Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Program Pengantarabangsaan ke Jawa Tengah, Indonesia pada 13-20 Jun 2010. Delegasi seramai 32 orang guru, murid dan staf sokongan akan berlepas ke Yogyakarta pada Ahad, 13 Jun 2010 jam 9.15 pagi menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia. Program di Jawa Tengah akan melibatkan program di Yogyakarta, Purworejo dan Magelang. Delegasi pelawat akan melawat dua buah universitas di Yogyakarta iaitu Universitas Gadjah Mada dan Universitas Muhammadiyah khususnya bagi mendapatkan informasi lanjut mengenai Fakultas Kedoktoran.
Program yang melibatkan Sekolah Angkat SSP iaitu SMAN 1 Purworejo akan bermula pada Isnin, 14 Jun 2010 iaitu Program Perasmian LUSTRUM (Perayaan Sambutan 60 Tahun). Pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun oleh SMAN 1 Purworejo untuk delegasi pelawat termasuk aktiviti akademik, kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti yang lain. Murid-murid akan menyertai program Homestay sepanjang masa berada di Purworejo. Delegasi juga akan menyertai lawatan dan aktiviti-aktiviti lain seperti lawatan ke SMA Taruna Nusantara (Sekolah Berasrama Penuh milik Yayasan ABRI), lawatan ke Candi Borubudor, pusat-pusat kerajinan tangan seperti batik dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut akan dikemas kini selepas kembali ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment