Friday, April 30, 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) KE - 39, SSP CYBERJAYA

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) 2010 pada Jumaat, 16 April 2010 mulai jam 8.00 malam bertempat di Dewan Perdana Puteri, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Tetamu Kehormat ialah YB. Dr. Hj. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. MAC2010 merupakan majlis khas untuk meraikan kecemerlangan dan pencapaian terbilang murid-murid dalam peperiksaan awam tahun 2009 khususnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid terbaik setiap tingkatan tahun 2009 juga akan turut diraikan. MAC2010 juga akan memberi anugerah dan penghargaan kepada guru dan panitia yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2009. MAC2010 dilaksanakan dalam bentuk dan agenda yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya memandangkan inilah kali pertama, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan MAC dalam bentuk majlis makan malam dan dilaksanakan pada waktu malam. PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menyumbangkan anugerah khas berupa wang tunai kepada murid-murid cemerlang SPM2009 masing-masing sebanyak RM200.00 bagi 9A dan ke atas dan RM 150.00 bagi calon yang memperolehi 8A. Warga SSP Cyberjaya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang berkenaan.

Liputan EDUWEBTV berkenaan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 boleh dilihat dalam video di bawah.

ASEAN YOUTH ENVIRONMENT FORUM 2010 : CREATING A CLIMATE FOR CHANGE





Sekreteriat ASEAN (http://www.aseansec.org/) menganjurkan “Asean Youth Environment Forum 2010” bertempat di Empire Hotel & Resort, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada 21-26 April 2010. Forum yang bertemakan “Creating A Climate For Change” disertai oleh belia negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Myanmar, Laos, Indonesia, Cambodia dan Brunei serta 3 rakan utama ASEAN iaitu Jepun, Korea Selatan dan China. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar telah memilih dua orang murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan dua orang murid Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya sebagai wakil Malaysia untuk menyertai AYEF2010. Murid yang terpilih ialah Aina Farzana Mohd Azmi dan Nurul Syairah A. Shukor (Sekolah Seri Puteri Cyberjaya), Afiz Fazriz Azizi dan Muhammad Zuhair Zulkifely (SSAS Putrajaya). Guru Pengiring ialah En Ahmad Ridzuan Abd Rahman (SSP). Semua perbelanjaan murid seperti tiket penerbangan, penginapan dan duit poket disediakan oleh penganjur manakala perbelanjaan guru pengiring dibiayai oleh PIBG Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Forum AYEF2010 mengumpulkan generasi muda ASEAN+3 untuk berbincang, berdialog dan melontarkan idea dan pandangan berkaitan alam sekitar untuk kesejahteraan masyarakat dunia. Forum diisi dengan pembentangan kertas kerja, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan wakil peserta semua negera peserta dan persembahan kebudayaan pada malam penutup. Peserta Malaysia yang membentangkan berkaitan “Hutan Paya Bakau” mendapat respons yang sangat menggalakkan dimana sesi soal jawab agak ‘panas’ dengan soalan-soalan daripada peserta negara lain sehingga memaksa pihak urusetia masuk campur menjernihkan suasana. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memberi peluang kepada murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya mewakili Malaysia menyertai AYEF2010.

SMSS BERJAYA MENGEKALKAN KEJUARAAN RAGBI MSSWP 2010
















Kuala Lumpur, 29 April - Sekolah Menengah Sains Selangor telah berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi MSSWP Bawah 18 Tahun yang telah diadakan di padang ragbi SMSS. Dalam perlawanan akhir semalam, pasukan ragbi SMSS berjaya mengalahkan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya 26 -3. Pada babak pertama perlawanan, SMSS diberi tentangan yang sengit oleh pasukan pelawat yang berjaya memperolehi 3 mata menerusi penalti di hadapan goal post SMSS. Namun begitu kegigihan dan semangat juang yang tinggi para pemain dan kata-kata semangat daripada para penyokong yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMSS dan bekas-bekas pelajar, mereka berjaya mendapat 4 try dan seterusnya menjuarai kejohanan yang telah berlangsung selama 10 hari itu.





Namun begitu, kem SMSS dikejutkan dengan kekalahan pasukan ragbi bawah 15 tahunnya yang terpaksa akur kepada Sekolah Sultan Alam Shah dengan 15-12.





Hadiah telah disampaikan oleh KPP Hal-Ehwal Murid JPWP.

Thursday, April 29, 2010

SMSSMJ turut serta Hari Harta Intelek Negara 2010

Pada 26 hingga 27 April tahun 2010, Hari Harta Intelek Negara telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hari Harta Intelek Negara diadakan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan harta intelek. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta dihadiri oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Sekali lagi, sekolah kita telah menghantar pasukan inovasi seramai 3 orang pelajar bersama guru pengiring dengan projek bertajuk ‘ FERTILITY BOOSTER A New Hope For the Infertilities’.

Pada petang 25hb April, kami tiba di hotel tersebut seterusnya menuju ke tapak pameran untuk persiapan pada hari esok. Sesi suai kenal dengan para pempamer yang lain turut diadakan.

SMSSMJ merupakan antara 6 buah sekolah di dalam seluruh Malaysia yangterpilih untuk mempamerkan projek rekacipta pada Hari Harta Intelek Negara bagi tahun 2010. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu, Kolej Tunku Kursiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin dan yang terakhir sekali, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Kami berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempersembahkan projek kami di hadapan Y.A.B. Tan Sri Muhyddin Hj Mohd Yassin, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Encik Kamel Bin Mohd, merangkap Pengarah Perbadanan Hari Harta Intelek Negara, di mana mereka menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap projek kami. Tidak dilupakan para pelancong serta duta-duta dari negara luar yang telah mengunjungi pameran kami. Maklum balas yang diterima amatlah memberansangkan. Terdapat juga agensi kerajaan, perkhidmatan, universiti serta pempamer antarabangsa di Hari Harta Intelek Negara tersebut.

Lewat petang 27hb April, tibalah masa untuk kami pulang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Para urusetia memberi sedikit nasihat dan pedoman kepada kami untuk meneruskan perjuangan dalam bidang rekacipta dan sempat bersalaman dengan kesemua pempamer sebelum kami berangkat pulang. Namun , langit tidak selalunya cerah. Perjalanan kami diiringi dengan hujan yang turun membasahi bumi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi pada jam 3.45 pagi 28hb April.

Di kesempatan ini ingin kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Tuan Haji Rusdin Bin Husin, Pn Hjh Marlina Bt Ahmad, Semua pihak pentadbiran, Pn Noraini Bt Mohd Ismail, Pn Shariffah Huzaimah Bt Syed Omar, En Teoh Hooi Eng, Pn Noor Salawati Bt Ahmad, Pn Zuraini Bt Johari serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

HARI PEMILIHAN ATLIT TREK DAN BALAPAN SMSPS KALI KE-14 2010

Hari Pemilihan Atlit Trek dan Padang SMSPS kali ke-14 telah berlansung pada 24.02.2010 hari Rabu bertempat di padang sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SMSPS Tuan Haji Saadin B Abdullah.
Pada kejohanan kali ini pasukan rumah Angsana telah muncul juara buat kali kedua berturut-turut, diikuti oleh Rumah Cengal, Jati dan Merbau. Perhiasan rumah tercantik juga telah dimenangi oleh Rumah Angsana. Manakala pasukan Kadet Polis pula telah memenangi perbarisan terbaik bagi unit beruniform.














Kejohanan Olahraga Kusess kali ke-12 2010


Acara tahunan ini diadakan di Stadium Utama Kuala Selangor pada 22 April yang lalu. Tahniah kepada rumah yang berjaya iaitu rumah Perdana. Kepada rumah-rumah yang kurang bernasib baik, cuba lagi ditahun hadapan. Berikut adalah keputusan keseluruhan Kejohanan Olahraga tersebut.
Johan:PERDANA,
N.Johan:WAJA,
Ke-3:SATRIA,
Ke-4:WIRA.

Johan Kawad Kaki: WAJA, N.Johan : PERDANA Johan Tarik Tali : WAJA , N.Johan: SATRIA
Johan Merentas Desa : PERDANA Johan Sukantara : WAJA
Olahragawan Terbaik : ASHRAF ROSLAN(PERDANA) - 3 rekod baru - 3 emas & 2 ...perak
Olahragawati Terbaik : WAN NURNADYA SYUAIZZN (PERDANA) - 3 emas & 1 perak

Sila lawati facebook kusess untuk berita terkini.

Kejohanan Balapan & Padang MSSJ

Setelah penat bertarung di MSSD, kini atlet2 SMSJ menyambung semula pertarungan ke MSSJ pula.. Kali ini MSSJ berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Muar dari 14-17 April 2010..

Seramai 12 orang pelajar dari sekolah ini telah dipilih untuk mewakili daerah Kluang.. Alhamdulillah, beberapa orang pelajar telah berjaya memperoleh pingat.. Mereka ialah :

1) Vimalan a/l Letchumanan - 1 emas, 2 perak
2) Muhd Afiq Arsyad Bin Johar - 1 emas
3) Muhd Hafiz Amzar Bin Hussain - 1 gangsa, keempat
4) Muhd Azammuddin Bin Mustakim - 1 gangsa
5) Muhd Fitri Bin Abu Bakar - 1 gangsa


Saudara Vimalan & Afiq Arsyad telah terpilih mewakili Johor dalam Kejohanan Padang & Balapan MSSM di Johor Bahru pada 18-21 Mei 2010.. Semoga berjaya diucapkan..


Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/04/kejohanan-balapan-padang-mssj.html

Wednesday, April 28, 2010

SM Sains Labuan : MSS Wilayah Persekutuan Labuan ke-10 2010


Kejohanan Majlis Sukan Sekolah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung pada 29-30 April (acara padang); 7-10 April 2010 (acara balapan) telah meletakkan SM Sains labuan ke tempat ke-5 keseluruhan. SMSL telah meraih 9 Emas, 8 Perak dan 10 Gangsa dengan kedudukan keseluruhan di tmpt yg ke-5.

Tahniah kepada adik Jebat Raiyan kerana dinobatkan sebagai Olahragawan L15. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atlet yang bertungkus lumus.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat...Jasa dan pengorbanan anda semua amat dihargai. Keputusan akhir MSSWPL 2010, SMSL:
  1. Keseluruhan Tempat Ke-5
  2. Kategori L18 Tempat ke-3
  3. Kategori P18 Tempat ke-7
  4. Kategori L15 Tempat ke-2
  5. Kategori P15 tempat ke-3
Foto boleh di view di SINI

SM Sains Labuan: Choral Speaking Competition Wilayah Persekutuan Labuan Level


Choral Speaking Competition Wilayah Persekutuan Labuan Level
Date: 27 April 2010
Location: SM Teknik Labuan

SM Sains Labuan: Pertandingan Tulisan Khat dan Tulisan Jawi Sempena Minggu Pendidikan Islam 2010 WP Labuan

Pada 20 April 2010 bertempat di SK Pekan Satu pasukan sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar untuk mewakili pertandingan tulisan khat dan tulisan jawi sempena Minggu pendidikan Islam yang diadakan di peringkat Wilayah Persekuan Labuan.

Guru pengiring bersama para peserta dari SM Sains Labuan

Pasukan sekolah telah merangkul tempat Ketiga bagi pertandingan tulisan khat untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan yang telah disertai oleh adik Mohd. Akmal bin Hashim (Tingkatan 5) dan Syarifah Syairawi Afendi (Tingkatan 2). Manakala untuk pertandingan Tulisan Jawi Sekolah Menengah pula telah mendapat tempat Naib Johan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh adik Mohd Izzatul Farhan bin Kassim (Tingkatan 4) dan adik Siti Rabiatul Adawiah binti Yusuf (Tingkatan 3).

Tahniah kepada para pemenang.

SM Sains Labuan : Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTAQSS) 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Tahniah kepada para peserta MTAQSS sekolah yang telah berjaya membawa pulang piala pusingan buat kali ke-5, lima tahun berturut-turut serta menjadi johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah.

Pihak sekolah merakam ucapan tahniah kepada murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai. Tahniah dan syabas kepada panitia pendidikan agama Islam yang telah melatih para peserta walaupun sibuk dengan tanggungjawab lain.

Pada tahun ini pasukan sekolah telah mendapat:
  • Johan Tilawah al-Quran SM (Perempuan) : Sajaratul Aqira Hamidon (T5)

  • Johan Tahfiz al-Quran SM (Perempuan) : Nur Haziqah Jasnih (T3)

  • Naib Johan Tilawah al-Quran SM (Lelaki) : Ammar Nafis Azzad Addenan (T3)

  • Ketiga Tahfiz al-Quran SM (Lelaki) : Mohd Shah Fazdli Md Zain (T5)

Pun begitu, bagi acara Syarahan Agama SM, peserta sekolah tidak meraih apa-apa kedudukan. Justeru, kegagalan meraih kedudukan dalam acara ini diharap pada tahun mendatang peserta boleh melipat gandakan usaha untuk mengungguli acara ini.

Kepada Johan acara peringkat negeri, mereka akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Kebangsaan di MTAQSS 2010 di Terengganu. Buat yang terbaik.

Terus Perkasa!

SMESH JUARA LAGI..........






Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) sekali lagi menjadi juara Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Kota Kinabalu.....

Kejohanan Balapan Dan Padang SMS Kubang Pasu

Kejohanan Balapan dan Padang telah diadakan seperti ketetapan berikut :
i. Tarikh : 15 April 2010
ii. Tempat : Padang SMS Kubang Pasu
iii. Masa : 8.00 - 1.00 petang.




MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SBPI TEMERLOH




TARIKH : 24 APRIL 2010 ( SABTU )
TEMPAT : DEWAN DARUN-NADWAH SBPIT

PERASMIAN : EN RAZMI BIN MAT HUSIN KETUA PENOLONG PENGARAH MEWAKILI PENGARAH PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KLUSTER, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEHADIRAN VIP :
1. EN HADI BIN MAT DAIN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH, BEKAS
PENGETUA SBPI TEMERLOH

2. EN MOHD AZLAN BIN ABDUL RAHMAN PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH TEMERLOH

3. EN MOHAMED KAMAL BIN HJ OMAR TIMBALAN YANG DIPERTUA PIBG SBPI
TEMERLOH

4. KETUA BALAI POLIS KERDAU

Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ketibaan VVIP En Razmi bin Mat Husin disambut oleh JK sambutan dengan iringan paluan kompang.

  • Ucapan aluan pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pemangku Pengetua SBPI Temerloh Pn Hajah Faridah Bt Ahmad.



  • Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Cemerlang SBPI Temerloh oleh Yang Berbahagia En Razmi Bin Mat Husin Ketua Penolong Pengarah, mewakili Pengarah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia.



  • Persembahan koir daripada pelajar.



  • Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada pelajar tingkatan 1,2 dan 4 oleh En Mohamed Kamal Bin Hj Omar Timbalan YDP PIBG SBPI Temerloh
  • Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 oleh Yang Berbahagian En Mohd Azlan Bin Abdul Rahman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.


  • Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM oleh En Hadi Bin Mat Dain Bekas Pengetua SBPI Temerloh



  • Persembahan Dikir Barat oleh pelajar



  • Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada pelajar cemerlang SPM 2009, Tokoh Pelajar, Cemerlang Kokurikulum dan Pelajar Cemerlang keseluruhan oleh Yang Berbahagia En Razmi Bin Mat Husin Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Penyampaian cenderamata

  • Nyanyian Negaraku
  • Jamuan dan bersurai




  • AHMAD ZHAFIR BIN ZULKIFLI - 11A+ SPM 2009 - PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT NEGERI PAHANG.

Tuesday, April 27, 2010

Pelancaran Berita Palestin

Pada 23 April 2010 yang lalu, satu pelancaran Berita Palestin di adakan di SMSTSSS. Majlis yang di adakan adalah untuk saudara- saudara se Islam kita di

AKTIVITI HARI SUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG