Friday, September 08, 2006

Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Ke-27




SBPI Jempol, 25 Ogos: Nadwah Kepemimpinan Islam SBP telah berjalan dengan baik dan lancar. Nadwah kali ini berlangsung selama 4 hari daripada 21 hingga 25 Ogos 2006 di SBPI Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seramai 8 orang pemimpin pelapis dari 55 buah SBP terlibat dalam program ini. Dengan

tema “Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bistari”, para peserta didedahkan kepada semua aspek kepimpinan melalui sesi-sesi ucap utama, ceramah, pembentangan kertas kerja, forum, bicara tokoh dan aktiviti luar. Para peserta NKI amat bertuah kerana Ucap Utama NKI kali ini telah disamapaikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Abdullah bin Mat Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. YB Dato' juga telah sudi untuk merasmikan Bilik Pameran NKI.

Nadwah kali ini memperlihatkan kelainan dari sudut aktiviti luar yang dijalankan. Pelajar telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam. Di sana, peserta telah diberi taklimat mengenai kerjaya polis, ancaman dadah dan jenayah, persenjataan dan disiplin kawat. PULAPOL sendiri amat komited dalam menyambut peserta nadwah, sehinggakan acara penutupan program pada hari itu telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Superintendan komandan pusat itu sendiri.

Tahniah SBPI Jempol!

No comments: