Monday, May 31, 2010

AKSYAA SRIKANDI PERTAMA SEMESRA KE PERINGKAT KEBANGSAAN-MTQ






AKSYAA ATHIRAH BT MOHAMMAD AMRAN SRIKANDI PERTAMA SEMESRA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN DAERAH REMBAU DALAM PERTANDINGAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU,TERENGGANU PADA 31 MEI - 3 JUN 2010.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TONGGAK UTAMA SEMESRA AYAHANDA PENGETUA , DATO' HAJI AZAM BIN MD ATAN ATAS SOKONGAN DAN DORONGAN YANG DIBERIKAN.
UCAPAN PENGHARGAAN JUGA KEPADA USTAZ MOHMAD ROZELI BIN YAHYA DAN SEMUA WARGA SEMESRA. SEMOGA AKSYAA ATHIRAH BERJAYA DINOBATKAN SEBAGAI QARIAH TERBAIK DALAM MAJLIS TERSEBUT. AMIN...

Sunday, May 30, 2010

SBPIKP cemerlang pada MTQ Peringkat Negeri Kedah

Pada 23 dan 24 April 2010 yang lalu, SBPI Kubang Pasu telah menghantar empat orang pelajar bagi mewakili daerah Kubang Pasu ke Pertandingan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat negeri Kedah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar. Mereka terdiri daripada wakil syarahan agama (lelaki), tilawah al-Quran (lelaki), hafazan (perempuan) dan hafazan (lelaki). Keseluruhannya, pelajar dari SBPI Kubang Pasu telah berjaya menggondol Johan dalam perujian hafazan (lelaki), tempat kedua syarahan agama (lelaki) dan tempat ketiga tilawah al-Quran (lelaki). Walaupun hanya seorang yang berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu nanti, namun kejayaan ini memberi isyarat bahawa SBPI Kubang Pasu akan serius untuk terus mara dalam pertandingan MTQ pada tahun-tahun yang akan datang. Doakan kejayaan wakil SBPI Kubang Pasu dan kontinjen Kedah dalam MTQ peringkat kebangsaan nanti.





Thursday, May 27, 2010

Program Kesenian Islam Shah Pekan




Salam satu Malaysia buat tatapan semua followers sbp koko blog. Alhamdulillah berkat usaha keras dan kerjasama semua pihak dan jawatankuasa pelaksana semua aktiviti Kesenian Islam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kemuncak program di akhiri dengan Malam Kesenian Islam yang menampilkan persembahan-persembahan hebat dari beberapa buah sekolah dari daerah Pekan dan Kuantan termasuk naib juara Festival Nasyid KPM 2009. Pelbagai genre persembahan telah berjaya memukau penonton yang hadir sekitar seribu orang bertempat di padang SHAH FC. Antara genre yang dipersembahkan ialah Dikir barat Arab, Nasyid, Marhaban dan Kompang selawat. Kesimpulannya melalui aktviti seperti ini telah berjaya menarik para sponsors untuk menghulurkan sumbangan mereka kearah membentuk akhlak dan sahsiah pelajar. Sebagai makluman perancangan baru telah dirangka dan untuk MKI Shah Pekan 2011 akan menampilkan banyak lagi persembahan hebat dan kejutan2 kepada penonton dari seluruh pelusuk daerah, InsyaAllah sama-sama kita nantikan. Wassalam

HKSBP KEBANGSAAN DI SMS PASIR PUTEH

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (HKSBP) KE-37/2010

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) peringkat kebangsaan kali ke-37, untuk tahun 2010 akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan. Program tersebut akan bermula pada 31 Mei hingga 4 jun 2010. HKSBP merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepemimpinan SBP. Tuan rumah dalam mengelolakan acara ini akan digilirkan dikalangan Sekolah Berasrama Penuh seluruh Negara. Pada tahun lepas, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menjadi pengelola program ini. Untuk tahun 2010, SM Sains Pasir Puteh telah diamanahkan menjadi pengelola.
Tuan Hj Mohd Kholil bin Mohammad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusian dan Kepemimpinan SBP, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika dihubungi memberitahu bahawa , HKSBP adalah acara tahunan yang mengandungi pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Bahas Bahasa Inggeris, Pertandingan Bola Keranjang perempuan dan Pertandingan Bola Keranjang lelaki. Bahas di SMS Pasir Puteh ini akan menentukan 4 pasukan yang akan berentap di pertandingan akhir bahas Piala Perdana Menteri yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 julai merebut Piala Tun Abdul Razak bin Husin bagi bahasa Melayu dan Piala Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bagi Bahasa Inggeris. Pada tahun ini pertandingan bahas telah ditaja sepenuhnya oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). Pihak Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM 165,000.00 kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dalam menganjurkan pertandingan bahas pada 2010 dari peringkat zon, kebangsaan hingga ke peringkat akhir.
Tuan Hj Mohd Kholil juga menegaskan bahawa piala pusingan bagi bola keranjang lelaki adalah Piala Tun Dato’ (Dr) Haji Hamdan Sheikh Tahir manakala piala pusingan bagi bola keranjang perempuan pula adalah Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab. Semasa HKSBP juga akan adakan Majlis Anugerah Cemerlang iaitu majlis penyampaiaan sijil dan hadiah kepada para pelajar SBP dan sekolah-sekolah Berasrama Penuh yang telah mencapai pencapaian tertinggi dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang 2009. HKSBP pada kali ini telah selesai diadakan diperingkat zon iaitu zon utara, zon timur, zon selatan, zon tengah, zon timur dan zon Sabah/Sarawak/Labuan (SQL). Pemenang setiap zon akan terpilih mewakili zon masing-masing untuk bertanding peringkat kebangsaan di SMS Pasir Puteh. Manakala tuan rumah, SMS Pasir Puteh layak secara automatik untuk bertanding diperingkat kebangsaan. HKSBP pada kali ini ditutup pada 4 jun 2010 dan majlis akan disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyaksikan pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang HKSBP dijalankan.



SENARAI PASUKAN BAHAS BAHASA MELAYU
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SMAP KAJANG, SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
KOLEJ TUANKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
6.
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
SELATAN
7.
SBPI KUANTAN, PAHANG
TIMUR
8.
SBPI TEMERLOH, PAHANG
TIMUR
9.
SMS LAHAD DATU, SABAH
SQL
10
SMS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

SENARAI PASUKAN BAHAS BAHASA INGGERIS
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR
TENGAH
4.
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA
TENGAH
5.
KOLEJ TUANKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
6.
SM SAINS MUAR, JOHOR
SELATAN
7.
SMS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN
TIMUR
8.
SBPI TEMERLOH, PAHANG
TIMUR
9.
SMS MIRI, SARAWAK
SQL
10
SMS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

SENARAI PASUKAN BOLA KERANJANG LELAKI
1.
MALAY COLLEGE, KUALA KANGSAR
UTARA
2.
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
UTARA
3.
SM SAINS HULU SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
SELATAN
6.
SM SAINS SULTAN MUZAFFAR SYAH, MELAKA
SELATAN
7.
SM SAINS SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU
TIMUR
8.
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KELANTAN
TIMUR
9.
SM SAINS KUCHING, SARAWAK
SQL

SENARAI PASUKAN BOLA KERANJANG PEREMPUAN
1.
SM SAINS TELUK INTAN PERAK
UTARA
2.
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING, PERAK
UTARA
3.
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA, SELANGOR
TENGAH
4.
SBPI GOMBAK, SELANGOR
TENGAH
5.
SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BHARU
SELATAN
6.
KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SERAMBAN
SELATAN
7.
SM SAINS SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU
TIMUR
8.
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN PAHANG
TIMUR
9.
SM SAINS KUCHING, SARAWAK
SQL
10
SM SAINS PASIR PUTEH, KELANTAN
TUAN RUMAH

Tuesday, May 25, 2010

Sambutan Hari Kor Kadet ke-40 Peringkat Daerah


Pada hari Rabu, 05 Mei 2010 baru- baru ini, SEMESTA telah menyertai sambutan Hari Kor Kadet Sekolah ke- 40 peringkat daerah Raub yang diadakan bertempat di SMK Gali, Raub.Majlis Sambutan Hari Kor Kadet yang ke-40 ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah, Superitendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman.Selain SEMESTA, majlis sambutan ini juga disertai oleh sekolah- sekolah seluruh daerah Raub yang lain. SEMESTA diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan perbarisan kawalan hormat. Pelbagai acara diadakan, antaranya persembahan kawad formasi, tarian 1Malaysia dan drama.

Monday, May 24, 2010

SUKAN TARA SERATAS



















FOTO NOH LASA
EDITOR ATIQAH


SAMBUTAN HARI GURU 2010 SERATAS















GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPERNA HARI GURU SERATAS










FOTO : NOH LASA
EDITOR : ATIQAH


Majlis Anugerah Cemerlang SEMESTA


Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 pada hari Khamis, 6 Mei 2010 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Besar SEMESTA. MAC2010 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia.Tujuan MAC2010 adalah untuk meraikan pencapaian dan kecemerlangan pelajar- pelajar dalam PMR dan SPM 2009 serta pelajar terbaik setiap tingkatan.MAC2010 turut memberikan penghargaan kepada guru- guru dan panitia yang mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2009.Seluruh warga SEMESTA merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuklah PIBG,guru-guru, ibu bapa, dan pelajar- pelajar.

Bowling KEBIRU SMSJ

Pada rabu 20 Mei jam 2.30 petang bertempat di pusat bowling Kluang Parade, KEBIRU telah mengadakan aktiviti bermain bowling diantara guru.. Terdapat 9 kumpulan yang terdiri dari 4 orang guru setiap kumpulan.. Aktiviti seperti ini dijalankan bagi merapatkan ukhwah diantara guru-guru SMSJ.. Namun, yang menang tetap mendapat hadiah berupa hamper dan cenderamata.. Kesimpulan daripada keputusan ini, pemain terbaik bagi guru lelaki jatuh kepada En. Basir manakala guru wanita pula cikgu Norziatulhana..

Pautan : http://mysmsj.blogspot.com/2010/05/bowling-kebiru.html

Sunday, May 23, 2010

Pertandingan Bahas Antara Rumah Kali Ketiga SBPIKP

Pada 11 April - 10 Mei 2010, pertandingan Bahas Antara Rumah Kali Ketiga SBPI Kubang Pasu telah dijalankan. Pertandingan yang melibatkan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu dianjurkan oleh Orators' League (Kelab Pengucapan Awam) SBPI Kubang Pasu. Pertandingan tersebut ialah pertandingan tahunan bagi merebut Piala Hajah Rubiyah bagi Bahas Bahasa Melayu dan Piala Bibi Sabariah bagi Bahasa Inggeris. Pertandingan yang dijalankan secara liga itu menyaksikan setiap rumah menghantar dua pasukan bagi setiap kategori.


Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SBPIKP, En. Baharudin bin Osman pada 13 Mei 2010 bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kali Keenam. Johan bagi Bahas Bahasa Melayu jatuh kepada Rumah Saidina Othman sementara Naib Johan disandang oleh Rumah Saidina Ali. Sementara itu, pertandingan bahas Bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Rumah Saidina Umar dan Naib Johan pula disandang oleh Rumah Saidina Othman. Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi Bahas Bahasa Melayu ialah Amirah bt Kamal Azizi sementara bagi Bahas Bahasa Inggeris, Ahmad Mahfuz bin Mohd. Zulkifli.

Diharapkan pertandingan ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang demi melahirkan pelajar yang pantas berfikir dan berkomunikasi.



Saturday, May 22, 2010

SEMSAS TUAN RUMAH PENGELOLAAN PERTANDINGAN RAGBI MSSD DAERAH KUANTAN 2010

Walaupun dalam suasana gawat aktiviti kokurikulum tetap berjalan di peringkat MSSM dan SBP.
Pada 5 Mac hingga 8 April yang lalu SEMSAS sekali lagi diberi tanggungjawab Mengelolakan pertandingan ragbi MSSD. Kejohanan tersebut disertai 9 pasukan bawah 18 dan 5 pasukan bawah 12. Pusingan pertama pelawanan tersebut dijalankan secara liga . Manakala pusingan kedua dijalankan secara kalah mati. Bagi pasukan bawah 18, pertandingan akhir menyaksikan pertarungan sengit di antara SEMSAS dengan SBPIK dengan kesudahan SEMSAS tewas dengan 5-9 ditangan SBPIK.
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan PPD.Yang menarik perhatian kami bahawa pertandingan tersebut dihadiri oleh anakanda Tengku Mahkota Pahang.



Sekolah-sekolah terlibat:

Bawah 18 Bawah 12
SEMSAS SK BESERAH
SMK TEKNIK SK FAKIH
SABS SK BALOK
SBPI KUANTAN SK BATU TIGA
MRSM
SMK SERI MAHKOTA
SMK VOKASIONAL
SMK HAJ.KALSOM KTN

Keputusan Pertandingan:
Ragbi bawah 18 : Johan SBPIK
N.Johan SEMSAS
Ketiga SMKHK

Ragbi Bawah 12 : Johan SK. Batu Tiga
N.Johan SK. Balok

SEMSAS TUAN RUMAH PENGELOLAAN RAGBI MSSD 2010

Friday, May 21, 2010

Kembara SAMURA 2010


Program Pengantarabangsaan adalah salah satu elemen yang dapat memantapkan kecemerlangan pendidikan seseorang. Kecemerlangan sebegini adalah diperlukan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan saja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan berani menghadapi dunia luar dan sanggup bersaing di peringkat antarabangsa.


Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 2010 membuka langkah untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar ke VIETNAM (7-10 Jun 2010), SINGAPURA (1 Julai 2010), PERTH, ASUTRALIA (15-18 Julai 2010) dan BRUNEI DARUSSALAM (1 November 2010) Program ini berteraskan Sejarah, Bahasa Dan Kebudayaan yang melibatkan guru dan pelajar ke dua-dua negara. Guru-guru dan pelajar-pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancangan bersama termasuk aktiviti kebudayaan dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah.


Rasional program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan komuniti antarabangsa dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru SM Sains Muar dengan memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung, tinggal bersama-sama keluarga angkat, membuat persembahan kebudayaan, membentangkan bahan projek di khalayak antarabangsa, membuat perbandingan tentang sistem pendidikan, sejarah, agama dan sosiobudaya sesebuah negara serta menjalinkan kerjasama dua hala dan perkongsian pintar serta kepakaran guru-guru antara kedua-dua buah sekolah dan institusi untuk menjadikan SM Sains Muar menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi .


Seramai 78 orang peserta akan menyertai Program ini iaitu VIETNAM (20 orang), SINGAPURA (38 orang), PERTH, AUSTRALIA (10 orang) dan BRUNEI DARUSSALAM (10 orang). Peserta terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Program dan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


Program ini diharap dapat memberi manafaat kepada guru dan pelajar yang menyertai program ini. Perbandingan berkaitan soiobudaya diharap akan membuka mata mereka untuk menilai dan menghargai apa yang mereka miliki. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkat dan memantapkan lagi sahsiah dan patriotisme mereka. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak menyertai program ini nanti.

Thursday, May 20, 2010

Malam Gema Budaya SBPIKP kali Keempat



Pada 12 Mei 2010 yang lalu, bertempat di Dewan al-Ghazali, Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian SBPI Kubang Pasu telah menganjurkan Malam Gema Budaya 2010. Program kali keempat ini telah dijayakan oleh Kelab-kelab Kebudayaan dan Kesenian SBPIKP. Selain Kelab Drama, Kelab Dikir Barat, Persatuan Bahasa Mandarin dan Pendeklamator Puisi Sekolah turut mengambil bahagian. Program ini dijayakan oleh pelajar-pelajar 5 Ikram sebagai pengurus program dengan Cik Normala Hashim sebagai penasihat utama projek dan dibantu oleh Encik Ariffin bin Salleh. Persembahan ini dihadiri oleh tuan Pengetua SBPIKP, En. Baharudin bin Osman dan PK HEM, En. Malek bin Abu Hassan selain guru-guru Kanan dan guru-guru SBPIKP selain para pelajar sendiri. Persembahan yang dijalankan ialah deklamasi puisi, dikir barat, drama bahasa Inggeris, dan persembahan tarian kipas Cina. Persembahan ini mendapat respons yang sungguh positif daripada para pelajar dan guru, sehingga masa dua jam yang diperuntukkan terasa begitu singkat. Semoga warga SBPIKP akan terus menghayati seni dan budaya warisan sebagai satu gaya hidup mereka, selari dengan tema Malam Gema Budaya IV : Semarakkan Budaya, Kukuhkan Jati Diri!




Bulan Bahasa SBPIKP Kali Keenam





Bukit Kayu Hitam, 18 Mei - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (SBPIKP) telah mengadakan Sambutan Bulan Bahasa SBPIKP Kali Keenam. Sambutan yang dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, En. Baharudin bin Osman pada 11 April 2010 itu dibahagikan kepada 4 minggu; Minggu Bahasa Melayu (11-17 April), Minggu Bahasa Arab (18 - 23 April), Minggu Bahasa Inggeris (25 - 30 April), dan diakhiri oleh Minggu Bahasa Antarabangsa [Jepun, Perancis & Mandarin] (2 - 8 Mei). Majlis penutupan rasmi pula diadakan pada 13 Mei 2010 di Dewan al-Ghazali. Pelbagai program diadakan selama sebulan bagi merealisasikan tema Bulan Bahasa Keenam : Kuasai Bahasa, Takluki Dunia. Antara program ialah kuiz pagi, sukan rakyat, pertandingan nasyid bahasa Arab, sajak bahasa Jepun, Koir Bahasa Inggeris (kategori Lelaki & Perempuan), Pertandingan membina ayat Bahasa Perancis, dan pertandingan catur Cina. Diharapkan sambutan Bulan Bahasa kali ini mampu mencapai matlamatnya : membudayakan bahasa melalui pemahaman budaya!