Thursday, May 05, 2011

'Osaka Prize' di tangan SAS sekali lagi..


 

PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM SBP

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH , 2011. 

1.   NAMA AKTIVITI/PROGRAM:

8th Japanese Language Speech Contest for Secondary  Schools in Malaysia

 

2.   PERINGKAT (SEKOLAH/ZON/NEGERI/KEBANGSAAN/ANTARABANGSA)

 

         3.   ANJURAN: The Japan Foundation Kuala Lumpur

       4.   TARIKH:    2 Mei 2011 (Ahad)

       5.  TEMPAT:   Japan Club Kuala Lumpur

       6.  PENYERTAAN:         

                                   NAMA GURU:

1.      Cik Chin Siew Siew

         7.   NAMA PELAJAR/ TING:    

1.      Aliff Sadiid Bin Zainal Shazmir  (4 Jaya)

   8.   KOS (JIKA ADA):  Tiada

   9.   KEPUTUSAN:

Seramai 13 orang peserta telah mengambil bahagian. 6 orang terdiri daripada pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh dan 7 orang dari sekolah harian biasa. Peserta dari SAS telah berjaya memenangi Osaka Prize iaitu Hadiah Lawatan Sambil Belajar ke Osaka selama 2 minggu.

            1 hadiah Tokyo Prize (Mewakili Malaysia ke Pertandingan Pidato (JSA) Peringkat Antarabangsa di Tokyo) dimenangi oleh peserta dari SM Lok Yew, Sandakan

3 hadiah Osaka Prize (Mewakili Malaysia ke Study Tour in Osaka) dimenangi oleh peserta dari Sekolah Sultan Alam Shah, SMK Presint 8(1) Putrajaya dan SMK King Edward, Perak.

TAHNIAH kepada semua pemenang !!

 

Tuesday, May 03, 2011

Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan SBP 2011

Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra telah menjadi tuan rumah Pertandingan dwitahunan Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan telah dijalankan pada 29 dan 30 April 2011.

 

Sebanyak 6 pasukan drama telah tbertandingn untuk ke peringkat kebangsaan ini . Zon utara diwakili oleh SM Sains Tapah dengan tajuk drama "Alice In Timberland". Zon tengah diwakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah dengan tajuk drama " Five Man Women Should Avoid". STF mewakili zon selatan dengan tajuk " Ohh Mak Andeh".SM Sains Dungun dengan drama berjudul "Summer" manakala SM Sains Labuan dengan drama"The Maid Revenge" mewakili zon SQL.SMSTMFP sebagai tuan rumah pula mempersembahkan drama "The Mighty Clash".

 

Keputusan pertandingan:

                Johan          : Sekolah Sultan Alam Shah

                 Naib Johan  : Sekolah Tun Fatimah

                 Ketiga         : SMS Labuan 

Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah berusaha gigih bagi menjayakan program tersebut

 

Monday, May 02, 2011

SASER JOHAN KAWAD KAKI KRS & KETIGA PKBM(L)




12 & 13 April 2011, SASER telah berjaya mendapat johan dan tempat ketiga bagi Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah & GO Peringkat Seremban 1. Bagi Pertandingan Kawad Kaki KRS, SASER berjaya menjadi johan sementara Pasukan Kadet Bersatu Malaysia ( Laut ) mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki GO.