Sunday, April 29, 2007

SAKTI Johan Kriket SBP Kebangsaan 2007




Kota Bharu - SMS Kota Tinggi (SAKTI) mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-2 2007, setelah menumpaskan SMS Tuanku Jaafar (STJ) dengan kelebihan 9 larian.


Perlawanan yang dianggap ulangan pertandingan akhir 2007 berlangsung dengan amat sengit dalam cuaca baik di padang SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.


Sementara itu, di padang Institut Perguruan Kota Bharu, SMS Teluk Intan telah berjaya mengalahkan SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan untuk mendudduki tempat ketiga dalam kejohanan yang berlangsung selama empat hari tersebut.


Dalam temubual bersama En Mohd Alim Konting, PK Kokurikulum SAKTI, beliau mengucapkan rasa syukur atas kemenangan SAKTI. Beliau menganggap kemenangan ini adalah berkat doa dan usaha gigih pemain serta jurulatih pasukan berkenaan, khasnya dan semua warga SAKTI amnya. Beliau mengakui pasukan lawan juga telah mempamerkan permainan yang amat berkualiti, menyebabkan perbezaan larian adalah amat kecil iaitu 142 larian berbanding 133.

Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan Ke-2 2007


Kota Bharu - 29 April 2007.

Kejohanan Kriket Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-2 2007 telah berlangsung pada 26 - 29 April 2005 di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kejohanan ini mempertemukan 10 pasukan terhandal peringkat kelima-lima Zon SBP, iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur dan SQL.

Zon Utara diwakili oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) yang merupakan Johan Zon. Mengiringi pasukan itu adalah SMS Teluk Intan (SEMESTI) yang menduduki tempat kedua untuk Zon berkenaan. Zon Tengah diwakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). SMS Kota Tinggi (SAKTI) dan SMS Tuanku Jaafar (STJ) pula mewakili Zon Selatan, Manakala Zon Timur diwakili oleh SMS Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) dan SMS Tengku Abdullah (SEMESTA).

Zon SQL mempertaruhkan SMS Sabah (SEMSH). Tuan Rumah iaitu SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) tersenarai secara automatik.

Empat padang telah digunakan untuk melancarkan kejohanan kali ini; satu padang di SMSTMFP, 2 padang di Institut Perguruan Kota Bharu dan satu lagi padang di Sultan Ismail College.

Kejohanan kali ini memperlihatkan peningkatan yang amat tinggi dibandingkan dengan kejohanan tahun lepas. Semua pasukan memperlihatkan kemhiran yang hampir seimbang dengan kualiti yang membanggakan.

Pertandingan akhir pada pagi ini mempertemukan 2 pasukan gergasi Zon Selatan iaitu SAKTI dan STJ. Pertemuan ini dianggap ulangan perlawanan akhir tahun 2006 oleh SAKTI yang mahu supaya Piala Pusingan Tan Sri Hamzah di kekalkan di Kota Tinggi. STJ pula melihat perlawanan ini sebagai medan membalas dendam selepas tewas dalam kejohanan peringkat Zon 2007 dan juga semasa perlawanan akhir tahun lalu.

Mohd Shafiqi dan Mohamad Shahir, dua orang pemain pasukan SMSTMFP, menyifatkan kejohanan kali ini amat sengit dan bermutu. Pasukan tuan rumah ini, walaupun kali pertamamenyertai kejohanan, telah membuat kejutan awal apabila berjaya mengalahkan KMKK,walaupun selepas itu, dikejutkan pula oleh KISAS, yang juga pertama kali berjaya ke peringkat Kebangsaan.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Mustapha Muhammad yang akan dijalankan sebaik perlawanan akhir tamat. En Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Sektor SBP juga turut hadir dalam upacara berkenaan.

Tuesday, April 17, 2007

Petronas 3 on 3 Basketball Competition 2007


Petronas akan menganjurkan kejohanan berkenaan di stesen-stesen minyak seluruh negara. SBP telah mendapat undangan khas untuk menghantar 15 pasukan di setiap stesen tersebut. Penyertaan pasukan dari SBP adalah percuma dan setiap pemain akan diberikan sehelai t-shirt pertandingan. 15 pasukan tersebut adalah berdasarkan kepada 'first-come-first-serve'. 15 pasukan bagi setiap stesen yang paling pertama mendaftar akan mendapat kelebihan ini. Cara mendaftar : sila hubungi En Azlan (Petronas) di talian 012-2150950. Nyatakan lokasi kejohanan yang ingin disertai dan beliau akan merekodkan penyertaan sekolah anda.


Petronas juga bersetuju untuk menganjurkan klinik bola keranjang di SBP yang berhampiran dengan lokasi kejohanan, dalam tempoh seminggu hingga 2 minggu daripada tarikh kejohanan. Klinik akan dekendalikan oleh jurulatih MABA, mengambil masa 2 jam. Boleh dijalankan pada hari minggu atau petang hari persekolahan. Penyertaan klinik dalam lingkungan 100 - 150 peserta. Sekolah yang berminat mengadakan klinik berkenaan di sekolah anda, boleh berbincang dengan En Azlan di talian yang sama. Kelebihan jadi tuan rumah : tuan rumah sudah tentu boleh hantar peserta paling ramai.... SBP yang berhampiran perlu juga dijemput, supaya sama-sama berkongsi kemahiran. Terpulang kepada tuan rumah untuk hadkan bilangan peserta dari SBP lain. Tidak perlu sediakan apa-apa. Peserta boleh minum di kantin. Kalau ingin sediakan minuman, terpulang kepada tuan rumah untuk pungut seringgit dua untuk minuman dari peserta. Berbincanglah sesama PK Koku.


Bagi setiap stesen, hanya satu klinik sahaja untuk SBP. Siapa cepat, dia dapat.
Stesen dan tarikh kejohanan adalah seperti berikut:
1) 22 april - Petronas Wangsa Melawati
2) 6 mei - Petronas Matahari Heights, Senawang
3) 13 mei - Petronan AutoCity, Jalan Perusahaan, Pulau Pinang
4) 26 Mei - Petronas Merang, Kuala Terengganu
5) 10 Jun - Petronas Taman Putra Indah, Bercham, Ipoh
6) 24 Jun - Petronas R&R Skudai Utara
7) 8 Julai - Petronas Subang Bestari, Selangor
8) 22 Julai - Petronas Putri, Kuantan
9) 5 Ogos - Petronas Jalan Pedada, Sibu
10) 12 Ogos - Petronas Jalan Menggatal North, Kota Kinabalu


Sila hubungi us nor azam 012-3823066, jika inginkan maklumat lanjut.
p.s.
En Azlan berada di Mesir sekarang ini. Sila hubungi Mr. Loh dari MABA di talian 012-9779147 untuk urusan berkaitan.

Saturday, April 07, 2007

Kursus Pegawai Protokol SBP

Klang - Sektor Sekolah Berasrama Penuh telah menganjurkan Kursus Pegawai Protokol SBP selama 3 hari di Hotel Prescott, Klang. Kursus ini telah dihadiri oleh 54 orang guru SBP yang telah dilantik oleh sekolah masing-masing. Kursus tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai protokol mengenai aplikasi amalan protokol, khususnya dalam menguruskan acara-acara rasmi di peringkat sekolah, zon dan kebangsaan.
penceramah kursus ini adalah En Shamil bin Mohd Yusof yang amat berpengalaman dalam bidang ini. Semoga dengan adanya kursus ini, acara-acara rasmi di SBP akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur.