Tuesday, April 14, 2009

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM DAN SIRKIT MEMANAH KEBANGSAAN 1 2009
















Kejohanan memanah Terbuka UUM dan Sirkit mermanah Kebangsaan telah diadakan pada 8 - 12 April 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Kejohanan ini telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila murid-murid dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berjaya meletakkan diri di dalam kelompok 10 terbaik pemanah-pemanah di Malaysia. Murid-murid SBP telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil apabila berjaya mengalahkan pemanah-pemanah yang lebih dewasa dan berpengalaman di dalam Sirkit Memanah Kebangsaan 1 2009 di Sintok Kedah.

Walaupun terpaksa berdepan dengan pemanah-pemanah negara seperti Mohd Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian, Anbarasi Subramaniam dan lain-lain murid-murid SBP telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berdepan dengan mereka. Pengalaman yang berharga bagi Ruhila Roslan dari TKC berdepan dengan Anbarasi Subramaniam, pemanah negara di dalam Olympic Round dan Muhamad Nufaiz Azmy berdepan dengan Mohd Marbawi Sulaiman. Sungguhpun tewas tetapi pengalaman yang berharga ini amat berguna bagi mereka untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka.

Untuk pengetahuan, pasukan Lelaki SBP (A) telah berjaya mendapatkan tempat ke 7 keseluruhan dan pasukan Lelaki SBP (B) tempat ke 26 dari 36 pasukan elit negara, IPTA, Pusat Latihan Berprestasi Tinggi Negeri, pasukan negeri, Sekolah Sukan dan lain-lain organisasi. Manakala pasukan perempuan SBP juga mendapat tempat ke 7 keseluruhan daripada 13 passukan. Ini menunjukkan bahawa murid-murid SBP merupakan pasukan yang perlu mereka geruni kerana mampu bersaing dengan mereka walaupun kekurangan sumber untuk latihan mereka.

Pihak BPSBPSK sedang berusaha untuk melonjakkan lagi kecemerlangan atlit memanah SBP dalam sukan memanah dengan mengadakan rundingan untuk kerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang mana ramai jurulatih memanah negeri menunjukkan minat untuk mengambil murid-murid SBP sebagai pelapis dan atlit negeri, malah jurulatih negara dan pihak MSN juga menunjukkan reaksi yang positif untuk mengiktiraf pasukan memanah SBP sebagai pelapis atlit memanah negara.

Langkah-langkah positif juga telah diambil dengan merangka latihan yang lebih sistematik dan merancang untuk membawa atlit-atlit memanah untuk bertanding di luar negara supaya kita dapat melihat pencapaian kita di peringkat antarabangsa.

2 comments:

resmipadi said...

tahniah kepada pasukan memanah SBP. terima kasih kepada en hamzany ketua unit koku sbp, en nor hisham, pengurusan pusat latihan memanah sbp di smap kajang dan semua pihak yang terlibat.
daripada: Us Nor Azam BPSH

BPSPBSK said...

terima kasih kembali kepada pelopor sukan memanah sbp.....