Wednesday, April 29, 2009

KEJOHANAN KRIKET PIALA TAN SRI HAMZAH









Alhamdullilah Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah yang berlangsung di SM Agama Persekutuan Kajang pada 22 - 26 April telahpun berjaya. Kejohanan yang disertai oleh 10 buah sekolah dari setiap zon telah mempamerkan kualiti yang semakin baik dari pemain-pemain yang terlibat.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:

1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar
3. SM Sains Tengku Abdullah
4. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
5. Sekolah Sultan Alam Shah
6. SBPI Rawang
7. Sekolah Dato Abdul Razak
8. SM Sains Kota Tinggi
9. SM Sains Sabah
10. SM Agama Persekutuan Kajang

Walaupun panas yang membahang, pemain menunjukkan mutu persembahan yang baik dan kepada pengadil-pengadil yang terlibat, pihak BPSBPSK mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan.

Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengurusan SM Agama persekutuan Kajang kerana telah menjayakan Kejohanan ini dengan jayanya.

Berikut adalah keputusan kejohanan :

Johan - SM Sains Tengku Abdullah
N. Johan - SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
Ketiga - Sekolah Dato Abdul Razak
Keempat - SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Thursday, April 16, 2009

KARNIVAL SAINS, SHOWCASE INOVASI DAN KEJURUTERAAN KE 11 2009





Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 telah diadakan pada 9 -12 April 2009 bertempat di Kolej Tunku Kursiah Negeri Sembilan.

Karnival ini merupakan antara yang terbaik pernah dianjurkan oleh pihak BPSBPSK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Kolej Tunku Kursiah terutamanya pihak AJK yang telah memberikan komitmen yang padu dalam menjayakan karnival ini.

Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YAB Menteri Besar juga berbesar hati untuk menyumbangkan piala untuk Karnival Sains, Showcase Inovasi dan Kejuruteraan SBP Ke-11 2009 dan majlis makan malam yang diadakan di Kelana Resort, Seremban.

Pihak BPSBPSK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB menteri Besar Negeri Sembilan atas sumbangan piala dan majlis makan malam itu.



Tuesday, April 14, 2009

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM DAN SIRKIT MEMANAH KEBANGSAAN 1 2009
















Kejohanan memanah Terbuka UUM dan Sirkit mermanah Kebangsaan telah diadakan pada 8 - 12 April 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Kejohanan ini telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila murid-murid dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berjaya meletakkan diri di dalam kelompok 10 terbaik pemanah-pemanah di Malaysia. Murid-murid SBP telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil apabila berjaya mengalahkan pemanah-pemanah yang lebih dewasa dan berpengalaman di dalam Sirkit Memanah Kebangsaan 1 2009 di Sintok Kedah.

Walaupun terpaksa berdepan dengan pemanah-pemanah negara seperti Mohd Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian, Anbarasi Subramaniam dan lain-lain murid-murid SBP telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berdepan dengan mereka. Pengalaman yang berharga bagi Ruhila Roslan dari TKC berdepan dengan Anbarasi Subramaniam, pemanah negara di dalam Olympic Round dan Muhamad Nufaiz Azmy berdepan dengan Mohd Marbawi Sulaiman. Sungguhpun tewas tetapi pengalaman yang berharga ini amat berguna bagi mereka untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka.

Untuk pengetahuan, pasukan Lelaki SBP (A) telah berjaya mendapatkan tempat ke 7 keseluruhan dan pasukan Lelaki SBP (B) tempat ke 26 dari 36 pasukan elit negara, IPTA, Pusat Latihan Berprestasi Tinggi Negeri, pasukan negeri, Sekolah Sukan dan lain-lain organisasi. Manakala pasukan perempuan SBP juga mendapat tempat ke 7 keseluruhan daripada 13 passukan. Ini menunjukkan bahawa murid-murid SBP merupakan pasukan yang perlu mereka geruni kerana mampu bersaing dengan mereka walaupun kekurangan sumber untuk latihan mereka.

Pihak BPSBPSK sedang berusaha untuk melonjakkan lagi kecemerlangan atlit memanah SBP dalam sukan memanah dengan mengadakan rundingan untuk kerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang mana ramai jurulatih memanah negeri menunjukkan minat untuk mengambil murid-murid SBP sebagai pelapis dan atlit negeri, malah jurulatih negara dan pihak MSN juga menunjukkan reaksi yang positif untuk mengiktiraf pasukan memanah SBP sebagai pelapis atlit memanah negara.

Langkah-langkah positif juga telah diambil dengan merangka latihan yang lebih sistematik dan merancang untuk membawa atlit-atlit memanah untuk bertanding di luar negara supaya kita dapat melihat pencapaian kita di peringkat antarabangsa.

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS ZON TIMUR 2009




Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009 telah diadakan pada 3 - 5 April 2009 di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.


Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid SBP di dalam persembahan drama dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ini dapat dilihat dalam persembahan mereka yang begitu mantap dan mampu memukau penonton-penonton sepanjang pertandingan berlangsung.


Tahniah diucapkan kepada Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, En. Kamarudin Bin Jaafar yeng telah sudi untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009. Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar.


Keputusan Pertandingan Dwitahunan Drama Bahasa Inggeris Zon Timur 2009 :
1. BEST DRAMA : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
2. 1ST RUNNER UP : SBP INTEGRASI PEKAN
3. 2ND RUNNER UP : SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
4. BEST ACTOR : MUHAMMAD AREEB DIN BIN RAZMAN(SMSTMFP)
5. BEST SUPPORTING ACTOR : WAN NUR SYAZWANI BT WAN ZIN (SMSTMFP)
6. BEST DIRECTOR : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
7. BEST SCRIPT : SBP INTEGRASI TEMERLOH
8. BEST SPECIAL EFFECT : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
9. BEST COSTUMES : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
10. BEST SETTING AND PROPS : SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA
11. 1ST CONSOLATION : SM SAINS PASIR PUTIH
12. 2ND CONSOLATION : SBP INTEGRASI KUANTAN
13. 3RD CONSOLATION : SM SAINS MACHANG