadbir KISAS

Antara pemenang pada hari tersebut

Pesilat bersedia memulakan pertandingan

Pelawat daripada luar negara turut menyerikan lagi kejohanan ini


KEPUTUSAN KEJOHANAN SILAT TERBUKA KISAS 2010

ACARA

TEMPAT

SEKOLAH

PIALA

BENDAHARA

(PUTERA)

PERTAMA

 PPD KLANG

KEDUA

 SMK SUNGAI PELEK C

KETIGA

 SM TEKNIK PERDANGAN, JOHOR BAHRU/SM SAINS ALAM SHAH

PIALA

BENDAHARA

(PUTERI)

PERTAMA

SMK RAJA MUDA MUSA 

KEDUA

 KISAS A

KETIGA

 KISA B/SMK SUNGAI PELEK

PIALA

TEMENGGUNG

(PUTERA)

PERTAMA

 SBPI SELANDAR, MELAKA

KEDUA

 SMK RANTAU PANJANG

KETIGA

 SMK SERI INDAH/SM SAINS ALAM SHAH

PIALA

TEMENGGUNG

(PUTERI)

PERTAMA

SAM BESTARI SUBANG JAYA 

KEDUA

 SAM SULTAN HISAMUDDIN

KETIGA

 SMK TELOK GADONG/SMK TAMAN KERAMAT

PIALA

SYAHBANDAR

(PUTERA)

PERTAMA

SMK RAJA MAHADI 

KEDUA

 SMK SERI SEPANG

KETIGA

 SMK DATO’HAMZAH/SMK SUNGAI PELEK B

PIALA

SYAHBANDAR

(PUTERI)

PERTAMA

 SAM TENGKU AMPUAN JEMAAH

KEDUA

 SMK KOTA KEMUNING

KETIGA

 KISAS C/SMK SERI SEPANG


Sunday, July 11, 2010

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SBP PAHANG 2010















Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SBP Pahang kali ke-4 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Program tahunan kali ini dikelolakan oleh SBPI Kuantan. Program bermula 9 Julai dan berakhir pada 11 Julai 2010. Semua SBP Pahang menghantar peserta di kalangan pelajar tingkatan 4. Sekolah berkenaan ialah
. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan
. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub.
Aktiviti yang dilaksanakan ialah Ikhtiar Hidup, Berkayak, Berbasikal, wall-climbing, orientaring, jalan lasak dan persembahan kreatif kebudayaan.
Antara objektif Perkhemahan Bersepadu pada tahun ini ialah:
. Peluang berinteraksi antara pelajar SBP Pahang
. Melayakkan pelajar memperoleh sijil kokurikulum peringkat negeri
. Mempraktikkan kemahiran pelajar melalui aktiviti luar.
. Meningkatkan tahap jatidiri, kekuatan mental dan fizikal.
Program ini ditutup rasmi oleh Yang Berbahagia En Rosdi Bin Ismail Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan pada 11 Julai 2010 jam 8.30 pagi. Hadir sama ialah Tuan Haji Awang Mohamad Zaid Bin Mat Zin Pengetua SBPI Kuantan merangkap Pengerusi Pengelola Perkhemahan Bersepadu 2010, Tuan Haji Mokhtar Bin Abdullah Pengetua SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Tuan Haji Azahari Bin Tauhid Pengetua SBPI Pekan, Encik Abdullah Bin Musa Pengetua Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan. Dalam pertandingan Kebudayaan setiap sekolah dikehendaki membuat 2 persembahan. SBPI Temerloh telah berjaya menjadi Johan, tempat ke-2 SHAH Pekan dan tempat ke-3 disandang oleh SEMSAS. Hadiah dan sijil disampaikan oleh Tuan PPD Kuantan.


  • En Izalludin Bin Mat Nor PK Kokurikulum SBPI Kuantan

  • Tuan Haji Mad Ali Bin Abd Rahman PK Kokurikulum SEMSAS Kuantan

  • Encik Zulkifli Bin Ismail PK Kokurikulum SBPI Pekan

  • Encik Azaha Bin Awang PK Kokurikulum SHAH Pekan

  • Encik Razali Bin Ahmad PK Kokurikulum SBPI Temerloh

  • Hjh Zoriah Bt Abd Ghaffar PK Kokurikulum SEMESTA

SBPI TEMERLOH JOHAN PERSEMBAHAN DALAM AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SBP PAHANG 2010







Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SBP Negeri Pahang telah diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Kem Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kg Pandan Kuantan, Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh SBP Integrasi Kuantan ( INTEK). Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan semua peserta dan guru pengiring. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Berkayak, Berbasikal, Wall-climbing, jalan lasak, orientaring, ikhtiar hidup dan persembahan kebudayaan. SBPI Temerloh telah disertai oleh 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 9 orang guru pengiring. SBPI Temerloh telah berjaya menjadi Johan dalam dua persembahan 'wayang kulit' dan ' opera china'.
Guru pengiring : En Rosyaimi b Ramli, En Mohamad Rizal b Zainal Abidin, En Abd Rahman b Mamat, Cik Rofidah bt Abd Mubin, Pn Shafinar bt Haron, Cik NoorAnita bt Bakar, Cik Zarina bt Elias, Cik Tee Xiao Hui.
Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Rosdi B Ismail Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan pada 11 Julai 2010 jam 8.30 pagi. Beliau juga berkenan untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian, Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Tuan Hj Awang Mohamad Zaid B Mat Zin Pengetua SBPI Kuantan merangkap Pengerusi Pengelola Perkhemahan Bersepadu SBP Pahang, Tuan Hj Mokhtar Bin Abdullah Pengetua SMS Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Tuan Hj Azahari Bin Tauhid Pengetua SBPI Pekan, En Abdullah Bin Musa Pengetua Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, PK Kokurikulum SBP Pahang merangkap Ketua Kontinjen, Pegawai dan Jurulatih Pusat Kokurikulum dan Jk pengelola perkhemahan.
Razali Ahmad
PK Kokurikilum
SBPI TEMERLOH