Saturday, November 13, 2010

PERTANDINGAN "F1 IN SCHOOLS TECHNOLOGY CHALLENGE" PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2010

Pasukan F1 In Schools, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang lebih dikenali dengan nama Pasukan Vortex terpilih mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan The F1 In Schools Technology Challenge Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Brisdale, KL dan Stadium Titiwangsa pada 14-16 November 2010. Sebanyak 30 pasukan yang mewakili semua negeri mengambil bahagian. Pasukan lain ialah Vector Magnum (SM Sains Selangor), Adriot (SMK Aminuddin Baki), Velospeed F1 (SMS Hulu Selangor), Venom Racing (SSAS Putrajaya), Flash Infinity (The MCKK), Raikou F1 (SMK Sultan Ismail), Vociferous Eager (SMKA Johor Bharu), CE2 (SMK Sultan Badlishah), Excel Vision (SMK Batu Lintang), Fastlane (SM Sains Selangor), Vitesse (SMK Bandar Tun Hussein Onn), Sqaud Inferno (SMK King George V), Prodigy (SMK Bukit Goh), Split Second (SMK Sultan Ismail), Nemesis Velocidad (Penang Free), Refourone (SMK Sultanah Asma), Alacrity (SMK Batu Lintang), Lightning Strike (SMS Kuching), Assured Paragon (SMS Selangor), Avanzanto-R (SMK Taman Melawati), X-Treme Flash (SMK Kuala Lubu Bharu), Celiritas F1 (SDAR), Titans (SMK Bukit Goh), Prototypw (SMKA Johor Bharu), Shackwave (KSAH), Curl Bolt (SMKA Kuala Abang), Roadrunner (SMK Batu Lintang) dan Ligtning Crusher (SMK Sung Siew). Pertandingan Pusingan Pertama akan bermula pada Ahad, 14 November 2010 bertempat di Hotel Brisdale, KL dimana semua pasukan akan membuat pembentangan bagi kumpulan masing-masing diikuti pameran dan pertandingan pada Isnin, 15 November dan seterusnya pusingan akhir pada 16 November bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasukan Vortex terdiri daripada murid-murid tingkatan empat iaitu Nur Ashiqin (Jurutera Rekabentuk), Fatin Aizaa (Pengurus Sumber), Farah Adlina (Jurutera Pengeluaran) dan Amira Rashidah (Pereka Grafik). Guru Pembimbing ialah Puan Azliza Bt Musa. Warga SSP @ Cyberjaya mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada Pasukan Vortex dengan doa dan harapan semoga mereka akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan terbilang. Maklumat lanjut berkaitan Pasukan Vortex boleh dilayari melalui http://vortex.seriputeri.edu.my.

Majlis Makan Malam Kelab Staf KUSESS.

Lokasi : Restoran Puteri TTDI
Tarikh : 12 November 2010
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam.

Majlis jamuan akhir tahun ini diadakan sebagai penutup untuk tahun 2010. Disamping guru dan staf, JK PIBG Kusess juga turut sama menyerikan majlis ini. Hadirin dijamu dengan juadah tradisional yang berbagai jenis dan diakhiri dengan sesi bertukar-tukar hadiah. Di majlis ini juga diadakan ucapan perpisahan dari Miss Moyu iaitu guru dari Jepun yang akan menamat tugas beliau di Kusess.

KARNIVAL MAJLIS JALINAN KASIH (MAJAKA2010)

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Majlis Jalinan Kasih (MAJAKA2010) pada Sabtu, 6 November 2010 mulai jam 11.00 pagi hingga jam 11.00 malam bertempat di Stadium Mini, SSP Cyberjaya. MAJAKA2010 mengandungi pelbagai acara, antaranya ialah Karnival @ MAJAKA2010, Perasmian "Putting Golf" yang akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. A.Sani Karim, Presiden Persatuan Squash Malaysia (SRAM) pada jam 5.00 petang dan Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR) yang akan dirasmikan oleh Puan Misliah Mohamad Basir, Timbalan Ketua Pengarah I , PERHILITAN pada jam 8.00 malam. Organisasi luar yang telah mengesahkan penyertaan dalam Karnival @ MAJAKA2010 ialah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My-IPO), Pusat Sains Negara (PSN), Cybersecurity Malaysia , PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sebanyak 32 gerai jualan makanan/minuman akan dibuka yang diuruskan oleh murid-murid melalui Unit Kokurikulum masing-masing. Persatuan ALUMNI Sekolah Seri Puteri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga akan membuka gerai jualan masing-masing yang akan berurusniaga sehingga jam 11.00 malam. Pelbagai program, acara dan aktiviti terutamanya jualan makanan dan minuman, demonstrasi, persembahan, rumah hantu dan lain-lain acara akan memeriahkan Karnival @ MAJAKA2010. Aktiviti lain yang akan dilaksanakan sepanjang Karnival ialah "Pertandingan Karaoke" dan "Street Dance" serta persembahan tarian oleh penuntut Taylor's Universiti dan juga bakat-bakat muda dari ASK. Hari Terbuka Asrama juga akan diadakan pada hari berkenaan dengan hasrat dan harapan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar khususnya murid-murid darjah 6 yang memohon untuk memasuki SBP melihat sendiri keadaan dan gambaran kehidupan di asrama. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengundang semua pihak termasuk masyarakat awam untuk hadir beramai-ramai memeriahkan pelbagai aktiviti dan acara yang disediakan. Pelawat awam dibenarkan berada di SSP Cyberjaya sehingga jam 6.00 petang manakala ibu bapa dialu-alukan menyertai MAKSR dan dibenarkan berada sehingga jam 11.00 malam. Tiga orang pengunjung bertuah akan menerima hadiah berupa Telefon Al-Quran, Digital Quran dan Hamper. Hadiah akan disampaikan semasa Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR). Karnival MAJAKA @ 2010 telah menjana pendapatan kasar sebanyak RM44,500.00 dengan keuntungan bersih sebanyak RM18,500.00. Keuntungan yang diperolehi oleh Kelab/Persatuan/Unit Kokurikulum akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti unit kokurikulum/sukan untuk tahun 2011. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan Majlis Jalinan Kasih (MAJAKA) khususnya guru-guru, murid-murid dan ibu bapa masing-masing yang bertungkus lumus menyediakan makanan/minuman dan barangan lain untuk jualan di gerai masing-masing. Kami percaya, penglibatan aktif murid-murid dalam program seumpama ini akan membantu mereka untuk membina Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dalam diri masing-masing serta memahami realiti dan hakikat sebenar kehidupan yang penuh ranjau dan liku dalam usaha menjana pendapatan dan beroleh kemahiran. Sekolah Seri Puteri Cyebrjaya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ALUMNI SSP, MYIPO, Cyber Security Malaysia, Pusat Sains Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, PDRM dan Enzec Technology atas bantuan mereka menjayakan Karnival @ MAJAKA2010. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang atas kesudian meminjamkan khemah untuk kegunaan Karnival.

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM DAN SISTEM RUMAH (MAKSR2010)

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR2010) pada Sabtu, 6 November 2010 mulai jam 8.30 malam bertempat di Dataran Karnival MAJAKA @ Padang SSP. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Puan Misliah Bt Mohamad Basir, Timbalan Ketua Pengarah 1, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang juga merupakan Alumni SSP. Turut hadir ialah Y.Bhg. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Yang Dipertua PIBG dan Datin Seri, En Ab Aziz Bin Haji Mohamad mewakili Pegawai Pelajaran Daeha Sepang, AJK PIBG, Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa. Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah (MAKSR2010) merupakan majlis bagi tahun kedua yang dianjurkan secara bersama-sama. Sebelum ini majlis ini dianjurkan secara berasingan. Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan atas kejayaan yang dicapai oleh murid-murid dan guru-guru dalam aspek kokurikulum dan sukan serta sahsiah dan keperibadian, pencapaian akademik, 3K dan Disiplin (Sistem Rumah) yang dicapai oleh murid-murid sepanjang tahun 2010. Majlis anugerah juga turut diserikan dengan persembahan oleh murid-murid antaranya "Persembahan Pancaragam", "Nyanyian", "Street Dance", "Dikir Barat","Tarian Zapin" dan lain-lain lagi. Majlis ini juga turut menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada tiga orang Pengunjung Bertuah Karnival @ MAJAKA2010 yang berupa Telefon Al-Quran, Al-Quran Digital dan Hamper. Hadiah juga diberikan kepada Gerai Terbaik dan juga hadiah bagi asrama terbuka. Rumah Emerald terus mengungguli takhta sebagai RUMAH TERBAIK KESELURUHAN bagi tahun 2010.

MAJLIS PERASMIAN LAPANGAN GOLF MINI @ SSP CYBERJAYA

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengadakan Majlis Perasmian Lapangan Golf Mini @ Putting Green pada Sabtu, 6 November 2010. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. A Sani Karim, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia yang juga merupakan Presiden Persatuan Squash Malaysia merangkap Presiden Federasi Sukan Squash Asia. Majlis dihadiri oleh Pentadbir, Guru-guru dan murid-murid. Turut hadir ialah Y.Bhg. Datin Hamida Hasan, Presiden Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri Malaysia dan AJK PIBG. Lapangan Golf Mini merupakan satu inisiatif SSP untuk memperkenal, mempopular dan menanam minat murid-murid terhadap sukan elit seperti golf yang diharap dapat meningkatkan tumpuan dan konsentrasi mereka terhadap apa jua yang mereka laksanakan. Selain daripada beriadah, murid-murid diharap dapat mempersiap diri masing-masing untuk menghadapi masa depan. Selain itu, lapangan golf mini ini diharap dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa yang datang melawat anak di sekolah sebagai tempat rekreasi dengan melaksanakan aktiviti bersama-sama. Semua pengguna lapangan golf ini diharap dapat mematuhi etika berpakaian terutamanya memakai kasut golf yang bersesuaian untuk mengelakkan kerosakan kepada lapangan.Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Ir. A Sani Karim dan semua pihak yang menjayakan Majlis Perasmian Lapangan Golf Mini, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Friday, November 12, 2010

Penyampaian Hadiah Program pasca PMR KUSESS

Majlis diadakan di Dewan Prima sejurus selesai majlis perlantikan MPP sebentar tadi. Hadiah kepada pemenang adalah berdasarkan rumah sukan. Tahniah kepada pasukan-pasukan yang menang.

Masa: 9.00 - 10.00 pagi
Lokasi: Dewan Prima
MC: Saudara Hazim

Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2010/2011 KUSESS

Majlis diadakan di Dewan Prima dan disempurnakan oleh Pengetua.

Wednesday, November 10, 2010

Majlis Restu Ilmu pelajar SPM 2010 Kusess

Majlis ini bertujuan untuk memberi restu kepada pelajar SPM 2010 SM Sains Kuala Selangor. Guru-guru akan menghalalkan ilmu-ilmu yang telah diberi akan pelajar SPM dipermudahkan dalam peperiksaan SPM yang akan berlangsung cuma tinggal 12 hari sahaja lagi.

Lokasi Majlis : Dataran Gemilang Kusess.

Tuesday, November 09, 2010

SEPINTAR Naib Johan Roket Launching Karnival Sains Dan Teknologi Negeri Selangor 2010


9/11/2010

SBPI Rawang mendapat Naib Johan Pertandingan Rocket Launching dalam Karnival Sains Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SBPI Rawang pada 8 dan 9 November 2010.

Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Rumah Sukan 2010 KUSESS

Majlis ini bertujuan untuk menghargai sumbangan guru dan pelajar diatas pencapaian dalam bidang kokurikulum pada tahun 2010. Dalam majlis ini juga, Setiausaha Sistem Rumah iaiatu En Radin Fuad telah mengumumkan juara bagi sistem rumah bagi tahun 2010. Tahniah kepada rumah Perdana kerana menjadi keseluruhan sistem rumah.

Tarikh: 29 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat: Dewan Prima
Masa: 10.30 pagi - 12.00 tengahhari

Monday, November 08, 2010

MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN HI TEA PIBG 2010






3/11/2010

Majlis Anugerah Kualiti Dan Hi Tea PIBG telah diadakan pada 3/11/2010 untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar dan guru yang telah menunjukan kecemerlangan pada tahun 2010 dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Majlis dirasmikan oleh Encik Rozman Bin Datuk Isli seorang ahli perniagaan dari Sabah.

Friday, November 05, 2010

Photo Banjir SM Sains Tuanku Syed Putra

Disertakan gambar banjir SM Sains Tuanku Syed Putra