Tuesday, February 28, 2012

PENCAPAIAN SASEM DALAM SQUASY MSS JOHOR 2012

Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) walaupun dalam usia mudanya telah menghantar dua orang pelajar perempuan ke Kejohanan Squasy MSS Johor yang telah berlangsung pada 23 - 26 April 2012 di Batu Pahat, Johor.

Penyertaan sulung SASEM dalam kejohanan tersebut tidak mengecewakan apabila kedua-dua peserta telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. Pencapaian peserta dari SASEM adalah seperti berikut:

  • Fatin Nur Shahira Bt Muhamad - Johan Permpuan 15
  • Ain Nurhana Bt Zulhazmi - Naib Johan Perempuan 18

Tahniah kepada kedua-dua pelajar SASEM yang telah mencipta kejayaan dan mengukir nama Sekolah Menengah Sains Sembrong di persada squasy MSS Johor. Semoga mereka akan membawa kejayaan seterusnya di peringkat kebangsaan.



Dilaporkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Sains Semborng.



PELAPORAN AKTIVITI SEKOLAH PERINGKAT


NEGERI/KEBANGSAAN/ANTARABANGSA TAHUN 2011



NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG

Bil. Aktiviti Pertandingan Tarikh Penyertaan guru/murid Pencapaian

1. Kejohanan Hoki L B 18 Peringkat SBP Zon Selatan (23-27 Feb. 2011) 15 Pelajar 3 Guru Johan

2. Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan SBP 2011 (27-30 Julai 2011) 17 Pelajar 4 Guru Ketiga

3. Johor Rugbi Carnival B 15 10’s( 9-10 Julai 2011) 17 Pelajar4 Guru Ke-4

4. Persahabatan ( Greenridge Sec. School Singapore) (18-19 Julai 2011) 17 Pelajar 4 Guru Johan

5. Kejohanan Rugbi MSSM Milo 15’s B18 (31 Mei-9 Julai 2011 )17 Pelajar 4 Guru Naib Johan

6. Kejohanan Rugbi MSSJ 10’s (7-8 Mei 2011) 17 Pelajar 4 Guru Ketiga

7. Kejohanan Rugbi Antarabangsa Barclays Cup 15’s B16 2011 (9 April 2011) 17 Pelajar 4 Guru Johan

8. Kejohanan Rugbi International Bintang Rugby Club 10’s B16 ( 2-3 Feb 2011) 17 Pelajar 4 Guru Naib
   Johan Bowl

9. 6 th Malaysian International Ekiden Run 2011 (29 Mei 2011) 10 Pelajar 2 guru Naib Johan – 5 orang

10. Kejohanan Padang dan Balapan MSSJ (18-21 April 2011) 8 Pelajar2 Guru 2 Emas 1 Perak

11. Kejohanan Merentas Desa MSSJ (19. Feb. 2011 )7 Pelajar 2 Guru Johan Berkumpulan L155 orang

12. Sukan Johor (16-18. Dis. 2011 )2 Pelajar 1 Guru 1 Emas 1 Perak





Thursday, February 23, 2012

KEJOHANAN KRIKET SBP PIALA TAN SRI HAMZAH PERINGKAT ZON TENGAH 2012


12 Februari 2012 – Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kriket SBP Piala Tan Sri Hamzah Peringkat Zon Tengah kali ke-7 Tahun 2012. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Februari 2012 menyaksikan penglibatan 12 buah pasukan yang terdiri daripada 11 buah sekolah berasrama penuh dan satu jemputan khas iaitu Maktab Tentera Di Raja. Antara SBP yang terlibat ialah SMAP Kajang, Sekolah Sultan Alam Shah, dan KISAS sendiri.
Tiga venue pertandingan telah digunakan iaitu di SK Kampung Jawa, Sekolah Tinggi Klang dan SMK Batu Unjur untuk pusingan awal dan separuh akhir, manakala perlawanan akhir telah diadakan di Bayuemas Oval, Klang.
Peringkat pusingan berlangsung dengan menyaksikan SBPI Gombak (InterGomb), Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASYHUR), dan SMAP Kajang mara ke peringkat separuh akhir. Perlawanan antara InterGomb dan SAS berlangsung di SK Kampung Jawa manakala perlawanan antara SEMASHYUR dan SMAP Kajang berlangsung di Sekolah Tinggi Klang. SMAP Kajang dan SAS telah berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang.
Perlawanan akhir bermula pada jam 3.30 petang di antara SMAP Kajang dan SAS. Perlawanan dengan 15 over ini berlangsung lebih daripada 2 jam. Dalam inning pertama, SAS menjadi pemukul dan SMAP Kajang merupakan pasukan fielding. Keputusan akhir pertandingan, SAS menewaskan SMAP Kajang dengan lebihan larian.
Majlis penutupan telah diadakan pada pukul 6 petang dan dirasmikan oleh Encik Shamsuddin bin Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBP bertempat Bayuemas Oval, Klang. Semua pasukan bertanding telah berjaya memperoleh sijil penyertaan dan berikut adalah keputusan pertandingan dan anugerah individu Kejohanan Kriket SBP Piala Tan Sri Hamzah Peringkat Zon Tengah 2012.
Johan: Sekolah Sultan Alam Shah
Naib Johan: SMAP Kajang
Ketiga Bersama: SMS Hulu Selangor & SBPI Gombak
Pembaling Terbaik: Wan Muhammad Arif bin Wan Sobri ( SMAPK)
Pemukul Terbaik: Wan Muhammad Hazim bin Wan Zainal Abidin ( InterGomb)
Penjaga Wiket Terbaik: Muhammad Faiz bin Abdul Razak ( SMAP Kajang)
Pemain Terbaik Pertandingan Akhir: Muhammad Syazwan bin Abd. Rahman ( SMAPK)
Pemain Terbaik Keseluruhan: Khairun Faizzin bin Khairunnizam (SAS)
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini. Jutaan terima kasih juga buat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd kerana telah menaja roti pada kejohanan kali ini.

Lebih banyak gambar di