Friday, May 21, 2010

Kembara SAMURA 2010


Program Pengantarabangsaan adalah salah satu elemen yang dapat memantapkan kecemerlangan pendidikan seseorang. Kecemerlangan sebegini adalah diperlukan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan berani menghadapi dunia luar dan sanggup bersaing di peringkat antarabangsa.


Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 2010 membuka langkah untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar ke VIETNAM (7-10 Jun 2010), SINGAPURA (1 Julai 2010), PERTH, ASUTRALIA (15-18 Julai 2010) dan BRUNEI DARUSSALAM (1 November 2010) Program ini berteraskan Sejarah, Bahasa Dan Kebudayaan yang melibatkan guru dan pelajar ke dua-dua negara. Guru-guru dan pelajar-pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancangan bersama termasuk aktiviti kebudayaan dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah.


Rasional program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan komuniti antarabangsa dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru SM Sains Muar dengan memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung, tinggal bersama-sama keluarga angkat, membuat persembahan kebudayaan, membentangkan bahan projek di khalayak antarabangsa, membuat perbandingan tentang sistem pendidikan, sejarah, agama dan sosiobudaya sesebuah negara serta menjalinkan kerjasama dua hala dan perkongsian pintar serta kepakaran guru-guru antara kedua-dua buah sekolah dan institusi untuk menjadikan SM Sains Muar menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi .


Seramai 78 orang peserta akan menyertai Program ini iaitu VIETNAM (20 orang), SINGAPURA (38 orang), PERTH, AUSTRALIA (10 orang) dan BRUNEI DARUSSALAM (10 orang). Peserta terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Program dan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


Program ini diharap dapat memberi manafaat kepada guru dan pelajar yang menyertai program ini. Perbandingan berkaitan soiobudaya diharap akan membuka mata mereka untuk menilai dan menghargai apa yang mereka miliki. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkat dan memantapkan lagi sahsiah dan patriotisme mereka. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak menyertai program ini nanti.

No comments: