Laman Sisipan Untuk Para PK Kokurikulum SBP Melaporkan Aktiviti Kokurikulum Semasa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh
Thursday, March 22, 2007
SDAR Johan Seremban
Buat pertama kalinya daerah seremban telah digabungkan menjadikan 46 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan Olahraga daerah 2007. Kejohanan ini belangsung selama 11 hari ( 28 Februari hingga 11 Mac 2007). Sdar telah menjadi Johan keseluruhan Lelaki Kelas 1. Selain itu , SDAR telah mendapat tempat ketiga keseluruhan daripada 46 buah sekolah yang bertanding. Dalam kejohanan ini , SDAR telah memperolehi 5 emas, 8 perak dan 25 gangsa. Seramai 40 telah terpilih mewakili daerah Seremban dalam kejohanan Olahraga MSSM Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 28 Mac hingga 3 April 2007.
sdaronline terima anugerah

SDAR kuasai ragbi NS

Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban telah menjadi johan dalam kejohanan MSSMNS yang telah diadakan pada 16 Februari 2007 di Kuala Pilah. Dalam pertandingan akhir SDAR telah mengalah SMK Zaaba (17 – 12 ). Dengan kemenangan ini telah terbukti kekuatan SDAR dalam arena ragbi. Dengan ini SDAR telah berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut. Seramai 7 orang pelajar SDAR telah terpilih mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan Ragbi MSSM di Perlis yang diadakan pada bulan Mac.
Sunday, December 31, 2006
SESMA UNGGUL DALAM MAJLIS ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN TERENGGANU 2006
Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Terengganu telah diadakan pada 09 Nov. 2006 dengan acara penyampaian anugerah kepada murid-murid yang cemerlang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Seramai 2 orang murid SESMA telah menerima anugerah kategori antarabangsa ialaitu Norhisyam b. Iberhim dan Ahmad Arshad b. Mohd dan 26 lagi menerima anugerah kategori kebangsaan. Anugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah!
Daripada
PK KO SESMA
SEORANG PEMAIN RAGBI SESMA KE TAIWAN

Seorang murid SESMA, Norhisyam bin Iberhim telah dipilih untuk mewakili Pasukan Ragbi B19T Malaysia ke Kejohanan Ragbi B19T Piala Asia 2006 yang berlansung di Kaoshioung, Taiwan. Kejohanan ini diadakan pada 16 – 23 Disember 2006. Turut serta dalam Pasukan Ragbi Malaysia ialah En. Asari Abdullah sebagai Jurulatih pasukan ini. Semoga pasukan Malaysia berjaya!
KLINIK BOLA KERANJANG DI SESMA
Pada 05-15 Disember 2006 satu klinik bola keranjang anjuran MCOBA / MCKK dengan kerjasama SESMA sebagai tuan rumah telah diadakan di SESMA. Klinik ini melibatkan seramai 86 orang pemain lelaki dan perempuan dari MCKK, STF dan SESMA. Tujuan kilinik ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam bola keranjang. Klinik ini terdiri daripada 32 pemain dari MCKK, 24 dari STF dan 30 dari SESMA. Syabas!
Daripada
PK KO SESMA
Sunday, December 17, 2006
HARI KECEMERLANGAN SBP KE-33 2006
Program paling berprestij dalam kalendar SBP ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran
Pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai kejohanan bola keranjang setelah menewaskan pasukan SMS Machang. Manakala Sekolah Seri Puteri telah mengalahkan pasukan Sekolah Tun Fatimah untuk menggenggam gelaran juara.
ANUGERAH | SBP |
Anugerah SBP Terbaik Keseluruhan | SMS Selangor |
Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik | Kolej Islam Sultan Alam Shah |
Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik | Kolej Tunku Kurshiah |
Anugerah Pencapaian SPM Terbaik | Kolej Islam Sultan Alam Shah SMS Seremban SBPI Gombak |
Anugerah Pencapaian PMR Terbaik | SMS Hulu Selangor Kolej Tunku Kurshiah SMS Tengku Muhammad Faris |
Anugerah Full Colours SBP Pelajar SBP yang membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan | Siti Norlia Mustaza (Kolej Tunku Kurshiah) Hanan Othman (SMS Kuala Selangor) Farhan Abu Bakar (SM Sultan Abdul Halim) Nurul Hakimah Khairir (Sekolah Tun Fatimah) Mohammad Fiqri Mohamad (KISAS) Fayadh Aiman Fauzi (SMS Sultan Mohamad Jiwa) Muhamad Dani Mulya Ramlan (SMS Raja Tun Azlan Shah) Abdul Shukur Shaari (Sekolah Dato’ Abdul Razak) Ahmad Khalis Nazib (Kolej Melayu Kuala Kangsar) |
KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN SBP
Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, johan telah disandang oleh Sekolah Tun Fatimah yang mengalahkan Sekolah Seri Puteri melalui pukulan penalti yang berkesudahan 1-0 selepas seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar. Perlawanan akhir kategori lelaki pula telah mempertemukan pasukan SMS Machang dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang berkesudahan 3-0 menyebelahi SMS Machang.
Johan kategori lelaki membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Johan kategori perempuan pula membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Datin Hajah Hasiah binti Kadir, isteri Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Piala disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Dato’ KPPM yang telah sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menutup kejohanan.
NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PELAJAR SBP KE-27 TAHUN 2006

Seramai 440 orang pemimpin pelapis dari 55 buah SBP terlibat dalam program ini. Dengan tema “Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bistari”, para peserta didedahkan kepada semua aspek kepimpinan hadhari melalui sesi-sesi ucap utama, ceramah, pembentangan kertas kerja, forum, bicara tokoh dan aktiviti luar.
Kemuncak NKI ke-27 di SBPI Jempol adalah sesi ucap utama yang disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Mat Zin, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berjaya membuka minda peserta mengenai kepentingan menanam dan mengukuhkan semangat Islam Hadhari dalam jiwa pelajar SBP yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan. Persediaan ini amat perlu demi menjamin kelangsungan dan kemakmuran
MAKLUMAT AMAT PENTING!!
Dengan ini juga, kata laluan asal yang biasa digunakan untuk memasukkan berita ke blog tidak lagi berfungsi.
Sekian dimaklumkan.
KEJOHANAN MEMANAH BAWAH 14 TAHUN SBP

Kejohanan kali ini melibatkan 17 pasukan SBP dari seluruh negara dengan penyertaan seramai 50 orang peserta lelaki dan 44 peserta perempuan. Jarak yang dipertandingkan adalah 50,40,30 dan 20M.
Sukan memanah telah dipilih untuk dijadikan salah satu sukan utama SBP memandangkan sukan ini banyak melibatkan kekuatan mental dan penumpuan yang merupakan ciri penting kecemerlangan.
Dalam kejohanan tersebut johan berpasukan lelaki telah disandang oleh Sekolah Dato’ Abdul Razak dengan pungutan 2797 mata. Manakala Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menjuarai kategori berpasukan perempuan dengan jumlah 2726 mata.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Salleh bin Mohd. Husein, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Thursday, November 16, 2006
Ragbi SMSJ Kluang Bawah 15 Johan Johor

Pasukan ragbi SMSJ Kluang telah muncul johan peringkat negeri dalam Kejohanan Ragbi KRM/ Milo/ MSSM Negeri Johor pada 3 Nov 2006 di Muar, Johor. Pasukan ini telah mengalahkan pasukan Sekolah Menengah Air Tawar, Kota Tinggi dengan kelebihan 1 try pada perlawanan akhir. Dengan ini, mereka akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Melaka pada 17-19 November ini. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Hassim Markom dan Cikgu Zafean Zainuddin dan pengurusnya ialah Cikgu Sahnizam. Tahniah dan semoga terus berjaya memartabatkan SMSJ di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Wednesday, November 15, 2006
REKACIPTA GLIDER : R & D SMESH

Disediakan oleh
Madsarin Rahim
Thursday, November 09, 2006
ASiS MENGGEGARKAN TIMES SQUARE


05.11.06- Bakal jurutera F 1 ASiS mengharumkan nama SBP setelah layak menduduki 4 pasukan terbaik peringkat akhir dalam Pertandingan ' F1 In School ' yang diadakan di Berjaya Times Square.Dengan berkat doa semua warga ASiS dan kesungguhan guru pengiring En. Badrul Hisham Ibrahim dan En. Ahmad Sabiren Ahmad Bashah ASiS berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan tersebut.Dalam pertandingan akhir ASiS telah mengalahkan SMK Taman Melawati iaitu pemegang rekod dunia tahun lepas di England.Pasukan F1 ini diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 terdiri daripada Kapten Khairul Asyraf Khalid,Ahamd Naeem Ahmad Niran,Syazwi Mazli dan Syed Hamime Fakiri Syed Mohammad.Pasukan ini ditaja oleh badan-badan korporat seperti MSC, Mdec ,Perodua dan pihak-pihak lain yang sudi memberikan tajaan.ASiS merupakan SBP yang pertama melayakkan diri ke peringkat akhir.Keputusan pertandingan ASiS mendapat naib Johan dalam kategori kereta terpantas dengan catatan masa 1.108 saat.ASiS juga telah mendapat tempat ke tiga keseluruhan dalam pertandingan ini.Sekian,terimakasih.
PK KOKO
MAJLIS MAKAN MALAM NOSTALGIA ABADI III


08.11.06 - Majlis Makan Malam Nostalgia Abadi III telah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn , PWTC pada jam 8.15 malam.Majlis ini telah dihadiri oleh Datin Wira Sharifah Latifah Al Haddad sebagai tetamu kehormat isteri kepada Pengerusi yayasan Pendidikan Cheras, Kuala Lumpur. Majlis ini antara lain bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM dan guru-guru ASiS.Dalam majlis ini beliau telah memberikan insentif kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi SPM di mana pelajar yang mendapat ' straight A ' akan mendapat RM 300.00 seorang.Kelab Guru pula menerima sumbangan sebanyak RM 5000.00 untuk kegiatan guru-guru ASiS.Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang pengetua SBP Zon Tengah serta wakil PIBG.
PK KOKO
Wednesday, November 08, 2006
SAMBUTAN HARI RAYA SM SAINS ALAM SHAH KL


07.11.06 - Sekolah SM Sains Alam Shah telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Tapak Perhimpunan SM Sains Alam Shah.Turut menghadiri sambutan ini ialah Pengerusi PIBG iaitu Y. Bhg.Datuk Prof. Dr. Sukiman Bin Sarmani ,pengetua , guru-guru dan staf sokongan SM Sains Alam Shah.Keistimewaan sambutan ini adalah di mana guru-guru dan staf sokongan telah bergotong royong memasak makanan untuk para jemputan dan pelajar-pelajar dan ini secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan di kalangan warga SM Sains Alam Shah.
Sekian.terima kasih.
PK KOKO
Tuesday, November 07, 2006
PELAJAR SMSJ KLUANG CIPTA SEJARAH TAWAN PUNCAK KINABALU



Pada tanggal 1 November 2006 (Rabu), 4 orang pelajar SMSJ Kluang dan seorang guru pengiring telah berjaya mengibarkan bendera SMSJ di puncak Kinabalu iaitu Low's Peak (4025m). Mereka terdiri daripada Mohd Shukry b Zainuddin, Nurul Suriati bt Sapiee, Ruby Pricilla a/p Thongamaney dan Amirah Raihana bt Harris Fadzillah (semuanya pelajar Tingkatan 4) serta Penolong kanan Kokurikulum SMSJ En Hamizer b Mohd Sukor.
Walaupun dalam keadaan keletihan dan kesejukan yang teramat (4 C), dengan iringan doa daripada guru dan pelajar SMSJ dapatlah juga kami tiba ke puncak dan menyaksikan kebesaran Illahi dari puncak tertinggi di Malaysia itu.
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas iringan doa dan dokongan moral oleh semua pihak terutamanya daripada Pengetua SMSJ sendiri iaitu Tuan Haji Nojumuddin b Abd Samad. Tidak ketinggalan juga terima kasih atas bantuan kewangan yang disumbangkan oleh pihak SAJOHA (Persatuan Bekas Pelajar SMSJ), PIBG, Kelab Bilik Guru SMSJ (terutamannya kepada En Sahnizam b Miswan ,Pengerusi KEBIRU 2006 yang turut mengiring ekspedisi ini), Lembaga Koperasi Sekolah serta beberapa syarikat swasta yang memungkinkan program ini dilaksanakan dalam keadaan tersusun. Juga terima kasih kami kepada pihak Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu yang menyediakan penginapan dan makan minum peserta selama 2 hari serta layanan yang sungguh mengkagumkan terutamanya dari pihak Pengetuanya sendiri. Terima kasih juga kepada pihak JohorFM yang telah menyiarkan liputan secara langsung daripada puncak.
Insya-Allah tahun depan aktiviti pendakian yang lebih mencabar akan kita sediakan bagi pelajar SMSJ.
Monday, November 06, 2006
RAGBI ANTARA KELAS SASER!
Disediakan oleh
Sunday, November 05, 2006
STF CEMERLANG DI KEJOHANAN MEMANAH SBP
MOHD. AZMAN BIN AWANG
PK KOKURIKULUM
SEKOLAH TUN FATIMAH