Saturday, February 26, 2011

PERTANDINGAN INOVASI LUMBA BOT SEMASHUR 2011

PERTANDINGAN INOVASI LUMBA BOT SEMASHUR

1.      NAMA SEKOLAH                : SM SAINS HULU SELANGOR.
2.      NAMA PROGRAM              : PERTANDINGAN INOVASI LUMBA BOT 2011 SEMPENA 
                                                    MINGGU SAINS & TEKNOLOGI ANJURAN PANITIA SAINS DAN 
                                                    PANITIA KEMAHIRAN HIDUP  
3.      TARIKH PROGRAM            : 22 FEBRUARI 2011
4.      TEMPAT PROGRAM          : SM SAINS HULU SELANGOR
5.      PENYERTAAN                    : GURU          : 20 ORANG
                                                     MURID        : 268 ORANG ( KATEGORI SEK RENDAH & SEK MENEN
6.      IMPAK PROGRAM  :  
         
 KEKUATAN:
a.      Menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi di kalangan pelajar.
b.      Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kemajuan Sains dan Teknologi.
c.      Mempelbagaikan cara mendapatkan  ilmu.
d.      Memupuk semangat bekerjasama.
e.      Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguruskan sesuatu projek.
f.      Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dengan pelajar sekolah lain.

KELEMAHAN:
a.     Kumpulan pelajar yang terlibat terlalu besar iaitu melibatkan pelajar 
        sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Hulu Selangor sehinggakan masa yang 
        diambil terlalu lama.
b.     Beberapa buah sekolah yang lambat menerima surat jemputan bagi 
        menyertai pertandingan ini menyebabkan mereka gagal menghantar sebarang 
        penyertaan.

PENAMBAHBAIKAN:
a.      Aktiviti ini perlu dibahagikan mengikut peringkat yang lebih kecil 
         (sekolah rendah dan sekolah menengah) agar lebih teratur.
b.      Memastikan semua sekolah menerima jemputan pertandingan lebih awal 
         supaya dapat menguruskan hal-hal penyertaan pasukan dengan baik.

Disediakan oleh :
Cik Norazrina Abdul Aziz
GC Sains

laporan pertandingan inovasi lumba bot

Berikut adalah laporan berkenaan pertandingan

PROGRAM KEPIMPINAN KOKURIKULUM SEPINTAR






26/2/2011

Unit Kokurikulum SEPINTAR mengadakan Program Kepimpinan Kokurikulum di Bukit Broga Ulu Semenyih, Selangor pada 25/2/2011, seramai 30 orang pelajar (15 lelaki dan 15 perempuan) dan 6 orang guru turut serta menjayakan program tersebut.

Aktiviti yang dijalankan ialah mendaki Bukit Broga (1.7km), Aktiviti Dalam Kumpulan, Penyelesaian Masalah dan Pembentangan Hasil Perbincangan.

Wednesday, February 23, 2011

SEMINAR PENGURUSAN KELAB PUSAT SUMBER SEPINTAR



23/2/2011

Kelab Pusat Sumber SEPINTAR mengadakan Seminar Pengurusan Pusat Sumber di Perpustakaan FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan) Kepong, Selangor pada 19/2/2011.

Seminar disampaikan oleh Encik Mohamad Zaki Bin Haji Mohd.Isa Ketua Perpustakaan FRIM

KEJOHANAN GOLF MSS DAERAH GOMBAK 2011




23/2/2011

SEPINTAR menghantar penyertaan ke Kejohanan Golf Peringkat Daerah Gombak 2011 bertempat di Padang Golf SMK Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

1. Amin Asyraf Bin Mohamad Suhaimi : Tempat Ke 4 (Bawah18 Tahun Lelaki) dari 22 penyertaan
2. Munirah Najah Binti Mohamad Sade : Tempat Ke 4 (Bawah 18 Tahun Perempuan) dari 23 penyertaan.
3. Lina Dalila Binti Che Othman : Tempat Ke 6 (Bawah 15 Perempuan)

Tuesday, February 22, 2011

SMEXCEL: Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2010

A program where we've been through a lot of activities not only to test our physical fitness but to also get to know our own selves and learn to improve and change to the better. It helps us see things in new perspectives and to think wisely and rationally. It's all about team work and be success without leaving ones behind.

3 students and a teacher from SMEXCEL have participated in the competition representing Labuan to Langkawi for the national level. 

Location: De Baron Resort, Langkawi, Malaysia
Date: 24 - 28 January 2011

--

Sekolah Menengah Sains Labuan

Peti Surat 82206, 87032
Wilayah Persekutuan Labuan
Tel  +60 87 461525
Fax +60 87 462835
Website: http://www.smslabuan.edu.my
Email: smsl@smslabuan.edu.my

SMEXCEL: Johan Keseluruhan Merentas Desa MSS WP Labuan Negeri 2011

Tahniah kepada kontijen sekolah atas kejayaan menjadi JOHAN KESELURUHAN dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat negeri yang telah berlangsung pada 12 Febuari 2011 bertempat di SM Teknik Labuan. Hasil kejayaan tersebut seramai 15 orang murid sekolah ini telah berjaya terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Santubong, Kuching, Sarawak "Merentas Desa Cabaran Santubong 2011″ pada 4-8 Mac 2011.

Keputusan:

JOHAN- PASUKAN LELAKI (18)
JOHAN- PASUKAN PEREMPUAN (18)
JOHAN- PASUKAN LELAKI (15)
JOHAN- PASUKAN PEREMPUAN (15)
Semoga kontigen Negeri nanti akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang! Kokurikulum Kejuaraan Dijulang! SMEXCEL Cemerlang!

--
Rokiah Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum,

SM Sains Labuan | PPP Siswazah DG44


Sekolah Menengah Sains Labuan

Peti Surat 82206, 87032
Wilayah Persekutuan Labuan
Tel  +60 87 461525
Fax +60 87 462835
Website: http://www.smslabuan.edu.my
Email: rokabd@gmail.com

Monday, February 21, 2011

Fwd: KEJOHANAN RAGBI USM 10'S 2011



---------- Forwarded message ----------
From: zaini morad <zaini_bolan@yahoo.com>
Date: 2011/2/19
Subject: KEJOHANAN RAGBI USM 10'S 2011
To: zamsaina@gmail.com


Salam......

PASUKAN RAGBI SAINA MENGEKALKAN KEJUARAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT DI KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERBUKA SEKOLAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2011.

Pasukan ragbi Sek. Men. Sains Pokok Sena, Kedah (SAINA) sekali lagi melakar sejarah setelah muncul sebagai  Juara buat dua tahun berturut-turut di Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Terbuka Universiti Sains Malaysia bagi kategori sekolah  pada 12-13 Februari 2011 bertempat di padang Kampus Cawangan Kejuruteraan USM ,Transkrian Pulau Pinang. Pasukan SAINA dinobatkan sebagai  juara setelah berjaya menewaskan Pasukan SMK King Edward Taiping di perlawanan akhir dengan jaringan 15-7.

Suku akhir
SAINA Vs SM Teknik Taiping 10-5.

Separuh akhir
SAINA Vs SMK Anderson Ipoh 14-0.

Akhir
SAINA Vs SMK King Edward 15-7

Sebanyak 16 pasukan sekolah yang  mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu .Di antaranya ialah SMK King Edward Taiping, Kolej Melayu kuala Kangsar(MCKK) MRSM Balik Pulau.,SM Teknik Taiping, SMK Anderson, MRSM Lenggong Perak.



INSTAR : LAWATAN INOVASI KE MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO

Nama Program  : LAWATAN INOVASI KE MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO

Nama Sekolah : Sek Berasrama Penuh Integrasi Tun

 Abdul Razak, Pekan

Tarikh : 17 Februari

Tempat : KLCC, Kuala Lumpur

Guru penasihat : Mohd Fakharudin B. Mahmod

                         Khairul Anwar B. Amir

                         Mohd Hamzah B. Haliman

                         Lily Hartini Bt. Abd Ghani

Penyertaan : 36 orang pelajar Tingkata 5

Anjuran : Malaysia Association of Research Scientists ( MARS )

Objektif : Pendedahan berkenaan inovasi dan ciptaan baru penyelidik tempatan

              : Menggalakkan bidang inovasi kepada para pelajar

              : Memberikan gambaran bidang dan kursus di IPTA

              : Mengenali dengan lebih dekat Profesor dari IPTA

  : Memberikan motivasi kepada para pelajar untuk berdaya saing  

               


Friday, February 18, 2011

INSTAR : KURSUS PENGENALAN DAN PENGGUNAAN SENJATA API RIFLE M-16

Nama  Sekolah                   Sek Berasrama Penuh Intgrasi Tun Abdul Razak ( InSTAR)

Nama Program                  :Kursus pengenalan dan penggunaan senjata api Rifle M-16

Tarikh                               :16 Februari 2011

Tempat                             : Balai Harmoni InSTAR

Guru Penasihat                  : Inspektor PKP  Mohd Fakharudin Bin Mahmod

Penyertaan                        : 50 Kadet  Polis InSTAR

Objektif                            :Mengetahui sejarah pembuatan Rifle M-16

                                        : Mengetahui sejarah penggunaan Rifle M-16 oleh pasukan PDRM

                                        :Mengenal  bahagian pada senjata Rifle M-16

                                        :Mengetahui kaedah penggunaan dengan betul

                                        :Mempelajari teknik menembak dengan tepat ke sasaran

                                        :Sebagai persediaan awal sebelum Pertandingan Menembak InSTAR

                                       



Thursday, February 17, 2011

PENDEBAT SDAR DI EURASIAN SCHOOLS DEBATING CHAMPIONSHIP, TURKI

1.   NAMA SEKOLAH   :    Sekolah Dato' Abdul Razak

2.   NAMA PROGRAM  :    Eurasian School Debating Championship

3.   TARIKH PROGRAM :  27hb – 31hb Januari 2011

4.   TEMPAT PROGRAM :  Robert College , Istanbul , Turkey

5.   PENYERTAAN           :  Guru – Pn. Umi Kelsom bt Nayan

                                              Murid – 1.Abdullah Iqram bin Zulkafli

                                                           2.Abdurrazzaq bin Hazrin Faizail

                                                           3.Amirun Hamman bin Azram

                                                           4.Azizul Haziq bin Jalil

6.   PENCAPAIAN : Quarter-finalist, 7th best out 50 teams, all Malaysian speakers ranked among best 50.                                   

7.  IMPAK PROGRAM   :  memberikan pendedahan kepada pendebat dan guru dalam

                                            arena perdebatan dan penjurian dalam pertandingan peringkat dunia.

KEKUATAN :   a)   Menganalisa kes dengan baik dalam arena perdebatan,  

                           b)  Mempunyai semangat juang yang tinggi,

                           c)  Mempunyai semangat kerjasama yang utuh bagi mencapai matlamat.  

KELEMAHAN:  a) Tidak mempunyai dialek Bahasa Inggeris yang mampu mengikat hati juri.                                           

PENAMBAHBAIKAN :  a)   Berpengetahuan luas dalam arena perdebatan peringkat dunia.

 


PERTANDINGAN CATUR U15 SAINA 2011


NAMA SEKOLAH ; SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

NAMA PROGRAM : PERTANDINGAN CATUR  U-15 TAHUN SAINA

TARIKH                 : 15 FEBRUARI 2011

TEMPAT               : DEWAN SERI ANGSANA     SAINA

PENYERTAAN      : 18 PUTERI  DAN 52 PUTERA

OBJEKTIF             :  1.Mengenalpasti pelajar yang berpotensi dalam permainan catur
                               2.Menyediakan pasukan pelapis yang mantap
                               3.Memberi peluang kelab catur mengendalikan pertandingan
                               4.Memenuhi ruang waktu senggang pelajar

Pemenang  1. Muhammad Nur Fakhri Abdul Wahab
                  2. Koogulan a/l Chinnasamy
                  3. Shivesh
                  4. Amirul Muhaimin Ishak
                  5. Muhammad Asymawi Mohd Reffin

Kategori Puteri 1.Nor Ainaa Adilah Zohri
                       2.Nurafwa Ismail
                       3.Nurul Mazida Farhana Mohd Yazid
                       4.Nur Shahanim Abdul Kudus
                       5.Nurkamil Sophia Ali
 

SMESH NAIB JOHAN PERARAKAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2011

Pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal  1432 Hijrah, SMESH telah menghantar satu pasukan perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sabah.  Upacara perarakan ini turut disertai oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.  Dalam perarakan ini, SMESH telah mendapat Naib Johan Kategori Sekolah Menengah.  Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat.