Tuesday, March 02, 2010


SBP Integrasi Pekan Memanfaatkan Lawatan sambil Belajar ke Pangkalan Udara Kuantan.


SBP Integrasi Pekan Memanfaatkan Lawatan sambil Belajar ke Pangkalan Udara Kuantan. Seramai 39 pelajar dan 2 orang guru SBPI Pekan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pangkalan Udara Kuantan baru-baru ini. Lawatan bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman tentang kerjaya dalam bidang aeronotik dan mendekati pengalaman kerjaya yang didedahkan oleh juruterbang kepada para pelajar. Para pelajar dapat melihat lebih dekat pesawat tempur dan mendapat pengalaman yang amat berharga yang sukar diperolehi. Guru pengiring SBPI Pekan, Khairul Anwar Bin Amir berkata, pelajar mendapat pelbagai input dan maklumat tentang kerjaya sebagai juruterbang dan juga maklumat tentang pesawat terbang seperti MIG dan Hawk. Pendekatan yang diambil banyak membantu subjek yang diajar dalam Teknologi Kejuruteraan bagi melihat realiti teknologi terkini yang diguna pakai dalam system pertahanan Negara. Ia tidak langsung menarik minat para pelajar dalam bidang kerjaya sebagai juruterbang dan menanam cita-cita pada masa akan datang. ‘ kata nya. Selain itu juga, turut dilawati pameran statik kereta kebal, pesawat Nuri . Para Pelajar teruja semasa pertunjukkan persembahan pesawat Hawk di ruang angkasa dan persembahan bomba bagi latihan kecemasan di lapangan.









No comments: