Monday, June 19, 2006

KEJOHANAN TAEKWONDO ITF TERBUKA KEBANGSAAN - SDAR GONDOL GANGSA

Kemaman, Terengganu - Mohamed Farhan bin Mahazir dari Sekolah Dato'Abdul Razak berjaya mengondol pingat GANGSA dalam kategori 57 kg yang diadakan di sini. Kejohanan yang bertaraf Kebangsaan ini diadakan di Dewan Berlian, Kemaman Terengganu. Beliau yang sepatutnya bertanding dalam kategori 51 kg, bertanding dalam kategori 57 kg dan berjaya mengondol pingat gangsa.
Beliau juga pernah menghadiri Kursus Pengadil Taekwondo Peringkat Kebangsaan pada 26 Mei 2006 yang lepas merupakan pemegang talipinggang Hitam 2 DAN.
Warga SDAR mengucapkan syabas ke atas kejayaan beliau.

DILAPORKAN OLEH :
NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SDAR

Friday, June 16, 2006

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEPINTAR KE3




Rawang: 16/6/2006

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SBPI Rawang ke 3 telah berlangsung pada 14/6/2006 (Rabu). Sebanyak 5 pasukan dari Unit-Unit Beruniform telah mengambil bahagian dalam acara yang cukup meriah. Tahniah untuk pasukan dan ketua platun yang telah berjaya -teruskan usaha dan latihan untuk kawad yang lebih bermutu.

-Kapten KRS Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Thursday, June 15, 2006

5 EMAS DARI ACARA OLAHRAGA

SEREMBAN, Stadium Paroi - Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan telah selesai pada 5 Mei yang lepas. Pada kejohanan tersebut, 5 emas telah berjaya diperolehi oleh olahragawan dari SDAR.
Emas pertama daripada Mohd Iftiffar bin Roslee dalam acara merejam lembing dengan mencipta rekod baru Negeri Sembilan iaitu sejauh 50.45meter. Beliau telah berjaya memadamkan rekod lama iaitu 42.44meter yang dibuat pada tahun 2002. Emas kedua menerusi acara 4X400meter oleh Mohd Hafizuddin bin Daun. Emas ketiga juga melalui 4X400meter oleh Mohd Hilmi bin Hamidi. Beliau juga memperolehi emas dalam acara yang sama 4X400meter dan emas ke lima ialah dari acara 4X400meter menerusi Syarafudin bin Razin.
2 pingat perak dan 3 pingat gangsa juga berjaya diperolehi menerusi acara quatathon, 4X400meter, 200meter dan melempar cakera.
Pencapaian ini merupakan yang terbaik sepanjang penglibatan SDAR dalam acara olahraga di peringkat negeri. Jurulatih olahraga SDAR ialah Encik Azhar Ma Hassan dan ketua kontinjen ialah Cikgu Bisshukri Matrop.

DILAPORKAN OLEH :

NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SDAR

ANUGERAH FULL COLOUR SBP UNTUK KETUA PELAJAR SDAR

KUANTAN, PAHANG - Abdul Shukur b Shaari mengharumkan nama SDAR kerana dipilih menerima anugerah Full Colour daripada Sultan Pahang. Kejayaan beliau yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2005, membolehkannya menerima anugerah tertinggi dari Kementerian Pelajaran Malaysia pada Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh di sini. Selain aktif dalam kokurikulum, beliau merupakan seorang pemimpin pelajar yang berkaliber. Tokoh kepimpinan yang beliau miliki ini memberikan peluang yang cerah kepada beliau meraih Anugerah Full Colour ini dari kalangan ramai pelajar yang dicalonkan dari sekolah berasrama penuh di Malaysia.
Sesungguhnya anugerah ini merupakan yang pertama diterima dari kalangan pelajar SDAR. Pengetua, guru-guru serta seluruh warga SDAR amat berbangga dengan pencapaian Abdul Shukur b Shaari.Syabas.

DILAPORKAN OLEH :
ENCIK NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SDAR

PINGAT EMAS DAN PERAK DARI PESERTA SDAR

SEREMBAN 15 JUN 2006 - SDAR berjaya memperolehi 2 emas dalam acara Seni tempur Silat Putera dan Jurus Wajib Putera. Dalam acara Seni Tari Silat Putera pula peserta SDAR memperolehi Perak.
Peserta yang memperolehi Emas ialah Akmal Ekhwan Nafiq bin Kamarudin, Ahmad Fadhli bin Osman dan Mohd Ikram bin Zulkipli dalam acara Jurus Wajib. Dalam acara Seni Tempur Silat pula Mohd Harith bin Mohamad Kamaludin dan Khairunnazrin bin Mohd Noor memperolehi pingat emas kedua manakala pingat Perak dalam acara Seni Tari Silat diperolehi melalui Muhd Shamierul Azim bin Daud.
Pemenang-pemenang ini akan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos ini. Peserta ini dilatih oleh Encik Wan Ibrahim bin Baharudin,Guru Penasihat Silat dari sekolah ini.

DILAPORKAN OLEH :
ENCIK NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PEGAWAI WARAN I UNTUK PESERTA SDAR

SEREMBAN 14 JUN 2006 - Hari ini diumumkan di SDAR bahawa pelajar Muhammad Syalihin bin Abdul Samad telah menjawat jawatan tertinggi dalam Persatuan Kadet Remaja Sekolah sebagai Pegawai Waran 1. Jawatan ini diperolehi bukan melalui cara yang mudah. Beliau terpaksa melalui beberapa ujian dari segi mental dan fizikal di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau memperolehi jawatan melalui Ujian Kenaikan Pangkat Pegawai Waran yang diadakan di Pulau Redang,Terengganu pada 18 hingga 25 Mei 2006 yang lalu. Negeri Sembilan menghantar 8 perserta manakala jumlah keseluruhan peserta dari seluruh Malaysia ialah seramai 115 orang. Latihan yang telah dijalankan termasuk ujian bertulis, ikhtiar hidup, aktiviti pengurusan stress, ujian ketahanan diri dan street orientaring.
Muhammad Syalihin berjaya menempatkan diri sebagai 5 terbaik peringkat kebangsaan dan peserta TERBAIK Negeri Sembilan melalui pungutan markah dari seramai 115 orang peserta yang terlibat. Warga SDAR berbangga dengan pencapaian pelajar ini dalam bidang badan beruniform.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Salleh Mohd Husein, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

DILAPORKAN OLEH:
NORAZAM HAJI NAYAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SDAR

Wednesday, June 14, 2006

SEPINTAR NAIB JOHAN SYARAHAN BAHASA MELAYU PEREMPUAN M.T.Q. KEBANGSAAN


Rawang : 14/6/2006

Peserta SBPI Rawang Nur Izzah Bt. Md. Sundari yang mewakili Negeri Selangor ke Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Kelantan dalam Acara Syarahan Bahasa Melayu Perempuan berjaya mendapat Naib Johan. Nur Izzah hanya tewas 0.4 markah dari peyandang Juara dalam acara tersebut. Seluruh warga SEPINTAR mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan beliau.

P.K. Kokurikulum SEPINTAR.