Thursday, February 17, 2011

SMESH NAIB JOHAN PERARAKAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2011

Pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal  1432 Hijrah, SMESH telah menghantar satu pasukan perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sabah.  Upacara perarakan ini turut disertai oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.  Dalam perarakan ini, SMESH telah mendapat Naib Johan Kategori Sekolah Menengah.  Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat. 

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di SAINA

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011

15 Februari 2011

Sekitar SAINA

Penyertaan di sertai oleh Semua pelajar SAINA

1 Malaysia 1 Ummah

Petandingan Robotic 'Roboclinic' Anjuran SIRIM Bhd

6 orang pelajar dari KUSESS iaitu 3 orang pelajar tingkatan 4 [Team
Black Arrow] dan 3 orang pelajar tingkatan 5 [Team Kogayaki]
masing-masing telah berjaya merangkul tempat ke-3 dan tempat pertama
kejohanan robotik yang julung kali diadakan ini. Pihak SIRIM berhad
telah bertungkus lumus dalam menyediakan kemudahan dan peralatan di
SMK Seri Tanjong bagi kejohanan ini. Pelajar telah dilatih selama 5
hari berkenaan 'Embed System' dan 'Microcontroller Programming' dan
akhirnya robot yang telah diprogramkan dipertandingkan pada hari Sabtu
29 Januari yang lalu.

Tuesday, February 15, 2011

KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM SEMESRA KALI PERTAMA 2011

NAMA SEKOLAH      : SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU

 

NAMA PROGRAM     : KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM

 

TARIKH PROGRAM  : 12 Februari 2011 (Sabtu), 8.00 pagi – 4.00 petang

 

TEMPAT PROGRAM : Dewan Besar SEMESRA

 

PENYELARAS           : Cik Suriawati bt Jani (Setiausaha Kokurikulum)
PROGRAM

 

PENYERTAAN           : 99 orang pelajar terdiri daripada :

1.    Pengerusi

2.    Setiausaha

3.    Bendahari

setiap unit kokurikulum

 

KOS                            : RM 386.00

 

OBJEKTIF                  : 1. Memberikan pendedahan kepada para pelajar aspek  

      pengurusan kokurikulum berkesan

  2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan

      kemahiran dalam melakukan kerja-kerja pengurusan

  3. Membimbing para pelajar dalam aspek kerja berpasukan

 

KANDUNGAN             : 1. 10% Markah Kokurikulum – En Zaili Azmi b Mustafa Alfandi

KURSUS                      2.  Pengurusan Fail – Cik Suriawati bt Jani

                                      3. Pengurusan Kewangan – Pn Nor Aida bt Dahalan

                                      4. Pembinaan Kertas Cadangan – En Muhammad b Md Derus

                                      5. Teknik Mengendalikan Mesyuarat - En Muhammad b Md Derus

                                      6. Kemahiran Menghasilkan Minit Mesyuarat - En Muhammad b Md Derus

Friday, February 11, 2011

PAMERAN F1 IN SCHOOLS SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK SEMPENA IIUM RESEARCH & INNOVATION EXHIBITION

NAMA SEKOLAH   :  Sekolah Dato' Abdul Razak

NAMA PROGRAM :   IIUM Research & Innovation Exhibition 2011

TARIKH : 9 Februari 2011

TEMPAT PROGRAM :  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PENYERTAAN           :  Guru - 1 orang

                                         Murid - 4 orang

KEKUATAN :   1. Program dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penyelidikan sains dan teknologi.   2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar universiti dalam pameran penyelidikan.



Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.

RALUCA F1 SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK

NAMA SEKOLAH   :  Sekolah Dato' Abdul Razak

NAMA PROGRAM :   Sixth F1 in Schools  World Championships 2010

TARIKH : 18-26 Nov 2010

TEMPAT PROGRAM :  Ngee Ann Polytechnic, Singapore

PENYERTAAN           :  Guru - 1 orang

                                       Murid - 4 orang

KEJAYAAN:              a)  1st IN KNOCKOUT RACE

                                    b)  3rd IN VERBAL PRESENTATION

                                    c)  7th OVERALL STANDING

IMPAK PROGRAM   : 

     KEKUATAN :   a)   Pelajar-pelajar dapat bersaing dalam teknologi pembuatan kereta

                                      dan kejuruteraan rekabentuk.

b)    Pelajar-pelajar dilatih untuk menggunakan perisian komputer

kejuruteraan terkini.

c)    Pelajar-pelajar dapat melihat budaya-budaya daripada masyarakat

      antarabangsa melalui program makan malam silang budaya.

d)    Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik-teknik pelan pemasaran pasukan.

e)    Pelajar-pelajar dilatih untuk membentuk satu identiti pasukan

yang unggul.

    KELEMAHAN :        Pihak penganjur tidak menghantar wakil di pejabat Imigresen

                                      Singapura menyebabkan pelajar dan guru disoal siasat begitu

                                      lama kerana membawa peralatan elektrik seperti TV LCD.


Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and
always stay connected to friends.

Thursday, February 10, 2011

MESYUARAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SBP BIL 1/2011

Mesyuarat Penolong Kanan Kokurikulum SBP Bil 1/2011 telah berlangsung dari 9 Februari hingga 11 Februari 2011 di Carlton Hotel, Shah Alam. Pada kali ini Penolong Kanan Kokurikulum SBP telah hadir untuk bermesyuarat dan membuat pengundian bagi semua aktiviti sukan dan kokurikulum SBP bagi tahun 2011. Di dalam mesyuarat ini juga Majlis Penolong Kanan Kokurikulum meraikan Penolong Kanan Kokurikulum yang akan bersara iaitu Tuan Haji Muaidi Bin Idris dari SBPI Gopeng dan Tuan Haji Md Ali Bin Abdul Rahman dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Di dalam Mesyuarat ini juga telah dijalankan pelantikan Majlis Penolong Kanan SBP baru bagi sesi 2011. Tahniah diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang telah dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.



Thursday, January 27, 2011

Lawatan SEMSAS Ke Pertandingan LIGA ASIAN (Basketball)


1. NAMA SEKOLAH : SMS Sains Sultan Haji Ahmad Kuantan
2. NAMA PROGRAM : Lawatan Ke Pertandingan LIGA ASIAN (Basketball)
3. TARIKH PROGRAM : 5 Jan 2011
4. TEMPAT PROGRAM : Stadium MABA K.Lumpur
5. PENYERTAAN : GURU : 3 ORANG
PELAJAR: 30 ORANG
6. KOS (JIKA ADA) : Dibiayai oleh YB Dato' Saifuddin(Timb.Menteri Pengajian Tinggi)
7. IMPAK PROGRAM : KEKUATAN :Dapat menimba pengelaman bersama tokoh bola keranjang negara dan menyaksikan pertandingan bertaraf dunia secara langsung
KELEMAHAN: Memerlukan kos yang tinggi.

Wednesday, January 26, 2011

MALAM SANJUNG GEMILANG SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

MALAM SANJUNG GEMILANG SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

Tarikh :: 13 November 2010
Tempat : Dewan Gemilang , SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG
Tetamu VIP : En Mohd Fathullah B. Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Bah. SBPSK
                    : En. Yahya B. Zainal Abidin, Timbalan Pengarah JPN Pahang
                    : Puan Hajjah Zabedah Bt. Osman, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Pahang

Malam Sanjung Gemilang diadakan bagi menghargai usaha para pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam
bidang ko-kurikulum sepanjang tahun
   
SENARAI PEMENANG MALAM SANJUNG GEMILANG

Rumah Terbaik KESELURUHAN : SERAI ABADI
Rumah Terbaik Akademik : Serai Abadi
Rumah Terbaik Kokurikulum  : Serai  Murni
Rumah Terbaik Sahsiah : Serai Sejati
Pelajar Terbaik Keseluruhan : Muhamad Fariez Adha B. Roslan
Pelajar Terbaik Akademik : Muhamad Fariez Adha B. Roslan
Pelajar Terbaik Kokurikulum : Nur Zahidah Nadzirah Bt. Mohd Pauzi
Pelajar Terbaik Kepimpinan : Muhammad Fakhruddin B. Rahim

Anugerah Khas Guru
En. Mohd Fakharudin B. Mahmod ( Guru Inovasi dan Koordinator Kuiz Antarabangsa )
En. Shahrizan B. Shahidan ( Guru Kriket )
En. Khairil Azwar B. Razali  ( Penyel;aras CCAD dan Guru Ragbi )

Outstanding Award     
Muhammad Saifudin B. Nordin
( Excellent Award International Chemistry Quiz dan Pert. Inovasi Saisn peringkat kebangsaan )
Nurul Izzati Bt. Abdullah ( Perkhemahan Pandu Puteri Antrabangsa di Padang
Nurshahira Bt. Azaha ( Perkhemahan Antarabangsa )
Mohd Ashraf B. Ariffin ( menyertai CIMB Cobra Open )

Anugerah Kokurikulum TERBAIK  Keseluruhan : Pasukan Ragbi
Anugerah Badan Beruniform : Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Kelab dan Persatuan Terbaik : Kelab Inovasi dan Rekacipta
Anugerah Sukan dan Permainan Terbaik : Pasukan Ragbi






Sunday, January 23, 2011

LAWATAN STUDI BANDING KEPALA SEKOLAH ke SBPI KUBANG PASU

1. NAMA SEKOLAH : SBP INTEGRASI KUBANG PASU, BUKIT KAYU HITAM

2. NAMA PROGRAM : LAWATAN STUDI BANDING KEPALA SEKOLAH
MENENGAH UMUM/ MADRASAH KABUPATEN ACHEH
TENGAH

3. TARIKH PROGRAM : 19 JANUARI 2011

4. TEMPAT PROGRAM : SBP INTEGRASI KUBANG PASU, BUKIT KAYU HITAM

5. PENYERTAAN : 80 0RANG BANDING KEPALA SEKOLAH MENENGAH
UMUM/ MADRASAH KABUPATEN ACHEH TENGAH & 59
ORANG GURU SBPIKP

6. KOS :

7. IMPAK PROGRAM :

KEKUATAN
PERTUKARAN IDEA & SBPIKP MENJADI PENANDA ARAS.
CETUSAN UNTUK JALINAN ANTARA SEKOLAH SETERUSNYA
KELEMAHAN
MASA LAWATAN 3 JAM SAHAJA KERANA KELEWATAN
PENAMBAHBAIKAN
MASA LAWATAN DITAMBAH SERTA SESI DIALOG DIADAKAN.
SBPIKP MENGADAKAN LAWATAN BALAS KE ACEH.


8. GAMBAR :
a. pertukaran cenderamata
b. delegasi di bilik pengetua
c. di bilik dokumentasi
d. persembahan pelajar

terima kasih.

Monday, January 17, 2011

Kejohanan Ragbi Ansara 2011

1. Nama Sekolah : SM Sains Selangor, Kuala Lumpur.
2. Nama Program : Kejohanan Ragbi Jemputan Kebangsaan 10 sebelah ANSARA
2011 Kali ke-7
3. Tarikh Program : 15 – 16 Januari 2011
4. Tempat Program : POLISAS, Shah Alam.
5. Penyertaan : Guru : 2 orang
Pelajar : 15 orang
6. Kos : Kebitaraan
7. Impak program : Berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 2010
Johan Perdana Cup/Kategori Sekolah
Pusingan awal
SMSS (29) vs SM Tinggi Klang (0)
SMSS (32) vs SMK Seksyen 7 (0)
Suku Akhir
SMSS (19) vs MRSM Kuala Terengganu (0)
Separuh Akhir
SMSS (12) vs Sekolah Sultan Alam Shah (5)
Akhir
SMSS (12) vs STAR (0)

Thursday, January 06, 2011

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEPINTAR KE SONGKLA THAILAND






5/1/2011

Unit Kokurikulum SEPINTAR telah berjaya mengadakan Program Antarabangsa Ke Mahavajravudth School di Songkla Thailand pada 2 hingga 5 Januari 2011. Seramai 27 orang pelajar (16 orang lelaki -pemain bola sepak sekolah dan 11 orang perempuan pemain Bola Jaring) serta 5 orang guru turut serta dalam rombongan.

Hari Pertama (2/1/2011)

-Rombongan bertolak dari Stesyen Keretapi Rawang ke Padang Besar jam 10.00 malam.

Hari Kedua (3/1/2011)

-Tiba di Stesyen Keretapi Padang Besar jam 10.30 Pagi.

-Bertolak ke Stesyen Keretapi Hatyai .

-Tiba di Hatyai dan rombongan di sambut oleh Pegawai Dari Southern Border Province Administration Center (SBPAC).

-Bertolak ke bandar Hatyai untuk lawatan dan membeli belah

-Melawat Bandar Songkla dan makan tengahari di Pantai Songkla.

-Mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring dengan Sekolah Mahavajiravudth.

-Meneruskan Lawatan sekitar Bandar Songkla

-Masuk ke tempat menginap di Asrama Pejabat Pelajaran Songkla.

-Makan Malam bersama Konsulat Malaysia di Songkla.

Hari Ketiga (4/1/2011)

-Lawatan Rasmi ke Mahavajiravudth School

-Taklimat berkenaan Kurikulum / Akademik dan Kokurikulum Sekolah Mahavajiravudth.

-Sessi Dialog bersama Pentadbir Mahavajiravudth School.

-Bertolak ke Bandar Hatyai.

-Solat Zuhur di Masjid Daerah Songkla

-Membeli belah di Bandar Hatyai

-Bertolak pulang ke Padang Besar jam 5.00pm.

Hari Keempat (5/1/2011)

-Tiba di Stesyen Keretapi Rawang jam 5.00 pagi.