Wednesday, June 24, 2009

KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN SBP KE-10

















Kejohanan Ragbi 10 sepasukan Sekolah Berasrama Penuh ke -10 telah selesai diadakan pada 8-12 Jun 2009 di Sekolah Menengah Sains Johor Kluang, Johor. Sebanyak 48 pasukan Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia termasuk Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi telah menyertai pertandingan ini. Dua buah SBP iaitu SMS Miri Sarawak dan SMS Tuanku Syed Putra Perlis telah menarik diri disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Pertandingan pada kali ini menampakkan peningkatan mutu perlawanan terutama dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Johan telah disandang oleh Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang telah menewaskan Sekolah Dato Abdul Razak Seremban. Tempat ke tiga di sandang oleh Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur. Tuan rumah pula menyandang tempat ke empat. SBPI Gombak telah menjuarai kategori Plate dengan menewaskan SBPI Sabak Bernam. Sekolah Sultan Alam Shah juara kategori bowl setelah menewaskan Maktab Tentera Di Raja. Untuk kategori Shield di menangi oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa setelah menewaskan SBPI Selandar. Majlis makan malam turut di hadiri oleh exco sukan Johor manakala majlis penutupan oleh Pn Ashah Samah, Pengarah BPSBPSK. Syabas kepada para pemenang dan terima kasih kepada para penaja dan peyumbang terutama Kerajaan negeri Johor dan Total Field serta Milo. Terima kasih juga kepada semua warga SMSJ yang telah berjaya menjayakan kejohanan ini dengan begitu baik dan lancar. Syabas para pemenang, jumpa lagi tahun depan, Insya Allah di negeri Kedah.

Saturday, May 30, 2009

HKSBP KEMBALI LAGI.....



























Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) kembali lagi pada tahun ini dengan Sekolah Seri Puteri (SSP) menjadi tuan rumah pada kali ini. Dengan kehadiran lebih dari 2000 orang peserta dan guru pengiring termasuk ketua kontijen, HKSBP tahun ini menjanjikan sesuatu yang meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bola Keranjang Perempuan telah diadakan di SSP dan Pertandingan Bola Keranjang Lelaki di Sekolah Alam Shah (SAS) sebagai tuan rumah bersama.

Dengan penyertaan dari semua SBP di Malaysia termasuk SBP-SBP yang baru dibuka, sorakan yang hebat daripada penyokong-penyokong pasukan yang bertanding dapat dilihat di SSP dan SAS. Dapat dilihat dari air muka peserta-peserta yang mewakili SBP masing-masing semangat juang dan keazaman yang tinggi diterjemahkan dalam pertandingan bahas dan pertandingan bola keranjang.

Dengan kerjasama yang padu dari semua pegawai di peringkat bahagian termasuklah guru-guru SSP dan SAS dan juga dari SBP-SBP yang terlibat telah berjaya meletakkan HKSBP sebagai satu acara yang hebat dan terbesar pada tahun ini. Tidak dilupakan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) yang diadakan pada 31 Mei 2009 di Dewan Perdana PICC yang dirasmikan dan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah membawa HKSBP ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini diharapkan dapat membakar semangat Pelajar-pelajar SBP untuk menunjukkan kecemerlangan yang lebih baik di masa hadapan.

Pada malam MAC, SEMASHUR telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Perdana Akademik 2008, SDAR pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Perdana Kokurikulum manakala SAINSKU pula mendapat Anugerah Asrama Terbilang 2009 yang baru diperkenalkan pada tahun ini. SBP Terbaik Keseluruhan 2008 pula telah dimenangi oleh TKC.

Bagi acara Bola Keranjang pula SSP telah menjuarai kategori perempuan mengalahkan STF dan SAINSKU mengalahkan SDAR dalam acara lelaki. Tidak dinafikan perlawanan bola keranjang tahun ini banyak mempamerkan aksi yang hebat dan berkualiti. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar SBP bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan di bidang sukan juga mereka dapat menunjukkan kecemerlangan mereka juga.
Pada tahun depan SM Sains Pasir Puteh akan menjadi tuan rumah bagi HKSBP 2010 dan diharapkan kemeriahan pada tahun ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Monday, May 18, 2009

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 1 / 2009









Baru-baru ini telah diadakan Karnival Sukan Pelapis Negeri 1 / 2009 di Pulau Pinang pada 07 Mei hingga 10 Mei 2009 di Padang Polo dan pihak BPSBPSK telah menghantar 1 pasukan memanah lelaki dan 1 pasukan memanah perempuan.

Walaupun menghadapi masalah pada permulaan tetapi hasil dedikasi SMA Persekutuan kajang selaku Pusat Kecemerlangan Latihan Memanah SBP telah berjaya mendapatkan atlit-atlit untuk bertanding di dalam Karnival ini.

Karnival ini merupakan platform atau pengukur pasukan pelapis SBP yang mana ini dapat menyiapkan pasukan memanah SBP yang lebih mantap. dengan adanya Karnival seperti ini, SBP tidak akan ketandusan pemanah kerana mempunyai pasukan pelapis yang bersedia untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Hasil dedikasi jurulatih memanah SBP, En. Madzlan bin Yaacob yang mana pasukan SBP sentiasa mendapat pingat di dalam setiap kejohanan dan karnival yang disertai. Di dalam karnival ini, pasukan pemanah lelaki SBP telah mendapat tempat ke-9 keseluruhan. Bagi Individu pula, Amir Syazmi Madzlan dari SMAP Kajang telah mendapat tempat ke-2 untuk jarak 90m Kategori 1 dengan pungutan mata 274 dan tempat ke-3 untuk jarak 30m Kategori 1 dengan pungutan mata 334. Manakala bagi berpasukan lelaki, mereka mendapat tempat ke-3 Berpasukan lelaki Kategori 1 dengan pungutan mata 3,324.

Syabas diucapkan kepada pemanah-pemanah SBP yang telah menaikkan nama SBP sebagai model kepada sekolah-sekolah lain.

Wednesday, April 29, 2009

KEJOHANAN KRIKET PIALA TAN SRI HAMZAH









Alhamdullilah Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah yang berlangsung di SM Agama Persekutuan Kajang pada 22 - 26 April telahpun berjaya. Kejohanan yang disertai oleh 10 buah sekolah dari setiap zon telah mempamerkan kualiti yang semakin baik dari pemain-pemain yang terlibat.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:

1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar
3. SM Sains Tengku Abdullah
4. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
5. Sekolah Sultan Alam Shah
6. SBPI Rawang
7. Sekolah Dato Abdul Razak
8. SM Sains Kota Tinggi
9. SM Sains Sabah
10. SM Agama Persekutuan Kajang

Walaupun panas yang membahang, pemain menunjukkan mutu persembahan yang baik dan kepada pengadil-pengadil yang terlibat, pihak BPSBPSK mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan.

Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan SM Agama persekutuan Kajang kerana telah menjayakan Kejohanan ini dengan jayanya.

Berikut adalah keputusan kejohanan :

Johan - SM Sains Tengku Abdullah
N. Johan - SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
Ketiga - Sekolah Dato Abdul Razak
Keempat - SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Thursday, April 16, 2009

KARNIVAL SAINS, SHOWCASE INOVASI DAN KEJURUTERAAN KE 11 2009





Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 telah diadakan pada 9 -12 April 2009 bertempat di Kolej Tunku Kursiah Negeri Sembilan.

Karnival ini merupakan antara yang terbaik pernah dianjurkan oleh pihak BPSBPSK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kolej Tunku Kursiah terutamanya pihak AJK yang telah memberikan komitmen yang padu dalam menjayakan karnival ini.

Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YAB Menteri Besar juga berbesar hati untuk menyumbangkan piala untuk Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 dan majlis makan malam yang diadakan di Kelana Resort, Seremban.

Pihak BPSBPSK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB menteri Besar Negeri Sembilan atas sumbangan piala dan majlis makan malam itu.



Tuesday, April 14, 2009

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM DAN SIRKIT MEMANAH KEBANGSAAN 1 2009
















Kejohanan memanah Terbuka UUM dan Sirkit mermanah Kebangsaan telah diadakan pada 8 - 12 April 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Kejohanan ini telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila murid-murid dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berjaya meletakkan diri di dalam kelompok 10 terbaik pemanah-pemanah di Malaysia. Murid-murid SBP telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil apabila berjaya mengalahkan pemanah-pemanah yang lebih dewasa dan berpengalaman di dalam Sirkit Memanah Kebangsaan 1 2009 di Sintok Kedah.

Walaupun terpaksa berdepan dengan pemanah-pemanah negara seperti Mohd Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian, Anbarasi Subramaniam dan lain-lain murid-murid SBP telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berdepan dengan mereka. Pengalaman yang berharga bagi Ruhila Roslan dari TKC berdepan dengan Anbarasi Subramaniam, pemanah negara di dalam Olympic Round dan Muhamad Nufaiz Azmy berdepan dengan Mohd Marbawi Sulaiman. Sungguhpun tewas tetapi pengalaman yang berharga ini amat berguna bagi mereka untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka.

Untuk pengetahuan, pasukan Lelaki SBP (A) telah berjaya mendapatkan tempat ke 7 keseluruhan dan pasukan Lelaki SBP (B) tempat ke 26 dari 36 pasukan elit negara, IPTA, Pusat Latihan Berprestasi Tinggi Negeri, pasukan negeri, Sekolah Sukan dan lain-lain organisasi. Manakala pasukan perempuan SBP juga mendapat tempat ke 7 keseluruhan daripada 13 passukan. Ini menunjukkan bahawa murid-murid SBP merupakan pasukan yang perlu mereka geruni kerana mampu bersaing dengan mereka walaupun kekurangan sumber untuk latihan mereka.

Pihak BPSBPSK sedang berusaha untuk melonjakkan lagi kecemerlangan atlit memanah SBP dalam sukan memanah dengan mengadakan rundingan untuk kerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang mana ramai jurulatih memanah negeri menunjukkan minat untuk mengambil murid-murid SBP sebagai pelapis dan atlit negeri, malah jurulatih negara dan pihak MSN juga menunjukkan reaksi yang positif untuk mengiktiraf pasukan memanah SBP sebagai pelapis atlit memanah negara.

Langkah-langkah positif juga telah diambil dengan merangka latihan yang lebih sistematik dan merancang untuk membawa atlit-atlit memanah untuk bertanding di luar negara supaya kita dapat melihat pencapaian kita di peringkat antarabangsa.

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS ZON TIMUR 2009




Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009 telah diadakan pada 3 - 5 April 2009 di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.


Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid SBP di dalam persembahan drama dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ini dapat dilihat dalam persembahan mereka yang begitu mantap dan mampu memukau penonton-penonton sepanjang pertandingan berlangsung.


Tahniah diucapkan kepada Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, En. Kamarudin Bin Jaafar yeng telah sudi untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009. Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar.


Keputusan Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009 :
1. BEST DRAMA : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
2. 1ST RUNNER UP : SBP INTEGRASI PEKAN
3. 2ND RUNNER UP : SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
4. BEST ACTOR : MUHAMMAD AREEB DIN BIN RAZMAN(SMSTMFP)
5. BEST SUPPORTING ACTOR : WAN NUR SYAZWANI BT WAN ZIN (SMSTMFP)
6. BEST DIRECTOR : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
7. BEST SCRIPT : SBP INTEGRASI TEMERLOH
8. BEST SPECIAL EFFECT : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
9. BEST COSTUMES : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
10. BEST SETTING AND PROPS : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
11. 1ST CONSOLATION : SM SAINS PASIR PUTIH
12. 2ND CONSOLATION : SBP INTEGRASI KUANTAN
13. 3RD CONSOLATION : SM SAINS MACHANG

Wednesday, March 18, 2009

Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP bil 1/2009
















Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP bil 1 tahun 2009 telah selesai diadakan pada 23-25 Februari 2009. Mesyuarat diadakan di Hotel Summit, Subang USJ Selangor. Mesyuarat tersebut di uruskan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum BPSBPSK yang diketui oleh En. Hamzani Suien dan dibantu oleh En. Noorhisham Mohd Nor dan Cik Rokiah bt Abdullah. Perasmian telah di buat oleh Pn. Ashah bt Samah, Pengarah BPSBPSK. Timbalan Pengarah, Pn Hjh Norlia bt Mohd Shuhaili dan Ketua Penolong Pengarah, Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamed juga turut berkongsi pengalaman dengan semua PKKO SBP. Dalam mesyuarat tersebut, turut diadakan pengundian bagi setiap pertandingan anjuran BPSBPSK bagi tahun 2009. Di harap mesyuarat ini dapat menghasilkan sesuatu yang bernas demi kemajuan para pelajar SBP seluruh negara. Insya Allah.

Tuesday, February 17, 2009

Lawatan PK KoKurikulum SBP ke Bangkok Thailand







Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh telah melawat Thailand pada bulan November 2008. Semoga lawatan ini dapat memberi ilmu dan pengalaman yang berguna kepada semua PK Kokurikulum SBP. Selamat maju jaya SBP.

Unit Sukan dan Kokurikulum SBP









Unit Sukan dan Kokurikulum SBP di bawah Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepimpinan SBP di terajui oleh Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamed sebagai Ketua Penolong Pengarah. Ketua Unit ialah En. Hamzani bin Suien. Manakala pegawai kokurikulum adalah Cik Rokiah bt Abdullah. En Norhisham bin Mohd Nor pula pegawai Sukan. Sebarang pertanyaan berkaitan Sukan dan Kokurikulum SBP boleh berhubung di talian 03-88849419.

Petronas 3 on 3 , 2009







Petronas 3 on 3 basketball challenge di antara sekolah Berasrama Penuh telah diadakan mengikut zon.

Monday, January 19, 2009

Dari Meja Pengarah BPSBPK


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua SBP yagn menggunakan blog ini untuk melaporkan aktiviti kokurikulum sekolah masing-masing.

Walau bagaimanapun, saya dapati blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Dengan adanya blog ini, saya boleh memantau aktiviti yang dijalankan di semua SBP secara terus. Sekiranya ada kejayaan yang cemerlang di peringkat sekolah, perkara itu boleh saya memaklumkannya segera kepada pihak atasan.

Semoga perkara ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.


ASHAH BINTI SAMAH

Tuesday, November 04, 2008

F1 In School 2008


Pertandingan F1 in School 2008 baru sahaja berlangsung.
Pasukan SBP menyerlah dan menduduki tempat pertama dan kedua secara keseluruhan. Pasukan-pasukan tersebut adalah:

Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya - Tempat Pertama
SMS Selangor - Tempat Kedua

Friday, June 01, 2007

SESMA MENAWAN PUNCAK KINABALU



Tanggal 2 Mei 2007 seramai 20 pelajar dan 12 Guru termasuk Pengetua telah berlepas ke Kota Kinabalu. Destinasi idaman ialah menawan puncak Gunung Kinabalu. Pendakian Gunung Kinabalu dilaksanakan dalam dua kumpulan. Pada pagi 03 Mei 2007 kumpulan pertama telah menawan puncak Kinabalu manakala kumpulan kedua pula pada 04 Mei 2007. Walaupun keletihan, kumpulan kami akhirnya memenuhi impian dengan menawan puncak Kinabalu. Semua 15 pelajar lelaki , 5 pelajar perempuan serta beberapa orang Guru lelaki dan perempuan berjaya menghirup udara segar di puncak Kinabalu. Syabas!! Tiada halangan kecuali peluang!!!! Sebelum berangkat pulang ke SESMA, rombongan kami telah mengadakan bench marking dengan SMESH. Di samping itu pelajar kami juga telah mengadakan persembahan ‘ulek mayang’ untuk tontonan pelajar SMESH.

PK KO SESMA.