Friday, April 07, 2006

STF JOHAN BOLA KERANJANG HKSBP ZON SELATAN 2006

Pada 23 - 26 Mac 2006 yang lepas, HKSBP Zon Selatan telah diadakan di SBPI Mersing, Mersing, Johor. Pertandingan Bola Keranjang Perempuan telah diadakan di MRSM Mersing di mana 11 buah seolah telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu A, B dan C. Pada pusingan awal, Sekolah Tun Fatimah telah mengalahkan STJ, 66 - 8, mengalahkan INTEM, 65 - 6 dan mengalahkan SBPISelandar, 51 - 6. Di pusingan kedua STF telah mengalahkan MOZAC, 58 - 4 dan SMAPLabu, 44 - 11. D peringkat akhir, Sekolah Tun Fatimah telah mengalahkan Kolej Tunku Kurshiah, 34 - 10, sementara tempat ketiga dimenangi oleh STJ yang mengalahkan SMAPLabu, 16 - 15. Kejayaan ini amatlah membanggakan dan tercapai hasil sokongan semua pihak terutama pemain-pemain dan ALUMNI yang telah bekerja bersama-sama. Untuk kategori lelaki, SDAR telah menjadi Johan dengan mengalahkan SASER, 41 - 40 sementara tempat ketiga dimenangi oleh SMSJohor yang mengalahkan SMAPLabu. Marilah kita berdoa semoga pasukan bola keranjang Zon Selatan akan mencapai kejayaan yang cemerlang semasa HKSBP Peringkat Kebangsaan nanti di SMS Sultan Ahmah Shah, Kuantan, Pahang.

Mohd. Azman bin Awang
PK (Kokurikulum)
Sekolah Tun Fatimah

No comments: