Monday, November 14, 2011

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SBP 2011









Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Kokurikulum SBP 2011 telah berjaya diadakan pada 09 hingga 12 November 2011 di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Pada tarikh ini juga telah diadakan Perkhemahan KRS SBP Kebangsaan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan.
Seramai 240 orang murid terlibat dengan perkhemahan dan Penolong Kanan Kokurikulum SBP pula terlibat sebagai Ketua Kontinjen SBP masing-masing.
Kursus yang diadakan khusus kepada Penolong Kanan Kokurikulum adalah usaha berterusan BPSBPSK untuk memperkasakan semua Penolong Kanan Kokurikulum SBP di mana di dalam kursus ini pelbagai input khususnya berkaitan kokurikulum dan sukan SBP diberikan. Penolong Kanan Kokurikulum juga didedahkan kepada Program SBP Sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan yang akan dilaksanakan mulai 2012 hingga 2014. Di dalam Kursus ini juga Penolong Kanan Kokurikulum berpeluang untuk mendengar ucaptama oleh Timbalan Pengarah (SBP) baru iaitu En. Said Bin Manap dan Ketua Penolong Pengarah SPKK baru iaitu En. Shamsuddin Bin Mustapha.
Selain daripada itu, maklumat-maklumat lain seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan memberikan maklumat yang penting kepada Penolong Kanan Kokurikulum SBP kerana pentaksiran ini akan dimulai mulai 2012. Penerangan mengenai Dasar 1Murid 1Sukan oleh Bahagian Sukan juga memberikan maklumat-maklumat terkini dalam pelaksanaan dasar tersebut manakala 10% markah kokurikulum oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada Penolong Kanan Kokurikulum SBP. Begitu juga dengan penerangan mengenai Pengurusan Kokurikulum di sekolah oleh JPN Johor juga membantu Penolong Kanan Kokurikulum dalam meningkatkan lagi pentadbiran kokurikulum di SBP masing-masing. Penerangan mengenai KRS oleh pegawai meja KRS KPM juga signifikan dengan perkhemahan yang berlangsung serentak di mana Penolong Kanan Kokurikulum dapat menegtahui sedikit sebanyak mengenai Kadet Remaja Sekolah ini.
Pihak BPSBPSK ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Kokurikulum SBP 2011 ini.


Friday, November 11, 2011

Borang Penilaian Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Kokurikulum SBP 2011

Sila isi borang penilaian ini sebelum 10.00 am 12 November 2011


https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEY4QzNzTnBuOTRZUUY4eF9BZnllMkE6MQ