Friday, March 31, 2006

PIING PONG BAWAH 18 BERPASUKAN MUNCUL JUARA

Pasukan Ping Pong bawah 18 tahun SDAR muncul sebagai johan berpasukan manakala pasukan bawah 15 mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ping pong MSSST.
Bagi acara individu, bergu bawah 18 tahun muncul sebagai juara dan perseorangan lelaki sebagi naib johan.
Pasukan bawah 15 tahun, perseorangan dan bergu mendapat tempat ketiga.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan (PK Kokurikulum)

DRAMA BAHASA INGGERIS SDAR TEMPAT KE 3

Pasukan drama Bahasa Inggeris SDAR muncul tempat ke tiga dalam pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Seremban 2.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

RAGBI-SDAR JOHAN MSSMN MEMBELASAH King George V

Pasukan Ragbi SDAR muncul sebagai juara dalam pertandingan ragbi MSSMNS setelah mengalahkan pasukan King George V . Permainan di peringkat akhir ini berkesudahan dengan SDAR membenam KGV dengan jaringan 47-0
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK kokurikulum)

PELAJAR SDAR- MUHAMMAD IFTIFFAR ROSLE OLAHRAGAWAN MSSST

MUHAMMAD IFTIFFAR ROSLE pelajar dari kelas 3 Rahim Kajai dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki pada kejohanan olahraga MSSST (Seremban Timur) yang berakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman semalam. Beliau memecahkan rekod merejam lembing Negeri Sembilan dengan rejaman sejauh 44 meter. Rekod Negeri Sembilan ialah 42 meter. Beliau bakal menjadi perejam terbaik negara kerana rekod Malaysia bagi kelas 2 ketagori lelaki ialah 46 meter.Walaupun SDAR meraih kedudukan sebagai Naib Johan keseluruhan namun bagi kategori lelaki kelas 2 peserta SDAR kekas sebagai johan. Keseluruhan SDAR memungut 12 emas, 11 perak dan 8 gangsa dan memperbaikan dari jumlah pungutan pingat tahun lalu.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

TENIS - SDAR JOHAN BAWAH 15 TAHUN MSSST

Seremban - 31 Mac 2006, Pasukan Tenis perseorangan bawah 15 tahun dimanopoli oleh pasukan dari SDAR dengan meraih johan, naib johan dan ketiga di sini. Pasukan bawah 18 tahun pula hanya mampu meraih tempat ketiga selepas ditewaskan oleh pasukan tuan rumah. Kejohanan Tenis MSSST ini berlangsung selama dua hari di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban.Menurut Encik Pang Ah Man, Guru Penasihat Tenis SDAR berpuas hati dari segi mutu permainan dari pemain SDAR dan pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Pemain-pemain bawah 15 tahun akan mewakili daerah Seremban Timur ke peringkat negeri.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

BOLA KERANJANG- SDAR JUARA DI ARENA SENDIRI

Sungai Gadut - 31 Mac 2006 SDAR berjaya menjadi Johan pertandingan Bola Keranjang MSSST (Majlis Sukan Sekolah Sekolah Seremban Timur) yang berlangsung selama dua hari di sini bagi dua kategori iaitu kategori bawah 15 dan 18 tahun.Musuh tradisi iaitu SMK Rantau berjaya ditewaskan oleh pasukan SDAR di peringkat akhir bagi kedua-dua kategori. Pasukan bola keranjang SDAR bawah 18 tahun yang baru sahaja berjaya menjadi Johan Zon Selatan Kejohanan Bola Keranjang SBP baru-baru ini menang dengan jaringan 55-30 manakala bawah 15 tahun pula menewaskan sekolah yang sama dengan jaringan 20-12.Ketua pasukan bawah 18 tahun, Saudara Muhammad Adib bin Mohd Taha amat gembira kerana berjaya menewaskan pasukan kuat seperti dari SMK Rantau dan bertarung dengan pemain-pemain berbangsa Cina yang lebih berpengalaman dan bersaiz tinggi.Pasukan di bawah penyeliaan Guru Penasihatnya, Encik Nordin bin Ahmad sekali lagi telah mengharumkan nama SDAR di Daerah Seremban khususnya. Permainan bola keranjang di SDAR telah mula bersinar dan pasti akan menempa zaman kegemilangan seperti suatu masa dahulu di era tahun 70 an.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

BADMINTON - 3 DARI 4 EMAS YANG DIPERTANDINGKAN MILIK SDAR


Seremban- 30 Mac 2006, SDAR telah berjaya menyapu bersih 3 emas 3 perak dan satu gangsa dalam kejohanan badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Seremban Timur bagi katogeri lelaki. Kejohanan ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2006. Dalam kategori bawah 15 tahun, SDAR telah berjaya menjadi johan dan naib johan bagi acara perseorangan. SDAR juga telah menjadi johan dan naib johan bagi acara bergu. Bagi kategori bawah 18 tahun SDAR telah berjaya menjadi johan dan naib johan bagi acara bergu dan mendapat tempat ketiga dalam acara perseorangan.Ustaz Mahros bin Mahfot,Guru Penasihat pasukan badminton berkata, kejayaan ini adalah yang terbaik kerana pada tahun lepas SDAR berjaya satu emas dan satu perak sahaja.Lapan pemain badminton dari SDAR akan bertanding ke peringkat negeri pada bulan Mei ini.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

SDAR JOHAN BOLA KERANJANG SBP ZON SELATAN


SDAR menempa satu lagi kejayaan manis dalam bidang kokurikulum. Pasukan bola keranjang SDAR meraih JOHAN di selatan tanahair, di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing.Pasukan di bawah penyeliaan Cikgu Nordin Ahmad dan Cikgu Rozita telah berjaya membuktikan keunggulan dengan mengalahkan musuh senegeri iaitu Sekolah Sains Seremban dengan keputusan 41-40. Menang dengan kelebihan satu jaringan. Kesungguhan menjalankan latihan semasa cuti semester di SDAR tempohari amat berbaloi. Pasukan SDAR akan mewakili Zon Selatan ke pertandingan Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh sempena Majlis Hari Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada 29 Mei hingga 2 Jun 2006 ini. Ketua Kontinjen SDAR pada perlawanan Zon Selatan ialah Encik Norazam Haji Nayan yang merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SDAR. Syabas pasukan bola keranjang SDAR.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

SEJARAH 20 TAHUN DIPECAHKAN PASUKAN RAGBI NS

Pasukan Ragbi MSSM bawah 18 tahun Negeri Sembilan berjaya ditundukkan oleh pasukan Trengganu. Kekalahan pada perlawanan akhir ini melenyapkan impian Negeri Sembilan untuk bergelar juara biarpun peluang ini datang dalam tempoh 20 tahun. Kekalahan dalam masa tambahan ini sesungghnya memberikan gambaran awal bahawa pasukan Negeri Sembilan merupakan sebuah pasukan yang bakal digeruni pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada jurulath pasukan iaitu cikgu Bisshukri dan pemain-pemain serta pegawai-pegawai dari pasukan Negeri Sembilan kerana telah berjaya menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

WIND ORCHESTRA SDAR KE AKHIR-Sekolah Sultan Alam Shah Cabaran Utama

Pasukan Wind Orchestra SDAR telah layak ke peringkat akhir setelah memperolehi 5 tempat terbaik dalam petandingan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan di Sekolah Seri Putri yang berakhir semalam. Sebanyak 18 buah pasukan bertanding dalam pesta selama 4 hari itu. Pasukan Wind Orchestra SDAR akan bertanding pada peringkat akhir pada bulan Julai ini di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dilaporkan oleh Encik Norazam Haji Nayan ( PK Kokurikulum)

Wednesday, March 29, 2006

SEPINTAR Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Daerah Gombak





Rawang-28/3/2006

Peserta SBPI Rawang (SEPINTAR) Saudara Mohamad Helmi telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Daerah Gombak yang diadakan di SMK Ideal Height pada 28/3/2006. Mohamad Helmi telah berjaya mengalahkan 33 peserta dari sekolah-sekolah sekitar daerah Gombak. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pebimbing iaitu Puan Intan Suhaila, Encik Kamisan dan Puan Solehah Mustafa yang bertungkus lumus melatih peserta sehingga mencapai kejayaan. Semoga cemerlang lagi di masa hadapan.
Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum)

Monday, March 27, 2006

SEPINTAR Cemerlang Di Majlis Tadarus Al-Quran Dan Hari Kokurikulum P.Islam Zon Gombak Barat


Rawang-27/3/2006
Pasukan SEPINTAR (SBPI Rawang) ke Majlis Tadarus Al-Quran Zon Gombak Barat pada 21/3/2006 yang lepas telah berjaya merangkul beberapa kejuaraan dan kejayaan. Keputusan adalah seperti berikut : Acara Hafazan (perempuan) : Johan, Syarahan Bahasa Inggeris (Lelaki) : Johan, Syarahan Bahasa Melayu (perempuan) : Johan, Syarahan Bahasa Arab (Lelaki & Perempuan) : Johan. Acara lain : Tilawah Lelaki : Naib Johan, Tilawah Perempuan : Naib Johan, Hafazan Lelaki : Naib Johan, Khat Menengah Atas (Lelaki) : Naib Johan, Kompang Selawat : Naib Johan, Kuiz : Ketiga, Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki) : Ketiga. SEPINTAR juga berjaya mendapat Anugerah Lirik Nasyid Terbaik. Tahniah untuk semua!

Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal B. Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

SEPINTAR Lakar Sejarah di Batu Rakit


Rawang -27/3/2006
Peserta SEPINTAR (SBPI Rawang) ke Hari Kebudayaan Bahasa Arab di SBPI Batu Rakit pada 10-12/3/2006 lepas telah berjaya menggondol beberapa hadiah iaitu Tempat Kedua bagi acara Bercerita Bahasa Arab dan Johan Acara Kuiz (gabungan SBP Zon Tengah) yang dianggotai oleh SBPI Gombak, SBPI Rawang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Tahniah diucapkan kepada jurulatih Bahasa Arab Ustazah Habsah Syafei dan Ustaz Faradin di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan kepada peserta. Semoga berjaya lagi di masa hadapan.

Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurilum SEPINTAR)

Tahniah Untuk En. Norazam B. Abdullah

Rawang-27/3/2006
Seluruh warga SEPINTAR (SBPI Rawang) mengucapkan tahniah kepada En.Norazam B. Abdullah (Penolong Pengarah Bahagian Latihan & Kokurikulum SBP) kerana isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang keempat (perempuan). Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan membawa kerahmatan dan keberkatan dalam hidup mereka. Tahniah!
-PK Kokurikulum SEPINTAR

Peserta Karate-Do Sepintar Ke SUKMA

Rawang-27/3/2006
Dua orang peserta Karate-Do Sepintar iaitu Nurliyana Zulkifli dan Syafika Punari telah terpilih mewakili Negeri Selangor ke Sukan Malaysia ke 11 yang akan diadakan di Negeri Kedah pada 24 Mei hingga 4 Jun 2006. Jurulatih Karate-Do Selangor Cik Syamsuhana Bt. Mohamed Syam telah ditugaskan melatih mereka dan latihan intensif telah bermula sejak Bulan Februari. Semoga berjaya!
Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Friday, March 24, 2006

Welcome to HKSBP Southern Zone 2006

All 13 schools from the southern zone have safely arrived at SBP Integrasi Mersing after the registration process they were lead to flag raising ceremony. Later in the evening the managers and coaches were briefed by the technical committee, the PK Koku also had an informal meeting the players were briefed by the organising committee it was a smooth first day and we were grateful with the outcome. Today is a busy day for everyone especially the players, they are viaing for the top two spots for the girl's and the boy's category to qualify for the national level which will be held in SEMSAS, Kuantan. Welcome to all and good luck to the players. The event will be held on the 23rd March - 26th March 2006. The morning session of matches ended at 11 am and evening session will begin at 3 pm and later tonight everyone is expected to attend the official dinner at ILP Hall (Institut Latihan Perindustrian).

Reported by: Sohimi Hasnan (PK Kokurikulum)

Tuesday, March 21, 2006

STF UNGGULI OLAHRAGA MSSM JOHOR BAHRU 2006

Pada 6 - 10 Mac 2006, Kejohanan Olahraga MSSM/Johor/Johor Bahru 2006 telah diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Sebanyak 45 buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dan Sekolah Tun Fatimah telah menghantar seramai 58 orang atlet. Pada hari pertama kejohanan, Sekolah Tun Fatimah telah meraih satu pingat gangsa melalui SHAZANA SOHAIMEE dalam acara Melempar Cakera P15. Pada hari kedua, 2 pingat emas dan 4 pingat perak telah diperolehi dalam acara 200m P13 (FARAH SYAHIRAH NORAZMI) dan 200m P18 (SITI FARAH SAIFUL BAHARI). SITI FARAH SAIFUL BAHARI telah berjaya mencipta rekod baru dengan masa 28.68saat. Pingat-pingat perak pula diperolehi oleh NUR HANANI HAKIM (200m P15 dan lompat jauh P15), JUSHAZRINA SYAHIRAH RAMLI (melontar peluru P13) dan NUR ZARINA ISMAIL (400m lompat pagar P18).
1 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa menyinari kontinjen Sekolah Tun Fatimah pada hari ketiga kejohanan. SITI FARAH SAIFUL BAHARI mendapat pingat emas keduanya melalui acara lompat jauh P18 sementara pingat-pingat perak diperolehi oleh AIMI ATHIRAH SHAARI (lompat kijang P15) dan 3 acara relay (4 x 200m P14, 4 x 400m P14 dan 4 x 400m P16). NUR HIDAYAH MD. SALLEH berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 3000m Terbuka sementara AINUL AFIQAH JAMIL mendapat tempat keenam acara 10kmJalan Kaki Terbuka.
NUR RAWAIDA MD. YUSOF (lompat kijang P18) dan NUR ZARINA ISMAIL (100m lari berpagar P18) menyumbangkan 2 pingat emas pada hari keempat sementara 3 pingat perak disumbangkan oleh NORATIKA SAPTU (100m lari berpagar P13), NURUL ADIBAH MOKHTAR (400m P13) dan NUR FARHANAH FAUZI (400m P18). NUR AISYAH IZZATI ZULKEFLI (100m lari berpagar) menyumbangkan pingat gangsa sementara ERMI SYAFIQAH SAAT mendapat tempat kelima acara 5km Jalan Kaki.
Sekolah Tun Fatimah memenangi semua pingat emas acara 100m Perempuan hari terakhir kejohanan apabila FARAH SYAHIRAH NORAZMI (100m P13), NUR HANANI HAKIM (100m P15) dan SITI FARAH SAIFUL BAHARI (100m P18)memenangi acara masing-masing. ANIS NADHIRAH RAZIZAD pula memenangi pingat perak acara 3km Jalan Kaki sementara kuartet 4 x 100m P14 dan P16 meraih pingat gangsa. SITI ZUBAIDAH AZIZ dan SHARKINA NABILA SAMSUDIN pula meraih tempat ke-3 dan ke-4 acara pentatlon.
Kesimpulannya, Sekolah Tun Fatimah telah meraih 29 pingat iaitu 8 pingat emas, 12 pingat perak dan 6 pingat gangsa dan pungutan pingat ini telah meletakkan Sekolah Tun Fatimah di tangga kedua keseluruhan kategori perempuan. SITI FARAH SAIFUL BAHARI pula telah dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK P18.

TAHNIAH!!!!!!!!!!!

Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2 Bawah 18 Tahun

Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2 bawah 18 tahun akan diadakan pada 21 mac - 28mac 06 di bawah kelolaan SBPI Gopeng bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh. Sebanyak lapan pasukan daerah kinta 2 mengambil bahagian. Inilah kali pertama SBPI Gopeng diberi kepercayaan untuk mengelola Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2. SBPI Gopeng turut menghantar 2 pasukan untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Di laporkan oleh:
PK KO KU
SBPI Gopeng

Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2 Bawah 18 Tahun

Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2 bawah 18 tahun akan diadakan pada 21 mac - 28mac 06 di bawah kelolaan SBPI Gopeng bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh. Sebanyak lapan pasukan daerah kinta 2 mengambil bahagian. Inilah kali pertama SBPI Gopeng diberi kepercayaan untuk mengelola Kejohanan Hoki Daerah Kinta 2. SBPI Gopeng turut menghantar 2 pasukan untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Di laporkan oleh:
PK KO KU
SBPI Gopeng

Monday, March 20, 2006

STF LAYAK KE PERTANDINGAN AKHIR 'WIND ORCHESTRA' SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2006

Pertandingan 'Wind Orchestra' Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia Kali ke-8 pusingan awal telah diadakan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 10 -14 Mac 2006 yang lepas. Sebanyak 18 buah SBP dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini. Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru telah menghantar seramai 50 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring menyertai pertandingan yang amat berprestij ini. Selepas berhempas pulas dan debaran demi debaran, alhamdulillah pasukan orkestra Sekolah Tun Fatimah bersama-sama dengan Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Dato' Abdul Razak telah layak ke pertandingan akhir 'Wind Orchestra' Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 19 Julai 2006 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME).

Dilaporkan oleh
MOHD. AZMAN BIN AWANG
Penolong Kanan (Kokurikulum)
Sekolah Tun Fatimah

HKSBP ZON SQL


SM Sains Lahad Datu telah menyertai Kejohanan Bola Keranjang HKSBp Zon SQL pada 4-7 Mac 2006 bertempat di SM Sains Miri. Pada tahun ini pasukan Lelaki SMSLD telah muncul johan manakala pasukan perempuan mendapat tempat ke-3. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh SM Sains Sabah. Terima kasih diucapkan kepada warga SM Sains Sabah yang telah memberikan tempat penginapan kepada kontinjen kami pada 1 Mac dan 7 Mac 2006. Tahniah juga kepada tuan rumah SM Sains Miri diatas penganjuran yang cemerlang dan atas bantuan menguruskan lawatan kontinjen kami ke Gua Niah.

Dilaporkan oleh,
Khairudin Bin Mansor
Bekas PKKK SMSLD
(Untuk makluman rakan-rakan, saya kini telah bertukar ke SMESH sejak 1 Mac 2006)

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMESH 2006


SMESH telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 21 bermula dari 17 Feb hingga 18 Feb 2006. Kemuncak kejohanan diadakan pada 18 Feb 2006 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh Pn. Hjh Rossminah Binti Yamin, Pengetua SM Sains Sabah. Johan keseluruhan pada tahun ini telah disandang oleh Rumah Mercury dan diikuti oleh rumah Saturn, Neptune, Jupiter dan Venus.

Dilaporkan oleh,
Madsarin Bin Rahim
PKKK SMESH

Friday, March 17, 2006

MESYUARAT JK INDUK NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SBP ke 27

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol Batu Kikit telah terpilih sebagai tuan rumah Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Kali ke 27 yang akan diadakan pada 21 hingga 20 ogos 2006. Sehubungan dengan itu satu mesyyuarat JK Induk telah diadakan di bilik mesyuarat SBPI Jempol pada 3 Mac 2006. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Dangiran Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JAPIM itu telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Turut dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan HJ Ali Dahlan, Pemangku Pengarah Bahagian Dakwah & Kepimpinan JAPIM, Hj Ahmad Zulfakor, Penolong Bahagian Dakwah & Kepimpinan JAPIM, Tn Hj Nor Azam Abdullah, Sektor SBP, Pengetua-pengetua serta wakil yang telah dilantik sebagai ahli jawatan kuasa induk.

Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan laporan penuh Nadwah kali ke 26 oleh GPK HEM SBPI Rawang, Pembentangan Kertas Kerja Nadwah kali ke 27 dan pembentangan Penyata Kewangan oleh Pengetua SBPI Jempol, Pn Hjh Rashidah Md Arif. Tema Nadwah pada kali ini yang telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat ialah " Islam Hadhari Menjana Kepemimpinan Bestari". Mesyuarat juga turut membincangkan tentang pengisian program Nadwah sepanjang 4 hari tersebut, penceramah-penceramah yang akan dijemput untuk mengisi slot-slot yang tertentu serta pengisian program riadah dan kembara.

Tahun ini merupakan cabaran kepada SBPI Jempol selaku tuan rumah kerana tahun ini merupakan tahun pertama di mana satu modul khas akan sediakan dan diberikan kepada para peserta nadwah sebagai alat menilai kebekersanan program dan sejauh mana para peserta dapat mempraktikkan ilmu kepimpinan yang diterima sepanjang berkursus di sekolah masing-masing.

Kepada warga SBPI Jempol, selamat berusaha dengan gigih semoga Nadwah kali ke 27 ini dapat dijalankan dengan penuh gilang gemilang serta dapat mencapai hasrat yang diharapkan.

Dilaporkan oleh : Pn Siti Nor Bt Musa, GPK Kokurikulum SBPI Jempol.

Wednesday, March 15, 2006

HKSBP Southern Zone 2006


SBPIM: This is our brand new basketball court. It is ready for the biggie - the HKSBP Southern Zone 2006 basketball tournament which is expected to be held on the 23rd - 26th March 2006. Preparatons are busy underway and we hoped it will be a successful event. On behalf of the SBPIM community l would like to express my heartfelt gratitude to Sektor SBP for granting us the necessary fund to build this basketball court. THANK YOU!

Reported by: Sohimi Hasnan (PK Koku SBPIM)

Tuesday, March 14, 2006

Kejohanan Larian 7K dan 5K SESTER kali ke-4

Larian merentas desa atau Larian 7K dan 5K telah diadakan pada 16 Februari 2006 (Khamis). Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 7 kilometer bagi pelajar lelaki dan 5 kilometer bagi pelajar perempuan.

Latihan intensif telah diadakan 2 minggu sebelum kejohanan berlangsung. Acara larian telah diadakan pada jam 8.30 pagi. Larian telah dimulai oleh pelajar perempuan diikuti oleh pelajar lelaki selepas 10 minit kemudian. Acara larian telah dilepaskan oleh PK Akademik, Tn. Haji Jamil bin Sakmin.

Larian telah mengambil masa 36 minit 31 saat yang telah dicatatkan oleh pelajar lelaki iaitu Mohd Ezhar Nordin dari rumah Gamma yang pertama tiba di garisan penamat. Manakala peserta perempuan yang pertama tiba di garisan penamat ialah Nurul Syazwana Sulong dari rumah Alpha dengan catatan masa 39 minit 29 saat.

Juara keseluruhan ialah rumah Alpha diikuti Gamma, Beta dan Sigma.

Dilaporkan oleh PK Kokurikulum SESTER

Saturday, March 11, 2006

Blog : 27 SBP Sempurnakan Misi


Putrajaya, 10 Mac: Hari ini adalah tarikh akhir untuk para PK Kokurikulum SBP memuatkan bahan dalam blog ini. Daripada 54 buah SBP, sebanyak 27 SBP berjaya menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Daripada 27 buah SBP tersebut, 8 buah SBP telah memuatkan berita bergambar, manakala sebuah SBP telah mengambil inisiatif yang lebih mantap; membina blog sendiri!

Berikut disenaraikan SBP berkenaan:

  1. SBPI Pekan (bergambar)
  2. SMS Machang (bergambar)
  3. SMS Kuching (bergambar) - berita mesyuarat PK Koku Lumut
  4. SBPI Rawang (bergambar)
  5. TKC (bergambar)
  6. KUSESS (bergambar)
  7. SEMESTI (bergambar)
  8. SMS Alam Shah (bergambar)
  9. SBPI Mersing - berjaya membina blog sendiri! www.sbpim-koku.blogspot.com
  10. SBPI Temerloh
  11. SMAP Labu
  12. SBPI Sabak Bernam
  13. SMS Johor
  14. SAMURA
  15. SMAP Kajang
  16. SMS Sultan Muhammad Jiwa
  17. SEMASHUR
  18. SBPI Gopeng
  19. STJ
  20. SMSAH
  21. SMS Labu
  22. SMSTSP
  23. SHAH Pekan
  24. SBPI Kubang Pasu
  25. SDAR
  26. SMS Pasir Puteh
  27. SASER


Tahniah kepada semua PK Kokurikulum SBP-SBP di atas. Semoga terus memuatkan bahan. Untuk muat-naik yang akan datang, diharapkan lebih banyak lagi berita bergambar kerana ianya pasti lebih menarik.

SBP yang belum memuatkan berita dalam blog, dialu-alukan untuk menghubungi saya sekiranya menghadapi apa-apa masalah.

Sila war-warkan kepada semua masyarakat, ibu bapa, pelajar, guru, PPD dan lain-lain tentang blog kita (www.sbp-koku.blogspot.com). Ini adalah promosi yang amat baik untuk menaikkan nama SBP masing-masing.

Tahniah sekali lagi!

Hj Nor Azam Abdullah - Sektor SBP

012-3823066

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA SBPI TEMERLOH KALI KE-5 TAHUN 2006


SBPI Temerloh telah mengadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga bermula dari 8 Mac hingga 10 Mac 2006. Hari Rabu jam 4.00 petang, acara Sukantara dan acara akhir 800 meter terbuka lelaki dan perempuan dijalankan.
Pada hari Khamis bermula jam 7.30 pagi acara Sukantara bagi 400M, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi telah dijalankan dengan tujuan untuk memungut mata bagi semua rumah. Di sebelah petangnya dijalankan acara raptai perbarisan.
Kemuncak Kejohanan Sukan dan Olahraga diadakan pada 10 Mac 2006 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Kejohanan Sukan dan OIahraga SBPI Temerloh kali ke-5 telah dirasmikan oleh En. Mohamed Kamal Bin Omar, Penghulu Mukim Kerdau Temerloh.
Dilaporkan oleh Razali Bin Ahmad

Friday, March 10, 2006

Nasyid SMAP Labu Johan Lagi

Seremban-10 Mac 2006
Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan Festival Nasyid Peringkat Negeri Sembilan 2006 pada 4 dan 5 Mac 2006. Sebanyak 16 pasukan dari sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan telah mengambil bahagian.Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sembilan 2006 kategori Sekolah Menengah.Tahniah kepada pasukan Nasyid SMAP Labu serta guru-guru penasihat yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan SMAP Labu johan nasyid lagi pada tahun ini. Selain pertandingan Naysid diadakan juga pertandingan tulisan khat dimana wakil SMAP Labu hanya berjaya mendapat hadiah saguhati.

Semoga pasukan Nasyid SMAP Labu terus cemerlang.

Dilaporkan oleh : Sharizan bt Sheikh Osman
PK Kokurikulum SMAP Labu

Rombongan SEPINTAR Ke SBPI Batu Rakit


Rawang 10/3/2006
SBPI Rawang (SEPINTAR) telah menghantar rombongan ke SBPI Batu Rakit, Terengganu untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Arab yang akan berlangsung pada 11 hingga 12/3/2006. Rombongan yang diketuai oleh Ustazah Habsah Bt. Syafei telah bertolak dari SBPI Rawang pada jam 10.00 pagi bersama 6 orang pelajar dan seorang guru pengiring iaitu Ustaz Faradin. SBPI Rawang telah ditugaskan untuk membuat pameran tentang peluang melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab. Disamping itu pasukan SEPINTAR juga akan menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang program. Didoakan semoga program tersebut berjalan dengan lancar dan SEPINTAR berjaya memenangi hadiah dalam acara yang disertai.
Dilaporkan oleh : MUSTAFA KAMAL BIN JAMALUDDIN (PK KOKURIKULUM SEPINTAR)

INTERSABER BERAKSI DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2006

INTERSABER telah menghantar seramai 22 orang etlit olahraga ke Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2006 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negeri Sabak Bernam pada 6 hingga 9 Mac 2006. Dalam kejohanan tersebut INTERSABER telah berjaya memperolehi 5 pingat emas 7 perak dan 1 gangsa. Seorang atlet L3 telah berjaya mencipta rekod baru kejohanan dalam acara Lompat Kijang dan dianugerahkan Olahragawan Lelaki Kelas 3. Tahniah diucapkan kepada jurulatih pasukan olahraga INTERSABER dan para etlit yang telah berjaya mengharumkan nama INTERSABER dalam kejohanan tersebut.

Dilaporkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
Pk. Kokurikulum SBPI SB

INTERSABER TUAN RUMAH KEJ. OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2006

INTERSABER telah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2006 yang bermula pada 6 hingga 9 Mac 2006 bertempat di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negeri Sabak Bernam. Perasmian penutup Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam telah dilakukan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dato' Hj. Raja Ideris b. Raja Ahmad. INTERSABER telah mendapat pujian dari pelbagai pihak terutamanya dari Dato' Raja Ideris b. Raja Ahmad kerana telah berjaya melaksanakan temasya Kejohanan Olahraga tersebut dengan jayanya.
Tahniah dan terima kasih pihak pengurusan sekolah kepada guru-guru SBPI SB dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam melaksanakan kejohanan tersebut.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Laporan disediakan oleh: Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

Thursday, March 09, 2006

Mesyuarat PK Kokurikulum 1/2006

Lumut, Perak, 22 - 24 Februari 2006
Mesyuarat PK Ko Kurikulum SBP 1/2006 telah diadakan pada 22 - 24 Februari 2006. Mesyuarat dihadiri oleh 54 PK Kokurikulum SBP seluruh Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan adalah Pembentangan minit mesyuarat PK Kokurikulum Bil 1/2005 oleh En Fatullah Mohd Yusof, Fail Meja Ko Kurikulum oleh Pn Zubidah Yunus, Program Pengantarabangsaan SBP oleh En Hashim Osman, Blog Sebagai Medium Pelaporan oleh En Nor Azam Abdullah dan Program Pembangunan Sukan RMK 9 di SBP oleh En Razmi Mat Husin.
Majlis penutupan pada 24 Februari 2006 telah dihadiri oleh Encik Abd Ghafar bin Mahmud, KPP Sektor SBP, Bahagian Sekolah , Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lapan pemain ragbi SMSJ Kluang wakil Johor

Kluang- 9 Mac 2006

Lapan orang pemain ragbi SMSJ Kluang yang berumur 16 tahun telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke MSSM di Pulau Pinang. Ini adalah hasil kejayaan sekolah dalam menjuarai peringkat daerah dan mendapat tempat ke-3 peringkat negeri tempoh hari.

Dilaporkan oleh:
Hamizer Mohd Sukor
PKK SMSJ Kluang

KEJOHANAN MERENTAS DESA,KEJ OLAHRAGA TAHUNAN SEK DAN MSSD 2006-SMACH KEKALKAN KEGEMILANGAN.



KAMPUS SMACH- Tanggal 2 Februari 06 semua putera dan puteri SMACH telah berjaya mengharungi laluan yang sukar melalui sebuah ladang kelapa sawit untuk turut serta dalam Kejohanan Merentas Desa Sekolah. Larian putera adalah sejauh 8.5 kilometer manakala puteri melalui laluan sejauh 5 kilometer.Semua peserta berjaya sampai ke garisan penamat di padang sekolah tanpa sebarang masalah mahupun kecederaan.
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 06 - Khamis bersamaan 23 Feb 06 ,Warga SMACH telah mengadakan kejohanan olahraga tahunan dengan penuh gemilang.Pada 21 dan 22 Feb acara-acara saringan telah diadakan bermula dari 3.15 ptg.Banyak rekod kejohanan telah dipecahkan.Sempena kejohanan itu juga acara tradisi diteruskan iaitu pertandingan Dorm Cantik di asrama diadakan.Walaupun dalam keadaan suasana bersukan para pelajar masih mengekalkan kebersihan di dorm malah setiap dorm kelihatan begitu ceria sekali.
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD - SMACH telah ikutserta dalam kejohanan olahraga MSSD Pasir Puteh Machang pada 5 hingga 7 Mac yang lepas.Pencapaian SMACH adalah diluar jangkaan di mana SMACH telah dapat membawa pulang 12 pingat Emas,12 Perak dan 8 Gangsa dan menempat SMACH di tempat ke 3 keseluruhan.Olahragawan MSSD juga dirangkul oleh SMACH , iaitu Vitchai a/l Eh Nam yang mendapat 2 emas dan 2 perak. Terbaik lelaki 18 tahun,terbaik lelaki 15 tahun sekaligus menempatkan SMACH menjuarai Kategori 15 tahun lelaki. Dalam acara perbarisan kontinjen SMACH mendapat tempat kedua dari 31 kontinjen.
15 orang pelajar terpilih mewakili MSSD .
Semoga kegemilangan SMACH akan diteruskan.

Dilaporkan oleh:PK KO SMACH

SEPINTAR Beraksi Di MSSD Gombak


Rawang : 8/3/2006
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Daerah Gombak telah berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2006 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, SBPI Rawang (SEPINTAR) tidak ketinggalan menghantar penyertaan athlete untuk bertanding dalam acara balapan yang melibatkan peserta lelaki kelas 1 & 2 serta peserta perempuan kelas 1 &2. Tahniah diucapkan bagi pelari SEPINTAR -Mohd Khusairi yang telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 100m lelaki kelas 1 manakala Abul Hazwan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 400m lelaki kelas 2. Terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada Guru-Guru yang telah bertugas selama 3 hari di stadium demikian juga semua para pelajar SEPINTAR, Jazakallah.

Dilaporkan oleh : MUSTAFA KAMAL BIN JAMALUDDIN (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Ragbi MSSM Muar 2006: SAMURA kekal Juara

Kejohanan Ragbi MSSM Muar telah diadakan pada 8-10 Februari 2006. 6 buah sekolah telah menyertainya dan SAMURA telah berjaya menjadi juara dengan mengalahkan Pasukan MRSM. Tahniah kepada semua pemain, pengurus pasukan dan jurulatih kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut. 10 orang pemain SAMURA telah terpilih mewakili Muar ke MSSM MSSJ di Segamat pada 24-26 Februari 2006. Seorang pelajar SAMURA iaitu Zulfaiq Fikri bin Mohd Karib telah terpilih mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Ragbi MSSM pada pertengahan MAC 2006.

PKK SM Sains Muar

Wednesday, March 08, 2006

PERTANDINGAN KUIZ ASEAN

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bahasa Inggeris kerana telah berjaya menjadi Johan Kuiz ASEAN ( B. Inggeris ) peringkat daerah yang diadakan pada 8 Mac 2006. Pasukan Kuiz yang terdiri dari empat orang peserta telah mengalahkan Pasukan SMKA Simpang Lima dan akan mewakili daerah Sabak Bernam ke pertandingan Kuiz ASEAN peringkat Negeri Selangor.
Semuga pasukan Kuiz ASEAN SBPI SB akan berjaya diperingkat negeri Selangor.

Dilaporkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Seramai 15 orang ahli KRS SBPI Sabak Bernam telah terpilih mewakili daerah Sabak Bernam ke Perkhemahan KRS Peringkat Negeri Selangor yang didakan di Pusat Kokurikulum Negeri, Kem Tekali, Hulu Langat pada 27-02 Mac 2006. Di atas komitmen dan kesungguhan peserta dari SBPI SB semasa perkhemahan tersebut, seramai 3 orang ahli KRS dari SBPI SB telah terpilih mewakili Selangor ke Perkhemahan KRS Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Perlis Indera Kayangan ada bulan April depan. Tahniah diucapkan.

Dilaporkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

KYUEM INVITATIONAL RUGBY TOURNAMENT 2006

Tahniah diucapkan kepada Kelab Ragbi SBPI SB bawah 15 tahun, kerana telah berjaya menjadi Juara Plate dalam Kyuem Invitational Rugby Tournament 2006 yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 4 dan 5 Mac 2006. Dalam pertandingan peringkat plate tersebut, pasukan SBPI SB telah berjaya mengalahkan pasukan Sek. Men. Teknik Gombak dengan mata 20-0.
Semuga dengan pendedahan tersebut, pasukan ragbi SBPI SB akan lebih mantap bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Sepuluh Sepasukan SBP ke-7 nanti.

Dilaporkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

KEJOHANAN OLAHRAGA SMAP KAJANG 2006

Kejohanan Olahraga SMAP Kajang telah diadakan pada 4 Mac 2006 bertempat di padang SMAP Kajang. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMAP Kajang, Dato' Nasrudin b. Hj. Ali. Kejohanan tersebut selain menjadi acara tahunan SMAP Kajang, ia adalah sebagai pemilihan atlet SMAP Kajang ke Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat yang akan diadakan pada akhir bulam Mac nanti.
Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya dan atlet yang akan mewakili SMAP Kajang ke Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat.

Dilaporkan oleh : Nor Izan bin Khalid
PK Kokurikulum SMAP Kajang

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SABAK BERNAM 2006

Tahniah kepada pasukan bola tampar bawah 18 tahun (P) SBPI SB kerana telah menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Tampar MSSD tahun 2006.Seramai 6 orang pemain SBPI SB telah terpilih mewakili MSSD Daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Bola Tamar MSS Selangor yang telah diadakan di Daerah Kelang. Dalam kejohanan tersebut pasukan MSSD Sabak Bernam telah menjadi Naib Johan dan seorang pemain bola tampar SBPI SB iaitu Nurul Alyaa bt. Shamsul Arifin terpilih mewakili MSS Selangor ke Kejohanan Bola Tampar MSSM di Johor Baharu pada cuti semester nanti. Tahniah diucapkan.

'KOKURIKULUM CEMERLANG SBPI SB GEMILANG'

Dilaporkan oleh: Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

SBPI SB JOHAN SOFBALL MSSD SABAK BERNAM BAWAH 15TH( P )

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain sofball SBPI SB kerana telah menjadi Johan Sofball bawah 15 th ( P ) MSSD Sabak Bernam tahun 2006. Dalam pertandingan akhir, SBPI SB telah mengalahkan SMK Yoke Kuan dengan 12 larian berbalas 6.
Seramai 15 orang pemain sofball SBPI SB telah terpilih mewakili MSSD Sabak Bernam ke Kejohanan Sofball MSS Selangor yang telah diadakan pada 22-24 Februari 2006 di daerah Kelang. Pasukan daerah yang diwakili oleh SBPI SB telah muncul sebagai Naib Juara Kejohanan Sofball MSS Selangor dan seramai 7 orang pemain sofball SBPI SB telah terpilih mewakili MSS Selangor ke Kejohanan Sofball MSSM yang akan diadakan di Kuantan Pahang pada cuti semester nanti.
Tahniah kepada pemain sofball SBPI SB yang telah menaikkan nama SBPI SB dalam sukan sofball.

'KOKURIKULUM CEMERLANG SBPI GEMILANG'

Dilaporkan oleh: Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

KEJOHANAN OLAHRAGA SBPI SB KALI KE-4 2006

Kejohanan Olahraga SBPI SB kali ke-4 telah diadakan pada 25 Februari 2006 bertempat di padang SBPI SB. Kejohanan kali ini telah diungguli oleh Rumah Kripton, tempat kedua Rumah Helium, Ketiga Rumah Radon dan keempat Rumah Xenon.
Kejohanan tersebut diserikan oleh persembahan pasukan silat SBPI SB dengan diiringi oleh pemuzik dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra Sabak bernam. Perasmian penutup Kejohanan Olahraga SBPI SB telah disempurnakan oleh wakil ADUN Sungai Air Tawar, Tuan Hj. Ismail b. Arshad.

Dilaoprkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

KEJOHANAN MERENTAS DESA SBPI SB 2006

Kejohanan Merentas Desa SBPI SB 2006 telah diadakan pada 27 Januari 2006. Juara tahun ini ialah Rumah Radon diikuti oleh Rumah Xenon, Helium dan Kripton. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan SBPI SB Ustaz Jaafar bin Rajuli.
Unit Sukan SBPI SB telah menghantar seramai 12 orang pelajar ke Kejohanan Merentas Desa MSSD pada 10 Februari 2006 bertempat di SMK Tunku Abdul Rahman Putra. SBPI menjadi Johan individu dan kumpulan bagi peringkat umur 15 tahun lelaki dan Naib Johan peringkat umur 15 tahun perempuan.
Tiga orang pelari SBPI SB telah terpilih mewakili MSSD Sabak Bernam ke kejohanan Merentas desa MSS Selangor yang diadakan di Daerah Sepang. Tahniah diucapkan kepada atlet tersebut.

Dilaporkan oleh : Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Koku SBPI SB

INTERSABER JOHAN RAGBI MSSD SABAK BERNAM

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain ragbi bawah 18 tahun SBPI SB kerana telah menjadi johan Pertandingan Ragbi MSSD Sabak Bernam buat kali pertama setelah dua kali menjadi naib juara. Pertandingan akhir yang diadakan di padang SMK Bagan Terap telah menemukan pasukan SBPI SB dengan pasukan tuan rumah SMK Bagan Terap. SBPI SB menang dengan 12-6.
Seramai 15 orang pemain SBPI SB telah terpilih mewakili pasukan ragbi MSSD Sabak Bernam ke Kejohanan Ragbi MSS Selangor yang diadakan di daerah Kelang pada 20-24 Februari. Walaupun gagal mendapat sebarang kejayaan namun pengalaman yang diperolehi sangat berguna untuk membina pasukan yang lebih kuat pada tahun hadapan.
Tahniah kepada pemain SBPI SB Akimul Hakim b. Mohamad Habib telah telah terpilih mewakili MSS Selangor Ke Kejohanan Ragbi MSSM yang akan diadakan Pulau Pinang pada cuti nanti.

Kokurikulum Cemerlang SBPI SB Gemilang

Dilaporkan oleh: Hj. Ku Ahmad bin Ku Ibrahim
PK Kokurikulum SBPI SB

Ragbi SMS Sultan Md Jiwa Menang Berganda

Pertandingan Ragbi MSSM (D) peringkat Daerah Kuala Muda/ YAn telah berlangsung pada 9 Februari 2006 dan SMSSMJ menjadi tuan rumah.
Bagi kategori B 15 tahun, 6 pasukan mengambil bahagian dan alhamdullillah SMSSMJ muncul juara. Tuan rumah menang selesa semua lima permainan.
Bagi kategori B 18 tahun pula, sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian dan SMSSMJ juga telah muncul sebagai juara mengalahkan johan tahun lepas SMK Guar Cempedak. Walaupun siaz memihak kepada pasukan lawan yang bertubuh lebih tegap dan sasa, tengok betis dan misai saja macam tak percaya depa form 5, tapi strategi yang baik yang disusun oleh guru ragbi En Ahmad Shahbudin telah membuahkan hasil. Tahniah.Kepada pasukan SBP yang lain yang akan bertanding dalam Ragbi SBP 10 tak lama lagi terutama pasukan jagoan seperti SMSAH, SMSS, ALAM SHAH, MCKK dan lain-lain, awas tahun ini kerana kami mampu membuat kejutan menewaskan mereka semua. EHEM-EHEM.

Ahmad Rushdi P3K SMSSMJ melaporkan.

RIMUP - Sukan & Permainan 2006

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bagi Kelompok SM Sains Muar dengan SMK Parit Bunga, Muar telah diadakan pada 25 Februari 2006. Aktiviti Sukan dan Permainan telah diadakan dan 4 jenis sukan permainan telah dijalankan;
i. Bola Sepak
ii. Bola Keranjang
iii. Bola Tampar
iv. Bola Jaring
Johan keseluruhan pertandingan ialah SMK Parit Bunga. Piala Pusingan telah disumbangkan oleh Tn Hj Muhammad Rashid bin Hj Sainal, Pengurus Pembinaan, Petronas Carigali Sdn Bhd. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Sainal bin Amin.

Tenpin Boling MSSM MUAR

Pertandingan Tenpin Boling MSSM Muar 2006, telah diadakan di Perfect Bowl, Jalan Bakri Muar, pada 7 Februari 2006. Dalam Kejohanan ini, Emma Nazlin bt Daman Huri, dari SM Sains Muar telah berjaya menjadi johan individu bahagian perempuan dan Muhammad Khairul Anuar bin Salim, mendapat tempat ke 8. Emma Nazlin telah mewakili MSSM Muar ke MSSM Johor pada 24-25 Februari dan mendapat tempat ke 8. Tahniah diucapkan.

PKK SAMURA.

Tuesday, March 07, 2006

SEMASHUR JUARA KEJOHANAN RAGBI MSSD HULU SELANGOR 2006

MONDAY , MARCH 06 , 2006 .

Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor Bawah 18 Tahun telah diadakan pada 9 Februari 2006 bertempat di SMK. Kuala Kubu Bharu . Kejohanan yang disertai oleh sebanyak 4 buah pasukan sekitar daerah Hulu Selangor iaitu SM. Sains Hulu Selangor , SMK. Syed Mansor , SMK. Kuala Kubu Bharu dan MRSM Kuala Kubu Bharu telah dilangsungkan secara Liga Satu Kumpulan . Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan . Pasukan SEMASHUR yang sememangnya menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan ini telah memulakan kempen dengan menentang pasukan SMK. Syed Mansor dengan kemenangan 30 - 0 . Pada Perlawanan kedua menentang satu lagi pasukan pilihan iaitu SMK. Kuala Kubu Bharu pasukan SEMASHUR telah menang 30 - 0 . Pada perlawanan terakhir pasukan SEMASHUR menewaskan pasukan MRSM Kuala Kubu Bharu dengan kemenangan besar 55 - 0 . Dengan kemenangan ketiga-tiga perlawanan ini SEMASHUR telah sekali lagi menjadi JOHAN Kejohanan Ragbi MSSD Hulu Selangor 2006 , Bawah 18 Tahun buat kali keempat berturut - turut semanjak tahun 2003 . Seramai 18 orang pemain telah terpilih mewakili Pasukan MSSD Hulu Selangor ke Kejohanan Ragbi MSS Selangor yang akan diadakan pada 20 -24 Februari 2006 di MSSD Klang . Tahniah dan terima kasih buat semua pemain ragbi SEMASHUR , En. Ahmad Kadir , En. Ruhaifi Abu Bakar dan En.Md Baharudin .

Sukan Cemerlang SEMASHUR Terbilang . Majulah sukan untuk SEMASHUR .

Dilaporkan oleh : MD BAHARUDIN BIN MAHANI ,PK KOKURIKULUM SM. SAINS HULU SELANGOR

Program Memasak Bubur Asyura SBPI Pekan, 2006




Pekan, 25 Feb – Pada jam 8.00 malam bertempat di Kafeteria Makmur, ahli jawatankuasa program telah mula menyediakan bahan-bahan untuk mamasak bubur asyura.

Kemudian bermula dari jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan rumah Pengetua, pelajar-pelajar mula menyediakan tempat, kawah-kawah dan juga bahan-bahan untuk memasak bubur asyura. Pelajar aspura mula menghidupkan api dan meletakkan empat kawah mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar aspuri pula, mengasingkan bahan-bahan yang telah disediakan pada malam sebelumnya.

Setelah bahan-bahan dimasukkan, para pelajar mula mengacau bubur dan mereka melakukannya secara bergilir-gilir. “Saya berasa bangga kerana ini merupakan kali pertama sambutan bubur asyura diadakan. Objektif untuk melihat kesungguhan student hampir tercapai”begitulah komen tuan pengetua

Sekitar jam 2.00 petang, bubur asyura pun siap dimasak. Bubur kemudiannya diagihkan kepada guru-guru, staf-staf sokongan serta para pelajar di dalam tupperware.

Dilaporkan oleh Tuan Haji Saadon@Saadan bin Yaakob, GPK Kokurikulum SBPI Pekan.

Temasya Sukan Tahunan Ke-3 SBPI Gopeng 2006

Gopeng-7 Mac
Sukan tahunan kali ke 3 telah diadakan pada 25 Februari yang dirasmikan oleh Pengarah Biro Tatanegara Negeri Perak. Sukan dapat mencungkil bakat pelajar bagi mewakili sekolah dalam acara sukan daerah yang berlangsung pada 6-9 Mac 2006 bertempat di Stadium Perak.
Semoga SBPI Gopeng dapat memberi saingan kepada sekolah projek sukan

Catatan oleh Pk Ko KU SBPI Gopeng

Monday, March 06, 2006

KEJOHANAN MERENTAS DESA STJ/ MSSMDKP 2006

Kuala Pilah, 6.3.06

Kejohanan Merentas Desa STJ kali ke 27 telah diadakan pada 21 Januari 2006. Acara tahunan ini telah dimenangi oleh Rumah Raja Melewar (Merah). Puan Pengetua STJ yang baru, Puan Hajah Noorizan Abdul Latif telah melepaskan semua pelajar untuk larian mereka. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Alias Abdul Ghani.
Di kejohanan peringkat daerah yang dijalankan pada 7 Februari jam 2.30petang di Padang Awam Sri Menanti, pasukan STJ hanya berjaya menduduki tempat ketiga bagi pasukan P15 dan L18. Saudari Nor Faizzah Baharin yang mendapat tempat ketiga acara individu P15 telah dipilih mewakili daerah Kuala Pilah di Kejohanan Merentas Desa MSSMNS pada 21 Februari di SMK Bukit Rokan.

Dilaporkan oleh,

Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

KEJOHANAN BOLING MSSMNS 2006

Kuala Pilah, 6.3.06

Pasukan Boling Ten Pin STJ telah menyertai Kejohanan Boling Ten Pin MSSMNS pada 14 dan 15 Februari yang lalu di Ampang Bowl, Seremban. Walaupun pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2004, pasukan lelaki bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat ke tiga acara 'trio' (tiga sepasukan) dan keempat bagi acara empat sepasukan.
Pasukan bawah 15 tahun ini dianggotai oleh Meor Razzin Rizal Meor Faisal (kapten), Ariff Hanafi Omar, Muhammad Faiz Johari dan Muhd Shuhaib. Pemain-pemain ini berlatih di Ampang Bowl, dua kali sebulan. Mereka diurus oleh En. Abdul Karim Ibrahim.
Salah seorang pemain boling STJ juga merupakan pelatih/atlit MSN.

Dilaporkan oleh,

Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

MERENTAS DESA SEMESTI KALI KE 4 2006


SEMESTI,Teluk Intan.3Mac 2006
Kejohanan Merentas Desa Kali IV 2006 telah dilaksanakan pada 26 Januari 2006.Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai larian tersebut yang bermula pada lapan pagi.Jarak larian bagi lelaki Kelas Satu adalah lapan kilometer manakala jarak bagi kategori-kategori lain adalah 6 kilometer.Laluan larian yang merentasi Ladang Jenderata memberi peluang kepada para peserta menikmati keindahan alam sekitar serta dapat melihat pengurusan moden ladang kelapa sawit.Rumah Omega berjaya muncul sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Warga SEMESTI mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM Hutan Melintang dan Pengurus Ladang Jenderata atas segala kerjsama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan kejohanan kali ini.
Dilaporkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En V. Rajendra

KEM JATI DIRI KALI KE3 SEMESTI-TLDM 2006


Pangkalan TLDM,Lumut 6 Mac 2006.
Pada 20 hingga 24 Febuari 2006 seramai 142 orang pelajar tingkatan empat telah menyertai Kem Jati Diri di Pangkalan TLDM,Lumut selama lima hari.Kem Jati Diri merupakan program tahunan,yang wajib disertai oleh semua pelajar tingkatan empat,telah dimulakan sejak tahun 2004.Kem Jati Diri Kali Ketiga pada tahun ini dirasmikan oleh Panglima KD Pelanduk Kept.Hj Imran b Hj Abd Hamid.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pengetua SEMESTI Tn Hj Shaharudin b Hj Mydin.Acara kemuncak kali ini ialah para peserta dan guru-guru dapat berlayar di atas kapal MV Fajar Samudra selama sehari.
Dilaporkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SEMESTI En V.Rajendra

KEJOHANAN OLAHRAGA SMSTJ KALI KE30 2006

Kuala Pilah, 18 Feb. 2006

Kejohanan Olahraga SMSTJ kali ke 30 telah diadakan pada 18 Februari 2006 (Sabtu). Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Roslan Mohd Yusof, ADUN Johol untuk upacara perasmian penutupan.
Kejohanan dimulakan dengan lintas hormat oleh semua pasukan yang bertanding diiringi pasukan pancaragam sekolah. Acara perbarisan dimenangi oleh Rumah Tunku Kurshiah.
Rumah Tunku Kursiah (Kuning) muncul johan keseluruhan diikuti dengan Tunku Burhanuddin, naib johan, Raja Hitam, ketiga dan Raja Melewar, keempat.
Olahragawan 2006 ialah Nur Muhammad Syujri Bin Zohari (Burhanuddin) dan olahragawati disandang oleh Naniiliana Bt Sawal (Kurshiah).


Dilaporkan oleh,
Anuar Tahar, GPK Kokurikulum STJ

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH; SMSAH KALI KE –40

SMSAH 06 Mac - Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah diadakan pada 01 Mac 2006. Kejohanan olahraga ini bermula pada jam 3.00 petang. Secara keseluruhannya, kejohanan olahraga kali ini berjalan lancar. JUARA sekali lagi telah menjuarai kejohanan ini dengan memperolehi 18 pingat emas 8 perak dan 9 gangsa, Tuan Haji Muhammad Ismorning bin Ismail, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah merasmikan kejohanan olahraga pada kali ini. Olahragawan terbaik untuk tahun ini ialah Mohammad Mukhairi bin Sa’ari daripada rumah JUARA. Sementara Siti Zulaikha binti Alias daripada rumah SATRIA telah terpilih sebagai Olahragawati. Rumah PENDETA telah menjuarai pertandingan kawat perbarisan dan menghias khemah antara rumah sukan.

KEJOHANAN OLAHRAGA SM SAINS LABUAN 2006

W.P Labuan-25 Februari 2006
Sekolah Menengah Sains Labuan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 seperti yang direncanakan. Kejohanan ini bermula pada jam 7.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Awangku Ali Pg. Jumaat, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Labuan.Tetamu jemputan melibatkan semua ibu bapa, wakil semua sekolah menengah dan rendah di W.P Labuan.

Pada hari pertandingan dua acara akhir diadakan iaitu acara 4X100m (lelaki A,B dan perempuan A,B). Semua peserta yang mengambil bahagian adalah daripada Rumah Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Panglima. Acara tarik tali peringkta akhir antara rumah Temenmggung dengan Penglima diadakan. Manakala acara terbuka bagi memeriahkan kejohanan ialah 4X100m jemputan Antara SM Sains Labuan, SMK Pantai dan SMK Labuan.

Secara keseluruhan Rumah Sukan Laksaman telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan pada tahun 2006. Manakala saudara Shahmen Yazam dinobatkan sebagai olahragawan dan saudarai Norhasliza Sapli olahragawati bagi tahun 2006. Acara selesai sepenuhnya kira-kira jam 12.00 tengahari.

Dilaporkan oleh: Wan Zainul Azhan (PK Kokurikulum SMSL)

Kejohanan Merentas Desa SMSTSP 2006

Kejohanan Merentas Desa SMSTSP telah dijalankan pada 9 Februari 2006.Semua warga SMSTSP terlibat dimana semua pelajar diwajibkan menyertai kejohanan ini untuk menyumbangkan mata kepada rumah dan untuk mencungkil bakat-bakat baru .Lokasi yang dipilih ialah Taman Rekreasi Tasik Melati,10 km dari SMSTSP.Pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu L1,L2,L3,P1,P2,P3.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azan bin Abdul Rashid,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kayang.Pelajar yang mendapat tempat pertama hingga 15 dalam setiap kategori telah diberi hadiah dalam bentuk medal.Johan keseluruhan telah disandang oleh rumah uranus.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMSTSP yang telah membantu menjayakan program ini.

DILAPORKAN OLEH: PN CHE GAYAH BT BAKAR ( PK KOKURIKULUM SMSTSP )

Program "English In Camp" PCCdengan SMSTSP

SMSTSP telah bekerjasama dengan Princess Chulaborn College untuk menjalankan program
"English In Camp" pada 19-22 januaru yang lalu.Program ini melibatkan 50 orang pelajar PCC dengan 5 orang guru beserta 50 orang pelajar Tingkatan 4 SMSTSP.Lokasi yang dipilih ialah Pusat Kokurikulum Timah Tasoh,18 km dari SMSTSP.Program ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris,mengasah bakat kepimpinan,melatih pelajar berinteraksi secara sihat dan mempelajari budaya hidup bangsa asing.
Berbagai aktiviti dijalankan seperti "flying fox","wall climbing" ,"cycling",bengkel Bahasa Inggeris dan persembahan kebudayaan.
Semoga pogram ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua sekolah

DILAPORKAN OLEH: PN CHE GAYAH BT BAKAR (PK KOKURIKULUM SMSTSP

Friday, March 03, 2006

Lawatan Persahabatan Ke Perancis
















2 Mac 2006
Panitia bahasa Perancis dan Kelab Unesco Kolej Tunku Kurshiah ( KTK ) telah mengadakan lawatan muhibah ke Perancis pada 3 - 13 Februari 2006.

Antara tujuan lawatan ini ialah untuk memperkemaskan dan menjalin hubungan lebih erat dengan sekolah Ecole de Roches.

Antara tempat yang dilawati ialah kedutaan Besar Malaysia di Paris, Pejabat Unesco , Kilang Keju, Syarikat akhbar Jounal Des Enfants' di Molhouse dan Bandar Zurich.

Lawatan ini disertai oleh 3 orang guru dan 21 orang pelajar bahasa perancis dan ahli kelab Unesco.
Kami banyak mempelajari cara kehidupan orang Perancis, dan membuat perbandingan. Natijahnya kami amat bersyukur kami dilahir, dibesar dan menjadi rakyat Malaysia..

Terima kasih kepada kedutaan Malaysia, Unesco dan para penyumbang.

Diselaporkan oleh,

Hashim Osman
GPK Kokurikulum KTK.

Kejohanan Olahraga Tahunan SHAH PEKAN 2006

Pekan, Pahang : 26 Februari 2006

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SHAH kali Ke17 telah dirasmikan oleh YH Dato' Haji Azmey Bin Abu Talib (Pengarah Pelajaran Negeri Pahang)pada jam 3.00 petang di Padang SHAH. Perbarisan lintas hormat dilakukan oleh pasukan yang bertanding dengan diiringi oleh Pasukan Tambor 10 RMAD Kuantan. Selain dari acara larian, perhiasan rumah, perbarisan Unit Uniform dan tarik tali juga dipertandingankan.

Pasukan Rumah Hamdan dinobatkan sebagai johan keseluruhan KOT pada kali ini, diikuti dengan Rumah Murad, Abd. Rahman dan Aminuddin.

Terima kasih kepada semua warga SHAH yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan KOT pada tahun ini.

En. Hasan bin Musa
PK Kokurikulum SHAH

Thursday, March 02, 2006

Kejohanan Olahraga SMSTSP Ke-XXV

Kangar,27 Februari 2006.
Kejohanan olahraga SMSTSP ke-XXV telah dijalankan pada 21 hingga 23 Februari.Majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada 21 Februari iaitu pada pukul 8.30 pagi dan telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Abdul Hadi Bin Harun AMP,Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan,JPN,Perlis.Manakala penyampaian hadiah dan majlis penutupan telah diadakan pada 23 Februari pukul 4.30 petang dan disempurnakan oleh
En.Che Mid Bin Ismail,YDP PIBG SMSTSP.Kejohanan ini melibatkan semua pelajar dan melalui kejohanan ini bakat-bakat baru dalam olahraga berjaya dicungkil.
Semoga akan lebih cemerlang dalam olahraga.

Dilaporkan oleh:Pn Che Gayah bt.Bakar ( PK Kokurikulum SMSTSP )

SBPI Kubang Pasu Johan Merentas Desa Daerah Kubang Pasu

SBPI Kubang Pasu telah mula menampakkan taringnya dalam acara sukan apabila menjadi johan kumpulan bawah 15 tahun dalam acara merentas desa peringkat MSSK daerah Kubang Pasu. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 22Februari baru-baru ini dan disertai oleh 19 pasukan dari seluruh daerah Kubang Pasu.Para peserta yang terlibat ialah AZAHARI AZIZAN,AMIRUL NIDZAM AZMI DAN AHMAD SYAMIL KAMARUDDIN.

Mereka telah menjalai latihan sejak awal tahun ini di bawah bimbingan Cik Siti Rohaizat Abd Wahab dan En Sugandaran Kaivaliam.Menurut En Sugan ini merupakan kali kedua para peserta SBPIKP menyertai kejohanan tersebut sejak tahun lepas.Pada tahun lepas semua acara yang dimasuki oleh pelajar hanya sekadar menimba pengalaman.
'Latihan yang diadakan secara berterusan dari awal tahun dengan berlari mengelilingi kawasan sekolah melalui cerun bukit,kawasan bertar, padang sekolah dan kawasan sekolah yang berbatu-batan itulah rumusan latihan para pelajar SBPIKP', demikian menurut Cik siti Rohanizat selaku setiusaha sukan sekolah.Mereka ini juga telah terpilih mewakili daerah kubang pasu ke peringkat negeri yang akan diadakn pada 4 Mac ini di SMS Pokok Sena(SAINA).

Semoga mereka berjaya

CHE MAHMUD AWANG PKKOKU SBPIKP

Wednesday, March 01, 2006

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Kolej Tunku Kurshiah.

25 Februari 2006.
Kolej Tunku Kurshiah telah mengadakan pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat sekolah pada 25 Februari 2006. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Datin Seri Normala Samsudin. Datin Seri juga berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan drama ini telah disertai oleh tingkatan 1 hingga 5. Persiapan untuk mengadadakan drama ini bermula dua minggu sebelum pertandingan. Pada masa yang sama juga pelajar dan guru dari Raffles Girls School juga berada bersama untuk mempelajari perjalanan pertandingan drama ini.

Antara tajuk yang dipersembahkan ialah, Tingkatan 1 - Of Bunga Telur and Bally Shoes, Ting 2- The Sabre's Fang, Ting 3 - In A Blink Of An Eye , ting 4 - Wing Of A Butterfly dan Ting 5 - Ahmad Albab.

Keputusan pertandingan tahun 2006 Best Overll Play dimenangi oleh Ting 2.
Manakala Best Actress disandang oleh Nor Qhaleeda Amirah Bt Mahazir ( Ting 2 ).

Dilaporkan oleh
Hashim Osman
GPK Kokurikulum Kokej Tunku Kurshiah.

Athlete SEPINTAR Cemerlang Dalam Acara Sukan Jemputan

Rawang -1/3/2006
SPBI Rawang (SEPINTAR) telah menghantar beberapa orang athlete untuk menyertai acara jemputan dalam Sukan Tahunan Sekolah-Sekolah di sekitar Daerah Gombak, di antaranya ialah Acara Jemputan Sukan Tahunan SBPI Gombak dan Acara Jemputan Sukan Tahunan SMK Bandar Tasik Puteri dalam acara 4X100m lelaki dan perempuan. Pelari SEPINTAR telah berjaya mendapat mendapat pertama bagi acara 4x100 (perempuan) dan tempat ketiga bagi acara 4X100m (lalaki) di Sukan Tahunan SBPI Gombak manakala di SMK Bandar Tasik Puteri pelari SEPINTAR berjaya mendapat tempat pertama dan kedua bagi acara 4X100m lelaki manakala pelari wanita berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga dalam acara yang sama. Tahniah dan syabas diucapkan.
Dilaporkan oleh : Mustafa Kamal Bin Jamaluddin (PK Kokurikulum SEPINTAR)

Laporan Penyertaan Kejohanan Hoki Piala Raja Nazrin Shah


Putrajaya : 1 Mac
Tahniah diucapkan kepada semua SBP yang menyertai Kejohanan Hoki Piala Raja Nazrin Shah Universiti Malaya pada 10-12 Februari 2006 yang lalu.
Untuk tujuan rekod dan dokumentasi, sekolah yang terlibat dimohon menghantar satu laporan bertulis dan bergambar ke Sektor SBP untuk perhatian Hj Nor Azam Abdullah.
Disamping itu juga, berita mengenai kejohanan tersebut boleh dimuatkan dalam blog sbp-koku.
Tahniah dan semoga kokurikulum di SBP terus gemilang.

HJ NOR AZAM ABDULLAH
SEKTOR SBP