Monday, November 02, 2009

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN SISTEM RUMAH SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN TAHUN 2009





Setiap tahun banyak kejayaan yang telah ditempa oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dalam bidang kokurikulum .Kejayaan tersebut hasil daripada bimbingan dan rangsangan daripada guru-guru penasihat dan jurulatih. Pada 1hb. Okt,2009 telah diadakan Majlis Anugerah Kokurikulum SEMSAS bagi mengiktiraf kejayaan pelajar,guru-guru dan jurulatih dalam bidang kokurikulum. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuantan.Anugerah-anugerah yang diujudkan ialah ;


KATEGORI SUKAN DAN PERMAINAN 1. PASUKAN TERBAIK (L)
2. ATLET HARAPAN (L)
3. ATLET HARAPAN (P)
4. ANUGERAH PENGURUS AKTIF
5. ANUGERAH RUMAH SUKAN TERBAIK ( SISTEM RUMAH )
6. OLAHRAGAWAN
7. OLAHRAGAWATI
8. KEPIMPINAN KELAB SUKAN & PERMAINAN

KATEGORI PASUKAN UNIT UNIFORM 1. PASUKAN UNIT UNIFORM TERBAIK
2. PELAJAR UNIT UNIFORM TERBAIK (L)
3. PELAJAR UNIT UNIFORM TERBAIK (P)
4. PAPAN KENYATAAN TERBAIK
5. ANUGERAH GURU PENASIHAT AKTIF
6. KAWAT MINGGUAN TERBAIK
7. KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM


KATEGORI KELAB DAN PERSATUAN 1. KELAB DAN PERSATUAN TERBAIK
2. PELAJAR KELAB DAN PERSATUAN TERBAIK (L)
3. PELAJAR KELAB DAN PERSATUAN TERBAIK (L)
4. PAPAN KENYATAAN TERBAIK
5. ANUGERAH GURU PENASIHAT AKTIF
6. KEPIMPINAN KELAB & PERSATUAN

ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM 1. ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN (3 ANUGERAH)
2. ANUGERAH PERINGKAT ANTARABANGSA (3 ANUGERAH)


3. TOKOH KOKURIKULUM

CENDERAMATA DAN SIJIL 1. HADIAH DAN CENDERAMATA KEPADA JURULATIH




TN.HAJI MAD ALI
GPK KOKO

Sunday, November 01, 2009

PERKHEMAHAN KRS SBP KALI 1/2009






1/11/2009

Perkhemahan Perdana KRS SBP buat kali pertama telah diadakan di Kem Belia Bukit Lagong Gombak pada 26 hingga 29 Oktober 2009 yang melibatkan 253 orang Kadet Remaja Sekolah SBP dari seluruh negara, perkhemahan ini diselenggara oleh 20 orang jurulatih yang juga guru-guru sekolah-sekolah berasrama penuh dari seluruh negara. Sepanjang 4 hari 3 malam perkhemahan berlangsung para pelajar telah didedahkan dengan berbagai aktiviti perkhemahan KRS seperti Kawad Kaki, Orienteering, Tempur Tanpa Senjata, Ikhtiar Hidup, Pengurusan Jenazah dan Jungle Treking pada waktu malam. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK, Puan Hajjah Norliah Binti Mohd. Suhaili pada 29.10.09. Seramai 40 orang Penolong Kanan Kokurikulum dari seluruh SBP juga turut hadir di perkhemahan ini dan mereka telah ditauliahkan sebagai Timbalan Komandan KRS. Tahniah diucapkan kepada urusetia perkhemahan dari SBP Zon Tengah yang telah berjaya menguruskan perkhemahan dengan cemerlang.

Sekian.

Pengerusi Teknik KRS SBP.

Friday, October 30, 2009

Kusess Juara Lagi.....

Satu berita gembira telah diumumkan oleh Bonda Pengetua dalam perhimpunan pagi yang mana Kusess telah berjaya mengekalkan tempat pertama di dalam pertandingan surau sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Selangor.
Kejayaan kali ini merupakan kali keempat Kusess menjadi juara dalam pertandingan yang telah dijalankan dan Bonda Pengetua mengucapkan tahniah serta ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kusess yang telah bekerjasama demi mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga dengan kejayaan ini Kusess akan beroleh lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
KUSESS NO. 1

Saksikan video pertandingan di bawah.


SBPI KUANTAN


LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU SBPI KUANTAN

Tuesday, October 20, 2009

Mesyuarat Guru pembimbing Ragbi dan Hoki







Mesyuarat Guru Pembimbing ragbi dan hoki telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 - 15 Oktober 2009
Tempat : Tiara Beach resort, Port Dickson
Bil Peserta : 186 orang

Mesyuarat di atas merupakan sambungan daripada mesyuarat yang diadakan d Bukit Fraser dengan menekankan kepada permainan ragbi dan hoki. Walaupun tujuan Bahagian untuk memberikan input kepada guru-guru berbeza daripada setiap sekolah tetapi ada guru-guru yang sama daripada mesyuarat Bukit Fraser hadir di mesyuarat kali ini.
Walaupun beitu, Unit Sukan dan Kokurikulum berterima kasih ke atas kehadiran guru-guru tersebut. Di dalam mesyuarat ini kelainan boleh dilihat di dalam sukan ragbi di mana unit Sukan dan Kokuriukulum telah menjemput penceramah daripada Malaysian Rugby Union untuk memberikan pendedahan dan seterusnya memberikan sijil kejurulatihan tahap 1 kepada guru-guru berkenaan dan buat pertama kalinya 2 orang guru wanita telah menyertai mesyuarat guru ragbi kali ini. Ini menunjukkan bahawa ragbi memnag diminati di SBP.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pn Hjh Norlia Bt Mohd Shuhaili, Timbalan Pengarah BPSBPSK dan diharapkan supaya sukan ini dapat ditingkatkan lagi ke peringkat yabng lebih tinggi.

Mesyuarat Guru pembimbing RnD, Bahas Bahasa Malaysia dan Bahas Bahasa Inggeris







Mesyuarat Guru Pembimbing RnD, Bahas Bahasa Malaysia dan Bahas Bahas Inggeris telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 - 16 September 2009
Tempat : Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur
Bil Peserta : 342 orang

Unit Sukan dan Kokurikulum telah melaksanakan program di atas semasa bulan ramadhan kerana ketiadaan tarikh yang sesuai untuk diadakan mesyuarat tersebut. Walaupun dalam minggu penghujung bulan ramadhan, ramai guru telah hadir dan ini amat menmbanggakan Bahagian kerana telah terbukti bahawa guru-guru di SBP adalah komited dan proaktif. Walaupun berpuasa, komitmen yang ditunjukkan begitu tinggi dan pengalaman berbuka dan bersahur di hotel merupakan pengalaman yang begitu unik dapat diperolehi dalam mesyuarat kali ini.
Penceramah-penceramah yang dijemput merupakan orang yang arif dan diharapkan mesej dan perkongsian ilmu di antara penveramah dan guru-guru dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan sekolah.
Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Ashah Bt Samah, Pengarah BPSBPSK dan diharapkan semoga perjalanan pertandingan tahun hadapan dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar lagi.

Mesyuarat Guru Pembimbing Kriket dan Memanah







Mesyuarat Guru Pembimbing Kriket dan Memanah telah diadakan sperti ketetapan berikut :
i. Tarikh : 7 hingga 11 Oktober 2009
ii. Tempat : Fraser's Silverpark Resort, Fraser Hill
iii. Bil Peserta : 206 orang

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pembimbing kriket dan memanah yang telah menghadirkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum BPSBPSK. Bahagian maklum dan sedar terdapat kekangan yang dihadapi guru-guru tetatpi tujuan Bahagian menganjurkan kursus ini adalah untuk perkongsian ilmu supaya guru-guru dapat menimba ilmu untuk melatih anak murid di sekolah masing-masing.
Penceramah yang dijemput adalah merupakan penceramah yang memang ahli dalam bidang masing-masing dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat yang begitu besar kepada wargaSBP. Ini adalah kerana banyak input yang baru boleh didapati daripada mesyuarat ini dan dari pemerhatian pegawai-pegawai BPSBPSK termasuk perbincangan dengan penceramah didapati ramai antara guru-guru yang hadir bersemangat dan begitu positif dalam perbincangan dan perkongsian ilmu yang dijalankan.

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2009






TEMPAT : PUSAT SAINS NEGARA KUALA LUMPUR
TARIKH 30 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2009

Sekolah Menengah Sains Sabah telah menghantar 3 pasukan robotik untuk menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang pelajar dan seorang guru pengiring terlibat dalam pertandingan ini. Kategori pertandingan yang disertai oleh SMESH ialah:
a) Robot Planting ( Lower Secondary)- Emir Eusoffe, Mohd. Nisham Chong, Mohd Amnan bin Mohd Kassim
b) Robot Energizing ( Upper Secondary) - Isamuddin Ismail, Humphrey, Salman Paulmie
c)Open Category ( Lower Secondary) - Mohd Amnan bin Mohd Kassim, Aizuddin Aguse, Qhairul Bakri dan Mohd Syukri ( mentor)
Keputusan Pertandingan
a) Robot Planting - Johan
b) Robot Energizing- Naib Johan
c) Open Category - Best Innovative Award & Excellent Award (6)
Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang akan berlangsung di Pohang, Korea Selatan pada 6 - 8 November 2009. Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMESH yang telah mengambil bahagian dalam NRC 2009 dan mencapai kejayaan yang membanggakan.
SMESH bertaraf dunia !!!!!

Monday, October 19, 2009

Monday, September 07, 2009

Berita Bergambar Aktiviti Kokurikulum SBP di Photobucket

Dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Kokurikulum telah memuat naik gambar-gambar aktiviti kokurikulum di dalam Photobucket. Ini adalah untuk memudahkan PK Kokurikulum SBP untuk mendapatkan gambar aktiviti kokurikulum yang telah berlangsung sebelum ini. Untuk kemudahan semua PK Kokurikulum khususnya dan warga SBP amnya, 'username' dan 'password' akan dibekalkan pada mesyuarat PK Kourikulum ke-3 nanti.
Dengan adanya Photobucket ini diharapkan PK Kokurikulum dapat memuat naik semua aktiviti kokurikulum SBP supaya dapat didokumentasikan secara digital dan untuk rujukan pada masa hadapan.
Diharapkan tiada unsur-unsur penyelewengan dilakukan di dalam akaun ini dan diharapkan ianya dapat memberikan faedah yang besar kepada warga SBP.
Terima kasih.

Saturday, September 05, 2009

Perlawanan Futsal Persahabatan antara Guru/Staf Kusess vs Pegawai dari SBP di KUSESS



Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi ukhwah antara SBP dan KUSESS. Perlawanan ini diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa warga Kusess dan staf SBP.

Monday, August 31, 2009

Selamat meyambut Hari Kemerdekaan Ke-52 KUSESS 2009

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

courtesy of http://pmr.penerangan.gov.my

Dikesempatan ini, dipertontonkan semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh pelajar KUSESS dengan berani tampil ke pentas sewaktu Perhimpunan Pagi. Judul video ini ialah "Tetamu Membawa Rezeki". Saksikan..


Saturday, August 22, 2009

Penyempaian Anugerah Kokurikulum 2009 KUSESS



Majlis diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor

Friday, August 21, 2009

KARNIVAL INOVASI SAINS DAN TEKNOLOGI KEBANGSAAN 2009


Karnival Inovasi Sains dan Teknologi peringkat kebangsaan kembali lagi dengan tema 'Sains, Inovasi dan Teknologi untuk Masyarakat'.Pada tahun ini giliran negeri Perlis menjadi tuan rumah .Karnival yang telah berlangsung bermula 10 Ogos sehingga 13 Ogos 2009 telah mengumpulkan peserta-peserta yang telah menang di peringkat negeri. Diantara SBP yang turut memberi saingan ialah Kolej Tunku Kurshiah, SMS Sultan Mohamad Jiwa, SMS Raja Tun Azlan Shah, SBPI Temerloh, SMS Machang, SMS Seremban, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Sultan Alam Shah, SMS Pasir Puteh, SMS Tuanku Syed Putra, SMS Tengku Mohamad Faris Petra dan SMAP Labu.


Karnival tersebut telah menganjurkan pertandingan :

i. Pertandingan EUREKA REE kategori Sekolah Rendah.
ii. Pertandingan Bercerita Sains Tahap Satu Sekolah Rendah

iii. Pertandingan Saintis muda Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

iv. Pertandingan Dapur Solar

v. Pertandingan Kereta Solar

vi. Pertandingan Bot Solar

vii. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

viii. Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi

berkumpulan dan individu



Karnival yang diadakan selama 3 hari berjalan dengan lancar dan jayanya. Karnival dimeriahkan dengan kehadiran Kerabat Diraja Perlis iaitu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail , DYTM Raja Muda Perlis dan isteri DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai perasmi Majlis Penutupan yang diadakan di Dewan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis.


Tahniah kepada SBP yang telah memenangi pertandingan yang disertai. Kepada SBP yang lain cuba lagi pada tahun akan datang. Semoga usaha yang dilakukan mendapat hasil yang lebih baik daripada tahun ini.


Berikut adalah senarai SBP yang telah memenangi pertandingan yang disertai.

1. Kolej Tunku Kurshiah - Tempat pertama dalam Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi (berkumpulan)

2. SMS Sultan Mohamad Jiwa -Tempat pertama dalam Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi (individu)

3. SMS Kuala Selangor - Tempat kedua dalam Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi (individu)

4. SMS Machang- Tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi (individu)

5. SMAP Labu- Tempat ketiga dalam Pertandingan Saintis Muda








Wednesday, August 19, 2009

White Water Rafting di Sungai Kiulu











































Program Penolong Kanan Kokurikulum kemudiannya diteruskan lagi dengan program berkayak di Sungai Kiulu. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sungai Kiulu ini mengambil masa hampir 3 jam dan mengikuti jalan yang berliku untuk sampai di permulaan tempat berkayak.
Sejurus tiba di permulaan berkayak, kumpulan Penolong Kanan Kokurikulum tidak sabar-sabar untuk memulakan ekspedisi. Ekspedisi kali ini mengambil masa hampir setengah hari yang akan membawa mereka menyusuri Sungai Kiulu yang indah ini melalui perkampungan dan kawasan yang menghijau yang dapat mendamaikan jiwa.

Difahamkan juga semasa ekspedisi, terdapat beberapa orang Penolong Kanan Kokurikulum yang berhadapan dengan situasi yang mendebarkan apabila terjatuh dari kayak dan hampir lemas. Sungguhpun begitu, dengan kecekapan jurulatih dan rakan-rakan, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ini juga menunjukkan bahawa Penolong Kanan Kokurikulum mampu melakukan aktiviti lasak seperti murid-murid mereka dan murid-murid tidak boleh mengatakan mereka tidak mampu apabila guru-guru mereka juga mampu melakukan aktiviti-aktiviti lasak ini.

Aktiviti ini juga menjadi pengalaman yang tidak ternilai apabila kebanyakkan Penolong Kanan Kokurikulum tidak pernah menjalani aktviti ini. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang baik di kalangan Penolong Kanan Kokurikulum SBP.

Aktiviti Abseilling PK Kokurikulum SBP





















Pada 24 Julai 2009, Kumpulan Penolong Kanan Kokurilulum telah diberi peluang untuk membuat aktiviti 'abseilling' oleh jurulatih Kem Bina Negara Kundasang yang diketuai oleh Pak Zainal.

Ini merupakan pengalaman yang berharga kepada sesetengah Penolong Kanan Kokurikulum kerana ianya merupakan kali pertama bagi mereka membuat aktiviti ini. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka sebagai Penolong Kanan Kokurikulum perlu ada ketahanan dari segi mental dan fizikal.

Dari segi keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya mencapai objektifnya dan ianya merupakan isyarat yang jelas bahawa Penolong Kanan Kokurikulum juga boleh terlibat di dalam aktiviti lasak seperti murid-murid juga walaupun jarak umur yang jauh.