Tuesday, June 01, 2010

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SM SAINS KUBANG PASU

5 MEI 2010

Penolong Kanan Kokurikulum,Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail menyampaikan taklimat keselamatan sebelum ke Perkhemahan Badan Beruniform,Gua Kerbau di perkarangan sekolah
6 MEI 2010

Encik Wan Mohd Saifuddin Bin Wan Long,Guru Pengakap memberikan taklimat peserta di gua kerbau setelah peserta sampai di tempat perkhemahan.

Encik Ridzuan Bin Hashim,Encik Mohd Roshidi bin Abdul Khani,Guru Kadet Bomba dan Encik Wan Mohd Saifuddin Bin Wan Long menunjukkan cara-cara memasang khemah dengan betul kepada peserta



Peserta memasang khemah di tapak perkhemahan di bawah gua


Encik Sharol Bin Ab Ghani ,kem komanden memberikan taklimat kepada peserta di bawah kawasan gua mengenai perjalanan malam kebudayaan




Tuan Ismail Bin Ibrahim,Pengetua memyampaikan ucapan beliau dan merasmikan Perkhemahan Badan Beruniform SMSKP 2010.Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai JPA dan guru-guru.






Peserta mengambil nota semasa ceramah tentang Kepimpinan disampaikan oleh Encik Rosmira Bin Saad,Kaunselor SMSKP






7 MEI 2010

Peserta menjalani latihan asan kawad kaki dikendalikan oleh Pegawai JPA







Peserta diberi taklimat oleh pegawai JPA tentang aspek keselamatan yang perlu diambil oleh setiap pelajar dan cara-cara memasang alat keselamatan sebelum membuat aktiviti flying fox








Peserta diberi teori dan praktikal ikatan tali oleh Pegawai JPA .Peserta mencuba beberapa jenis ikatan yang diajar .









Peserta menjalani aktiviti flying fox










Encik Viki ,Guru PKBM menjalani aktiviti flying fox .












Peserta membuat praktikal selepas ceramah rawatan kecemasan











Pelajar dan Pegawai JPA yang berjaya mengambil bahagian dalam Perkhemahan ini.














Peserta melakonkan beberapa adegan yang menarik semasa malam kebudayaan














Peserta menggunakan kompas untuk mencari bearing yang betul berdasarkan tugasan yang diberi .














Peserta dibawa masuk ke dalam gua yang gelap dan berair semasa aktiviti kembara.Mereka perlu melalui laluan yang sempit dengan hanya menggunakan lampu suluh

















Peserta meredah bukit dan hutan dalam acara kembara .Mereka juga harus mengutip kayu api untuk memasak .
















Peserta memasak sendiri ikut kumpulan untuk makan tengah hari. Mereka dibekalkan sayur, telur,minyak ,sardine,garam,teh,gula.

















No comments: