Thursday, July 08, 2010

LAWATAN MENTERI PELAJARAN IRAN KE SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA











Delegasi sembilan orang yang diketuai TYT Menteri Pelajaran Iran Dr Hamid Reza Babaei, telah mengadakan lawatan ke Sekolah Seri Puteri Cyberjaya pada Isnin, 5 Julai 2010. Dr Hamid Reza Babaei dan rombongan dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri dan melawat beberapa isntitusi pendidikan yang lain. Rombongan seramai sembilan orang yang turut disertai Duta Iran ke Malaysia tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya pada jam 9.30 pagi.

Taklimat dan perbincangan dengan pihak SSP yang disertai sama oleh Puan Ashah Samah, Pengarah BPSBPSK berlangsung selama satu jam, seterusnya delegasi dibawa melawat Pusat Sumber, Bilik-bilik khas mata pelajaran untuk menyaksikan proses P&P Bahasa Arab & Bahasa Jepun, Galeri Program Pengantarabangsaan, Makmal Sains dan juga melawat asrama. Objektif utama lawatan adalah untuk menyaksikan proses P&P berbantukan ICT dan mengenali lebih dekat sistem pendidikan di Malaysia khususnya sistem pembelajaran di SBP. TYT Dr Hamid Reza Babaei juga berbesar hati mengundang delegasi Sekolah Seri Puteri untuk melawat Iran dan mempelajari sistem pendidikan di Iran. Delegasi pelawat bertolak dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya pada jam 12.30 tengahari untuk menghadiri makan tengahari yang dihoskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia di Hotel Shangri-La Putrajaya.

No comments: