Thursday, November 19, 2009

JOGATHON MENAMBAH DANA PIBG SEMSAS

Pada 16 Oktober 2009 baru-baru ini Sekolah Menengah Sains Sultan haji Ahmad Shah, Kuantan dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan LARIAN JOGATHON PIBG 2009 KALI KE-3 bagi tujuan menambah dana PIBG.Larian tersebut bermula di dataran akhlak dan berakhir di astaka SEMSAS.Di antara objektif larian tersebut ialah:
· Menambah dana PIBG untuk kecemerlangan akademik seperti seminar dan kem
kemerlangan

· Menambah buku di pusat sumber

· Membantu kegiatan kokurikulum seperti sukan dan permainan,unit beruniform,kelab

dan persatuan dan lain-lain kegiatan atau kemudahan berkaiatan.

· Membantu meningkatkan keindahan dan kebersihan sekolah melalui program keceriaan.

· Membantu pelajar-pelajar miskin dalam mendapat kemudahan pembelajaran dan
pembelanjaan pendidikan yang penting.

· Membolehkan EXSAS membantu PIBG dalam menjalankan aktiviti kecemerlangan
pejalar.


PK KOKU
SEMSAS

Tuesday, November 17, 2009

Keputusan Rasmi Sistem Rumah KUSESS 2009


1. Rumah Terbaik Akademik : Perdana
2. Rumah Terbaik Kokurikulum :Wira
3. Rumah Terbaik Sahsiah : Perdana
4. Rumah Terbaik 3K : Waja
5. Kapten Rumah Terbaik Putera : Haqimi bin Abdul Ghani (Wira)
6. Kapten Rumah Terbaik Puteri : Nabihah binti Bahari (Waja)
7. Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Perdana
8. Naib Johan Rumah Terbaik Keseluruhan : Wira
9. Tempat Ketiga Rumah Terbaik Keseluruhan : Waja
10. Tempat Keempat Rumah Terbaik Keseluruhan : Satria

Hari Anugerah Q 2009

"http://1.bp.blogspot.com/_8g8iUaC786U/SwIlsEUA_FI/AAAAAAAAAjI/T2tvY9tsZkQ/s1600/DSC01050.JPG">

Pada 6 November 2009 yang lalu, SokSek mengadakan Hari Anugerah Q khusus kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.Ini sebagai penghormatan kepada mereka yang menjulang nama sekolah di persada aktiviti kokurikulum.

Majlis ini dirasmikan oleh jemputan khas dan di iringi oleh PK Kokurikulum.Majlis di mulai dengan bacaan doa dan di sajikan dengan persembahan multimedia dari Briged Multimedia SokSek.Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sijil kepada pelajar yang mencapai pencapaian kokurikulum yang cemerlang.

Majlis tidak menjadi bosan kerana kumpulan Pancaragam SokSek menyajikan penonton dengan persembahan istimewa dari kumpulan `Junior Band` serta `SokSek Band`.Kugiran SokSek juga turut menyediakan persembahan yang tidak membosankan.

Majlis dituruti dengan sedikit jamuan ringan serta cabutan bertuah untuk guru, staf serta peserta.Multimedia SokSek menyediakan foto-foto pelajar yang menaikkan nama SokSek:

SBP ZON TIMUR BERJAYA MENDAKI GUNUNG TAHAN

Pada 8 hingga 15 November 2009 SBP Zon Timur telah menganjurkan satu aktiviti lasak di bawah Pengelolaan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahamad Shah Kuantan.Kos Pembiayaan aktiviti tersebut ditanggung sepenuhnya daripada Bahagian Pengurusan Sekolah berasrama Penuh dan Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setiap sekolah diminta menghantar empat orang pelajar dan seorang guru untuk bersama-sama menyertai aktiviti tersebut.Disaat akhir SBP dari Kelantan dan Terengganu menarik diri kerana banjir.Jumlah penyertaan seramai 47 orang termasuk 12 orang guru. Sekolah-sekolah yahg terlibat ialah SEMSAS,SBPIK,SBPIT,SBPIP.SEMESTA.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh FREEZONE OUTDOOR & TOURS .Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Merangkap Pengerusi JK Pengelola kepada Program tersebut.













PK KOKU
SEMSAS

Monday, November 16, 2009

Kem Kepimpinan Kokurikulum di Pulau Aman, Batu Kawan, P.Pinang










Pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 yang lalu, SMS Tun Syed Sheh Shahabudin mengadakan kem kepimpinan bertujuan untuk mendidik peserta menjadi seorang pemimpin berkaliber dalam kokurikulum mahupun kehidupan seharian.


Aktiviti yang di jalankan di Pulau Aman dikendalikan oleh MNPA Adventures.Banyak aktiviti dijalankan seperti `repelling`, `jungle trekking`, `rafting` dan lain-lain.Walaupun banyak aktiviti luar dijalankan, namun para peserta tetap cekal menjalani ceramah yang berkaitan dengan kepimpinan kokurikulum.



Kem yang dijalankan selama 3 hari kebanyakkannya mencabar fizikal peserta.Walaupun aktiviti yang berlangsung menyeronokkan, namun peserta bukan sahaja dapat pengalaman baru tetapi mendapat sesuatu ilmu dan kemahiran dalam kehidupan seharian.Kebanyakkan aktiviti menguji kerjasama peserta dalam kumpulan serta kemahiran berkomunikasi untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Di sini, pihak SokSek mencoretkan beberapa memori yang tidak dapat dilupakan:-

Friday, November 13, 2009

Pertandingan robot Pasca PMR KUSESS 2009



Pertandingan ini dihakimkan oleh En Ibrahim Kadri dan Saudara Syamil. Walaupun kesuntukan masa namun azam yang ditunjukkan begitu tinggi. Pada yang menang, tahniah diucapkan dan pada yg gagal jangan pula berputus asa. Lokasi pertandingan ialah di makmal sains 3. Pertandingan ini menggunakan robot dari lego NXT. Pertandingan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman berkenaan robotik kepada pelajar.

Perkhemahan Unit Beruniform KUSESS 2009


Perkhemahan disertai oleh semua pelajar tingkatan 1 dan diadakan di Garaj Kereta Guru. Perkhemahan dikendalikan oleh pelajar tingkatan 4. Pada petang ini diadakan sesi membuat cheers.
Saksikan gambar dan video dibawah.

Mesyuarat Kejurulatihan Sukan, Bahas dan RnD Zon SQL

Mesyuarat Kejurulatihan Sukan, Bahas dan RnD Zon SQL telah diadakan pada 09 Nov hingga 12 Nov 2009 di Manikar Beach Resort, Labuan.
Peserta yang terlibat merupakan guru-guru dari zon SQL iaitu seramai 35 orang yang terdiri daripada guru-guru permainan dan bahas termasuk rnd.
Jurulatih Utama pula terdiri daripada guru-guru pakar yang dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini dalam bidang masing-masing.
Mesyuarat ini merupakan kesinambungan mesyuarat kejurulatihan yang diadakan untuk guru-guru di semenanjung. Ini menunjukkan bahawa BPSBPSK tidak melupakan guru-guru di zon SQL dan perkongsian ilmu ini penting supaya murid-murid SBP khususnya mendapat manfaat langsung daripada mesyuarat ini.
Terima kasih diucapkan kepasa SMS Labuan kerana menjadi urusetia mesyuarat yang telah bertungkus lumus membantu BPSBPSK dalam mengendalikan mesyuarat ini dan menyediakan padang bagi latihan praktikal mesyuarat ini.

Thursday, November 12, 2009

Pertandingan Liga Paintball Antarabangsa SBP(Zon Utara) Piala 2009


























Pada 5 hingga 6 November 2009, berlangsung Pertandingan Liga Paintball Antarabangsa peringkat SBP Zon Utara di SMS Kepala Batas.Pertandingan ini di sasarkan kepada pelajar lepasan PMR.

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin turut tidak menyisihkan diri dari pertandingan ini.SMS Tun Syed Sheh Shahabudin atau dikenali sebagai SokSek menghantar 2 pasukan paintball yang terdiri daripada SokSek A dan SokSek B.Berikut adalah nama-nama peserta paintball SokSek:- Pasukan SokSek A

  1. Nur Amirah bt Mohammad Sarif

  2. Masniza bt Abd. Aziz

  3. Muhammad Farhan b Zarman

  4. Faiz Zuhairy b Redzuan

  5. Mohammad Hafizuddin b Romli

  6. Anis Yasmin bt Razali

manakala pasukan SokSek B pula terdiri dari:-

  1. Nuramalina bt Ahmad Baharuddin

  2. Syamimi bt Rosland

  3. Ungku Zawir b Abdul Aziz

  4. Muhammad Ashraff b Mohd Yamen

  5. Mohammad Faridzuan b Mohd Fadhli

  6. Saiful Hazwan b Harris

Perlawanan paintball antara SBP Zon Utara ini turut di meriahkan dengan jemputan istimewa dari Princess Chulaborn College, Satun, Thailand.Perlawanan diadakan pada keesokan harinya.


SokSek A terletak dalam kumpulan C manakala SokSek B di dalam kumpulan B.Tentangan sengit diberikan dari setiap peserta.Perjalanan SokSek untuk merangkul juara menjadi mudah.
Pada peringkat akhir, SokSek A bertemu SokSek B.Juara dinobatkan kepada SokSek A.Disini disertakan beberapa coretan memori daripada perlawanan tersebut:-















MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANAGN KOKURIKULUM SBPI RAWANG KE 4, 2009




SBPI Rawang
11 November 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Ke 4 tahun 2009 telah berlangsung pada 11 November 2009 (Rabu) dengan jayanya.

Tetamu undangan istimewa iaitu Saudara Zulmazran Bin Zulkifli -Pemain Boling Negara telah di jemput untuk merasmikan majlis tersebut.

Seramai 50 orang pelajar dan 20 orang guru telah menerima pelbagai anugerah kokurikulum di atas pencapaian cemerlang mereka dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2009.

PK Kokurikulum SEPINTAR.

Wednesday, November 11, 2009

Robotik oleh Uniten KUSESS 2009

Aktiviti ini dijalankan di Makmal Sains 2 dan disertai oleh beberapa pelajar khas yang dipilih berdasarkan potensi mereka dalam bidang robotik. Aktiviti di jayakan dengan kehadiran beberapa pelajar Uniten yang memberikan taklimat dan tunjuk ajar kepada pelajar. Akhir sekali, pelajar akan diperkenalkan dengan cara pemasangan kit robotik dan sesi memprogramkan robot. Majlis bermula pada jam 3 dan berakhir kira-kira pada jam 5 petang.

Mini olahraga KUSESS

Mini olahraga ini diadakan khas untuk pelajar menengah rendah tingkatan 1hingga tingkatan 3. Acara yang dianjurkan ialah seperti lompat jauh, lompat kijang, balapan dan tarik tali. Acara diadakan di Stadium Daerah Kuala Selangor. Pengurus kejohanan ialah En Rozlisham di dibantu oleh guru-guru lain.

"MAJULAH SUKAN UNTUK KUSESS NUMBER ONE"

Monday, November 09, 2009

Majlis Penganugerahan Kokurikulum KUSESS 2009



Majlis Penganugerahan Kokurikulum bertujuan mengiktiraf pencapaian pelajar dalam usaha menjulang nama Kusess di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Diharapkan majlis ini dapat memotivasikan para pelajar Kusess agar lebih cemerlang dalam bidang kokurikulum. KUSESS GO FOR GOLD.

Friday, November 06, 2009

Kejohanan Bolasepak Bawah 14 tahun SBP Zon Utara











Pada 9 hingga 11 Oktober 2009, SM Sains Teluk Intan (SEMESTI) telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak Bawah 14 Tahun SBP Zon Utara Edisi Ke-10. Sebanyak 14 buah SBP Zon Utara telah mengambil bahagian. Dalam kejohanan tersebut SM Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menjadi johan dengan mengalahkan SM Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) dengan keputusan 2 - 1.

Wednesday, November 04, 2009

Hari Kokurikulum dan Anugerah Sistem Rumah KTK 2009







Pada 31 Oktober 2009, Kolej Tunku Kurshiah telah mengadakan majlis Hari Kokurikulum dan Anugerah Sistem Rumah 2009. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahgia Puan Hjh Norlia Binti Mohd Shuhaili, Timbalan Pengarah , Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam majlis ini pihak Kolej Tunku Kurshiah telah mengiktiraf para pelajar serta warga kolej yang telah mengharumkan nama kolej diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn Che Kamaliah Binti Endud, Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Tn Sheikh Yahya Sheikh Mohamad, Yang DiPertua PIBG TKC dan tetamu kehormat, Yang Berbahgia Puan Hjh Norlia Binti Mohd Shuhaili.




Tahniah dan syabas kepada para pemenang !

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SERATAS

Pada 23 hingga 25 Oktober 2009 Unit Kokurikulum SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping telah mengadakan Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform. Perkhemahan ini telah di adakan di Tapak Perkhemahan Rimba Rekreasi Kem Kaki Bukit Larut, Taiping dan telah disertai oleh 103 orang pelajar.


Tuesday, November 03, 2009

PERKHEMAHAN BERSEPADU SBP NEGERI PAHANG .







PEKHEMAHAN BERSEPADU SBP NEGERI PAHANG.



Perkhemahan bersepadu SBP negeri Pahang julung kali diadakan di Pusat KOKO JPNP Pandan .Perkhemahan ini adalah lontaran idea dan pandangan Tn.Haji Mokhtar bin Abdullah,Pengetua SBPIP ketika itu.Pandangan ini dikongsikan bersama pengetua-pengetua SBP Pahang.+

Tujuan Perkhemahan ini di ujudkan adalah semata-mata memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan empat terlibat dan memperolehi sijil di peringkat negeri.Ini memberi peluang kepada pelajar memperolehi markah koko peringkat negeri .


Dengan usaha Pengetua-pengetua dan PK KOKO SBP negeri Pahang maka pada tahun 2007 SBP negeri Pahang telah mengadakan pekhemahan Kali pertama di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.


PK.KOKU SEMSAS