Sunday, February 21, 2010

Majlis Mawaddah 1 KUSESS 2010


Mawaddah kali pertama di KUSESS diadakan bagi memberikan momentum dan motivasi awal kepada pelajar terutama Tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi PMR dan SPM 2010. Majlis ini dihadiri oleh setiap pelajar PMR dan SPM bersama dengan ibubapa masing-masing. Sambutan ibubapa amat mengejutkan dan Dewan Prima dipenuhi oleh hadirin yang datang untuk mendengar ucapan Pengetua dan seterusnya sesi ceramah oleh Tn Hj Kholil. Majlis ini diadakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada guru, ibubapa dan pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama yang erat bagi memastikan pencapaian yang gemilang untuk PMR dan SPM 2010 di KUSESS.

Friday, February 12, 2010

Majlis Perlantikan MPP dan Ketua Pelajar KUSESS 2010


Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan mengenengahkan MPP KUSESS 2010 yang merupakan satu organisasi terpenting dalam membentuk dan memperkasakan jati diri pelajar KUSESS. Majlis diadakan di Dewan Prima Kusess sejurus selepas selesai sesi penyampaian hadiah Pertandingan Merentas Desa. Dengan rasminya, Ketua Pelajar juga telah diumumkan iaitu:

KP Lelaki: Sdr Mohd Najmi b Abd Rahman
KP Perempuan: Sdr Siti Qaniah bt Abd Rahman

Pertandingan Merentas Desa KUSESS 2010


Tahniah kepada Rumah Perdana selaku juara keseluruhan Pertandingan Merentas Desa KUSESS 2010. Tempat kedua dan ketiga ikikuti oleh rumah Satria dan Wira masing-masing manakala rumah Waja di tempat keempat. Acara berlangsung dimulai dengan taklimat ringkas oleh Penyelaras Pertandingan iaitu En Izmayudi dan seterusnya ucapan semangat oleh Pengetua di Dataran Gemilang KUSESS. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Prima KUSESS.

Thursday, February 11, 2010

Kejohanan Olahraga SMSTSSS kali ke-33

Tanggal 11 Februari 2010 merupakan salah satu hari bersejarah bagi SMSTSSS. Kejohanan Olahraga SMSTSSS kali ke-33 diadakan untuk pelajar-pelajar menonjolkan bakat dalam olahraga. Majlis dimulakan dengan ketibaan Tetamu Kehormat iaitu Encik Mohammad Jamil bin Osman, Ketua Unit Kokurikulum JPN. Majlis dimulakan dengan lintas hormat daripada pasukan Pancaragam, diikuti Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap Malaysia, Pandu Puteri, Puteri Islam dan rumah-rumah sukan iaitu Delima, Mutiara, Nilam dan Zamrud.



Majlis diserikan dengan persembahan Pancaragam serta beberapa persembahan daripada pelajar-pelajar. Acara dimulakan dengan acara balapan serta diakhiri dengan acara tarik tali untuk pelajar. Para guru serta staf sokongan tidak terkecuali dari mengambil bahagian dalam acara 4x100m (L), 8x25m (P) dan acara tarik tali.



Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah untuk para pemenang.Berikut merupakan keputusan akhir Kejohanan Olahraga SMSTSSS
  1. Delima 216
  2. Nilam 176
  3. Zamrud 156
  4. Mutiara 153

Wednesday, February 10, 2010

Larian Siber 2010 - Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
























































Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya menganjurkan 'Larian Siber 2010' bertempat sekitar Cyberjaya pada Sabtu, 6 Februari 2010 dengan jarak larian sejauh 5.4 KM. Larian Siber 2010 bermula pada jam 8.30 pagi yang dilepaskan oleh Y.Bhg. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Naib Yang Dipertua PIBG. Dua kategori dipertandingkan iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Rumah Emerald menggungguli Larian Siber 2010 dengan pungutan mata sebanyak 569 mata diikuti rapat oleh Rumah Sapphire dengan pungutan mata 537. Rumah Topaz berjaya mengumpul 493 mata manakala Rumah Ruby memperolehi 470 mata. Hadiah-hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Puteri pada jam 10.30 pagi. Cik Rokiah Binti Abdullah, Pegawai Unit Sukan & Kokurikulum BPSBPSK hadir mewakili BPSBPSK. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua murid/guru/staf yang membantu menjayakan Larian Siber 2010. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh PDRM IPD Sepang dan Balai Cyberjaya serta Majlis Perbandaran Sepang atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha memastikan keselamatan murid-murid dan para petugas. Semoga bertemu lagi untuk 'Larian Siber 2011'.

Monday, February 08, 2010

RUMAH PENDEKAR MENJUARAI KEJOHANAN LARIAN JALANRAYA SMSS TAHUN 2010
















Februari,6 - Rumah Pendekar telah membuktikan kehebatannya apabila muncul sebagai johan keseluruhan Kejohanan Larian Jalan Raya Sekolah Menengah Sains Selangor bagi tahun 2010 yang telah diadakan pagi tadi di Tasik Permaisuri. Naib Johan disandang oleh Rumah Panglima diikuti oleh Rumah Perwira dan Pahlawan. Terdapat 6 kategori telah dipertandingkan iaitu bawah 13 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim iaitu Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR MELALUI PROGRAM 'ZERO DUSTBIN' DI SMSS









Februari, 8 - Program 'Zero Dustbin' yang menjadi salah satu aktiviti utama dibawah Kelab Kebitaraan Sains Sekolah Menengah Sains Selangor kini secara rasminya telah dilancarkan pagi tadi setelah hampir sebulan program tersebut dilaksanakan.


Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shari bin Ahamad Junid, Pengurus Kawasan DBKL Bandar Tun Razak sambil disaksikan oleh pengetua SMSS, Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim, guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar-pelajar SMSS.


Melalui program ini pihak sekolah tidak menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan blok akademik dan blok asrama sebaliknya hanya dua kawasan utama pembuangan sampah disediakan iaitu berhadapan blok USM dan di belakang Dewan Makan.


Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar, guru-guru, staf sokongan serta ibubapa pelajar melalui PIBG sekolah.


Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim semasa ucapannya menegaskan bahawa selain daripada menyokong usaha kerajaan dalam memelihara alam sekitar program ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif untuk pelajar terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Tuan Haji Shari bin Ahmad Junid pula dalam ucapan perasmiannya memuji langkah yang diambil oleh pihak sekolah dalam mendidik para pelajar tentang pentingnya penjagaan alam sekitar di peringkat usia muda ini. Beliau juga mencadangkan agar program ini didokumentasikan dengan baik agar dapat menjadi rujukan pihak DBKL pada masa hadapan.


Justeru itu kepada seluruh warga SBP yang bakal berkunjung ke SMSS kelak, jangan terkejut sekiranya anda tidak menjumpai tong sampah di segenap ceruk kawasan sekolah ini dan berhati-hati agar anda tidak didenda kerana membuang sampah merata-rata.

Friday, February 05, 2010

LARIAN INTEGRASI 2010 SBPI SABAK BERNAM





LARIAN INTEGRASI KE - 8

SBPI SABAK BERNAM




SBPI Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan Larian Integrasi ke -8, pada 29 Januari 2010. Larian Integrasi ialah acara tahunan. Larian ini terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki 1 dan perempuan 1 ( tingkatan empat dan tingkatan lima ), manakala lelaki 2 dan perempuan 2 ( tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga ). Jarak larian ialah 9- 10 km ( lelaki 1 ), 7- 8 km ( perempuan 1 dan lelaki 2 ) dan 5 – 6 km ( perempuan 2 ). Seramai 478 peserta ( tingkatan satu hingga tingkatan lima ) telah mengambil bahagian dalam larian ini. Para peserta dibahagikan kepada empat rumah sukan iaitu Radon ( Biru ), Helium ( Merah ), Kripton ( Kuning ) dan Xenon ( Hijau ).

Para peserta telah dilepaskan oleh Tuan Hj. Shaharudin bin Hj. Mydin, Pengetua Cemerlang, SBPI Sabak Bernam. Hadiah – hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj. Amir bin Berau ( PK HEM ), Tuan Hj. Ahmadi bin Abas ( PK ) dan Tuan Hj. Shaharudin bin Hj. Mydin, Pengetua Cemerlang, SBPI Sabak Bernam. Keputusan keseluruhan kejohanan pada tahun ini telah dimenangi oleh rumah Radon, Naib Johan dimenangi oleh Xenon, ketiga rumah Kripton dan keempat rumah Helium.

Thursday, February 04, 2010

SMSS SEBAGAI SEKOLAH TERBAIK PENGURUSAN SUKAN MSSMKL 2009




3 Februari 2010 - Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Sekolah Terbaik Pengurusan Sukan (Kategori Sekolah Menengah) bagi tahun 2009 pada Majlis Juara-Juara dan Anugerah Sukan MSSMKL 2008/09 yang telah diadakan Oditorium Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Pengiktirafan ini merupakan satu hadiah kepada seluruh warga SMSS diatas prestasi cemerlangnya dalam aspek pencapaian dan pengurusan sukan dalam setiap kejohanan sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur sepanjang tahun 2009.



Selain itu, dalam majlis yang sama Sekolah Menengah Sains Selangor yang juga merupakan Pengerusi Permainan Zon Pudu turut dipilih sebagai Pengerusi Zon Terbaik (Kategori Menengah).



Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, iaitu Encik Mohamad Azman kepada Tuan Pengetua SMSS, Tn Hj Nor Paizin bin Ibrahim. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Sulaiman Wak, Pengarah Pelajaran JPWP, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor serta pegawai-pegawai dari Unit Sukan JPWP.


Turut membuat persembahan pada majlis tersebut ialah pasukan Gemelan Sekolah Menengah Sains Selangor yang juga merupakan salah satu kebitaraan SMSS.



Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong kepada pencapaian yang lebih baik sepanjang tahun 2010 ini.

Kejohanan Merentas Desa SM Sains Teluk Intan 2010











Pada 23 Januari 2010 (Sabtu), SM Sains Teluk Intan (SEMESTI) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Edisi ke-8. Kejohanan tersebut telah diadakan disekitar kawasan sekolah dan Ladang Jenderata. Dalam kejohanan itu, rumah Omega telah menjadi johan keseluruhan dengan markah terkumpul sebanyak 309 mata, diikuti rumah Sigma 287 mata, rumah Delta 282 mata dan rumah Theta 281 mata.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2010 SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN




Kejohanan Merentas Desa Peringkat sekolah telah diadakan Pada 22 Januari 2010 sebagai aktiviti tahunan sekolah. Pelajar mula berkumpul di padang SEMSAS dan dimulakan dengan aktiviti perhimpunan pagi serta taklimat kepada peserta. Selesai perhimpunan pagi acara memanaskan badan dilakukan yang dikendalikan oleh ketua-ketua rumah sukan dengan aktiviti senaman beramai-ramai.
Tepat jam 8.00 pagi acara dimulakan. Tuan pengetua telah melepaskan peserta larian yang didahului oleh kategori Lelaki A,B dan C. Sepuluh minit kemudian giliran peserta perempuan pula dilepaskan.
Dengan berbekal ketahanan mental dan kecergasan fizikal yang tinggi pelajar telah berjaya menamatkan larian masing-masing tanpa sebarang kecederaan. Tepat jam 10.00 pagi acara penyampaian hadiah dijalankan. Semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh semua peserta ketika acara penyampaian hadiah dijalankan menjadikan suasana kejohanan bertambah ceria dan meriah. Keputusan pertandingan seperti berikut:



KEPUTUSAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2010


JUMLAH MARKAH RUMAH



JOHAN MERENTAS DESA 2010 COSMOS 354 EMAS


NAIB JOHAN SOYUZ 349 PERAK


KETIGA SKYLAB 319 GANGSA


KEEMPAT APOLLO 306




-