Friday, October 20, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI WARGA SM SAINS ALAM SHAH.


20.10.2006:- Kami warga SM Sains Alam Shah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua warga SBP.Semoga SBP akan terus Cemerlang,Gemilang dan Terbilang akan masa akan datang.Kami juga berdoa agar kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.Sekian,terimakasih.

Monday, October 16, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam Aidil Fitri untuk semua warga SBP dari SBPI Rawang.

Monday, October 09, 2006

SESERI JOHAN PETANQUE

5 Jun- Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan dan Angkasa Pertandingan Petanque antara sekolah-sekolah Wilayah Pwersekutuan Kuala lumpur telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut SESERI telah menghantar 6 peserta dan 2 daripada peserta SESERI telah mendapat Johan. Peserta yang berjaya ialah Nurliyana bt Hamat dan Nur Nadirah bt Razali. Syabas! diucapkan kepada pasukan SESERI.


disediakan oleh
Zubidah bt Md. Yunos
PK Kokurikulum

Thursday, October 05, 2006

Mission Kinabalu oleh pelajar SMSJ Kluang


Pada 1 November 2006 ini, lebih kurang jam 5:30 pagi, 4 orang pelajar SMSJ akan cuba mencipta sejarah sebagai pelajar SMSJ pertama tiba ke puncak Gunung Kinabalu dan mengibarkan bendera SMSJ di sana semasa masih berstatus pelajar. Mereka terdiri daripada Mohd Shukri b Zainuddin, Nurul Suriati bt Sapiee, Ruby Priscilla a/p Thongamaney dan Amirah Raihana bt Harris Fadzillah, kesemuanya pelajar Tingkatan 4.

Turut sama mengiringi mereka hingga ke puncak nanti adalah En Hamizer b Mohd Sukor (PK Kokurikulum SMSJ) dan En Sahnizam b Miswan (Pengerusi Kelab Bilik Guru SMSJ).

Ekspedisi ini adalah ditaja bersama oleh SAJOHA (SMSJ Old Boys Association), PIBG SMSJ, KEBIRU SMSJ bersama-sama syarikat-syarikat swasta seperti Syarikat AB Hali (pengusaha Dewan Makan), Pak Wan selaku pengusaha kantin SMSJ, Syarikat Jamson Kluang dan Kedai Buku Agensi Maju, Kluang serta Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kluang. Pihak Johor FM telah menyatakan hasrat untuk menyiarkan rakaman perbualan telefon antara kami dengan DJ bertugas di saluran radio mereka semasa di puncak nanti. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa juga penghargaan kami kepada pihak SMS Sabah kerana sudi menyediakan tempat tinggal dan makan bagi beberapa hari.

Doakan kejayaan kami!

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SESERI


21 September - Majlis Anugerah Kokurikulum SESERI telah diadakan pada 21 september serentak dengan Majlis Makan Beradap dan Sambutan Hari Lahir warga SESERI. Kedua-dua majlis yang telah dirasmikan oleh Yg Bhg Puan Ching Leng Sim @ Marina Chin bekas atlet negara berlangsung dengan meriah dan penuh bermakna kepada pelajar-pelajar SESERI. Pelbagai kategori anugerah telah diberi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi menghargai penglibatan dan pencapaian mereka dalam aktiviti kokurikulum. Anugerah-anugerah yang diberi dalam Majlis tersebut ialah Anugerah Kepujian Kokurikulum, Anugerah Penghargaan Kokurikulum, Sijil Terbaik Kokurikulum, Anugerah Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Gemilang Kokurikulum, Anugerah Terbilang Kokurikulum, Tokoh Kokurikulum, Anugerah Khas Kokurikulum dan Anugerah Papan Kenyataan Paling Inovatif. 3 orang pelajar telah berjaya menggondol Anugerah Tokoh Kokurikulum mengikut bidang masing-masing iaitu Hani Nadhrah bt Zakaria (Anugerah Tokoh Persatuan dan Kelab), Noraini bt Idris (Anugerah Unit Uniform) dan Nabilah Huda bt Mohd. Razi (Kelab Sofbol). Anugerah Khas Kokurikulum pula diberikan kepada Kelab Kesenian dan Kebudayaan untuk kategori Persatuan dan kelab, Pasukan Kadet Polis untuk Unir Beruniform dan Pasukan Sofbol untuk Sukan dan Permainan. Anugerah Papan Kenyataan Paling Inovatif pula diberikan kepada Kelab Komputer. Majlis diteruskan pula pada jam 11.30 pagi dengan Majlis Makan Beradap dan Sambutan Hari Lahir di Dewan Makan Graha Puri. Di dalam Majlis ini guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG dan pelajar-pelajar yang menyambut hari lahir bulan September, Oktober, November dan Disember telah diraikan. Hadiah istimewa sumbangan PIBG juga diberikan kepada mereka yang meraikannya. Tahniah kepada warga SESERI yang telah berjaya menerima anugerah dan SELAMAT HARI JADI SEMOGA HIDUP DIBERKATI ALLAH.



disediakan oleh
Zubidah bt. Md. Yunos
PK KOKURIKULUM

SESERI NAIB JOHAN SCIENCE CHALLENGE QUIZ UiTM


16 Julai - Bertempat di UiTM Shah Alam SESERI telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Noor Aesha bt Ainul Maslih, Hani Nadrah bt Zakaria dan Afiqah bt Mohamad untuk menguji kecekapan minda dalam pertandingan Science Challenge quiz. Sebayak 20 sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang telah dijalankan sebanyak 3 pusingan

SESERI NAIB JOHAN PERTANDINGAN MARBLE PULT

28 Jun- Bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan Kejohanan Marble Pult MSSKL telah diadakan. Dalam Kejohanan tersebut SESERI telah menghantar 6 peserta iaiatu Siti Hana Bajrai bt Shikh Abd Razak, Nurul Fateha bt Azmi, Aisya Zafira bt Ahmad, Lau Ho Yan, Nur Hanis bt Moh'd Rafi dan Haziyah bt Hassan. Dalam Pertandingan tersebut peserta SESERI telah menunjukkan permainan yang hebat dan berjaya merangkul tempat Naib johan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan.

disediakan oleh
PK KOkurikulum

SESERI JOHAN PERTANDINGAN TAE KWAN DO WTF

15 Ogos - Kejohanan Tae Kwan Do WTF sekolah-sekolah Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di Stadium Badminton Cheras. SESERI telah diwakili seramai 3 wirawati iaitu Nabila HUda bt. Mohd. Razi, Nur Aizatul Emiza bt Amran dan Fildza bt Mohd Fuad. Wirawati SESERI telah menunjukkan aksi yang hebat dan berjaya menpaskan semua pihak lawan dengan keputusan SESERI menjadi Johan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Syabas! diucapkan kepada pasukan SESERI

disediakan oleh
PK Kokurikulum