Friday, October 30, 2009

Kusess Juara Lagi.....

Satu berita gembira telah diumumkan oleh Bonda Pengetua dalam perhimpunan pagi yang mana Kusess telah berjaya mengekalkan tempat pertama di dalam pertandingan surau sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Selangor.
Kejayaan kali ini merupakan kali keempat Kusess menjadi juara dalam pertandingan yang telah dijalankan dan Bonda Pengetua mengucapkan tahniah serta ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kusess yang telah bekerjasama demi mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga dengan kejayaan ini Kusess akan beroleh lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
KUSESS NO. 1

Saksikan video pertandingan di bawah.


SBPI KUANTAN


LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU SBPI KUANTAN

Tuesday, October 20, 2009

Mesyuarat Guru pembimbing Ragbi dan Hoki







Mesyuarat Guru Pembimbing ragbi dan hoki telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 - 15 Oktober 2009
Tempat : Tiara Beach resort, Port Dickson
Bil Peserta : 186 orang

Mesyuarat di atas merupakan sambungan daripada mesyuarat yang diadakan d Bukit Fraser dengan menekankan kepada permainan ragbi dan hoki. Walaupun tujuan Bahagian untuk memberikan input kepada guru-guru berbeza daripada setiap sekolah tetapi ada guru-guru yang sama daripada mesyuarat Bukit Fraser hadir di mesyuarat kali ini.
Walaupun beitu, Unit Sukan dan Kokurikulum berterima kasih ke atas kehadiran guru-guru tersebut. Di dalam mesyuarat ini kelainan boleh dilihat di dalam sukan ragbi di mana unit Sukan dan Kokuriukulum telah menjemput penceramah daripada Malaysian Rugby Union untuk memberikan pendedahan dan seterusnya memberikan sijil kejurulatihan tahap 1 kepada guru-guru berkenaan dan buat pertama kalinya 2 orang guru wanita telah menyertai mesyuarat guru ragbi kali ini. Ini menunjukkan bahawa ragbi memnag diminati di SBP.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pn Hjh Norlia Bt Mohd Shuhaili, Timbalan Pengarah BPSBPSK dan diharapkan supaya sukan ini dapat ditingkatkan lagi ke peringkat yabng lebih tinggi.

Mesyuarat Guru pembimbing RnD, Bahas Bahasa Malaysia dan Bahas Bahasa Inggeris







Mesyuarat Guru Pembimbing RnD, Bahas Bahasa Malaysia dan Bahas Bahas Inggeris telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 - 16 September 2009
Tempat : Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur
Bil Peserta : 342 orang

Unit Sukan dan Kokurikulum telah melaksanakan program di atas semasa bulan ramadhan kerana ketiadaan tarikh yang sesuai untuk diadakan mesyuarat tersebut. Walaupun dalam minggu penghujung bulan ramadhan, ramai guru telah hadir dan ini amat menmbanggakan Bahagian kerana telah terbukti bahawa guru-guru di SBP adalah komited dan proaktif. Walaupun berpuasa, komitmen yang ditunjukkan begitu tinggi dan pengalaman berbuka dan bersahur di hotel merupakan pengalaman yang begitu unik dapat diperolehi dalam mesyuarat kali ini.
Penceramah-penceramah yang dijemput merupakan orang yang arif dan diharapkan mesej dan perkongsian ilmu di antara penveramah dan guru-guru dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan sekolah.
Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Ashah Bt Samah, Pengarah BPSBPSK dan diharapkan semoga perjalanan pertandingan tahun hadapan dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar lagi.

Mesyuarat Guru Pembimbing Kriket dan Memanah







Mesyuarat Guru Pembimbing Kriket dan Memanah telah diadakan sperti ketetapan berikut :
i. Tarikh : 7 hingga 11 Oktober 2009
ii. Tempat : Fraser's Silverpark Resort, Fraser Hill
iii. Bil Peserta : 206 orang

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pembimbing kriket dan memanah yang telah menghadirkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kokurikulum BPSBPSK. Bahagian maklum dan sedar terdapat kekangan yang dihadapi guru-guru tetatpi tujuan Bahagian menganjurkan kursus ini adalah untuk perkongsian ilmu supaya guru-guru dapat menimba ilmu untuk melatih anak murid di sekolah masing-masing.
Penceramah yang dijemput adalah merupakan penceramah yang memang ahli dalam bidang masing-masing dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat yang begitu besar kepada wargaSBP. Ini adalah kerana banyak input yang baru boleh didapati daripada mesyuarat ini dan dari pemerhatian pegawai-pegawai BPSBPSK termasuk perbincangan dengan penceramah didapati ramai antara guru-guru yang hadir bersemangat dan begitu positif dalam perbincangan dan perkongsian ilmu yang dijalankan.

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2009






TEMPAT : PUSAT SAINS NEGARA KUALA LUMPUR
TARIKH 30 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2009

Sekolah Menengah Sains Sabah telah menghantar 3 pasukan robotik untuk menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang pelajar dan seorang guru pengiring terlibat dalam pertandingan ini. Kategori pertandingan yang disertai oleh SMESH ialah:
a) Robot Planting ( Lower Secondary)- Emir Eusoffe, Mohd. Nisham Chong, Mohd Amnan bin Mohd Kassim
b) Robot Energizing ( Upper Secondary) - Isamuddin Ismail, Humphrey, Salman Paulmie
c)Open Category ( Lower Secondary) - Mohd Amnan bin Mohd Kassim, Aizuddin Aguse, Qhairul Bakri dan Mohd Syukri ( mentor)
Keputusan Pertandingan
a) Robot Planting - Johan
b) Robot Energizing- Naib Johan
c) Open Category - Best Innovative Award & Excellent Award (6)
Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang akan berlangsung di Pohang, Korea Selatan pada 6 - 8 November 2009. Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMESH yang telah mengambil bahagian dalam NRC 2009 dan mencapai kejayaan yang membanggakan.
SMESH bertaraf dunia !!!!!

Monday, October 19, 2009