Tuesday, April 27, 2010

LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-7 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG

LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) KALI KE-7
1. PENDAHULUAN
Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7, 2010 merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Temasya Olahraga Tahunan (TOT) telah diadakan di Kompleks Rakan Muda kampar kerana penambaikkan dan naik taraf padang sedang dijalankan. Walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum Temasya Olahraga ini berjaya dianjurkan, namun segala kesulitan telah dapat diatasi sehingga Temasya Olahraga ini berjaya dijalankan dengan lancar. Antaranya adalah kekangan daripada segi rumput yang masih belum tumbuh sepenuhnya. Oleh itu, majlis sukan sekolah terpaksa mengadakan perubahan berkali-kali berdasarkan keadaan semasa padang. Walau bagaimanapun, setelah persetujuan dapat dicapai dengan pihak pentadbiran Temasya Olahraga Tahunan pada kali ke-7 ini telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Kampar.
Tujuan Temasya olahraga ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan pelajar sekolah ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui temasya olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga sekolah SBPI Gopeng dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah. Melalui temasya olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk mengadakannya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para guru, pelajar, staf sokongan, dan pentadbiran maka temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2. LAPORAN KEJOHANAN
Sepanjang proses pelaksanaan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 yang dijalankan ini, terdapat beberapa acara olahraga mengikut kategori yang telah dipertandingkan. Acara-acara ini telah menjadi rebutan dari empat buah rumah yang terdapat di sekolah ini. Peraturan pertandingan yang digunakan adalah seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Berikut disenaraikan acara-acara olahraga sepanjang Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 dianjurkan.

BIL. SUKANTARA PRA SUKAN TEMASYA OLAHRAGA
1. 100 Meter Merejam Lembing(L/P 15,18) 100 Meter (L/P 15,18)
2. Lompat Jauh Lempar Cakera(L/P 15,18) 200 Meter (L/P 15,18)
3. Lontar Peluru Lontar Peluru(L/P 15,18) 400 Meter (L/P 15, 18)
4. - Lompat Tinggi(L/P 15,18) 4x 400 Meter (L 15, 18)
5. - Lompat Jauh(L/P 15,18) 4x200 Meter (P15,18)
6. - 1500 Meter (L/P 15,18) 4 X 100 Meter (L/P 15,18)
7. - 800 Meter (L/P15,18) 4 X 100 Meter (L/P 13 tahun)
8. - Tarik Tali 3 & 4 4 X 100 Meter Jemputan ( L 15,18)
9. - - Tarik Tali Akhir
10. - - Pertandingan Lagu sorak
11. - - Pertandingan Maskot
12. - - Pertandingan perbarisan rumah
13. - - Pertandingan perbarisan uniform

2.1 Pengelolaan
Pada keseluruhannya pengelolaan TOT adalah baik dan mencapai objektif walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul khususnya semasa dan sebelum temasya berlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :-

1. Semua guru telah menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan dengan berkesan.
2. Pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama dari mula hingga akhir temasya.
3. Temasya telah berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir walaupun bermula agak lewat dan berakhir melewati masa yang dijangkakan akan tamat.
4. Tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini seperti kecederaan berat, bantahan, pertikaian keputusan hakim, pergaduhan dan lain-lain lagi.
5. Peserta dari sekolah jemputan yang hadir telah berpuas hati dengan pengelolaan temasya dan penghakiman.
6. Hakim luar dan pelepas yang dijemput untuk membantu telah hadir tepat pada masanya walaupun mereka terlibat dengan acara lain pada hari yang sama.
7. Makanan dan minuman pelajar telah disediakan dengan secukupnya tepat pada waktu yang ditetapkan.


2.2 Pengadilan
Seorang pelepas berpistol serta 3 orang hakim luar dijemput untuk memeriahkan TOT ini. Mereka adalah guru-guru yang berpengalaman dalam mengendalikan acara seperti ini. Tujuan mereka dijemput adalah untuk meletakkan orang-orang yang berkecuali dan tidak ada sebarang kepentingan bagi mengelakkan pertikaian dan tuduhan berat terhadap rumah-rumah tertentu.



2.3 Disiplin Pelajar
Disiplin pelajar adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa, selepas temasya berlangsung. Tiada pelajar-pelajar yang merayau dan berada di tempat yang tidak sepatutnya. Pelajar-pelajar yang menaiki bas pertama telah bersedia sebelum pukul 5 pagi dan memberikan kerjasama sepenuhnya ketika menaiki bas sewa khas.
Walaupun begitu, terdapat perkara yang mesti diberi perhatian jika pihak sekolah ingin mengadakan sebarang acara di tempat begini iaitu terdapat segelintir pelajar yang ‘bersidai’ iaitu duduk di atas palang besi di bahagian paling belakang astaka hingga membahayakan keselamatan diri mereka. Pelajar-pelajar ini mempunyai risiko akan terjatuh ke belakang astaka dan boleh menyebabkan kecederaan parah.

2.4 Sekolah Jemputan
Jawatankuasa sukan telah menjemput semua Sekolah Berasrama Penuh, sekolah-sekolah menengah di kawasan Gopeng serta Kampar untuk mengambil bahagian dalam acara 4 x 100m lelaki kategori bawah 15 dan bawah 18 tahun (2 acara). Atlit untuk acara jemputan yang telah hadir ialah dari :

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (B18 L)
2. The Malay College Kuala Kangsar (B15 & B18 L)
3. Sek. Men. Sains Teluk Intan (B15 & B18 L)
4. SMK Idris Shah (B15 & B18 L)
5. SMK Seri Teja (B15 & B18 L)

Secara keseluruhannya, Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awal hingga akhir sepanjang temasya olahraga ini berlangsung namun, para pelajar dilihat telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan antara satu dengan yang lain. Mereka juga berpeluang untuk merasai sendiri trek larian bagi acara-acara dalam olahraga yang dilangsungkan. Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar bukan sahaja semasa di sekolah ini malah selepas mereka meninggalkan sekolah. Pelajar juga dapat menonjolkan bakat dan kebolehan dalam lapangan olahraga. Para ibu bapa juga boleh bergembira melihat aksi anak-anak mereka berjuang sama ada dalam setiap pertandingan malah selaku penonton. Semoga Temasya olahraga Tahunan yang akan datang lebih meriah dan baik lagi.

4.0 Penghargaan
Majlis Sukan SBP Integrasi Gopeng mengucapkan sekalung penghargaan kepada :
1) Tn Hj Muhamad Tap bin Tokaran.
2) Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR)
3) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
4) SMS Teluk Intan (SEMESTI)
5) SMK Seri Teja
6) SMK Idris Shah
7) Pengarah Kompleks Rakan Muda Kampar.
8) Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
9) PIBG SBPI Gopeng.
10) Balai Polis Gopeng.
11) Balai Polis Kampar.
12) Hospital Kampar.
13) Klinik Kesihatan Gopeng.
14) Simyu Collection.
15) Pengawal keselamatan SBPI Gopeng.
16) Guru-guru SBPI Gopeng dan Para ibu bapa
Pihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung sepanjang Temasya Olahraga Tahunan diadakan.

No comments: