Friday, July 31, 2009

Kursus Bina Negara (Khas) Penolong Kanan Kokurikulum SBP- Kundasang, Sabah (Hari Kedua)

Pada hari kedua Kursus Bina Negara (Khas) Penolong Kanan Kokurikulum, peserta telah berkumpul di surau Kem Bina Negara Kundasang sejak jam 4.15 pagi lagi kerana waktu subuh di Kundasang adalah pada jam 4.45 pagi dan ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana suhu pada waktu itu begitu sejuk.

Selepas selesai solat subuh berjemaah, peserta dibawa ke Dewan Sri Perdana untuk mendengar Kuliah Subuh dan tayangan video tentang zaman kemerdekaan sehingga jam 6.00 pagi. Selepas tamat Kuliah Subuh, peserta diminta untuk menjalani aktiviti riadah pagi diketuai oleh Pak Zainal di dataran. Berbagai-bagai aktiviti yang menyeronokkan telah dilakukan dan peserta-peserta begitu bersemangat dan bergembira melakukan aktiviti riadah pagi. Kemudian diikuti dengan sarapan pagi.

Selepas menguruskan diri, peserta kembali ke Dewan Sri Perdana untuk mendengar kuliah dari Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, En. Roslan Bin Abdul Latif yang menerangkan tentang Carreer Guidance kepada murid-murid SBP. Ianya perlu dikenalpasti sejak dari bangku sekolah lagi supaya murid-murid dapat mengenalpasti kekuatan-kekuatan yang ada pada mereka yang boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu juga, beliau menerangkan tentang kepentingan IQ, EQ dan BQ. Banyak maklumat dan input yang diberikan yang boleh digunakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum untuk membangunkan sahsiah dan peribadi murid di sekolah. Ini dapat dilakukan kerana Penolong Kanan Kokurikulum merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merangka aktiviti luar darjah yang dapat membangunkan potensi dan seseorang itu secara holistik baik dari segi rohani dan jasmani.

Selepas itu, program diteruskan dengan fakta-fakta sejarah yang tidak pernah dinyatakan sebelum ini oleh En. Idris. Beliau mengupas tentang sejarah penjajahan Melaka dan senario pada masa ini yang boleh dikaitkan dengan masa silam. Banyak maklumat-maklumat baru yang didapati disorok dari umum dan maklumat-maklumat yang beliau berikan mengejutkan banyak pihak dan perbincangan menjadi hangat dengan pandangan yang dilontarkan oleh peserta-peserta. Walaupun begitu, peserta-peserta dan fasilitator membincangkannya dari sudut ilmiah dan matang serta mendapat banyak input darinya.

Selepas itu, Pengarah BTN Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad memberikan ucapan dan menyampaikan banyak informasi kepada peserta-peserta. Beliau juga menceritajkan tentang sejarah Kem Bina Negara Kundasang dan juga pengalaman beliau semasa menjadi guru pada suatu masa dahulu.

Selepas tamat 3 sesi kuliah, peserta dibawa mengelilingi kawasan sekitar Kem Bina Negara Kundasang pada waktu riadah petang. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh peserta-peserta untuk menikmati keindahan alam di Kundasang ini.

Pada waktu malamnya pula diadakan sessi suaikenal dan aktiviti-aktiviti yang dirangka oleh pihak BTN amat menyeronokkan dan peserta-peserta gembira melibatkan diri mereka dalam aktiviti nyanyian, konduktor muzik dan lain-lain.

4 comments:

malekabuhassan said...

terima kasih kepada pengarah,pegawai2 SBP,sains sabah serta kawan-kawan pk koku kerana menjayakan program 5 dalam 1, mesyuarat, lawatan ke SMK Dato Peter Majunting dan ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutih, kursus BTN dan eco-challenge kat Sungai Kiulu, Tanparuli sejauh 14 km.Pengalaman yang tidak boleh dnganti dengan wang ringgit.Hanya yang pergi sahaja dapat merasai dan menikmatinya.malek abu hassan,pengerusi majlis pk koku sbp,sbpi kubang pasu, bukit kayu hitam kedah.

malekabuhassan said...

terima kasih kepada pengarah Puan Ashah, Timbalan pengarah Puan Hajah Norlia,pegawai2 SBP En. Hamzani,Cik Rokiah, Pengetua SM Sains sabah serta kawan-kawan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh kerana menjayakan program 5 dalam 1, mesyuarat, lawatan ke SMK Dato Peter Majunting dan ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutih, kursus BTN dan eco-challenge kat Sungai Kiulu, Tanparuli sejauh 14 km.Pengalaman yang tidak boleh dnganti dengan wang ringgit.Hanya yang pergi sahaja dapat merasai dan menikmatinya.malek abu hassan,pengerusi majlis pk koku sbp,sbpi kubang pasu, bukit kayu hitam kedah.