Sunday, December 12, 2010

Majlis Pemakaian Pangkat Unit Beruniform SBPI Tun Abdul Razak

Pekan- Buat julungkalinya dalam sejarah SBPI Tun Abdul Razak telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi semua Unit Beruniform secara serentak baru baru ini. Majlis ini dirasmikan oleh Supt Yahaya B. Othman, Ketua Polis daerah Pekan. Disampikan itu turut hadir adalah semua wakil unit beruniform  bagi menjayaka majlis tersebut

 




PROGRAM PENGANTARABANGSAAN GURU SSP KE SINGAPURA






Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan 'Lawatan Penanda Aras Luar Negara - Singapura' bermula 24-27 November 2010. Seramai 20 orang guru mengikuti program penanda aras yang berkenaan yang diketuai oleh Puan Hajah Rashidah Md Arif (Pengetua Cemerlang). Delegasi bertolak pada jam 8.30 pagi , 24 Nov 2010 menuju ke UPM Serdang. Program Ilmiah yang dihos oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 pagi. Perbincangan ilmiah antara delegasi SSP dan dan pensyarah UPM yang diketuai oleh Dr Maznah Baba, berkisar kepada isu dan persoalan berkaitan'Permasalahan Remaja dan Cabaran SBT'. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan program lanjutan pada tahun 2011 yang mana UPM bersetuju menganjurkan beberapa program yang berkaitan untuk guru-guru dan murid-murid SSP. Delegasi bertolak menuju Johor Bharu pada jam 12.45 tengahari dan tiba di Hotel New York pada jam 6.15 petang.

Delegasi bertolak ke Singapura pada jam 7.45 pagi, 25 November 2010 menuju Dunman High School (www.dhs.sg) , Tanjung Ru yang merupakan sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Singapura untuk bekerjasama dengan Sekolah Seri Puteri. Delegasi empat orang pentadbir dan guru DHS terlebih dahulu mengunjungi SSP pada 23 Nov. 2010 untuk mengadakan perbincangan awal ke arah jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak yang mana kedua-dua sekolah bersetuju menjalin kerjasama dalam bidang akademik (Bahasa Melayu) dan kokurikulum. Perbincangan dan lawatan di DHS telah memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya delegasi SSP memandangkan DHS merupakan sekolah yang dipilih khas oleh MOE Singapura untuk melaksanakan pelbagai program khas, yang sealiran dengan inisiatif SSP memperkasakan konsep SBT. Pada jam 7.30 pagi, 26 November 2010, delegasi SSP sekali lagi memasuki Singapura melalui Tambak Johor untuk taklimat dan lawatan di National University of Singapore (NUS) . NUS boleh dilawati di www.nus.edu.sg. Kunjungan ke NUS bermula pada jam 9.30 pagi dimana delegasi SSP dibawa ke ADM Block yang menempatkan University Scholar Programme (USP), iaitu satu program khas oleh NUS untuk melatih pemimpin-pemimpin masa depan dengan pelbagai kemahiran khusus dan pendedahan luar negara yang signifikan. Taklimat disampaikan oleh Professor John Richardson, Pengarah USP. Pelbagai pendedahan dan pengajaran telah diperolehi oleh delegasi SSP sepanjang sesi taklimat dan perbincangan dengan Professor John. Selepas taklimat selama satu jam setengah, delegasi SSP dibawa melawat sekitar kampus utama NUS.

Program ilmiah diteruskan pada jam 12.00 tengahari apabila delegasi SSP tiba di Tingkat 18 Tower 4, Suntec City yang menempatkan pejabat Oracle Corporation Asia Pasifik. Program ilmiah berkaitan "21 Century Learning Skills" yang merupakan salah satu inisiatif Oracle Education Foundation (OEF) (www.thinkquest.org) untuk membantu guru-guru dan murid-murid di seluruh dunia memahami dan mengikuti proses P&P yang selari dengan kehendak dan cabaran dunia semasa. Taklimat pertama disampaikan oleh Mr Krisha Sistla , Pengarah Urusan OEF Asia Pasifik yang secara spesifiknya membicarakan tentang hasrat dan cabaran dalam implemantasi kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Taklimat dan perbincangan seterusnya disampaikan oleh Miss Hui Seng Boon, Pengurus Program OEF (Asia Pasifik) yang memfokuskan kepada Thinkquest.Org dan Thinkquest Competition 2011 yang dianjurkan oleh OEF. Delegasi SSP kemudiannya dipecahkan kepada lima kumpulan untuk melaksanakan lima projek di Thinkquest.Org yang mana projek-projek yang berkenaan perlu disiapkan menjelang 15 Januari 2011. Hadiah akan diberikan kepada projek terbaik. Program seumpama ini adalah satu penghargaan dan cabaran kepada guru-guru yang berkenaan kerana mereka bukan hanya mendapat kemahiran teori semata-mata tetapi perlu diaplikasikan secara praktikal. Diharapkan inisiatif seumpama ini akan meningkatkan keyakinan guru-guru SSP untuk menjadi pendahulu dalam proses P&P yang berpaksi kemahiran abad ke-21. Program selama tiga jam setengah amat membantu dalam meningkatkan kemahiran guru-guru dalam aplikasi P&P abad ke-21.Rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan @ Arab Street untuk menunaikan Solat dan seterusnya membeli cenderamata kenang-kenangan memandangkan Jumaat adalah hari terakhir berada di Singapura.

Program ilmiah diteruskan lagi ke Sekolah Tun Fatimah , Johor Bharu (www.stf.edu.my) mulai jam 9.00 pagi, 27 Nov. 2010. Kami tiba di STF pada jam 9.00 pagi dan disambut mesra oleh Pengetua Cemerlang JUSA C STF, GPK, Ketua Bidang dan GC STF. Taklimat panjang lebar disampaikan oleh Puan Hajah Junaidi yang berkisar kepada pengalaman 34 tahun dalam bidang pendidikan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kecemerlangan STF khususnya dan dunia pendidikan amnya. Program diteruskan dengan lawatan ke bilik-bilik khas di STF yang mana banyak pengalaman dan pengajaran boleh dipelajari memandangkan STF telah berdiri lebih daripada 50 tahun menabur jasa dan bakti mendidik anak bangsa. Program berakhir di Dewan Makan STF yang bersih dan ceria pada jam 1.00 tengahari. Program diteruskan dengan perjalanan menuju ke Gunung Lambak, Kluang dalam usaha meningkatkan hubungan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Bas Pesiaran menuju ke Kluang untuk destinasi seterusnya iaitu rumah Tuan Syed Zain Al Sagoff, AJK PIBG. Kami tiba jam 2.45 petang di Bandar Kluang dan seterusnya menuju ke rumah Tuan Syed. Delegasi SSP dihidangkan dengan Nasi Beriani Kambing dan Ayam yang pastinya enak dan menyelerakan. Terima Kasih Tuan Syed dan Puan Hajah Asmah, lain kali jemputlah kami lagi.

Perjalanan pulang ke Cyberjaya bermula pada jam 4.45 petang. Perjalanan pulang berjalan dengan lancarnya dan kami selamat tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya tepat jam 9.30 malam dengan pelbagai pengalaman, kenangan dan pastinya kerja-kerja yang perlu dilaksanakan demi meningkatkan kecemerlangan SSP sebagai sekolah berstatus SBT.