Monday, May 10, 2010

KARNIVAL SBP INTEGRASI JEMPOL KALI KE-2 / 2010

KENANGAN SEPANJANG KARNIVAL SBP INTEGRASI JEMPOL KALI KE-2 / 2010

Karnival Tahunan SBPIJ lima dalam satu (5 in 1)
berlangsung dengan jayanya bermula 22 April 2010 dan acara kemuncak berakhir pada 24 April 2010 iaitu pada hari Sabtu terakhir bulan April yang lalu.

Karnival SBPIJ ini menggabungkan 5 program dalam satu, iaitu Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam, Hari Usahawan Muda, hari terbuka Asrama, Hari Kerjaya SBP Integrasi Jempol, dan kemuncak karnival iaitu Majlis Anugerah Cemerlang SBP Integrasi Jempol.

Peserta Perkhemahan Rakan Muda Cinta Alam mula menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan di Taman Sains SBPIJ bersamaan dengan itu pelajar yang tidak terlibat pula menyertai Pertandingan Permainan Tradisional merupakan salah satu acara dalam program Hari Terbuka Asrama. Permainan yang dipertandingkan adalah congkak, batu seremban, teng-teng, layang-layang serta sukaneka.

Hari kedua pula bermulanya Hari Usahawan Muda yang menonjolkan bakat pengurusan serta ketokohan usahawan pelajar dalam perniagaan. Pelbagai ragam, gelagat dan aneka produk ditampilkan pada hari tersebut yang berlangsung sehingga hari kemuncak.

Pada hari yang sama juga berlangsungnya Hari Kerjaya SBP Integrasi Jempol. Acara yang dijalankan dalam program tersebut adalah pertandingan melukis poster, kolaj dan banner hari kerjaya bertemakan kerjaya.

Hari kemuncak karnival adalah Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-2/2010 yang dirasmikanoleh YB Haji Lilah bin Haji Yasin ( DSNS ). Beliau juga sudi menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang SPM dan PMR 2009.















Dalam majlis tersebut beliau juga menyampaikan Piala yang disumbangkan
oleh beliau sendiri iaitu Piala YB Lilah kepada Nurul Aida binti Mohd Darus pelajar cemerlang yang ditawarkan biasiswa Nasional oleh kerajaan. YB Haji Lilah Bin Haji Yasin merupakan Ahli Parlimen Jempol juga merasmikan penutupan Karnival SBP Integrasi Jempol ke-2 /2010.




SENAMAN PAGI SBPIJ



Sesi senaman pagi bermula dengan memanaskan badan.



Kesungguhan pelajar SBPIJ mengikuti senaman pagi dalam keadaan santai.



Senaman pagi yang dikendalikan oleh pelajar sendiri mengikut giliran rumah.



Suasana yang menyegarkan mental dan fizikal pelajar dan guru.

Saturday, May 08, 2010

KARNIVAL BAHASA PERANCIS SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA










Panitia Bahasa Perancis, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan ‘Karnival Bahasa Perancis’ pada Sabtu, 8 Mei 2010 bertempat di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Karnival ini diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada murid-murid SBP khususnya yang mengambil Bahasa Perancis bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan, mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat Perancis, melahirkan minat terhadap pembelajaran Bahasa Perancis, meningkatkan semangat kerjasama antara murid-murid yang mengambil Bahasa Perancis serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid dalam Bahasa Perancis melalui acara-acara pertandingan dan permainan.

Seramai 200 murid SBP (Zon Tengah) dan dua buah sekolah harian yang menawarkan Bahasa Perancis mengambil bahagian dimana setiap sekolah menghantar seramai 20 peserta. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Sek. Men. Agama Persekutuan Labu (Negeri Sembilan), Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Sekolah Datuk Abdul Razak (Seremban), Sekolah Menengah Convent (Kajang) dan Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid telah dianjurkan, antaranya Taklimat Pengenalan Ringkas Peluang Pembelajaran di IPT/IPTS yang disampaikan oleh wakil Malaysian French Institute, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA). Selain itu, pertandingan ‘Petanque’, ‘Amazing Race’ , 'Pertandingan Nyanyian' dan 'Spelling Bee'. Karnival Jualan dan Makanan diadakan bertempat di Dataran Kokurikulum untuk memberi ruang dan peluang kepada murid-murid melalui kelab dan persatuan masing-masing menambah dana kelab/persatuan melalui aktivti jualan makanan, minuman dan barangan lain. Cik Norazian Hasan, Penyelaras “Karnival Bahasa Perancis” berpuas hati dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak untuk menjayakan karnival ini dan berharap karnival seumpama ini diteruskan untuk masa-masa akan datang.

KEM IBADAT HAJI DAN SEMBELIHAN 2010 SMS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)

Satu Kem Ibadah Haji dan Sembelihan peringkat telah diadakan selama 3 hari di SMS Raja Tun Azlan Shah. Kem ini bertujuan untuk memberi pengertian dan penghayatan terhadap ibadah ini kepada pelajar-pelajar. Semua pelajar Tingkatan 5 bersama-sama semua guru Pendidikan Islam terlibat bagi menjayakan kem ini.

.












Wednesday, May 05, 2010

Kawad Kaki Daerah Kluang 2

Hari ini 5 Mei 2010 telah berlangsung siri ke-2 Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kluang di Stadium tertutup MPK pula bagi kategori NGO Lelaki dan Perempuan.. SMSJ telah menghantar Pasukan Pengakap Lelaki dan Pertubuhan Puteri Islam pula untuk perempuan bagi kategori NGO ini.. Di harap pasukan yang bertanding dapat membuat yang terbaik untuk pertandingan kawad pada hari ini sekaligus mengharumkan nama SMSJ di daerah Kluang ini.. Selamat Berjaya!!

Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/05/kawad-kaki-daerah-kluang-ngo.html


Kawad Kaki Daerah Kluang 1

Pada Rabu 28 April, telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kluang di Dataran Tasek Kluang.. Pada hari ini, Pertandingan Kawad Kaki daerah bagi kategori KRS lelaki & perempuan serta badan beruniform (GO) lelaki & perempuan.. Kategori GO pada asalnya ialah 5 April namun disebabkan pada tarikh tersebut juga diadakan latihan menembak anjuran Polis pada 4,5 dan 6 Mei, maka kategori ini telah dipercepatkan tarikhnya pada 28 April.. Pada paginya SMSJ telah menghantar pasukan KRS Lelaki manakala petang pula pasukan Kadet Polis lelaki..


Berikut adalah gambaran sepanjang pertandingan Kawad Kaki bagi kategori GO yang sempat dirakam oleh lensa unit pensejarahan SMSJ selaku guru Kadet Polis..


Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/04/kawad-kaki-daerah-kluang.html

Tuesday, May 04, 2010

SITI NUR HAFIZAH BT ADNAN PEMAIN SQUASY SBPI TEMERLOH KE MSSM 2010










Perkara : Kejohanan Squasy MSS Negeri Pahang



Tarikh : 30 April hingga 2 Mei 2010 Tempat : Kuantan




Siti Nur Hafizah Bt Adnan telah terpilih mewakili MSS Pahang ke MSSM di Ipoh pada bulan Jun ini. Beliau merupakan pemain yang berada dalam kelompaok 10 pemain terbaik kategori perempuan 15 tahun MSS Pahang.





KEJOHANAN MERENTAS DESA SHAH KE-8,2010








Kejohanan Merentas Desa Shah ke-8, telah pada 6 Feb. 2010. Kejohanan ini melibatkan persaingan 4 rumah sukan iaitu Murad, Rahman,Aminuddin dan Hamdan. Penyertaan pelajar pada tahun ini amat menggalakkan iaitu hampir 85% yang menyertai larian pada hari kejohanan. Selebihnya para pelajar menjadi pembantu kepada guru pada hari kejohanan.Sebelum kejohanan, semua para pelajar Shah Pekan diwajidkan menyertai latihan sebanyak 5 kali sebagai persediaan fizikal dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular.Suasana kejohanan sungguh meriah sekali, kerana persaingan antara rumah begitu sengit! Penyertaan pelajar terbahagi 6 kategori iaitu LELAKI C, PEREMPUAN C, LELAKI B, PEREMPUAN B, LELAKI A dan PEREMPUAN A.Keputusan kejohanan adalah seperti berikut; RUMAH MURAD johan keseluruhan(533MATA), RUMAH HAMDAN naib johan(528 MATA), RUMAH AMINUDDIN tempat ke-3(520 MATA) dan ke-4 RUMAH RAHMAN(364 MATA). Kejohanan berakhir dengan peryampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori dan johan keseluruhan, majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdullah bin Musa.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH PEKAN KALI KE-XXI,2010.



Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali Ke-XXI telah berlangsung pada 28 Feb 2010. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya b. Zainal Abidin., AAP., AMN. Persaingan sengit yang mempamerkan aksi-aksi dan kesungguhan antara 4 rumah sukan memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Shah kali ini.(KOT Shah)Persediaan telah dibuat setiap rumah sukan dengan pengurusan latihan berjadual yang dikendalikan oleh Unit Sukan dan Permainan iaitu Latihan Fizikal dan Daya Tahan Kardiovaskular(19/1-29/1/2010), Latihan Penyesuaian(1-5/1/2010), Sukantara(8- 11/2/2010), Acara-acara Sebelum Sukan(22-25/2/2010).KOT Shah juga melibatkan pertandingan acara tarik tali, perbarisan, perhiasan rumah yang mana acara-acara seperti ini memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh ahli rumah sukan.Acara dimeriahkan lagi dengan acara tarik tali antara guru dan ibubapa pelajar, acara jemputan 4 x 100m dan cabutan bertuah.Keputusan KOT Shah pada kali ini, diungguli dengan Rumah Hamdan(779 mata), ke-2 Rumah Murad(713 mata), ke-3 Rumah Aminuddin(662 mata) dan ke-4 Rumah Rahman(651 mata). Sepanjang KOT Shah 3 rekod kejohanan diperbaharui iaitu dalam acara Lompat Jauh(5.50m) Bawah 15 Tahun,acara Lompat Tinggi(1.48m) Bawah 13 Tahun dan acara Lompat Kijang(11.25m) Bawah 15 Tahun.Berikut adalah anugerah Olahragawan Lelaki 18 Tahun iaitu Mohd Faiz Jafari, Olahragawati Perempuan 18 Tahun; Nor Fazira Ashikin Zaifulshah, Olahragawan Lelaki 15;Sheikh Mohd Faiz Reidzuan Sheikh Alwi, Olahragawati Perempuan 15 Tahun;Nur Sabira Mohamed Saberi, Olahragawan Lelaki 13 Tahun;Mohd Firdaus Aminuddin dan Olahrawati Perempuan 13 Tahun; Nur Asyikin Kamal Malik.Semoga kejohanan akan datang, berlangsung lebih meriah lagi.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN MSSD PEKAN,2010







Wednesday, April 28, 2010

Kejohanan Olahraga MSSD Pekan telah berlangsung pada 30 Mac hingga 1 April 2010, bertempat di SHAH Pekan, dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan.Kejohanan disertai 16 buah sekolah menengah dan 5 kelompok sekolah rendah di dalam daerah Pekan.Buat pertama kali dalam sejarah, kejohanan ini di hadiri oleh YM Tuan Muda Anakanda Tengku Mahkota Pahang yang mencemar duli menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pada hari penutupan kejohanan tersebut.SHAH Pekan yang disertai oleh 67 pelajar dan dibimbing penuh oleh 9 guru terus bergaya dengan mengekalkan status JUARA selama 21 tahun berturut-turut. Namun begitu, SHAH Pekan kali ini dicabar hebat oleh SMK Pekan.Semoga tahun hadapan SHAH Pekan terus mengungguli kejohanan ini.

Simulasi Menembak

Pada 26 April jam 3.00 petang, Skuad Kadet Polis SMSJ telah menghantar 25 ahli Kadet ke simulasi menembak yang diadakan di SMK Seri Intan.. Guru yang mengiring adalah cikgu Esa dan juga cikgu Syaiful.. Antara sekolah yang terlibat bagi simulasi pada petang itu adalah SMSJ sendiri, SMK Seri Intan, SMK Seri Lalang dan juga SMK Taman Kluang Barat..

Tenaga pengajar untuk simulasi ini adalah terdiri dari pihak polis sendiri kerana melibatkan senjata M16 yang sebenar.. Justeru itu, simulasi ini diberikan kepada pelajar serta guru pengiring sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum mereka ke lapang sasar menembak yang sebenar yang menggunakan senjata M16 serta peluru hidup..

Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/04/latihan-simulasi-menembak-polis.html