Sunday, January 29, 2006

Perbincangan SBP-Persatuan Kriket Malaysia

Kuala Lumpur 25 januari: Untuk merealisasikan Kejohanan Kriket SBP tahun 2006 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung April 2006 di SDAR, satu perbincangan awal telah diadakan antara Sektor SBP dan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bertempat di pejabat persatuan di Wisma OCM. Pertemuan ini adalah untuk mendapat khidmat nasihat mengenai pengendalian kejohanan kriket tersebut yang ingin diteruskan semula selepas tertangguh selama 6 tahun.
SBP diwakili oleh En Aidie bin Hj Jantan dan Hj Nor Azam Abdullah manakala MCA diwakili oleh Setiausaha Kehormatnya sendiri, En Sivanandan Chinnadurai, Sdr Ros Azaman Othman (Pengurus Kriket) dan Sdr Ramani Batumalai (Penolong Pengurus).
Dalam perbincangan selama 2 jam itu, pihak MCA telah memberikan komitmen mereka untuk membantu mengendalikan kejohanan dari sudut kejurulatihan, kepengadilan, kepegawaian dan peralatan. Satu kursus kejurulatihan juga akan cuba dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.
Sektor SBP mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh MCA.

Tuesday, January 24, 2006

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola HKSBP


Putrajaya 23 Januari:
Satu rombongan daripada tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-33, SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS) telah hadir ke Sektor SBP untuk membincangkan strategi pelaksanaan HKSBP yang dijadualkan pada 27 Mei hingga 2 Jun 2006.

Rombongan diketuai oleh Tn Hj Abas bin Abdul Rahman, pengetua SEMSAS. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Tuan KPP En Abd Ghafar bin Mahmud itu banyak berkisar tentang program, aturcara majlis rasmi, bajet, persiapan tempat dan protokol.

Semoga HKSBP kali ini menjadi antara HKSBP terbaik pernah dianjurkan.

Monday, January 23, 2006

Kejohanan Merentas Desa SDAR 2006

Seremban 23 Januari 2006 - Kejohanan Merentas Desa SDAR membuka tirai tahun 2006. Kejohanan ini telah diadakan pada 21 Januari yang lepas. Seluruh warga SDAR terlibat terutamanya pelajar-pelajar diwajibkan menyertai kejohanan ini untuk menyumbang mata rumah sukan. Ini merupakan satu cara untuk mencungkil bakat dan SDAR telah membahagikan kepada 5 kategori iaitu Kategori Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, danTingkatan 5. Kemudian diikuti Johan Kelas 1, Johan Kelas 2 dan Johan Keseluruhan. Prestasi pelajar pada tahun ini amat membanggakan dan hampir keseluruhan pelajar menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Keputusan: Johan Kelas 1 - Rumah Laksamana, Johan Kelas 2 - Rumah Syahbandar dan Johan Keseluruhan - Rumah Syahbandar. Tahniah dan terima kasih kepada warga SDAR yang menjayakan kejohanan ini.

Dilaporkan oleh: En. Norazam Hj. Nayan (PK Kokurikulum SDAR)

SDAR Pusat Pembangunan Sukan MSSM Negeri Sembilan Darul Khusus

Seremban 23 Januari - SDAR telah diberi kepercayaan untuk membangunkan 8 permainan iaitu olahraga, bola sepak bawah 15 tahun, ragbi, memanah, catur, bowling , bola keranjang dan squash oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS).Pemilihan ini berdasarkan kepada pencapaian cemerlang SDAR di peringkat Negeri Sembilan. Sekolah ini telah menerima Anugerah Sukan dan Kokurikulum bagi Kategori SBP peringkat Negeri Sembilan 2005 oleh PKPSM Negeri Sembilan.
Kepercayaan yang diberikan kepada SDAR sebagai pusat kecemerlangan sukan dan olahraga di negeri ini akan dilaksanakan secara bersungguh-sunguh oleh warga di sekolah ini.
Dilaporkan oleh:
Norazam Haji Nayan,
PK Kokurikulum SDAR

Friday, January 20, 2006

Lawatan Delegasi Dubai ke Sekolah Alam Shah



Putrajaya 19 Februari:
Satu lawatan delegasi dari Al-Ma'ahad Ad-Deeni Dubai telah mengadakan satu lawatan sosial ke Sekolah Alam Shah. Rombongan yang diketuai oleh Sdr Youseff As-Sayegh, guru di sekolah tersebut, dan terdiri daripada 18 orang pelajar, dua orang guru dan seorang pegawai daripada Malaysian Education Promotional Board Emiriah Arab Bersatu (UAE).
En Khairil bin Awang, Pengetua Sekolah Alam Shah telah memberikan taklimat mengenai sejarah dan pencapaian Sekolah Alam Shah kepada delegasi berkenaan. Delegasi juga disajikan dengan persembahan Wind Orchestra SAS yang telah memainkan 2 buah lagu. Atas permintaan khas para delegasi, pasukan Wind Orchestra SAS juga telah memainkan lagu Negaraku.
Kedua-dua belah pihak juga telah menyuarakan kemungkinan untuk bekerjasama dengan lebih rapat pada masa akan datang, setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Pelajaran kedua-dua buah negara.
En Khairil juga berbesar hati untuk membawa para delegasi melawat ke sekitar SAS. Pelajar-pelajar Dubai tersebut terpegun dengan kecanggihan teknologi, kemudahan asas dan keluasan kawasan Sekolah Alam Shah.
Lawatan diakhiri dengan perlawanan bola sepak dengan pasukan SAS dan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada SAS 1-0.

Dilaporkan oleh
Hj Nor Azam Abdullah
Sektor SBP

Lawatan Kerja Adun Paroi Ke SDAR

Seremban 19 JANUARI, Adun Paroi YB.Puan Bibi Sharliza bt.Haji Mohd Khalid telah hadir ke SDAR untuk melakukan lawatan kerja di peringkat ADUN. Taklimat tentang perkembangan sekolah telah dismpaikan oleh Pengetua Kanan SDAR iaitu Tuan Haji Azam bim Haji Md.Atan.
YB amat berpuas hati tentang perkembangan dan kemajuan SDAR terutama dalam bidang akademik dan pencapaian kokurikulum tahun 2005.
YB juga bermurah hati untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kepakaran dan kewangan untuk menyokong hasrat murni sekolah untuk menjadikan SDAR lebih Cemerlang Terus Terbilang di Negeri Sembilan dan peringkat kebangsaan pada tahun 2006 ini.
Dilaporkan oleh En. Norazam Hj. Nayan (PK Kokurikulum SDAR)

Friday, January 06, 2006

Lawatan Jurulatih Ragbi SBPI Rawang


6 Jan 2006 : En Hasnol Noordin, jurulatih ragbi SBPI Rawang telah membuat lawatan ke Sektor SBP. Beliau bersama En Sahrul Tahiri, berbincang bersama pegawai di SBP berkaitan rancangan kecemerlangan sukan ragbi tahun 2006, khususnya di sekolah beliau.

dilaporkan oleh
Sahrul Tahiri
SBPI Rawang

Wednesday, January 04, 2006

Pemantauan Pegawai Unit SBP

4 Jan 2004 : SMAP Kajang telah dikunjungi oleh Tn Hj Nor Azam Abdullah dari Sektor SBP atas tujuan membuat pemantauan. Beliau mendapat taklimat di bilik pengetua perihal perjalanan sekolah dan seterusnya melawat sekitar sekolah, bilik komputer, bilik kaunseling dan asrama.

Pihak SMAP Kajang mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut.

Dilaporkan oleh:
Noor Izan bin Khalid
Penolong Kanan Kokurikulum
SMAP Kajang