Program ini telah memberikan banyak pendedahan kepada pelajar tingkatan 4 untuk berkomunikasi, melihat aktiviti P&P di sana dan mempelajari sesuatu yang baru kepada mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar yang menyertai program ini sangat seronok dan gembira dengan aktiviti yang diaturkan oleh pihak PCC Satun.
Laman Sisipan Untuk Para PK Kokurikulum SBP Melaporkan Aktiviti Kokurikulum Semasa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh
Thursday, September 29, 2011
LAPORAN SME RELATIONSHIP CAMP( THAIMAL INTEGRATED CAMP 2011) DI PRINCESS CHULABORN’S COLLEGE SATUN THAILAND
Pada 9 hingga 12 September 2011, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah menyertai Program SME RELATIONSHIP CAMP( THAIMAL INTEGRATED CAMP 2011) DI PRINCESS CHULABORN'S COLLEGE, SATUN THAILAND. Program ini telah disertai oleh 27 orang pelajar tingkatan 4 dan 7 orang guru di ketuai oleh Penolong Kanan Akademik En Razmi bin Abdul Razak. Menurut Penyelaras program tersebut En Mohd Asri bin Ab Samad, program ini adalah program tahunan yang dilakukan oleh kedua-dua sekolah. Program ini adalah lebih menjurus kepada pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan untuk melibatkan diri dalam program-program yang bersifat global. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti bersama buddy, class attachement, sukaneka, permainan sains, kayak, menerokai gua, persembahankebudayaan dan melawat tempat-tempat menarik di Songkla dan Hadyai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment