Laman Sisipan Untuk Para PK Kokurikulum SBP Melaporkan Aktiviti Kokurikulum Semasa Sekolah-sekolah Berasrama Penuh
Friday, April 09, 2010
Kem Jati Diri ( KEJARI ) Peringkat SMSTSSS 2010
Pada 2 - 4 April 2010, pihak sekolah menganjurkan Kem Jati Diri Unit Beruniform untuk sahsiah diri para pelajar. Kem yang di adakan adalah untuk memantapkan sahsiah serta keterampilan pelajar. Demi menyediakan persekitaran yang ` adventure ' , para pelajar menginap di kawasan sekolah.
Aktiviti yang di jalankan seperti `Fire Drill', ` Masak Rimba', `WaterWar' dan `EXplorace Jiwa' berjaya menarik perhatian para pelajar. Kebanyakan aktiviti memerlukan kerjasama setiap pelajar dan hasilnya, semua pelajar memberi kerjasama yang luar biasa.
Selain para pelajar, para guru juga tidak terkecuali dari melibatkan diri dengan Kem Jati Diri ini. Kebanyakan guru bersengkang mata semata- mata untuk menjaga keselamatan para pelajar. Di samping itu, aktiviti kerohanian juga turut di selitkan seperti ceramah dari Ustz. Jamnul Azhar serta `qiyamullail'. Diharap dengan aktiviti seperti ini, pelajar dapat memantapkan sahsiah diri demi kecemerlangan individu , sekolah serta agama dan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment