Friday, December 11, 2009

KEJAYAAN KRS SM SAINS KOTA TINGGI











Final 5 Pasukan Unit Beruniform Terbaik Kebangsaan :
Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SAKTI

Pada 7 – 11 November 2009, bertempat di Auditorium Darul Makmur, RTM, Kuantan, Pahang, Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SAKTI telah dianugerahkan Lima Pasukan Unit Beruniform Terbaik Kebangsaan. SAKTI telah diwakili oleh tiga orang pelajar iaitu Azhari b Ahmad, Nur Syahirah bt Anwar dan Nor Farhana bt Panut, diiringi oleh Guru Penyelaras Badan Uniform SAKTI iaitu En Abd Aziz bin Husin. Anugerah ini merupakan kejayaan tertinggi Badan Uniform SAKTI, terima kasih kepada pentadbiran sekolah dan semua guru penasihat serta seluruh warga SAKTI.

Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SAKTI juga telah menempa kejayaan gemilang sepanjang tahun 2009 seperti mana tertera dalam jadual dan rakaman gambar-gambar di atas.

KEJOHANAN RAGBI SBP 10'S B-15 ZON SELATAN














Kejohanan Ragbi SBP 10 's B-15 Zon Selatan telah diadakan pada 23-25 Oktober 2009 yang dianjurkan oleh Sekolah Menenengah Sains Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum SBP. Ia melibatkan 10 buah pasukan ragbi dari 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Objektif kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar SBP selain dari memenuhi aktiviti selepas PMR.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah diadakan pada 25 Okt 2009 bertempat di Padang A Sekolah Menengah Sains Johor. Bagi kategori plate SBPI Selandar menjadi johan setelah mengalahkan SBPI Jempol 26-0. Manakala Kategori Cup SMSJ A telah menjadi johan setelah mengalahkan

SAKTI A dengan keputusan 8-5.

Thursday, December 10, 2009

LAPORAN KEJAYAAN PASUKAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS), SM SAINS KOTA TINGGI (SAKTI) TAHUN 2009


Final 5 Pasukan Unit Beruniform Terbaik Kebangsaan :

Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SAKTI

Pada 7 – 11 November 2009, bertempat di Auditorium Darul Makmur, RTM, Kuantan, Pahang, Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SAKTI telah dianugerahkan Lima Pasukan Unit Beruniform Terbaik Kebangsaan. SAKTI telah diwakili oleh tiga orang pelajar iaitu Azhari b Ahmad, Nur Syahirah bt Anwar dan Nor Farhana bt Panut, diiringi oleh Guru Penyelaras Badan Uniform SAKTI iaitu En Abd Aziz bin Husin. Anugerah ini merupakan kejayaan tertinggi Badan Uniform SAKTI, terima kasih kepada pentadbiran sekolah dan semua guru penasihat serta seluruh warga SAKTI.





Wednesday, December 09, 2009

SMS Sains Sabah terus menggegar dalam aktiviti Kokurikulum

Sekolah Menengah Sains Sabah atau dikenali sebagai SMESH sememangnya sangat hebat dalam bidang Robotik. SMESH telah 4 kali mewakili negara dalam pertandingan Robotik termasuk tahun ini yang di adakan di Pohang, Korea Selatan. Sekarang. SMESH turut mencipta nama apabila pelajarnya telah mendapat pingat gangsa dalam pertandingan 18th KOI Karate World Cup 2009. Pelajar tersebut terdiri daripada Mohamad Ameruddin Ahmad, Qamarul Qayyum Fitri dan Emran Hilmie Buhari. Guru pengiringnya ialah Cik gu Norma Ishak. Pertandingan ini diadakan pada bulan Mei di Kuching Sarawak. Dalam pertandingan 3rd Asian Regional Karate Championship 2009 yang diadakan pada 5-6 Dis 2009 di Kuala Lumpur pula, pelajar-pelajar SMESH sekali lagi berjaya menggondol pingat perak dalam kategori Kata Female 14/15 tahun. Syabas dan tahniah. Sesungguhnya SMESH sentiasa mengharumkan nama Sekolah Berasrama Penuh.

Tuesday, December 08, 2009

Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP bil 3/2009

Mesyaurat Penolong Kanan Kokurikulum SBP bil 3/2009 telah diadakan pada 29-31 Oktober 2009 di Federal Hotel Kuala Lumpur. Mesyuarat ini sangat penting kerana ramai PKKO lama telah dinaikkan pangkat menjadi PKHEM. Pihak bahagian cuba memberi sebanyak mungkin panduan dan ilmu kepada semua PKKO yang baru dilantik. Semua PKKO juga telah tamat menjalani pentauliahan sebagai Kapten Kadet Remaja Sekolah oleh Timbalan Pengarah SBP iaitu Pn. Hajah Norlia bt Mohd Shuhaili. Dalam mesyuarat ini juga dibincangkan perlantikan tuan rumah untuk aktiviti sukan dan kokurikulum SBP bagi tahun 2010 untuk dibawa dan disahkan dalam mesyuarat pengetua SBP nanti.

Dari Meja Pengarah BPSBPSK




Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Sekolah Berasrama Penuh yang telah menggunakan blog ini dalam pelaporan mereka. Saya sangat berharap semua SBP dapat meneruskan usaha-usaha kecemerlangan agar kejayaan-kejayaan SBP dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum dapat diteruskan bagi tahun 2010. Sesungguhnya kejayaan sekolah dan pelajar adalah kejayaan pihak BPSBPSK juga dalam usaha meneruskan kecemerlangan SBP sebagai institusi tersohor. Selamat Tahun Baru 2010, semoga semua warga SBP dapat meneruskan kecemerlangan dan terus gemilang dan terbilang dalam menempuhi tahun 2010.

SBP cemerlang dalam pertandingan Ragbi MSSM-Milo peringkat kebangsaan











Pertandingan Ragbi MSSM-Milo anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009 telah selesai diadakan di Kota Baharu Kelantan pada 19- 23 November. Pertandingan ini disertai oleh 24 buah sekolah yang telah menjadi johan dan naib johan negeri masing-masing. Sebanyak 11 buah sekolah SBP telah berjaya mewakili negeri ke kejohanan ini. Pertandingan ini telah dimonopoli oleh SBP apabila Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban Negeri Sembilan telah menjadi johan dengan mengalahkan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah. Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Selangor dan tempat keempat Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Tahniah dan syabas, sesungguhnya SBP terus cemerlang dalam acara ragbi di Malaysia.

"F1 in School"-SBP terus JUARA.
















Pertandingan " The F1 in Schools Technology Challenge-PETRONAS NATIONAL FINALS 2009" telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre pada 18 November 2009. Pertandingan ini disertai oleh 20 sekolah seluruh negara yang telah terpilih mewakili negeri masing-masing. Untuk tahun ini, tradisi kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dalam kejohanan ini diteruskan lagi dengan kemenangan Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban, Negeri Sembilan. Mereka dibarisi oleh Danial Iman Che Khalid(ketua pasukan), Mohd Hussein Haron, Wan Faiq Amsiar Wan Ariffin dan Haziq Asyraf Marzuki. Pasukan mereka dikenali sebagai Raluca F1 dibimbing oleh Cik gu Mohd Hazman dan pensyarah Kolej Kejuruteraan UNITEN En. Makhail Fong Abdullah. Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Pertukangan Perintis Tentera Darat Negeri Sembilan manakala tempat ketiga oleh Sekolah Menengah Batu Lintang Sarawak. SDAR telah membawa pulang Piala Pusingan, medal, trofi dan sijil penyertaan serta akan mewakili negara ke peringkat Antarabangsa pada tahun 2010

Tuesday, December 01, 2009

Kejohanan Badminton Berpasukan SBP Zon Utara 2009

Kejohanan Babminton Berpasukan Sekolah-Sekolah SBP Zon Utara 2009 telah berlangsung pada 12 hingga 14 November 2009, bertempat di Dewan Badminton Perlis. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah diamanahkan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster, Kementerian Pelajaran sebagai tuan rumah.
Kejohanan ini telah disertai oleh 8 buah SBP Zon Utara iaitu:

1. SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA, KANGAR PERLIS

2. SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM , KEDAH

3. SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU, KEDAH

4. SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SAHABUDDIN,P.PINANG

5. SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS, PULAU PINANG

6. SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTERGRASI GOPENG, PERAK

7. SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, PERAK

8. SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN,PERAK


KEPUTUSAN PERLAWANAN

JOHAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

( PULAU PINANG )

NAIB JOHAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SAHABUDDIN

( PULAU PINANG )

TEMPAT KETIGA

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

( PERLIS )

TEMPAT KEEMPAT

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM

( KEDAH )


Pemenang menerima sebuah piala pusingan, Wang tunai RM 250, medal dan Sijil, Tempat Kedua menerima Wang tunai RM 150, medal dan sijil. Tempat ketiga menerima wang tunai RM 100, medal dan sijil.
Perjalanan Kejohanan lancar tanpa sebarang kemalangan dan kecederaan

Thursday, November 19, 2009

JOGATHON MENAMBAH DANA PIBG SEMSAS

Pada 16 Oktober 2009 baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Sultan haji Ahmad Shah, Kuantan dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan LARIAN JOGATHON PIBG 2009 KALI KE-3 bagi tujuan menambah dana PIBG.Larian tersebut bermula di dataran akhlak dan berakhir di astaka SEMSAS.Di antara objektif larian tersebut ialah:
· Menambah dana PIBG untuk kecemerlangan akademik seperti seminar dan kem
kemerlangan

· Menambah buku di pusat sumber

· Membantu kegiatan kokurikulum seperti sukan dan permainan,unit beruniform,kelab

dan persatuan dan lain-lain kegiatan atau kemudahan berkaiatan.

· Membantu meningkatkan keindahan dan kebersihan sekolah melalui program keceriaan.

· Membantu pelajar-pelajar miskin dalam mendapat kemudahan pembelajaran dan
pembelanjaan pendidikan yang penting.

· Membolehkan EXSAS membantu PIBG dalam menjalankan aktiviti kecemerlangan
pejalar.


PK KOKU
SEMSAS

Tuesday, November 17, 2009

Keputusan Rasmi Sistem Rumah KUSESS 2009


1. Rumah Terbaik Akademik : Perdana
2. Rumah Terbaik Kokurikulum :Wira
3. Rumah Terbaik Sahsiah : Perdana
4. Rumah Terbaik 3K : Waja
5. Kapten Rumah Terbaik Putera : Haqimi bin Abdul Ghani (Wira)
6. Kapten Rumah Terbaik Puteri : Nabihah binti Bahari (Waja)
7. Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Perdana
8. Naib Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Wira
9. Tempat Ketiga Rumah Terbaik Keseluruhan : Waja
10. Tempat Keempat Rumah Terbaik Keseluruhan : Satria

Hari Anugerah Q 2009

"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgScVD8a8b5lubBbZkHeXLX41M92_yMnypt0jj2UWJ0PaU7qX5X8GX4xuoYj0Vtlv6v5juYCIfhaLIRQESRO-bmjwQX-cuUNWzHlqeZgw0LEuyhiQlO9SG-_y6_5bKa6zSmI1Yc/s1600/DSC01050.JPG">

Pada 6 November 2009 yang lalu, SokSek mengadakan Hari Anugerah Q khusus kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.Ini sebagai penghormatan kepada mereka yang menjulang nama sekolah di persada aktiviti kokurikulum.

Majlis ini dirasmikan oleh jemputan khas dan di iringi oleh PK Kokurikulum.Majlis di mulai dengan bacaan doa dan di sajikan dengan persembahan multimedia dari Briged Multimedia SokSek.Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sijil kepada pelajar yang mencapai pencapaian kokurikulum yang cemerlang.

Majlis tidak menjadi bosan kerana kumpulan Pancaragam SokSek menyajikan penonton dengan persembahan istimewa dari kumpulan `Junior Band` serta `SokSek Band`.Kugiran SokSek juga turut menyediakan persembahan yang tidak membosankan.

Majlis dituruti dengan sedikit jamuan ringan serta cabutan bertuah untuk guru, staf serta peserta.Multimedia SokSek menyediakan foto-foto pelajar yang menaikkan nama SokSek:

SBP ZON TIMUR BERJAYA MENDAKI GUNUNG TAHAN

Pada 8 hingga 15 November 2009 SBP Zon Timur telah menganjurkan satu aktiviti lasak di bawah Pengelolaan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahamad Shah Kuantan.Kos Pembiayaan aktiviti tersebut ditanggung sepenuhnya daripada Bahagian Pengurusan Sekolah berasrama Penuh dan Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setiap sekolah diminta menghantar empat orang pelajar dan seorang guru untuk bersama-sama menyertai aktiviti tersebut.Disaat akhir SBP dari Kelantan dan Terengganu menarik diri kerana banjir.Jumlah penyertaan seramai 47 orang termasuk 12 orang guru. Sekolah-sekolah yahg terlibat ialah SEMSAS,SBPIK,SBPIT,SBPIP.SEMESTA.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh FREEZONE OUTDOOR & TOURS .Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Merangkap Pengerusi JK Pengelola kepada Program tersebut.













PK KOKU
SEMSAS

Monday, November 16, 2009

Kem Kepimpinan Kokurikulum di Pulau Aman, Batu Kawan, P.Pinang










Pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 yang lalu, SMS Tun Syed Sheh Shahabudin mengadakan kem kepimpinan bertujuan untuk mendidik peserta menjadi seorang pemimpin berkaliber dalam kokurikulum mahupun kehidupan seharian.


Aktiviti yang di jalankan di Pulau Aman dikendalikan oleh MNPA Adventures.Banyak aktiviti dijalankan seperti `repelling`, `jungle trekking`, `rafting` dan lain-lain.Walaupun banyak aktiviti luar dijalankan, namun para peserta tetap cekal menjalani ceramah yang berkaitan dengan kepimpinan kokurikulum.



Kem yang dijalankan selama 3 hari kebanyakkannya mencabar fizikal peserta.Walaupun aktiviti yang berlangsung menyeronokkan, namun peserta bukan sahaja dapat pengalaman baru tetapi mendapat sesuatu ilmu dan kemahiran dalam kehidupan seharian.Kebanyakkan aktiviti menguji kerjasama peserta dalam kumpulan serta kemahiran berkomunikasi untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Di sini, pihak SokSek mencoretkan beberapa memori yang tidak dapat dilupakan:-

Friday, November 13, 2009

Pertandingan robot Pasca PMR KUSESS 2009



Pertandingan ini dihakimkan oleh En Ibrahim Kadri dan Saudara Syamil. Walaupun kesuntukan masa namun azam yang ditunjukkan begitu tinggi. Pada yang menang, tahniah diucapkan dan pada yg gagal jangan pula berputus asa. Lokasi pertandingan ialah di makmal sains 3. Pertandingan ini menggunakan robot dari lego NXT. Pertandingan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman berkenaan robotik kepada pelajar.

Perkhemahan Unit Beruniform KUSESS 2009


Perkhemahan disertai oleh semua pelajar tingkatan 1 dan diadakan di Garaj Kereta Guru. Perkhemahan dikendalikan oleh pelajar tingkatan 4. Pada petang ini diadakan sesi membuat cheers.
Saksikan gambar dan video dibawah.

Mesyuarat Kejurulatihan Sukan, Bahas dan RnD Zon SQL

Mesyuarat Kejurulatihan Sukan, Bahas dan RnD Zon SQL telah diadakan pada 09 Nov hingga 12 Nov 2009 di Manikar Beach Resort, Labuan.
Peserta yang terlibat merupakan guru-guru dari zon SQL iaitu seramai 35 orang yang terdiri daripada guru-guru permainan dan bahas termasuk rnd.
Jurulatih Utama pula terdiri daripada guru-guru pakar yang dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini dalam bidang masing-masing.
Mesyuarat ini merupakan kesinambungan mesyuarat kejurulatihan yang diadakan untuk guru-guru di semenanjung. Ini menunjukkan bahawa BPSBPSK tidak melupakan guru-guru di zon SQL dan perkongsian ilmu ini penting supaya murid-murid SBP khususnya mendapat manfaat langsung daripada mesyuarat ini.
Terima kasih diucapkan kepasa SMS Labuan kerana menjadi urusetia mesyuarat yang telah bertungkus lumus membantu BPSBPSK dalam mengendalikan mesyuarat ini dan menyediakan padang bagi latihan praktikal mesyuarat ini.