Wednesday, April 26, 2006

HKSBP ZON TIMUR 2006 - SHAH PEKAN

Pekan - 26 April 2006

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH PEKAN) menjadi tuan rumah bagi HKSBP Zon Timur bermula dari 12 - 16 April yang lalu. Sebanyak 13 buah SBP telah mengambil bahagian dengan penyertaan pelajar dan guru seramai 467 orang.

Sebanyak 6 aktiviti telah dijalankan sepanjang HK ini iaitu pertandingan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan, Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Majlis Penutup.

Majlis Persmian telah disempurnakan oleh YB Wan Iqbal Afdza Bin Wan Abdul Hamid (ADUN Peramu Jaya) pada 13 April jam 9.00 malam. Malan malan tersebut juga disampaikan sijil-sijil penghargaan kepada sekolah yang cemerlang dalam PMR dan SPM 2005.

Pasukan SMACH telah menjuarai Pertandingan Bola Keranjang lelaki dan SMSD sebagai Naib Johan . Manakala bagi pertandingan Bola Keranjang Perempuan, pasukan SESMA sebagai Johan dan SMACH menjadi Naib Johan.

Dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu, peserta SM Sains Terengganu Wan Muhammad Asraf Bin Wan Jeffrey diumumkan sebagai johan. Pemidato terbaik Bahasa Inggeris dimiliki oleh Nurul Nabilah Binti Mohd Bahari dari SMSD.

HKSBP Zon Timur 2006 melabuhkan tirai selepas ditutup secara rasminya oleh Encik Abd. Ghafar Bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Sektor SBP pada 16 April 2006 jam 12.45 tengahari.

Jawatankuasa Pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan HKSBP Zon Timur pada kali ini.

PK Kokurikulum SHAH PEKAN

Monday, April 24, 2006

FAIZAH SAMSUL ARIFFIN WAKILI NEGERI PERAK DALAM ACARA TADARRUS AL QURAN


Gopeng 24 April 2006

Peserta MTQ SBPI Gopeng johan dalam acara Tadarrus Al-Quran peringkat negeri yang diadakan di SMKA Slim River pada 21 dan 22 April 2006. Manakala dalam acara hafazan mendapat tempat ke dua. Tahniah Faizah moga lebih berjaya di peringkat kebangsaan.

MOhd.Norzalan Bin Mohd.Hassan
Pk. Koku
SBPI Gopeng.

HARI GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SEPINTAR BERLANGSUNG GILANG GEMILANG



Rawang -24/4/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) telah berjaya mengadakan Hari Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan pada 23/4/2006. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor -Tuan Haji Abdul Adzis Bin Abas. Seramai 500 orang jemputan terdiri dari Pengetua, Guru Besar, Wakil-Wakil Ketua Jabatan serta para ibu-bapa telah hadir. Majlis bermula jam 9.30 pagi dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan Unit-Unit Beruniform dan seterusnya ucapan aluan oleh Pengerusi PIBG, Pengetua SEPINTAR dan ucapan perasmian. Seramai 200 orang pelajar, guru-guru dan staf sokongan telah menerima anugerah dan sijil penghargaan untuk berbagai bidang. Tahniah dan terima kasih untuk semua guru-guru dan para pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Laporan : PK Kokurikulum SEPINTAR

Latihan Pusat Untuk KRS Gombak Bagi Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Di SEPINTAR


Rawang -24/4/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) telah menjadi lokasi Kem Latihan Pusat bagi pelajar-pelajar Kadet Remaja Sekolah Daerah Gombak sebelum mereka mengikuti Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan bagi KRS Negeri Selangor di Bukit Changgang, Banting. Latihan Pusat tersebut berlangsung dari 22 hingga 23 April 2006 bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan pangkat sarjan. Seramai 35 orang pelajar telah mengambil bahagian yang dilatih oleh 10 orang jurulatih KRS Daerah Gombak yang diketuai oleh Kapten KRS Eadil Bin Mat.

Laporan : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Peserta SEPINTAR Johan Acara Syarahan B.Melayu Majlis Tadarus al-Quran Negeri Selangor


Rawang-24/4/06

Peserta SBPI Rawang (SEPINTAR) Nur Izzah Bt. Md. Sundari yang mewakili Daerah Gombak dalam Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Selangor telah berjaya menjadi Johan dalam acara Syarahan Bahasa Melayu. Beliau akan mewakili Negeri Selangor bagi Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Kelantan Darul Naim. Seluruh warga SEPINTAR mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau dan guru-guru yang telah membimbingnya. Tahniah!

Laporan : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK. Kokurikulum SEPINTAR)

Thursday, April 20, 2006

PESERTA TAE KWAN DO SDAR KE BULGARIA


Mohamed Farhan Hilman pelajar Tingkatan 1 BH mengharumkan SDAR dengan mewakili negara ke Bulgaria. Beliau merupakan peserta Tae Kwan Do ITF ( International Tae Kwan Do Faderation) yang akan mengambil bahagian dalam kategori micro di sana nanti. Pertandingan peringkat antarabangsa tersebut akan berlangsung dari 21 Julai - 1 Ogos 2006 dan akan disertai oleh peserta dari seluruh dunia. Menurut Adik Farhan, beliau telah 5 kali menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan di mana 3 adalah dalam kategori WTF dan 2 dalam kategori ITF di Malaysia.

Dilaporkan oleh Norazam bin Hj.Nayan
GPK Kokurikulum SDAR

MUHAMMAD IFTIFFAR GEGAR TERBUKA SELANGOR

MUHAMMAD IFTIFFAR ROSLE pelajar dari kelas 3 Rahim Kajai sekali lagi mengungguli acara merejam lembing di Terbuka Selangor dengan memenangi emas dalam acara tersebut.Lontarannya sejauh 44.94 meter berjaya menewaskan peserta-peserta yang bertanding. Beliau bakal menjadi perejam terbaik negara kerana rekod Malaysia bagi kelas 2 ketagori lelaki ialah 46 meter.Pelajar ini mempunyai bakat dan jika diasah pastinya akan mewakili negara pada pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
Dilaporkan oleh Norazam bin Hj.Nayan
GPK Kokurikulum SDAR

Monday, April 17, 2006

Atlit Sekolah Sultan Alam Shah Johan di Pertandingan MSS Selangor.

Putrajaya, 17 April 2006.

Kejohanan Olahraga MSSS telah diadakan pada 3 - 6 April 2006 bertempat di Stadium Kota Raja, Klang Selangor. Beberapa atlit dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah dipilih untuk mewakili daerah Sepang dalam kejohanan tersebut. Pencapaian cemerlang telah dicapai oleh atlet SAS iaitu Khamarul Ashraf bin Arif. Beliau memperolehi pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 400m. Sekaligus mendapat gelaran Olahragawan Lelaki Kelas 2. Manakala dalam acara 800m, Mohd. Shamim bin Ahmad juga telah memperolehi pingat emas. Tahniah SSAS dan guru pengiring Pn. Nor Izatul Hanim.

Dilaporkan oleh:
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Sekolah Sultan Alam Shah Johan Kriket Zon Tengah

Putrajaya, 17 April 2006.

Pertandingan Kriket Zon Tengah telah diadakan di SMS Alam Shah, Kuala Lumpur pada 12 - 14 April 2006. Sebanyak 4 buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMS Alam Shah, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMS Selangor dan Sekolah Sultan Alam Shah. Setelah bertungkus lumus selama 3 hari akhirnya Sekolah Sultan Alam Shah dinobatkan sebagai JOHAN Kriket Zon Tengah. Tahniah kepada SSAS dan guru pengiring iaitu En. Anwar Kisham dan En. Saiful Putra.

Dilaporkan oleh:
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Sekolah Sultan Alam Shah Johan Forum Remaja Negeri Selangor.

Putrajaya, 17 April 2006.

Pertandingan Forum Remaja Negeri Selangor telah diadakan di SM Sains Kuala Selangor pada 13 April 2006. Sebanyak 9 buah sekolah yang mewakili daerah masing-masing terlibat dalam pertandingan ini. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah dipilih menjadi johan pertandingan dengan tajuk forum "Keampuhan Budi Keunggulan Peribadi". Pengerusi forum SSas iaitu Hafizuddin bin Mohd. Nor terpilih menjadi Pengerusi Forum Terbaik. Pemforum SSas yang lain ialah Muhammad Ali Iqbal bin Mohamad, Muhammad Safwan bin Norizan, Rohaizan bin Alwi dan Mohamed Norfitri bin Jomain. Tahniah sekali lagi kepada SSAS dan guru pengiring iaitu Pn. Rabita Tajeli dan Pn. Fuziah Saidin.

Dilaporkan oleh:
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulim
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

KURSUS PEMBANGUNAN KELAB,PERSATUAN& UNIT UNIFORM


Gopeng 17 April 2006

Bagi memenuhi seruan kerajaan untuk melahirkan pemimpin dinamik maka pendedahan kepada pengurusan yang dinamik perlu didedahkan kepada pimpinan pelajar. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah menganjurkan kursus tersebut. Semua pengerusi, setiausaha dan bendahari kelab,persatuan dan unit uniform diwajibkan menghadirinya. Kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya pada 16 april 2006(Ahad).

Pk.Koku
Mohd.Norzalan Bin Mohd.Hassan
SBPI Gopeng

SMAP LABU JOHAN KUIZ ASEAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2006

LABU 17 APRIL
Pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu ,Muhammad Shafiq bin Jasmim telah menjadi Johan Kuiz Asean Peringkat Negeri Sembilan 2006. Beliau akan mewakili Negeri Semhilan ke Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan dari 7 hingga 8 Mei 2006 di Auditorium RTM Angkasapuri ,Kuala Lumpur. Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang telah diadakan di SMAP Labu pada pagi ini dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. YB Tuan Mohamad Razi bin Haji Kail ,Adun Kawasan Juasseh selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan Negeri Sembilan Darul Khusus telah sudi menyampaikan hadiah.Tempat kedua dimenangi oleh Gail Lee Mei Ern dari SMK Tunku Besar Tampin dan tempat ketiga Siow Yi Huan dari SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Asean Peringkat N.Sembilan 2006. Semoga pelajar SMAPL Muhammad Shafiq akan berjaya dengan cemerlang di peringkat kebangsaan.

Dilaporkan oleh : Sharizan bt Sheikh Osman (PK Kokurikulum SMAP Labu)

PERKHEMAHAN R.I.M.U.P. SEPINTAR DAN SMK BANDAR TASIK PUTERI


RAWANG -17/3/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) dan SMK Bandar Tasik Puteri telah bekerjasama mengadakan Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) pada 14 hingga 16/4/2006 di Tapak Perkhemahan Rekreasi Belia Bukit Lagong. Seramai 40 orang peserta dan 10 orang guru telah terlibat dalam perkhemahan tersebut. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Tasik Puteri Encik Yusof Bin Husin telah menyempurnakan Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Dan Cenderamata. Terima kasih kepada semua guru yang telah menyumbang tenaga dan berkorban masa dan cuti anda.

Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Saturday, April 15, 2006

SENAMROBIK PERDANA SBPI GOPENG





Gopeng 15 April 2006

SBPI Gopeng buat kali kedua menganjurkan Senamrobik Perdana untuk seluruh warganya.
Program ini mendapat kerjasama Kelab Kecerdasan Kinta yang menghantar 3 orang juru pandu untuk menjayakan program tersebut. Sambutan guru-guru dan pelajar-pelajar telah membuka mata kelab untuk memberi kerjasama dan tunjuk ajar yang berterusan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan berwatak.
Terima kasih Kelab Kecerdasan Kinta

PK.koku
SBPI Gopeng

Thursday, April 13, 2006

Lawatan Japan Foundation Ke SEPINTAR


Rawang-13/4/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) telah menerima kunjungan wakil dari Japan Foundation iaitu Encik Netsu Makoto dan Encik Edward Lee. Tujuan lawatan adalah untuk menyampaikan sumbangan pihak Japan Foundation kepada pihak sekolah disamping mengeratkan hubungan di antara kedua belah pihak. Pihak sekolah telah menerima sumbangan buku-buku dan alatan bantuan mengajar bagi kelas Bahasa Jepun dan sokongan bagi mengadakan Program Pengantarabangsaan Ke Negara Jepun. ARIGATO-GOZAIMAS!!!

-Laporan: MUSTAFA KAMAL BIN JAMALUDDIN (PK Kokurikulum)

Athelete SEPINTAR Johan di MSS Negeri Selangor

Rawang-13/4/2006

Athelete SEPINTAR ke Pertandingan Olahraga MSS Negeri Selangor : Saudara Khusairy Bin Ahmad Amran telah berjaya membantu Pasukan Gombak dalam Acara 4X100 menjadi Johan. Tahniah diucapkan dan semoga cemerlang di masa hadapan.

Laporan : PK Kokurikulum SEPINTAR

SBPI TEMERLOH JOHAN




Temerloh 13 April

Karnival Bahasa Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Temerloh telah diadakan pada 5 dan 6 April 2006 bertempat di SMK Kuala Krau. Dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Nurul Atieka Bt Mohamad Zahari pelajar SBPI Temerloh telah muncul Johan Pidato Daerah Tahun 2006. Peserta Forum Remaja SBPI Temerloh, iaitu Alina Jamalulkhair, Mariadatul Azima bt Johar, Nurul Alwani Bt Mohamed Zin, Wan Nor Haidah Bt Wan Amran dan Nor Fadila Bt Razali berjaya menduduki tempat kedua Forum Remaja Peringkat Daerah Temerloh.

Manakala dalam Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Temerloh yang diadakan pada 12 April 2006 bertempat di SMA Al-Khariyah, Ahmad Muhsin Bin Abd Majid daripada SBPI Temerloh muncul juara dalam kategori Hafazan.

Laporan: Razali Ahmad

ASAT SEKOLAH SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2006

LABU 13APRIL 2006
Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Sekolah sekolah Negeri Sembilan 2006 telah diadakan pada 8 April 2006 dimana SMK Dato Sheikh Ahmad adalah sebagai pengelola. SMAP Labu telah mengambil bahagian di dalam 7 dari 10 acara yang dipertandingkan. Walaupun kurang berjaya didalam acara sukan SMAPL berjaya didalam acara ko-akademik yang dipertandingkan dengan menjadi Johan dalam Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu serta menjadi Naib Johan didalam Pidato Bahasa Inggeris ,Nasyid dan Melukis Poster.

Dilaporkan oleh : PK Kokurikulum SMAP Labu

Wednesday, April 12, 2006

SMAP LABU KE MTAQ PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2006

LABU 12 April 2006
SM Agama Persekutuan Labu telah menjadi johan di dalam 5 dari 6 acara yang dipertandingkan di Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) peringkat Seremban Zon 2 pada 22 Mac 2006 yang diadakan di SK, Seremban Jaya. Acara -acara tersebut adalah Tilawah Al-Quran Lelaki danPerempuan , Syarahan Lelaki dan Perempuan serta Hafazan Perempuan. Peserta Hafazan Lelaki SMAP Labu hanya mendapat Naib Johan sahaja. Ini melayakkan 5 pelajar SMAP Labu yang menjadi johan didalam kategori masing-masing mewakili Seremban Zon 2 ke MTAQ peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 8 April 2006 di SMK Kuala Klawang,Jelebu
Pada MTAQ peringkat negeri SMAP Labu menjadi johan dalam Syarahan Lelaki dan Perempuan serta tempat ketiga dalam Hafazan Perempuan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. Terima kasih kepada semua guru yang telah membantu dan membimbing pelajar untuk mencapai kejayaan.

Dilaporkan oleh:-
SHARIZAN BT SHEIKH OSMAN
PK Kokurikulum SMAP Labu

SEPINTAR Hantar Wakil Ke Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Selangor


Rawang -12/4/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) menghantar empat orang wakil ke Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Negeri Selangor bertempat di Telok Panglima Garang, Banting. Peserta SEPINTAR telah berjaya menjadi Johan dalam acara Syarahan Bahasa Arab (P) Menengah Atas dan Johan Menulis Khat (L) Menengah Atas pada Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Gombak pada 6/4/2006 yang lalu, manakala 2 lagi wakil SEPINTAR ke MTQ Negeri Selangor ialah peserta Tilawah al-Quran (P) dan Hafazan (P) yang mana telah mendapat Naib Johan pada MTQ Peringkat Daerah Gombak.

Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal B. Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

SEPINTAR Johan Berganda Ping Pong MSSD Gombak

Rawang -12/4/2006

SEPINTAR (SBPI Rawang) telah berjaya merangkul kejuaraan berganda pada Pertandingan Ping Pong MSSD Gombak pada 27 hingga 29 Mac lepas. Keputusan penuh seperti berikut:

1) Perseorangan Perempuan Bukan Cina Bawah 18 : Johan dan tempat ke 3
2) Beregu Perempuan Bukan Cina Bawah 18 : Johan dan Tempat ke 3
3) Beregu terbuka bawah 18 : Johan dan Tempat ke3
4) Perseorangan terbuka bawah 18 : Naib Johan dan tempat ke3
5) Perseorangan Lelaki terbuka bawah 18 : Tempat ke3
6)Beregu Lelaki Bukan Cina Bawah 18 : Tempat ke3

Tahniah diucapkan dan semoga cemerlang lagi di masa hadapan.

Dilaporkan oleh : MUSTAFA KAMAL B. JAMALUDDIN (PK. Kokurikulum SEPINTAR)

Monday, April 10, 2006

LAGI KEJAYAAN PELAJAR SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

Putrajaya, 10 April 2006.

Tahniah kepada saudara Abd. Raof bin Suhaimi pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Sultan Alam Shah kerana telah dianugerah dengan gelaran Tokoh Tunas Kebangsaan. Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka pada 25 Mac 2006 di Melaka International Trade Centre (MITC). Pencalonan adalah mengambil kira pencapaian pelajar di sekolah rendah hingga menengah dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Dilaporkan oleh
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah.

Friday, April 07, 2006

STF JOHAN BOLA KERANJANG HKSBP ZON SELATAN 2006

Pada 23 - 26 Mac 2006 yang lepas, HKSBP Zon Selatan telah diadakan di SBPI Mersing, Mersing, Johor. Pertandingan Bola Keranjang Perempuan telah diadakan di MRSM Mersing di mana 11 buah seolah telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu A, B dan C. Pada pusingan awal, Sekolah Tun Fatimah telah mengalahkan STJ, 66 - 8, mengalahkan INTEM, 65 - 6 dan mengalahkan SBPISelandar, 51 - 6. Di pusingan kedua STF telah mengalahkan MOZAC, 58 - 4 dan SMAPLabu, 44 - 11. D peringkat akhir, Sekolah Tun Fatimah telah mengalahkan Kolej Tunku Kurshiah, 34 - 10, sementara tempat ketiga dimenangi oleh STJ yang mengalahkan SMAPLabu, 16 - 15. Kejayaan ini amatlah membanggakan dan tercapai hasil sokongan semua pihak terutama pemain-pemain dan ALUMNI yang telah bekerja bersama-sama. Untuk kategori lelaki, SDAR telah menjadi Johan dengan mengalahkan SASER, 41 - 40 sementara tempat ketiga dimenangi oleh SMSJohor yang mengalahkan SMAPLabu. Marilah kita berdoa semoga pasukan bola keranjang Zon Selatan akan mencapai kejayaan yang cemerlang semasa HKSBP Peringkat Kebangsaan nanti di SMS Sultan Ahmah Shah, Kuantan, Pahang.

Mohd. Azman bin Awang
PK (Kokurikulum)
Sekolah Tun Fatimah

Thursday, April 06, 2006

Favourite Fictional Character Writing Contest

dipetik daripada NST 6 April Khamis-

aspiring young writers aged between 12 and 16 years are invited to participate in a writing contest organised in conjunction with World Book Day 2006.

They have to write a short story about their favourite fictional writer and it should not exceed 1000 words. The work must also be original and only one entry per student will be accepted.

Co-organised by the Embassy of Spain, Instituto Cervantes, DBP and MPH Bookstores, the deadline for entries is on April 23.

Participants can submit their work via e-mail - in the body of an e-mail - or as a Word document in standard, 12-point font. The e-mail address is aula.kualalumpur@cervantes.es. Or they can also send a hard copy via post to the Embassy of Spain, 200 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

The first-prize winner will receive a meal voucher for a Spanish restaurant worth RM500, while the second prize winner will get educational materials worth RM300.

Winners will be notofied on April 28 and the presentation ceremony will be held at MPH Megastore in 1 Utama Shopping Centre, bandar Utama on April 30.

For enquiries, call Susana at 012-5607593 or the embassy at 03-21484655

Wednesday, April 05, 2006

SBPI GOPENG PENGELOLA KEJOHANAN HOKI DAERAH KINTA 2


Gopeng -5 April 2006
SBPI Gopeng buat pertama kali berjaya mengelola kejohanan hoki daerah. Pasukan hoki SBPI Gopeng juga meraih kejayaan tempat ke 2 bagi perempuan dan tempat ke 3 bagi lelaki. Inilah satu kejayaan manis pasukan sekolah dan mampu bersaing dengan pasukan hoki sekolah lain yang telah lama dalam permainan ini.

PK Koku SBPI Gopeng

SBPI GOPENG UNGGULI MAJLIS TADARRUS AL-QURAN DAERAH KINTA 2

Gopeng-5 April 2006 /6 R.Awal 1427H
SBPI Gopeng memenangi Johan Tilawah (P), Johan Syarahan(P), Johan Hafazan(L),
Johan Khat (P) dan Naib Johan Syarahan(L),Naib Johan Hafazan(P) ,Naib Johan Nasyid,Naib Johan Kuiz dan ketiga Khat (P&L) serta memenangi piala pusingan keseluruhan dan mencapai sasaran panitia dan koku 2006. Semoga lebih berjaya pada masa mendatang.

PK. koku
SBPI Gopeng

Sunday, April 02, 2006

Sekolah Alam Shah ditukar nama.

Putrajaya 02 April 2006
Sekolah Alam Shah, Putrajaya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor pada 25 Mac 2006 / 25 Safar 1427 dalam acara yang gilang gemilang. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Orang Besar Istana, Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Mufti Selangor, ALUMNI, AJK PIBG dan guru-guru. Dalam titahnya baginada berkenan meletakkan Sekolah Alam Shah di bawah naungan Tuanku dan seterusnya berkenan menukar nama Sekolah Alam Shah kepada Sekolah Sultan Alam Shah.

Dilaporkan oleh
Zulkifli bin Aman
Memangku PK Kokurikulum
Sekolah Sultan Alam Shah.

SBPI TEMERLOH UNGGULI 100M DAN 4 x 100M OLAHRAGA MSSM DAERAH TEMERLOH.












Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Temerloh kali ke-30 telah dijalankan 27 Mac hingga 30 Mac 2006. Acara balapan dijalankan di Stadium Mini Temerloh, manakala acara padang dijalankan di SMK Seberang Temerloh.
SBPI Temerloh berjaya menggondol Emas dalam acara 110M lari berpagar perempuan bawah 18 tahun dan 4 X 100M lelaki bawah 15 tahun. Dua pingat Perak berjaya dikutip melalui acara baling tukul besi dan acara 800M lalaki bawah 18 tahun.
Dua orang athlit SBPIT berjaya dipilih untuk mewakili Daerah ke kejohanan MSSM Negeri Pahang.
Perasmian penutup disempurnakan oleh YH Dato` Azizan Bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh. Turut serta dalam Majlis tersebut ialah Tuan PPD Temerloh, En Hamzah Bin Hussin dan Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Temerloh.

Laporan : Razali Bin Ahmad

SBPI TEMERLOH BERJAYA MENGANJUR KEJOHANAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 TERBUKA




Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 Terbuka SBPI Temerloh berjaya dilaksanakan dengan lancar. Kejohanan yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang luar biasa. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan 3 on 3 ini ialah SEMSAS Kuantan menghantar 3 team, SHAH Pekan ( 2 pasukan), SMK Temerloh( 2 pasukan) , SMK Sri Bahagia Temerloh ( 1 pasukan) , SMK Hwa Lian( 2 pasukan ) . SMK Abu Bakar Temerloh ( 1 pasukan ) dan SBPIT sendiri dengan 3 pasukan. Pertandingan diadakan pada 26 Mac 2006 hari Ahad dijalankan dalam bentuk liga bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang.

Keputasan pertandingan dengan SEMSAS team B berjaya mengondol Piala Pusingan sumbangan Yang Berbahagia Tuan Hj Ahmad Bin Hj Daud Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut, pingat, sijil penyertaan dan wang unai RM120.00 . Manakala tempat kedua disandang oleh SMK Temerloh menerima wang tunai RM100.00, pingat dan sijil penyertaan dan tempat ketiga disandang oleh SEMSAS A menerima wang tunai RM90.00, pingat dan sijil penyertaan.

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Ahmad Bin Hj Daud Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut. Dalam Ucapan penutupan, beliau berharap acara ini diteruskan pada setiap tahun kerana ianya dapat mengeratkan antara pelajar terutama pelajar bukan melayu. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan Kejohanan terutamanya kepada penyumbang wang tunai, piala pusingan, t-shirt peserta, makan minum dan tenaga. Tahniah dan syabas kepada JK penganjur, MP Pelajar SBPIT yang bekerja keras untuk memastikan Kejohanan kali ini berjalan lancar.

TAHNIAH kepada yang berjaya.

Dilaporkan oleh : Razali Ahmad