Thursday, July 21, 2011

Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-38/2011






Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-38/2011 telah diadakan pada 14 Julai 2011 lalu di Dewan Plenari, PICC. Buat kali pertama, pertandingan edisi ke-38 diadakan di Dewan Plenari, PICC dan bagi tahun kedua Bank Rakyat telah menjadi penaja utama pertandingan ini. Pada tahun ini juga, pertandingan ini buat pertama kalinya disiarkan secara langsung di EduwebTV dengan kerjasama daripada Bahagian Teknolgi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan data yang telah diterima hits di laman web tersebut mencecah lebih 800,000 hits. Manakala penonton yang hadir juga bertambah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu kira-kira 2,000 hadir sewaktu pertandingan berlangsung.
Bagi Bahas Bahasa Inggeris, pertemuan 2 wakil zon selatan iaitu Sekolah Dato' Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah menjadi tumpuan pada sesi pagi. Pertembungan SBP zon selatan ini dalam membahaskan tajuk "This House Believes That Wikileaks Is Good For The World" dan dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah. Pembahas terbaik bagi kategori Bahasa Inggeris ini ialah Nur Natasya bt Abdul Rahman dari Kolej Tunku Kurshiah.
Jika bahas Bahasa Inggeris menemukan 2 SBP dari zon selatan, bahas Bahasa Malaysia pula menemukan 2 SBP dari zon utara iaitu SM Sultan Abdul Halim dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang membahaskan tajuk "Kerjasama Ketenteraan Menjamin Keamanan Serantau" dan telah dimenangi oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Pembahas terbaik Bahasa Malaysia ialah Nur Qusyairi Bin Mohamed Fauzi dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Pemenang bagi kedua-dua kategori telah menerima Trofi pusingan, replika trofi dan wang tunai RM 1000.00 setiap seorang sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia. Manakala bagi pembahas terbaik kedua-dua kategori juga menerima RM1000.00 juga sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
Tetamu kehormat bagi sesi pagi ialah Y.Brs. Dr Hj Zahri Bin Aziz , Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan). Manakala upacara perasmian telah disempurnakan oleh Y.Brs. Dr Khair Bin Mohamad Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar Pembangunan Pendidikan) mewakili Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan wakil Pengarah Urusan Bank Rakyat.
Urusetia pertandingan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di atas kejayaan penganjuran Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-38 ini.

Thursday, July 14, 2011

MAJLIS IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 5 Julai 2011, KISAS telah menghantar seramai 9 orang peserta
dalam Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri
Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah, Shah
Alam. Alhamdulillah, pasukan KISAS telah muncul johan keseluruhan bagi
kejohanan tersebut. Berikut adalah pencapaian pasukan KISAS dalam
Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Peringkat Negeri Selangor:

1. Muhammad Syazwan bin Basil (Johan Tahfiz al-Quran)
2. Muhammad Asyraf Akhimullah bin Abdullah (Naib Johan Qiraat Sab'ah)
3. Pasukan Kuiz Bahasa Arab (Ketiga)
o Siti Nur Aisyah bt Mohd Sharan
o Nurul Hanani bt Hashim
o Mohd Hafiy b Mohd Rusdi
4. Pasukan al-Hiwar (Naib Johan)
o Nurul Iman bt Abd Malek
o Wan Norayihah bt Wan Ahmad Hazim
o Aisyah Humairah bt Zulqarnain
5. Muhd Aiman bin Mohd Zamri (Saguhati Kalimatussobah)

Monday, July 11, 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia, Kolej Islam Sultan Alam Shah

LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA PERINGKAT KISAS

Tarikh : 02 Julai 2011
Masa : 6.30 pg - 12.30 thari
Tempat : Kolej Islam sultan Alam Shah
Perasmi : Tn. Hj. Abdullah bin Jusoh (Pengetua)
Kehadiran : 921 orang
Bil. Rasmi Pelajar Yang Berlari : 753 orang
Aktiviti : - Pendaftaran/Berhimpun
- Senamrobik
- Pelancaran
- Larian
- Pameran
- Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Antara Rumah
- Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup
- Bersurai

Berita SMSTSP di dalam BERNAMA

Student Comes Up With New Tool To Detect Dangerous Gases

KUALA LUMPUR, July 4 (Bernama) – A secondary school student from Kangar, Perlis has come up with a new tool that could be used for the detection of dangerous gases in the air. The student, Zawin Najihah Zulkefli, from Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), did her research on the product together with Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) for six months before coming up with the detection tool that is both environment friendly and cost effective.

In a statement here today, UniMAP said although the establishment of factories and the release of poisonous gases came under the Quality Environment Act, 1974, there were still cases of ammonia being released into the air to the point of threatening human lives. The tool created by Zawin is part of her efforts to counter the problem of dangerous gases such as ammonia, it said.

The tool, named Environment Friendly Polymer Detector, was created using nano technology making it more sensitive and environment friendly as well as cost effective with the capability of detecting ammonia gas in the scale of up to two ppm. Zawin said egg shell was used as part of research to produce the highly sensitive ammonia gas detector that could also monitor the presence of BERNAMA - Student Comes Up With New Tool To Detect Dangerous Gases other dangerous gases and explosive materials. The teacher who guided her, Datin Noridah Yangman, said the project was in line with the government's move to encourage cooperation between schools and institutes of higher learning to give earlier exposure to students in the area of research. "Through this collaboration, SMSTSP has been placed under the Young Researchers Club of UniMAP where they get special expert advisory services, laboratory facilities and materials from the university." The product was first shown to the public at the Intel ISEF exhibition last December where it won second place.

Thursday, July 07, 2011

PERINGATAN

Dimohon kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum SBP supaya menghantar kejayaan SBP masing-masing ke Blog ini bagi tujuan pengemaskinian terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti luar negara yang disertai. Diharapkan juga supaya semua PK Kokurikulum tidak menghantar post yang tidak berkenaan supaya blog ini tidak dipenuhi dengan post-post yang tidak berkaitan.

KPS SAS JOHAN NEGERI CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH


PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM SBP

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, 2011

1.

NAMA AKTIVITI/PROGRAM

:

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP KPS) 2011

2.

PERINGKAT

:

NEGERI

3.

ANJURAN

:

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DENGAN KERJASANA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

4.

TARIKH

:

09 FEBRUARI 2011

5.

PENYERTAAN

:

JOHAN

6.

NAMA GURU

:

1. PUAN RUSILAWATI BINTI MOIN




2. PUAN FARAH ASNIDA BINTI CHE SHARIFF

7.

NAMA PELAJAR/TG

:

1. MUHAMMAD NASAIE BIN MOHD ABDUH (T5)




2. WAN AHMAD SYAUQI BIN WAN ABDUL RAHIM (T5)




3. AKMAL ABDUL RAHIM BIN ABDUL MUN'IM (T5)




4. MUHAIMIN BIN ZAKARIA (T5)

8.

KOS (JIKA ADA)

:

RM20.00

9.

IMPAK PROGRAM

;



KEKUATAN/PENCAPAIAN

:

Pelajar berpotensi dalam membentangkan persembahan projek yang telah dibina dengan baik dan jelas. Pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam pertandingan yang disertai.


KELEMAHAN

:

Kekemasan dalam pembinaan projek.


PENAMBAHBAIKAN

:

Mempelbagaikan fungsi projek yang dibina supaya kelihatan lebih menarik.

10.

GAMBAR AKTIVITI/PROGRAM

:



Penerangan ringkas

:

Gambar-gambar sepanjang aktiviti dilaksanakan.


Gambar 1

:

Gambar bersama dengan semua peserta yang berjaya


Gambar 2

:

Semasa pembentangan


Gambar 3

:

Semasa pembentangan


Gambar 4

:

Pelajar-pelajar yang terlibat