Sunday, March 28, 2010

Kejohanan Memanah SBP Kali ke-5 2010 di KUSESS


Kejohanan kali ini talah dikelolakan oleh SM Sains Kuala Selangor. Acara berlangsung selama 3 hari bermula 26 Mac sehingga 28 Mac 2010 di Stadium Terbuka Kuala Selangor. Seramai hampir 300 peserta dari 56 buah SBP di seluruh negara menyertai kejohanan kali ini. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Kholil bin Mohamed yang mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari terakhir kejohanan Johan Keseluruhan Lelaki dimenangi oleh SMAP Kajang manakana untuk kategori perempuan pula dimenangi oleh SM Sains Kuala Selangor.

Saturday, March 27, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMSTSSS








Pada 26 Feb 2010, SMSTSSS mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMSTSSS. Semua pelajar mengambil bahagian dalam ssambutan kali ini. Sambutan kali ini di adakan dengan meriah kerana semangat yang di tunjukkan oleh para pelajar. Sambutan di mulakan dengan perarakan yang di ketuai Kapten Sekolah. Para pelajar berarak dengan membawa ` banner ' yang dihias mengikut corak kreativiti sendiri. Para pelajar berarak dari masjid ke Dewan Besar.

Sambutan di meriahkan dengan alunan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah. Majl
is di teruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh penceramah khas. Ceramah yang di sampaikan bermakna untuk pelajar menghayati segala jasa-jasa Rasulullah serta akhlak mulia baginda. Diharap agar pelajar dapat mencontohi akhlak mulia baginda demi hidup yang lebih baik.

Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Balapan & Padang MSSD

Kejohanan Balapan & Padang MSSD kali ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 8-12 Mei 2010.. Secara keseluruhannya, SMSJ telah mencapai prestasi diluar dugaan dalam sejarah olahraga sekolah.. Hal ini disebabkan SMSJ telah menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan dibelakang Sekolah Sukan Negeri iaitu SMK Tun Hussein Onn, dengan memperoleh 136 mata iaitu 5 mata di belakang sekolah tersebut..

Dengan kutipan pingat sebanyak 14 emas, 12 perak dan 11 gangsa, telah menobatkan SMSJ naib johan kejohanan pada kali ini.. Selain itu, atlet lelaki 13, saudara Khairul Asrie Bin Haridoon telah dipilih sebagai olahragawan kategori tersebut..Beliau telah memperoleh 4 emas dan 1 perak..Begitu juga dengan Saudara Sharul Shafik Bin Joon Rahmat telah dinobatkan sebagai olahragawan lelaki 15..Dalam kejohanan tersebut, beliau telah memperoleh 2 pingat emas beserta 1 rekod baru kejohanan..

Apa-apa yang lebih membanggakan lagi, SMSJ telah diumumkan sebagai pasukan terbaik kategori lelaki 13, lelaki 15, dan seterusnya kategori lelaki sekolah menengah..Kejayaan ini telah membawa seramai 12 orang pelajar SMSJ mewakili daerah Kluang dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSJ 2010..Tahniah diucapkan!!!

Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/03/kejohanan-balapan-padang-mssd.html

Monday, March 22, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SBPI JEMPOL

Sabtu - 20 Februari 2010 Kejohanan Merentas Desa SBPIJ kali ke 8 telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :

Lelaki 18 tahun : Johan Rumah Hamzah Abdul Mutalib (Hijau)
Perempuan 18 tahun : Johan Rumah Hamzah Abdul Mutalib (Hijau)
Lelaki 15 tahun : Johan Rumah Khalid Al Walid (Biru)
Perempuan 15 tahun : Johan Usamah Bin Zaid (Kuning)

Johan Keseluruhan : Rumah Hamzah Abdul Mutalib


Cuaca pada hari kejohanan amat baik. Secara keseluruhannya kejohanan telah berjalan dengan lancar. Tiada peserta yang mengalami kecederaan. Tahniah kepada semua guru dan pelajar SBPIJ yang telah memberi kerjasama yang begitu baik. Majulah sukan untuk sekolah dan negara.

Dilaporkan oleh :
Pn Siti Nor Binti Musa
GPK Kokurikulum SBPIJ



Thursday, March 11, 2010

HKSBP Zon Utara

PENGENALAN

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) merupakan suatu program di bawah bahagian pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster yang dilaksanakan pada setiap tahun kini telah menjangkau usia ke 37 tahun.

Program ini menjadi medan untuk menonjolkan bakat kecemerlangan warga SBP khususnya dalam permainan bola keranjang dan pertandingan bahas Bahasa Melayu serta Bahas Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, program ini dijadikan platform untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang warga SBP dalam bidang kurikulum dan bidang kokurikulum.


Sebagai sebuah Institusi pendidikan yang dipandang tinggi oleh masyarakat, pelaksanaan HKSBP diharapkan dapat membuka mata masyarakat bahawa pelajar-pelajar SBP boleh menjadi teladan kepada pelajar lain dari segi pencapaian tertinggi dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum samada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Selain menjadi medan pertandingan bola keranjang dan bahas, program ini juga menjadi wahana yang tepat bagi seluruh waga SBP khususnya di peringkat zon utara untuk bertemu, berkumpul, serta bertukar-tukar fikiran secara mesra dan harmoni dalam satu keluarga besar SBP.


Di antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian


Beberapa sedutan perlawanan bola keranjang yang telah berlangsung

Wednesday, March 10, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan SSP 2010

























































































































Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-31 Tahun 2010 pada Sabtu, 6 Mac 2010 mulai jam 8.30 pagi bertempat di Mini Stadium SSP. Kejohanan Olahraga Tahunan dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Fazidah Bt Abdullah, Pengarah Eksekutif Kumpulan Perwira Bintang Holdings Sdn. Bhd. Yang turut hadir ialah Tn Hj. Abd Rafar Bin Yahya, Wakil BPSBPSK serta Wakil Jabatan Pelajaran Selangor dan Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Selain mempertandingkan acara-acara sukan, turut dipertandingkan ialah Pertandingan Perbarisan, Khemah dan Kumpulan Sorak Antara Rumah. Acara Jemputan 4X100 (P) dan (L) juga turut dipertandingkan. Sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Putrajaya Presint 8(1), SMK Seri Sepang, SMK Teknik Sepang dan SMS Seri Puteri. Keputusan Acara yang dipertandingkan sebelum Kejohanan Olahraga adalah seperti berikut:-

Larian Siber - Rumah Emerald
Sukantara - Rumah Sapphire
Tarik Tali - Rumah Topaz

Keputusan Acara yang dipertandingkan pada hari Kejohanan Olahraga adalah seperti berikut :-

Perbarisan - Rumah Ruby
Khemah - Rumah Ruby
Kumpulan Sorak - Rumah Emerald

Keputusan Keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-31 adalah seperti berikut :-

Olahragawati Kelas 3 - Raihana Ridzuan (Topaz)
Olahragawati Kelas 2 - Nur Arifah Bt Mohd Rashid (Topaz)
Olahragawati Kelas 1 & Olahragawati Keseluruhan - Nur Munirah Bt Saadon (Topaz)
Rumah Terbaik Keseluruhan - Rumah Emerald (2416 Mata)
Tempat Kedua - Rumah Topaz (2360 Mata)
Tempat Ketiga - Rumah Ruby (2344 Mata)
Tempat Keempat - Rumah Sapphire (2302 Mata)

Syabas & Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-31 Tahun 2010.

Kriket SBP Zon Selatan

SMSJ naib johan Zon Selatan SBP 2010 pada 4-7 Mac 2010 dan telah layak ke peringkat kebangsaan kriket SBP piala Tan Sri Hamzah di STJ pada 8-11 April 2010.. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran terutamanya En. Abd Razak B. Mohd Noah (PK KOKO).. Terima kasih juga kepada pengurus pasukan iaitu Ustaz Zakaria, En. Aziz Rebu dan En. Nukhairi serta jurulatih En. Yusri Abd Rahman..

* Laluan SMSJ ke peringkat akhir SBP Zon Selatan :

Peringkat Kumpulan (Johan Kumpulan) :

1) SMSJ menewaskan SBPI Sultan Iskandar Mersing.
2) SMSJ seri dengan MOZAC (hujan)
3) SMSJ menewaskan SDAR.

Peringkat Kumpulan Y (Johan Kumpulan Y) :
1) SMSJ menewaskan STJ.
2) SMSJ menewaskan SMAP Labu.

Peringkat akhir :
1) SMSJ tewas tipis kepada SAKTI.

* Seorang pemain SMSJ mendapat "Best All Rounder"..


Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/03/kriket-sbp-zon-selatan.html

SAKTI Juara Kriket Zon Selatan



SAKTI telah menjuarai pertandingan Kriket SBP Zon Selatan. Pertandingan diadakan di SM Sains Tuanku Jaafar (5-7 Mac 2010).


Keputusan perlawanan:
SAKTI 57 - SBPI Selandar 56
SAKTI 106 - STJ 86
SAKTI 112 - SDAR 104
SAKTI 169 - SBPI Jempol 42
Akhir: SAKTI 126 - SMSJ 66.

Pemain SAKTI juga mendapat anugerah 'Best Batsman' dan 'Best Wicket Keeper'.

Temasya Sukan SAKTI 2010












Temasya sukan SAKTI 2010 telah diadakan pada 27 Februari 2010, bertempat di Stadium Bandar Penawar. Keputusan: 1. Alfa (722) 2. Beta (615) 3. Sigma (529) 4. Gama (447)

Larian Merentas Kota ASiS


Sabtu-6 Mac 2010


SM Sains Alam Shah telah mengadakan Larian Merentas Desa bertempat di Padang Sekolah ASiS.Larian merentas desa ini telah dilepaskan oleh Pengetua SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur Tn. Hj. Mohd. Idrus Abd Hamid.Pertandingan ini telah dimenangi oleh Rumah Temenggung manakala Bendahara tempat kedua dan rumah Laksamana tempat ketiga.Antara matlamat pertandingan ini adalah mencungkil bakat-bakat baru serta melibatkan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum.Sekian.Terimakasih.

Friday, March 05, 2010

Temasya Sukan Tahunan 2010 Semesti
















Pada 25 Februari 2010 (Khamis) 2.30 petang, SM Sains Teluk Intan (Semesti) telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2010 Kali ke-25. Temasya tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG Semesti iaitu Yang Berusaha Kapten Maritim Mohd Aliyas b Hamdan. Pada temasya tersebut Rumah Theta telah menjadi johan keseluruhan dengan memperolehi 301 mata diikuti Rumah Omega dengan 267 mata, Rumah Sigma 219 mata dan Rumah Delta dengan 188 mata.