Sunday, August 29, 2010

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2010
















Ipoh, 21 Julai 2010, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2010. Kejohanan diadakan di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada 21-24 Julai 2010. Sebanyak 19 pasukan yang menyertainya termasuklah 9 pasukan perempuan yang mewakili 5 zon iaitu Zon Utara ; MCKK (L), SMSSMJ (L), STAR (L) - Tuan Rumah, SEMESTI (P) & SERATAS (P), Zon Tengah ; SMSS (L), SSAS (L), SSP (P) & SMSPK (P), Zon Selatan ; SDAR (L), SMSJ (L), STF (P) & TKC (P), Zon Timur ; SMACH (L), SHAH PEKAN (L), SMSD (P) & SMACH (P) dan Zon SQL ; SMSL (L&P).

Pada 23 Julai 2010 pula, telah berlangsungnya perlawanan bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir. Akhirnya, pasukan lelaki daripada Sekolah Menengah Sains Machang telah berjaya melayakkan diri ke final untuk bertemu semula dengan pasukan lelaki daripada Sekolah Menengah Sains Johor. Tidak cukup dengan itu, pasukan perempuan daripada Sekolah Menengah Sains Machang juga telah berjaya melayakkan diri ke final untuk bertemu Sekolah Tun Fatimah semula.

Pada hari terakhir kejohanan, perlawanan akhir bagi pasukan perempuan telah diadakan di Pitch 1, Stadium Azlan Shah. Perlawanan agak sengit pada separuh masa pertama. Namun, Sekolah Menengah Sains Machang akhirnya tewas kepada Sekolah Tun Fatimah dengan mata jaringan 1-0. Perlawanan bagi pasukan lelaki pula telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Puan Ashah binti Samah. Perlawanan begitu sengit sehingga tamat masa penuh 40 minit. Namun begitu, Sekolah Menengah Sains Johor akhirnya tewas kepada Sekolah Menengah Sains Machang menerusi jaringan ‘golden goal’ yang hanya memerlukan masa sebanyak 20 saat. Tahniah diucapkan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Ashah binti Samah dan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Keputusan keseluruhan kejohanan ialah bagi Kategori Lelaki : Johan SMACH, Naib Johan SMSJ, Ketiga SMSS dan Keempat MCKK. Kategori Perempuan : Johan STF, Naib Johan SMACH, Ketiga SERATAS dan Keempat TKC.

PELANCARAN KEMPEN RAYUAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT SBPI TEMERLOH





Tarikh : 16 Ogos 2010
Perkara : Pelancaran Kutipan Derma Sempena Hari Pahlawan 2010
Pelancaran kutipan derma sempena Hari Pahlawan tahun 2010 telah disempurnakan oleh Puan Normah Bt Ismail Pengetua SBP Integrasi Temerloh. Pelancaran dilaksanakan pada Hari Isnin 16 Ogos bertempat di Dataran Uhud. Semua warga SBPI Temerloh hadir. Pelancaran dimulakan dengan Ucapan Pengetua dan memasukan wang ke dalam Tabung Rayuan sebagai simbolik kempen.
RAKYAT SEJAHTERA JASA PAHLAWAN DIKENANG


SBPI TEMERLOH : PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2010







Tarikh : 16 Ogos 2010
Perkara : Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53
Tahun 2010.
Disempurnakan oleh : Pn Normah Bt Ismail Pengetua SBPI Temerloh.
Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ikrar Rukun Negara, Membaca Perutusan Pengarah Pelajaran Pahang dan Ucapan Pelancaran Kempen mengibar Jalur Gemilang oleh Pn Pengetua. Selepas ucapan pelancaran, lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos telah dinyanyikan oleh kumpulan koir sekolah. Majlis berakhir dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Rumah.

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

HARI KOKURIKULUM SBPI TEMERLOH TAHUN 2010









Tarikh : 28 Julai 2010
Perkara : Hari Kokurikulum dan Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Sekolah.
Perasmian : Pn Normah Bt Ismail Pengetua SBPI Temerloh.

Hari Kecemerlangan Kokurikulum SBPI Temerloh telah diadakan pada 28 Julai 2010. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah Senamrobik, pertandingan kawad kaki dan kawad formasi unit uniform serta pertandingan ikhtiar hidup.
Anugerah kecemerlangan kokurikulum disempurnakan oleh Pn Normah Bt Ismail Pengetua SBPI Temerloh. Kategori anugerah ialah Emas, Perak, Gangsa, anugerah khas dan sijil.
Anugerah Emas : Nurul Ardila Bt Jamsari
Anugerah Perak : Mohamad Umar Faruq Bin Abdul Hameed
Anugerah Gangsa : Mohamad Amirul Husaini Bin Alias
Anugerah Khas : Mohamad Salim Bin Hamzah
BERTANDING UNTUK MENANG















Tuesday, August 24, 2010

ASiS DI BUMI LONDON UNTUK MENERUSKAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Oxford University


Bersama Dato’ Rustam b Yahya,

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, London


Visi Sekolah Menengah Sains Alam Shah bagi menzahirkan pemimpin bertaraf dunia bukanlah satu tugas yang mudah untuk dicapai terutamanya bagi sebuah sekolah setahun jagung. Hasrat Pengetua SM Sains Alam Shah, Tn Haji Mohd Idrus b Abd Hamid untuk melebarkan sayap ke rantau orang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang lebih menumpukan untuk membangunkan modal insan yang holistik. Meskipun telah banyak menggiatkan diri dalam program-program pengantarabangsaan di rantau Asia dan Australia, Tuan Pengetua melihat program di London, United Kingdom sebagai satu program yang membolehkan para pelajar menimba ilmu, serta pengalaman terutamanya tentang tradisi dan budaya mereka yang telah lama bertapak di dunia selain membuka kotak minda para pelajar untuk melihat dari pelbagai perspektif yang berbeza.

Merujuk pada kadar inflasi dan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari, faktor kewangan pada awalnya dilihat sebagai satu kekangan dalam menjayakan program yang berprestij ini. Sungguhpun menelan perbelanjaan yang melebihi seratus ribu ringgit, pihak pentadbir sekolah berjaya mengumpulkan dana yang secukupnya untuk membiayai program ini. Pn Rihaya bt Abu Kasim yakni Penyelaras Projek di samping guru-guru pengiring yang lain membanting tulang demi memastikan segala persiapan di London berjalan lancar.

Setelah menyusun segala perancangan dengan baik tibalah masanya delegasi ASiS untuk menjelajahi bumi United Kingdom. Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Stansted mengambil masa 12 jam sehala. Setibanya di sana, delegasi ASiS telah dibantu oleh pasangan Rohana dan John Herbert yang bertanggungjawab memastikan susun atur program di London berjalan lancar. So Quartier Apartments merupakan destinasi pertama yang menjadi tempat penginapan kami selama 6 hari 5 malam. Kami telah diberikan layanan yang cukup istimewa setibanya di sana.

Kunjungan pertama delegasi ini adalah ke Kew Gardens. Destinasi yang menggamit kedatangan pengunjung ini merupakan taman yang sangat istimewa yang wujuk sejak keluarga diraja Victoria lagi. Pengunjung juga pastinya akan terpegun dengan saiz taman yang terbentang luas. Taman ini wujud atas minat Queen Victoria terhadap tumbuh-tumbuhan. Oleh hal yang demikian, pelbagai spesis tumbuhan telah dibawa masuk dari seluruh pelusuk dunia termasuklah tumbuhan dari Hutan Hujan Tropika yang merupakan aset negara Malaysia sejak ratusan tahun dahulu. Delegasi ASiS telah menunjukkan minat yang mendalam kerana dapat meneroka ilmu dan perjalanan yang sangat berharga kerana sebelum ini pembelajaran hanya dapat dilakukan malalui alat elektronik dan bahan bacaan. Namun, delegasi ASiS terutamanya para pelajar berasa sangat bertuah kerana dapat melihat dengan mata sendiri akan aset yang tiada tolok bandingnya di bumi ini.

Kunjungan delegasi ASiS selanjutnya adalah ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London yang terletak berdekatan dengan Pejabat Perdana Menteri Britain di Downing Street. Kami disambut dengan begitu ramah sekali oleh staf di kedutaan tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom iaitu Dato’ Rustam bin Yahya. Setelah ditempatkan di dalam bilik persidangan yang cukup indah dihias dengan lukisan-lukisan dari zaman penjajah lagi, kami mendengar ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Dato’Rustam bin Yahya dan diberi penerangan yang ringkas mengenai tugasnya serta hal ehwal penduduk Malaysia yang beremigrasi ke United Kingdom. Pelajar ASiS sekali mempamerkan ketrampilan mereka dalam berinteraksi mengenai isu yang menjangkau ilmu bilik darjah dengan mengemukakan soalan-soalan kepada YB Dato’ tentang isu ‘brain drain’, pelaburan negara di United Kingdom dan status serta kejayaan pasukan F1 Lotus Negara. Setelah hampir dua jam, kami dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan dan kemudiannya beralih kepada sesi penggambaran bersama Dato’ Rustam. Tidak dapat dinafikan tiga jam yang diluangkan bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom sangat berharga dan telah memberi input yang berkesan kepada delegasi ASiS.

Kunjungan delegasi ASiS ini seterusnya ialah University Oxford, iaitu antara universiti yang terbaik di dunia dan tersohor dalam bidang ‘literature’. Delegasi ini telah dibawa ke beberapa kolej yang dikagumi ramai seperti Kolej Christchurch. Universiti ini turut mengeluarkan ramai individu yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Sir Rowan Atkinson, atau lebih dikenali sebagai Mr Bean, Lewis Caroll, JRR Tolkien dan ramai lagi. Agak mengejutkan apabila diberitahu oleh jurupandu rasmi Universiti Oxford bahawa Malaysia merupakan Negara ke-8 di dunia dari segi jumlah pelajar di university tersebut dengan jumlah 124 pelajar. Terdetik rasa banga menjadi anak watan Malaysia dan terbisik slogan “Malaysia Boleh” jauh dalam sanubari setiap pelajar ASiS. Delegasi ini turut berasa kagum dengan seni bina infrastuktur yang bercirikan Roman dan Victoria pada masa lampau. Keseragaman binaan di sekitar universiti ini menimbulkan rasa nyaman kepada pelajar dan pengunjung. Kami teruja apabila diberitahu beberapa buah bangunan dan laman di Universiti Oxford telah dipilih menjadi lokasi dalam pembikinan filem Harry Porter – The Goblet of Fire dan memang tidak dapat dinafikan, kemana sahaja kamera diacukan, hasilnya amat berseni dan indah sekali. Persekitaran yang aman, selesa dan kondusif untuk pembelajaran telah menggamit setiap pelajar untuk berusaha dengan gigih supaya dapat menggapai kecemerlangan dalam hidup.

Stratford-upon-Avon merupakan destinasi ketiga yang dijelajahi oleh perwakilan ASiS. Kampung halaman William Shakespeare ini banyak menarik pelancong dari seluruh pelusuk dunia dan telah lama tersohor sebagai sebuah destinasi bersejarah. Perwakilan ASiS telah berkunjung ke Royal Shakespeare Company (RSC) yang merupakan sebuah syarikat berteraskan hasil karya seni William Shakespeare yang agung dan berharga hingga ke hari ini. Para pelajar ASiS telah didedahkan dengan sesi pengajaran sastera menggunakan cerita Macbeth sebagai modul pembelajaran. Walaupun berbekalkan waktu yang singkat, para pelajar dengan bersungguh-sungguh cuba mendalami watak masing-masing. Setelah hampir 2 jam, pelajar ASiS mempamerkan bakat dalam seni pementasan apabila berjaya menghasilkan beberapa babak lakonan teater yang cukup mantap dan menarik. Menyedari pentingnya keseimbangan ilmu dari semua aspek, para pelajar yakin bahawa ilmu seni pementasan ini dapat digunakan suatu hari nanti kerana Pengetua sendiri sering mengingatkan para pelajar ilmu itu tidak terbatas di dalam kerangka bilik darjah sahaja.

Selepas sesi bengkel di RSC, delegasi ASiS telah berkesempatan melawat teratak yang dahulunya pernah menjadi kediaman penulis agung itu. Struktur rumah dan persekitarannya masih dijaga rapi dan kemas. Kami terpegun melihat bagaimana orang Inggeris dapat memelihara khazanah milik bangsa mereka.

Sepanjang enam hari di sana, kami juga sempat melawat Westminster iaitu kawasan terletaknya Big Ben dan Parliament Square. Kami berpeluang menikmati keindahan Kota London sewaktu menaiki Eye of London diwaktu malam. Penjelajahan delegasi ASiS di sekitar Kota London telah dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan sistem kereta api bawah tanah, atau tube. Antara tarikan pusat beli-belah di London ialah Oxford Street yang menempatkan kedai-kedai berjenama untuk menarik golongan berpendapatan tinggi. Namun begitu, sekiranya pandai mencari, sesiapa juga akan mampu membeli barangan impian yang harganya lebih murah daripada harga yang dijual di Malaysia sendiri. Padanlah ramai yang menunggu musim jualan murah di kota pusat beli-belah ini.

Di samping itu, para pelajar ASiS berasa terharu apabila bekas pelajar ASiS yang melanjutkan pelajaran di sekitar United Kingdom dalam pelbagai cabang ilmu sanggup meluangkan masa untuk bertemu dengan delegasi ASiS di Westfield Mall. Tertanam semangat di hati kami untuk mengikut jejak langkah mereka, dan sama-sama melanjutkan pelajaran di luar Negara.

Akhirul kalam, delegasi ASiS pulang ke tanah air dengan penuh rasa bersyukur kerana telah megunjungi sebuah tempat yang penuh bersejarah. Setelah enam hari dan lima malam di London, kami pulang berbekalkan ilmu serta pengalaman yang baru. Program ini secara konklusifnya membuka minda para pelajar serta mendidik mereka manjadi modal insan yang cemerlang daripada semua aspek selari dengan visi ASiS iaitu menzahirkan pemimpin bertaraf dunia. Semoga segala yang dipelajari oleh delegasi ASiS ini dapat disampaikan kepada yang lain dan dapat menjadi batu loncatan dalam menyemarakkan lagi semangat pelajar ASiS untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak dan seterusnya menempa kejayaan yang cemerlang.

Friday, August 20, 2010

PROGRAM PENGHAYATAN TAMAN LAUT MALAYSIA ZON TIMUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2010








Pada 2 hingga 5 Ogos 2010, 2 orang pelajar SHAH Pekan iaitu MOHD FIRDAUZ BIN ZANAL ABIDIN & AMIRUL HAKIM BIN ASHARI telah terpilih menyertai program Penghayatan Taman Laut Malaysia Zon Timur Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di TAMAN LAUT PULAU TIOMAN, PAHANG.

Para pelajar telah menjalani beberapa aktiviti iaitu ceramah tentang Taman Laut Malaysia & Pengurusan Peralatan, Pengurusan Keselamatan & Keyakinan di air, Asas-asas Snorkerling, Kajian Flora & Fauna serta Pengezonan Taman Laut.

KEJOHANAN SKUASY MSSM MALAYSIA 6-12 JUN 2010


Pada 6-12 Jun 2010 telah berlangsung Kejohanan Skuasy MSSM Malaysia yang bertempat di Dewan Skuasy & Badminton MBI, Ipoh Perak. Kontinjen Pahang telah menghantar pasukan Lelaki & Perempuan kategori 12,15 & 18 tahun bagi menyertai acara berpasukan. Kategori lelaki bawah 18 tahun telah layak ke final, seorang pelajar SHAH PEKAN yang bernama MOHD DZULHARITH NOOR AZMAN telah mencipta nama kerana berjaya menjadi NAIB JUARA kategori lelaki bawah 18 tahun.

Thursday, August 19, 2010

Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa antara SMSTSP dan PCC, Satun, Thailand


Pada 26 hingga 30 Julai 2010 telah berlangsung Program Pertukaran Pelajar di antara Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra(SMSTSP) dengan Princess Chulabhorn's College, Satun, Thailand(PCCST). Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang hasil termerterinya memorandum of understanding(MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua belah pihak pada 26hb Mei 2010 di Hotel Putra Palace, Kangar. Daripada segi sejarahnya SMSTSP dan PCCST telah pun menandatangani MoU sejak tahun 1997 lagi. Bermula dari situlah, pelbagai program yang melibatkan pelajar daripada kedua belah pihak telah dijalankan, antaranya English In Camp, Students' Exchance, Lawatan Sambil Belajar, Perkembangan Staf dan sebagainya.
Program yang baru berlangsung selama 5 hari ini melibatkan pelajar dan guru PCCST yang terdiri daripada 3 orang guru(seorang lelaki dan 2 perempuan) dan 25 orang pelajar (6 lelaki, 19 perempuan). Rombongan daripada PCCST telah datang dan berkampung di SMSTSP. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang mereka disini adalah belajar di dalam kelas bersama pelajar-pelajar SMSTSP, traditional games, treasure hunt, handicraft - batik chanting, culture presentation. Pada bulan Oktober nanti rombongan daripada SMSTSP akan membuat kunjungan balas ke PCCST pula. Sekian.

Hisamuddin Kamis
PK Kokurikulum SMSTSP

Tuesday, August 17, 2010

Larian LOFSA W.P Labuan 2010


Pada 31 Julai 2010, SM Excel telah menghantar seramai 27 orang pelajar dan 5 orang guru untuk mewakili sekolah dalam acara larian LOFSA 2010. Mohd Nurherman Manan telah mendapat tempat ke-4 dalam acara larian tersebut dan memenangi wang tunai sebanyak RM250. Manakala semua peserta lain telah berjaya menamatkan larian LOFSA sejauh 8km tersebut dengan jayanya.

HARI KOKURIKULUM TAHUN 2010 SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA


Tanggal 14 Julai hingga 15 Julai 2010, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) telah mengadakan Hari Kokurikulum bagi tahun 2010. Hari Kokurikulum tersebut telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa.


SMSSMJ mempunyai 8 pertubuhan atau pasukan unit beruniform dan 12 persatuan atau kelab akademik. Semua pelajar diwajibkan menganggotai salah satu pertubuhan atau pasukan pilihan masing-masing dan satu persatuan atau kelab akademik. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, semua pelajar mesti mempunyai keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum serta menguasai kemahiran-kemahiran tertentu termasuk kepimpinan, pengurusan pertubuhan, keyakinan diri dan kebolehan membuat keputusan, keberanian mengambil risiko, berdaya saing, berketrampilan dan kebolehan melaksana tugas dengan penuh rasa tanggungjwab. Hari Kokurikulum merupakan kemuncak di mana semua pelajar dapat membuktikan penampilan diri dan mutu kepimpinan mereka serta kebolehan masing-masing.


Objektif diadakan Hari Kokurikulum adalah untuk mempertingkatkan kebolehan dan minat pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal, mental, emosi dan rohani serta keyakinan diri pelajar. Pelajar diberikan ruang untuk bersaing, bekerjasama, bertanggungjwab dan melahirkan ‘Esprit de Corp’ sesama mereka. Bakat di kalangan pelajar terutama bakat baru dicungkil dan digilap melalui aktiviti yang dijalankan.


Di antara acara yang telah dipertandingkan ialah memancing, berkayak, scrabble, pertolongan cemas, menghias papan kenyataan, golek kong, penjilidan bahan ilmiah, azan, hafazan, pukul bantal dalam air, imlak jawi, menyampaikan khutbah, language game, eksplorasi Sains, sumpitan, melastik, membuat rakit darat, river crossing, survival, sembelihan dan memasak.


Yang Berusaha Encik Mohd Radzi bin Mohd Noor, Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan Majlis Penutup Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa bagi tahun 2010.



Monday, August 16, 2010

Cabaran Angkasawan Zon W.P Labuan 2010


Penganjur : Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi Malaysia(MOSTI)

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat : Dataran Labuan dan Ujana Kewangan, WP Labuan


Cabaran Larian 3.5KM Angkasawan Zon WP Labuan telah disertai oleh 24 warga SM Sains Labuan iaitu 20 orang murid dan 4 orang guru. Wakil daripada SM Sains Labuan diketuai oleh En. Adnan b A. Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran.Terdapat empat peringkat cabaran iaitu

1. Larian 3.5 KM (semua peserta SMSL layak mendapat sijil)

2. Kuiz Pengetahuan Sains (7 orang peserta SMSL layak )

3. Komunikasi dan kerja berkumpulan (6 orang peserta SMSL layak )

4. Temuduga (10 orang peserta terpilih -4 orang daripadanya dalah daripada SMSL)

5 orang peserta telah terpilih mewakili Zon Labuan ke Cabaran Angkasawan 1Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 4 orang peserta daripada SMSL yang layak ke cabaran tersebut ialah :

  1. Cik Avila Sanis (Guru)

  2. Marshall Rugu Gelawat

  3. Nur Sabrina Mohd Rokis

  4. Hafizatul Nasuha Abdul Rahman







PERTANDINGAN EXPLORACE KELAB DAN PERSATUAN SMSL 2010


PERTANDINGAN EXPLORACE KELAB DAN PERSATUAN SMSL 2010


Pada 30 Jun 2010, Unit Kokurikulum di bawah kelolaan Penyelaras Kelab dan Persatuan iaitu Pn. Asih Fathikin binti Sunarto dan penolong Penyelaras, Pn. Jurizah binti Jali telah menganjurkan Pertandingan Explorace 2010. Tujuan pertandingan dianjurkan adalah untuk menguji dan meningkatkan daya fikiran yang tinggi dan kreativiti murid. Sebanyak 20 kelab persatuan terlibat. Semua kelab dan persatuan perlu menghantar 5 orang peserta. Sebanyak 8 stesen disediakan untuk menguji kecerdasan minda dan fizikal setiap pasukan telah ditempatkan di sekitar kawasan sekolah. Pertandingan yang bermula jam 1.45 petang – 5.00 petang berjalan dengan lancar. Berikut adalah keputusan pertandingan :



Kedudukan


Kelab


Markah


Masa


Johan


Kelab PRS


293.24


2.28-3.23 pm


Naib Johan


Kelab Lalulintas & Keselamatan


287.34


2.22-3.34 pm


Ketiga


Kelab Setia


281.99


2.20-3.31 pm


Saguhati


Kelab Forum Remaja


275.95


2.15-3.39 pm


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TINGKATAN 4 2010SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN



Tarikh : 2 hingga 4 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat : Pusat Kolurikulum Ganggarak ,Wilayah Persekutuan.

Perkhemahan Unit Beruniform Tingkatan 4 merupakan acara tahunan bagi Unit Beruniform SM Sains Labuan.Pada tahun ini seramai 86 orang murid terlibat dalam perkhemahan ini yang diadakan selama 2 hari. Antara aktiviti perkhemahan ialah merempuh halangan, jalan lasak, berkayak, paintball, pertandingan persembahan kebudayaan dan explorace. Walaupun hujan dan rebut telah melanda setiap petang tetapi program berjalan seperti yang dirancang Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dan murid-murid yang menyertai.Semoga program dapat memperteguhkan jati diri murid-murid dan memupuk daya kepemimpinan yang jitu.


Malaysia – Japan Cultural Exchange Student Tour











Program " Japan - Malaysia Cultural Exchange Student Tour" yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) telah dijalankan di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra.Program sehari ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari Jepun dan Malaysia untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat mengenai cara hidup pelajar dan kebudayaan masing-masing. Seramai 11 orang pelajar dari 11 buah sekolah menengah dari seluruh Jepun menyertai program ini.








Pelajar-pelajar Jepun disambut meriah dengan kompang dan bunga manggar oleh pelajar-pelajar yang lengkap dengan pakaian tradisional. Majlis sambutan dibuat di Dewan Gemilang dan dimulakan dengan persembahan tarian tradisional Jepun " Soran Bushi" oleh pelajar SMSTMFP.Mereka diberi taklimat mengenai sekolah seterusnya mengadakan pelbagai aktiviti bersama.

Larian Merdeka 1Labuan & Larian 25 Tahun Jubli Perak SM Sains Labuan











Tanggal 1hb Ogos merupakan tarikh keramat di mana Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL Excel) telah megadakan Larian Merdeka 1Labuan dan 25 Tahun SM Sains Labuan. Program ini sempena menyambut Kemerdekaan Tanah Air dan Sambutan 25Tahun Jubli Perak . Larian tersebut telah disertai oleh semua warga SMSL Excel. Program ini disertai oleh PIBG, golongan pelajar dan juga guru di mana setiap pelari akan berlari secara berganti-ganti mengelilingi Pulau Labuan dalam jarak 58km. Program ini telah dibantu oleh Unit Trafik dan JPA 3 Labuan. Larian telah dimulakan seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang dengan jayanya. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof A.M.N, Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan.