ASiS EKSPLOITASI PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH
KE LOMBOK INDONESIA
Sekolah Menengah Sains Alam Shah(ASiS) terus cemerlang dalam penganjuran program pengantarabangsaan sejajar dengan misi sekolah ‘ menzahirkan pemimpin bertaraf dunia’. Sebelum ini ASiS telah berjaya menganjurkan ekspedisi kemanusiaan ke Kemboja dengan kerjasama Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Terbaru, ASiS mengadakan kunjungan balas ke SMA Negeri 1 Praya, Lombok Tengah, Indonesia pada tanggal 24 Mei 2010.
Ketibaan kami di
Lawatan kami di sana dimulai dengan mengadakan kunjungan balas ke SMA Negeri 1 Praya. Perjalanan kami dari hotel ke destinasi memakan masa selama satu jam. Tepat jam 8:15 pagi, kami tiba di sana. Penerimaan mereka terhadap kunjungan balas kami amat luar biasa. Kami berasa amat teruja melihat keadaan tersebut. Kami diarak masuk ke kawasan sekolah dengan diiringi oleh tarian tradisional dan pasukan pancaragam. Kami ibarat orang besar yang datang untuk merasmikan satu majlis yang penting. Ketika berada di sana, pelbagai agenda penting telah berlangsung. Antaranya, ucapan alu-aluan Dr. Amir Huzain, ucapan pengetua ASiSHj. Mohd. Idrus Abd. Hamid, persembahan tarian dan sebagainya. Pengetua ASiS berkata, ”kami mahu kesemua pelajar dari kedua dua belah pihak didedahkan dengan situasi sebenar menjadi seorang pemimpin. Oleh itu, wajarlah program ini diteruskan bagi menjamin kemenjadian seorang pemimpin bertaraf dunia”. Agenda yang paling mencuri perhatian ialah majlis menandatangani MoU dalam bahasa Indonesia seperti yang berlaku di ASiS ketika lawatan delegasi SMAN 1 Praya tahun lalu. Aktiviti-aktiviti yang lain termasuklah ‘class attachment’, pertukaran kebudayaan dan perlawanan futsal serta bola keranjang. Sebelum pulang, kami sempat dijamu dengan sejenis makanan tradisional yang dipanggil ‘erok-erok’.
Ketika berada di sana, kami turut dijemput ke Kantor Bupati. Kami disambut oleh para pegawai di
Selain 2 buah sekolah tersebut, kami turut dipelawa oleh Kepala Sekolah SMA Negeri 5 Mataram untuk melawat sekolah mereka. Sekali lagi penerimaan mereka terhadap kedatangan kami amat luar biasa. Ketika berada di sini, kami bertukar-tikar idea di samping menikmati pelbagai persembahan yang mereka sajikan untuk kami. Kami di Pihak ASiS turut bersama-sama menghiburkan mereka dengan tarian tradisional zapin yang diketuai oleh saudara Nazrin Najib. Pelajar ASiS lain yang terlibat termasuklah Zulhariz, Azrin, Barzun, Khidthir, Faiz, Faruq, Zhariff dan Fatria. Mereka begitu teruja dengan persembahan kami sehingga ada antara guru mereka yang turut sama-sama menari bersama kami. Begitulah hebatnya aura tarian zapin ASiS. Kami meluangkan masa selama hampir empat jam di sini. Pelbagai peristiwa yang manis telah terakam di sini.
Sepanjang berada di
Berada di Pulau Lombok selama 4 hari membuatkan kami berasa rindu untuk meninggalkannya. Pelbagai tempat menarik juga telah kami lawati termasuklah Pantai Kuta, Gems of
No comments:
Post a Comment