Tuesday, September 26, 2006

ANUGERAH 5 BINTANG BUAT HKS STJ 2006


Hari Koperasi Sekolah yang dijalankan pada 24 Jun 2006 yang lalu di STJ telah menambat hati ANGKASA. Koperasi SMSTJ Berhad telah dianugerahkan dengan Koperasi 5 Bintang disatu majlis yang telah diadakan di Wisma ANGKASA, Petaling Jaya pada 9 Ogos 2006
Koperasi SMSTJ menduduki tangga ketiga daripada 1060 penyertaan seluruh Malaysia. Di majlis tersebut sebanyak 50 koperasi dijemput dan 15 koperasi terbaik telah diberi pengiktirafan samada 6 bintang atau 5 bintang.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato Salleh bin Mohd Husein.

KEM BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SBPI PEKAN 2006



Pekan, 10 Sept-Semua murid Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat yang berjumlah 239 orang telah menyertai Kem Bersepadu Unit beruniform SBPI Pekan 2006 di Padang SBPI Pekan bermula dari 8 hingga 10 September 2006.Objektif utama kem ini diadakan adalah supaya murid-murid dapat memupuk motivasi diri ke arah menjadi individu cemerlang kurikulum dan kokurikulum.

Unit beruniform yang terlibat ialah KRS, Kadet Bomba, Kadet Polis, PBSM, PPIM, Pandu Puteri dan Pengakap. GO yang turut serta mengendalikan kem ini ialah pihak Bomba dan Penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Peramu , anggota polis daripada IPPD Pekan serta ADK Pekan.

Antara pengisian kem ini ialah pertandingan mendirikan khemah, bantu mula, kawad pili bomba, pandu arah, ikatan dan gajet, malam persembahan, pertandingan masakan, forum bina insan, senamrobik, ceramah belia benci dadah dan pertandingan kawad kaki.
Keseluruhannya, kem ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya memberikan pengalaman-pengalaman baru kepada para peserta kem.

Monday, September 25, 2006

HARI KOPERASI STJ MERIAH




Pada 24 Jun 2006, Koperasi SM Sains Tuanku Jaafar Berhad telah mengadakan hari koperasi sekolah (HKS) seperti yang disarankan oleh Bahagian Sekolah dan Angkasa. Diantara aktiviti yang ialah perhimpunan pagi, penyerahan zakat perniagaan kepada wakil Pusat zakat NS, perasmian Taman Koperasi, Pertandingan Petangue, Pertandingan Melukis dan Mewarna, serta gerai-gerai jualan dan Demonstrasi Sebatan dari Jabatan Penjara.
Perasmian HKS dan Taman Koperasi disempurnakan oleh Wakil Pegawai Daerah Kuala Pilah, En. Azmi. Pohon-pohon palma pula ditanam oleh En. Azmi, Tuan Hj. Zawawi, Pen. PPD Kuala Pilah dan wakil Angkasa.
Jumlah zakat perniagaan koperasi yang di keluarkan ialah RM1347.50.

STJ RAIH 1 EMAS, 1PERAK DAN 2 GANGSA DI KEJOHANAN TAEKWONDO MTF REMAJA


Pada 20 Ogos 2006, STJ menghantar 4 orang peserta taekwondo untuk mengambil bahagian di dalam Kejohanan Taekwondo MTF Remaja yang diadakan di Dewan Serbaguna Batu 8, Port Dickson. Pasukan yang baru ditubuhkan ini berjaya membawa pulang 1 emas melalui Norhidayu bt Baharim, 1 perak melalui Wan Putri Amina bt Roslan dan2 gangsa melalui Mohd Luth bin Zulkarnain dan Mohd Izzudin bin Adnan.

STJ NAIB JOHAN KARNIVAL SUKAN TERAS MSSMNS (HOKI) PEREMPUAN BAWAH 14 TAHUN

Pada 1-3 September 2006, Pasukan Hoki Perempuan Bawah 14 tahun telah mewakili daaerah Kuala Pilah ke karnival Sukan Teras Peringkat Negeri. Pasukan ini berjaya menjadi Naib Johan setelah dikalahkan oleh Pasukan SMK Puteri, Seremban dengan 'sudden death penalty flick'.
Pasukan ini juga merupakan Johan Daerah MSSMD Kuala Pilah bawah 15 tahun dan Johan Suakan Teras bawah 14 tahun.
Semasa pertandingan hoki zon selatan pasukan ini hanya menduduki tempat keempat sahaja.

STJ HANTAR WAKIL KE KEJOHANAN TINJU MSSMNS


Seorang pelajar SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah telah mengambil bahagian di dalam Kejohanan Tinju MSSMNS yang telah diadakan pada 14-18 Ogos 2006 yang lalu. Ini merupakan penyertaan pertama sekolah. Peserta tunggal itu ialah Saudara Mohamad Izzudin bin Adnan, pelajar tingkatan 2.
Beliau bertanding di dalam kategori 44-45kg dan hanya berjaya mara ke peringkat suku akhir sahaja. Beliau dibimbing oleh En. Azmi (Jurulatih Tinju MSN) dan mendapat dorongan sepenuhnya dari bapanya. Pihak sekolah menyokong 100% usaha ini.

STJ SERTAI KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN



Pada 27 Jun 2006 yang lalu, STJ telah menyertai Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya di SM Teknik Juasseh. Di karnival itu STJ berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Sketsa Kerjaya. Peserta melukis poster ialah Muhammad Hafizhalily bin Aisa dan Pasukan steksa di ketuai oleh Syarafuddin Abu Bakar dengan steksa yang bertajuk 'Forensik Pemangkin Kemajuan Malaysia'. Bagi pertandingan melukis kain rentang, STJ hanya berjaya mendapat tempat ketiga.
Di Karnival Pendidikan Kauseling dan Kerjaya Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2-5 Julai 2006, peserta melukis poster hanya berjaya menduduki tempat keempat manakala pasukan sketsa berjaya menduduki tempat kelima daripada 15 pasukan bertanding. karnival tersebut diadakan di Pusat Kesenian Islam Shah Alam, Selangor. Syabas.

Friday, September 22, 2006

SBPI TEMERLOH DALAM LARI BERGANTI-GANTI JALAN RAYA KEBANGSAAN


Pada 17 Sept 2006 sebanyak 59 kumpulan pelajar SBPI Temerloh telah menyertai Larian Berganti-ganti Jalan Raya Kebangsaan. Larian 10km bermula dari Padang Mentakab dan berakhir di Stadium Temerloh. Dalam kategori terbuka lelaki Kebangsaan , peserta dari SBPI Temerloh berjaya menduduki tempat ke-7 dan ke-10. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato` Azalina Bt Othman Said.


Razali Ahmad

HARI KOKURIKULUM SBPI TEMERLOH













Pada 8 hingga 10 Sept 2006 SBPI Temerloh telah mengadakan Hari Kokurikulum. Antara pengisian pada hari tersebut ialah :

  • Perkhemahan Unit-unit Uniform
  • Senamrobik Perdana
  • Sukan dan Permainan - Perlawanan bola sepak, Bola Keranjang 3 on 3, Bola Jaring, Bola Tampar dan Badminton.
  • Demontrasi / Persembahan - Silat Olahraga, Tae Kwon Do, Rhythemic Martial Arts, Dikir Barat, Tarian, Nyanyian lagu puisi dan nasyid.
  • Pameran oleh Jabatan Kerajaan dan agensi swasta - Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pos Malaysia, Bank Rakyat, AmBank, Edaran Otomobil Nasional ( EON ) , Score A.Com Sevices , Syarikat komputer dan buku.
  • Pameran oleh persatuan akademik SBPIT
  • Gerai jualan oleh kelab dan persatuan SBPIT
  • Peraduan Mewarna dan Melukis untuk pelajar sekolah Tadika dan sekolah Rendah
  • Perlawanan Badminton Piala YB Tuan Hj Ismail b Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau.
  • Perlawanan Bola tampar RIMUP antara SBPIT dan SMK Kerdau.

Pada 9 September 2006 Sekolah dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai. Orang ramai berpeluang melihat dan mengetahui lebih dekat peranan dan arah tuju SBP. Pada hari tersebut diadakan perlawanan Badminton Piala YB Ahli Parlimen Kuala Krau. Keputusannya Kumpulan YB Ahli Parlimen Kuala Krau berjaya mengalahkan guru dan kakitangan SBPI Temerloh. Manakala dalam perlawanan bola tampar RIMUP SBPIT berjaya mengalahkan SMK Kerdau.

Majlis Penutupan Rasmi dan Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Ismail B Mohamed Said pada 9 September jam 8.30 malam. Anugerah Emas telah dimenangi oleh Mohd Hariz Shah b Mohd Hazim Shah, Anugerah Perak, Nur Hidayah Bt Misran dan Anugerah Gangsa, Mohd Firdaus Bin Hj Ahmad.

Razali Ahmad

Thursday, September 21, 2006

STF: ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR & MELAKA 2006

Pada 17 September 2006, Majlis Anugerah Penyampaian Anugerah Citra Malaysia Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2006 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar, menggalakkan dan memupuk minat belaajr dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan juga memberi pengiktirafan usaha pihak sekolah dan pelajar dalam menerbitkan majalah sekolah yang bermutu. Majalah PURNAMA Sekolah Tun Fatimah 2005 telah memenangi JOHAN KATEGORI PENERBITAN MALAJAH TERBAIK, PERTAMA KATEGORI PENERBITAN, KEDUA KATEGORI BAHASA dan PERTAMA CERPEN.

Mohd. Azman Awang
PK Kokurikulum

STF: ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR & MELAKA 2006

Pada 17 September 2006, Majlis Anugerah Penyampaian Anugerah Citra Malaysia Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka 2006 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar, menggalakkan dan memupuk minat belaajr dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan juga memberi pengiktirafan usaha pihak sekolah dan pelajar dalam menerbitkan majalah sekolah yang bermutu. Majalah PURNAMA Sekolah Tun Fatimah 2005 telah memenangi JOHAN KATEGORI PENERBITAN MALAJAH TERBAIK, PERTAMA KATEGORI PENERBITAN, KEDUA KATEGORI BAHASA dan PERTAMA CERPEN.

Mohd. Azman Awang
PK Kokurikulum

STF: PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2006

Sekolah Tun Fatimah telah menyertai Program Medaniaga Bistari Negeri Johor 2006 anjuran Johor Corporation pada 31 Ogos - 4 September 2006 di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Hampir 40 buah sekolah seluruh Negeri Johor telah menyertai program ini yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Tan Sri Dato' Mohd. Ali Hashim, Ketua Eksekutif, Johor Corporation dan telah dirasmikan penutupannya oleh YB Dato' Haji Ayub Mion, Ahli Lembaga BISTARI Berhad.
Syarikat STF iaitu TFNet Sdn. Bhd. telah memenangi JOHAN ANUGERAH PROMOSI & PEMASARAN MEDANIAGA BISTARI NEGERI JOHOR 2006.

Mohd. Azman bin Awang
PK Kokurikulum

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Warga SBP Yang Beragama Islam

PK Ko SEPINTAR

Thursday, September 14, 2006

Kejohanan Hoki Bawah 14 SBP 2006






Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun SBP Kali Pertama telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 – 9 September 2006 di Kompleks Hoki Astroturf Majlis Perbandaran Sg. Petani, Kedah.

Tanggung jawab untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan sulung ini telah diamanahkan kepada SMS Sultan Mohamad Jiwa. Antara faktor utama yang menjadikan kejohanan ini berjaya adalah semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SMSSMJ yang diterajui oleh tuan pengetua, Tn Hj Rusdin bin Husin. Pengalaman sekolah ini dalam menganjurkan Pertandingan Liga Hoki Jemputan SBP Zon Utara Piala ASAK (Alumni Sains Kedah) yang bermula semenjak tahun 2000 juga menyumbang kepada kelicinan kejohanan.

Kejohanan kali ini melibatkan 10 pasukan SBP bagi setiap kategori lelaki dan perempuan yang telah menjadi johan dan naib johan dalam kejohanan peringkat Zon-zon SBP iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Zon Sabah-Sarawak-Labuan. Sebanyak 47 buah SBP terlibat dalam pertandingan peringkat Zon, manakala baki 7 buah SBP yang hanya menawarkan tingkatan 4 dan 5 tidak menyertai kejohanan ini.

Bagi kategori lelaki, SBP yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan peringkat kebangsaan kali ini adalah SMS Pokok Sena, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Alam Shah, SMS Selangor, SBPI Selandar, Sekolah Dato’ Abdul Razak, SMS Machang dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra, SMS Labuan dan SMS Sultan Mohamad Jiwa.

Kategori perempuan pula mempertemukan pasukan hoki daripada SM Sultan Abdul Halim, SMS Tuanku Syed Putra, Sekolah Seri Puteri, SM Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah, SMS Sultan Mahmud, SMS Dungun, SMS Sabah dan SMS Sultan Mohamad Jiwa.

Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, johan telah disandang oleh Sekolah Tun Fatimah yang mengalahkan Sekolah Seri Puteri melalui pukulan penalti yang berkesudahan 1-0 selepas seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.

Perlawanan akhir kategori lelaki pula telah mempertemukan pasukan SMS Machang dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra yang berkesudahan 3-0 menyebelahi SMS Machang.

Johan kategori lelaki membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Johan kategori perempuan pula membawa pulang Piala Pusingan Y.Bhg. Datin Hajah Hasiah binti Kadir, isteri Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Piala disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Dato’ KPPM yang telah sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menutup kejohanan.

Secara keseluruhan, mutu permainan pemain di peringkat ini adalah baik. SMS Machang memang berada pada kelasnya yang tersendiri. 8 pemain sekolah ini adalah pemain negeri. Jurulatih pasukan ini, Ghazali Hamat, juga merupakan jurulatih hoki yang amat komited dan berpengalaman.

Untuk kejohanan peringkat kebangsaan ini, Sektor SBP telah membelanjakan sebanyak RM 55,000.00 menggunakan peruntukan pembangunan sukan yang diturunkan melalui Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan. Untuk kejohanan di kelima-lima Zon SBP sebelum ke peringkat kebangsaan, sebanyak RM 175,604.00 telah dibelanjakan. Oleh itu, jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk penganjuran kejohanan kali ini adalah RM 230,604.00.

Sektor SBP merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan kejohanan ini, khasnya kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Persatuan Hoki Malaysia, Persatuan Alumni Sains Kedah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kedah dan Kelab Hoki Melayu Kedah. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola kejohanan yang terdiri daripada semua warga SMS Sultan Mohamad Jiwa yang telah mengendalikan kejohanan ini dengan jayanya.

Wednesday, September 13, 2006

STF JOHAN LIGA HOKI SBP P14 KEBANGSAAN

Kejohanan Liga Hoki SBP P14 peringkat kebangsaan telah diadakan di SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah pada 6 - 9 Sept. 2006. Dalam kejohanan yang pertama kali diadakan, Pasukan Hoki STF telah berjaya mengalahkan SSP di peringkat akhir dengan skor 1-0 melalui pukulan penalti. NURAZLIN BTE MOHD DALI pemain STF dipilih sebagai Pemain Terbaik dalam kejohanan ini. SYABAS SRIKANDI!!

Monday, September 11, 2006

SESMA MENGEKALKAN KEDUDUKAN NAIB JUARA KEJ. RAGBI SEKOLAH BCHB-COBRA 10'S 2006

TAHNIAH SESMA!!

Pasukan Ragbi SESMA akur sebagai NAIB JOHAN Kejohanan Ragbi Sekolah BCHB-COBRA 10's 2006 dua tahun berturut-turut. Setelah berusaha gigih di Stadium Petaling Jaya pada 09 Sept 2006 namum pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar masih gagah untuk di atasi. Pasukan SESMA terpaksa akur dengan kelebihan jaringan pasukan SS Br. Penawar.
Sekalung penghargaan dan tahniah di atas kejayaan pasukan Ragbi SESMA sebagai salah satu pasukan yang dapat menjulang nama SBP. Kita cuba lagi di tahun hadapan.
SESMA BOLEH!!
PK Ko SESMA

Saturday, September 09, 2006

SESMA KEKAL JUARA KELAYAKAN KEJOHANAN RAGBI SEKOLAH KEBANGSAAN BCHB-COBRA 10'S 2006

Pasukan Ragbi SESMA sekali lagi telah berjaya mengekalkan kejuaraan kelayakan Kejohanan Ragbi Sekolah Kebangsaan BCHB-COBRA 10's dua tahun berturut-turut yang telah berlansung pada 06 September 2006 di Petaling Jaya. SESMA Kuala Terengganu muncul JUARA setelah mengatasi pasukan Kolej Yayasan Saad Melaka dengan kelebihan 5-0. Syabas pasukan ragbi SESMA kerana telah layak ke pusingan akhir Kejohanan Ragbi Sekolah BCHB-COBRA 10's yang diadakan di Stadium Petaling Jaya mulai 08 Sept. 06. Semoga SESMA terus cemerlang!!!
Warga SESMA mengucapkan syabas dan tahniah dengan iringan doa semoga berjaya.
PK Ko SESMA.

Ashraff Johan Pidato Piala Diraja Kebangsaan 2006


PICC- Putra Jaya 24 Ogos
Pertandingan akhir Pidato Piala Diraja yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22 hingga 24 Ogos 2006 telah menjadi detik paling bersejarah kepada SM Sains Kuala Terengganu di mana buat pertama kali pelajarnya Wan Muhamad Asraff bin Wan Jeffery yang juga peserta tunggal lelaki telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan berjaya mengalahkan kesemua peserta perempuan.

Sebelum itu, Wan Muhamad Asraff telah memperolehi beberapa kejayaan dalam pertandingan yang disertainya. Diantaranya:
1. Pada 6 April 2006 - Johan Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan (KTS)
2. 16. April 2006 - Johan Pertandingan Pidato Kategori B. Melayu HKSBP Zon Timur.
3. 22 Jun 2006 - Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri

Dengan kejayaan tersebut, Wan Muhamad Asraff telah berjaya menggondol wang tunai bernilai. RM1000.00 beserta piala pusingan dan piala-piala iringan. Secara tak langsung ini telah menaikkan nama Terengganu. Tahniah diucapkan.

Friday, September 08, 2006

Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Ke-27




SBPI Jempol, 25 Ogos: Nadwah Kepemimpinan Islam SBP telah berjalan dengan baik dan lancar. Nadwah kali ini berlangsung selama 4 hari daripada 21 hingga 25 Ogos 2006 di SBPI Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seramai 8 orang pemimpin pelapis dari 55 buah SBP terlibat dalam program ini. Dengan

tema “Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bistari”, para peserta didedahkan kepada semua aspek kepimpinan melalui sesi-sesi ucap utama, ceramah, pembentangan kertas kerja, forum, bicara tokoh dan aktiviti luar. Para peserta NKI amat bertuah kerana Ucap Utama NKI kali ini telah disamapaikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Abdullah bin Mat Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. YB Dato' juga telah sudi untuk merasmikan Bilik Pameran NKI.

Nadwah kali ini memperlihatkan kelainan dari sudut aktiviti luar yang dijalankan. Pelajar telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam. Di sana, peserta telah diberi taklimat mengenai kerjaya polis, ancaman dadah dan jenayah, persenjataan dan disiplin kawat. PULAPOL sendiri amat komited dalam menyambut peserta nadwah, sehinggakan acara penutupan program pada hari itu telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Superintendan komandan pusat itu sendiri.

Tahniah SBPI Jempol!

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN MAKAN BERADAB SEMPENA MENYAMBUT AMBANG KEMERDEKAAN.


Seremban 30 Ogos.
Majlis Anugerah Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Seremban telah diadakan pada malam sambutan kemerdekaan baru-baru ini. Dalam majlis ini tetamu kehormat yang hadir untuk penyampaian hadiah ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, En. Latif Bin Idrus. Di sini disenaraikan jenis anugerah dan pemenangnya:
1. Anugerah Sukan & Permainan Terbaik- Bola Keranjang
2. Anugerah Kelab dan Persatuan Terbaik - Persatuan BADAR
3. Anugerah Badan Beruniform Terbaik - PKBM (L)
4. Anugerah Kokurikulum Terbaik - Saudara Ahmad Azim B. A. Rahim
5. Anugerah Kepimpinan Terbaik - Saudara Naim Syafiq B. Najib
6. Anugerah Wira Saser - Pasukan Debat Bahasa Inggeris
7. Anugerah Full Colour - Saudara Mohd Irill B. Ishak, Mohd Farabi B. Ab. Manaf dan
Iskandar B. Mhd Nasir.

Turut berlangsung adalah Majlis ambang kemerdekaan yang disambut tepat jam 12 tengah malam.

KEJOHANAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2006


Seremban 21 Ogos.
Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa 2006 telah diadakan pada 21 - 24 Ogos 2006 di Kompleks Sukan Stadium Tuanku Jaafar. Sekolah Menengah Sains Seremban telah diberikan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Pertandingan dan Buletin untuk mengendalikan keseluruhan perjalanan pertandingan itu bersama-sama dengan urusetia dan para wasit-juri. Pihak urusetia kejohanan ini iaitu Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan berpuas hati dengan perjalanan dan pengendalian kejohanan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pengetua SASER, Tn. Hj Mohamad Kamaludin B. Taib dan jawatankuasa-jawatankuasanya yang terlibat atas komitmen yang diberi.

Wednesday, September 06, 2006

SEMESTI Johan Pertandingan Lamanweb Anjuran UTP 2006


Pada 26 Ogos 2006 Pasukan Laman Web SEMESTI telah menyertai Pertandingan Merekacipta Lamanweb anjuran Universiti Teknologi Petronas. Pasukan Lamanweb SEMESTI yang terdiri daripada Muhamad Hirzarul Aizat, Muhamad Aisamuddin, Muhamad Firdaus dan dibimbing oleh En Mohd Fauzi Mohd Yunus (Guru Penyelaras Bestari) telah berjaya mendapat Johan mengalahkan 8 buah pasukan lain dari seluruh negara. Pasukan ini telah memenangi hadiah wang tunai RM3000 beserta sijil penyertaan.

Warga SEMESTI mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada pasukan lamanweb kerana telah berjaya menaikkan nama sekolah diperingkat kebangsaan dalam bidang ICT.

Laporan disediakan oleh:
En V Rajendra
Penolong Kanan Kokurikulum

Tuesday, September 05, 2006

KEJOHANAN TAEKWANDO BAKAT DAN REMAJA JOHOR 2OO6

19-21 Ogos 2006, Pasukan Taekwando STF telah menyertai Kejohanan Taekwando Bakat dan Remaja Johor 2006 anjuran Persatuan Taekwando Johor. Keputusan pertandingan seperti berikut:

1.SHAFIQAH MOHAMED SHAMSURI Pingat Emas
wanita 'light'(14-17 thn).
2.ZARIEF QISTINA ZAKARIA Pingat Perak (12-13 thn.)
3.NUR SYAMIMI MOHD AZHARUDDIN Pingat Perak (12-13 thn.)
4.DAYANG NUR NADHIRAH AWANG Pingat Gangsa(14-17 thn.)
NUR FAEZAH AMAT ARIF Gangsa(12-13 thn.)

STF JOHAN KESELURUHAN SILAT CEKAK HANAFI

Pada 2 September 2006, Pasukan Silat Cekak Hanafi STF telah menyertaikan Pertandingan Waja Diri Silat Cekak Hanafi Sekolah-Sekolah di Malaysia anjuran Persatuan Silat Cekak Hanafi Universiti Putra Malaysia. Pasukan STF memenangi 5 pingat emas 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa.Ini membolehkan Pasukan STF menyandang JOHAN KESELURUHAN kategori perempuan.TAHNIAH SRIKANDI TUN FATIMAH!

Monday, September 04, 2006

SESMA cemerlang dalam Perbarisan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2006

Pasukan Pancaragam dan Puteri Islam SESMA telah muncul sebagai JOHAN dalam Perbarisan Hari Kemerdekaan di peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2006. Ini merupakan kemenangan bagi dua tahun berturut-turut. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh DYMM Sultan Terengganu.
Syabas dan Tahniah. Semoga tahun 2007 SESMA cemerlang lagi !

PK Ko SESMA

Friday, September 01, 2006

STF , SBPI SELANDAR JOHAN HOKI ZON SELATAN



Pada 1-3 Sept. 2006, Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan kali pertama telah diadakan di SMS Muzaffar Syah. STF berjaya mengalahkan TKC dengan skor 1-0 dipusingan akhir dan layak ke peringkat kebangsaan di SMS Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.

Dalam kategori lelaki pula, perlawanan akhir mempertemukan antara Sekolah Dato' Abdul Razak dan SBPI Selandar. Keputusan adalah diluar dugaan apabila SBPI Selandar telah berjaya mengalahkan SDAR 2-1. Pada separuh masa pertama, SBPI Selandar ketinggalan 1-o tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua. Gol kemenangan hanya tiba pada saat-saat akhir separuh masa kedua.

Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Melaka telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah seterusnya merasmikan perasmian penutupan kejohanan.

TAHNIAH!