Wednesday, June 30, 2010

SBP INTEGRASI JEMPOL . AMALI SEMBELIHAN PROGRAM RIMUP.


Pada program amali sembelihan kali ini, aktiviti dijalankan sepenuhnya di sekolah dan penglibatan pelajar dalam menguruskan aktiviti sembelihan, mencuci, memotong, dan memasak dan menyediakan peralatan sangat baik.
Program kali ini menmbahkan lagi hubungn erat antara guru dan pelajar.

Sunday, June 27, 2010

Solar Car Race

Pada 26 Jun telah berlangsung pertandingan kereta solar di SMSJ sempena Festival Sains & Teknologi Sekolah Menengah daerah Kluang 2010.. Pendaftaran bermula jam 8 pagi dimana peserta yang terlibat mendaftar untuk mencabut nombor giliran.. Pasukan SMSJ telah mendapat giliran ke-4.. Kemudian, kesemua pasukan membuat persiapan di meja masing-masing.. Sebanyak 9 buah sekolah mendaftar untuk pertandingan kereta solar ini.. Acara dimulakan dengan taklimat oleh pengelola program mengenai peraturan & syarat pertandingan.. Selepas itu, kereta solar setiap peserta di uji nilai voltan, arus dan kuasa supaya tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan.. Setelah selesai, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan mengenai projek kereta solar kepada juri penilai..

Setelah selesai persembahan, acara yang dinanti iaitu perlumbaan kereta solar bermula.. Matahari pada hari ini sangat sesuai dan acara dimulakan dengan lancar.. Pada perlumbaan saringan, SMSJ dalam kumpulang B telah terpilih ke peringkat akhir.. Secara keseluruhannya, pasukan SMSJ mendapat tempat ketiga, pasukan SM Vokasional Kluang tempat kedua & SM Jln Mengkibol tempat pertama.. Selesai penyampaian sijil, pasukan pemenang terus ke SM Sultan Abdul Jalil untuk acara penutup & penyampaian piala..


Taklimat kepada peserta mengenai syarat pertandingan..

Hakim menilai kereta solar peserta..

Pasukan Solar Rangers..

Hakim pertandingan serta juri pencatat masa..


Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/06/solar-car-race.html


Friday, June 25, 2010

SBPI JEMPOL. KEM IBADAH HAJI .



Minggu yang lepas telah diadakan kem ibadah haji dan sembelihan untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Kem ini diadakan bertujuan untuk memberikan perkara amali tentang ibadah haji dan juga sembelihan. Pada masa kem ini berlangsung juga pelajar dapat melakukan ibadah bagaikan dalam keadaan sebenar seperti bermalam di mina, tawaf, melontar dan bertahalul. Kem ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama dan juga LDP kepada guru.

HARI BERTEMU PELANGGAN SBPI JEMPOL



SBPIJ , 4 JUN 2010 - SBPI Jempol Batu Kikir, telah berlangsung Hari Bertemu Pelanggan selepas perperiksaan pertengan tahun. Progarm ini diadakan sebelum cuti sekolah bertujuan memberi ruang masa yang cukup kepada penjaga memberi yang terbaik kepada pelajar sebelum PMR dan juga SPM.

Ini juga memberi peluang kepada guru untuk bertemu dengan penjaga dan berbincang mengenai keputusan dan juga kaedah yang terbaik untuk pelajar.

Thursday, June 24, 2010

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan.










































24 Jun 2010, SBP Integrasi Jempol - Hari ini telah berlangsungnya Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan. Forum ini disertai oleh 8 buah sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan. Sedikit gambaran awal sepanjang Forum berlangsung.

Sunday, June 20, 2010

Ragbi SMSJ : Road to Singapore

Seramai 3 orang guru & 36 orang pelajar ke Greenridge Secondary School di Singapura pada 5 jun 2010.. Ini merupakan program pengantarabangsaan ragbi iaitu Road to Singapore diantara SM Sains Johor & Greenridge Secondary School, Singapore..


Keputusan perlawanan, SMSJ telah memenangi ke empat-empat perlawanan bawah 15 dan bawah 18.. Keputusan penuh :

* U15 - 20-0, 35-5
* U18 - 30-5, 35-10

Lawatan di galeri Greenridge Secondary School..

Sesi pemanas badan & perlawanan..

Friday, June 11, 2010

PASUKAN BOLA KERANJANG SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA MENJUARAI HKSBP 2010








Pasukan Bola Keranjang SSP yang lebih dikenali dengan nama SCUD berjaya mengekalkan KEJUARAAN dalam Pertandingan Bola Keranjang (Perempuan), Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) yang berlangsung di SMS Pasir Puteh, Kelantan pada 1-4 Jun 2010. SSP menewaskan SERATAS dalam pertandingan pertama dengan mata (88-25), seterusnya menewaskan SESMA (75-30), menewaskan SEMESTI (89-15) dan akhirnya menewaskan SMS Kuching (73-30) untuk muncul sebagai Johan Kumpulan. Pada peringkat separuh akhir, SSP berjaya menewaskan TKC (80-29) untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir. Pada perlawanan akhir, SSP bertemu dengan pasukan Dynamites (STF) yang mana keputusan akhirnya ialah SSP menang (56-32) yang menobatkan SSP sebagai JUARA untuk kesekian kalinya. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak khususnya Presiden dan AJK ALUMNI SSP yang sudi hadir menyaksikan perlawanan pada peringkat separuh akhir.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA KE JAWA TENGAH, INDONESIA

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menganjurkan Program Pengantarabangsaan ke Jawa Tengah, Indonesia pada 13-20 Jun 2010. Delegasi seramai 32 orang guru, murid dan staf sokongan akan berlepas ke Yogyakarta pada Ahad, 13 Jun 2010 jam 9.15 pagi menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia. Program di Jawa Tengah akan melibatkan program di Yogyakarta, Purworejo dan Magelang. Delegasi pelawat akan melawat dua buah universitas di Yogyakarta iaitu Universitas Gadjah Mada dan Universitas Muhammadiyah khususnya bagi mendapatkan informasi lanjut mengenai Fakultas Kedoktoran.

Program yang melibatkan Sekolah Angkat SSP iaitu SMAN 1 Purworejo akan bermula pada Isnin, 14 Jun 2010 iaitu Program Perasmian LUSTRUM (Perayaan Sambutan 60 Tahun). Pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun oleh SMAN 1 Purworejo untuk delegasi pelawat termasuk aktiviti akademik, kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti yang lain. Murid-murid akan menyertai program Homestay sepanjang masa berada di Purworejo. Delegasi juga akan menyertai lawatan dan aktiviti-aktiviti lain seperti lawatan ke SMA Taruna Nusantara (Sekolah Berasrama Penuh milik Yayasan ABRI), lawatan ke Candi Borubudor, pusat-pusat kerajinan tangan seperti batik dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut akan dikemas kini selepas kembali ke Malaysia.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA KE ITALY












Sekolah Seri Puteri Cyberjaya (SSP) bersama-sama Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin menganjurkan Program Pengantarabangsaan Ke Rome, Italy pada 11-18 Jun 2010. Delegasi seramai 27 orang yang terdiri daripada guru dan murid akan berlepas ke Rome pada jam 9.00 malam, 11 Jun 2010 menggunakan pesawat Qatar Airways. Murid-murid akan menyertai HOMESTAY PROGRAM AT ISTITUTO TECNICO STANISLAO CANNIZZARO COLLEFERRO & UNESCO HERITAGE DISCOVERY PROGRAM IN ROME, ITALY. Delegasi selamat tiba di KLIA pada Sabtu, 19 Jun 2010.