Wednesday, October 26, 2011

KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI KE-6 2011






Pada 21 - 23 Oktober 2011, pasukan hoki lelaki bawah 16 tahun KISAS telah menyertai Kejohanan Hoki Dewan Terbuka UPSI ke-6 2011. Ini merupakan penyertaan kali kedua setelah pertama kali menyertainya pada 2010. Seramai lapan orang pelajar mewakili KISAS, iaitu Ahmad Sobri, Muhd Zhafran, Muhd Zhafri, Muhd Al'Azam, Amir Khirullah, Salman, Muhd

Rafhan dan Ariffin Billah. Kesemua mereka adalah pelajar-pelajar tingkatan empat. Pasukan KISAS dibimbing oleh En. Mohd Azlan bin Abdul Aziz.

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini turut disertai sekolah-sekolah harian biasa, beberapa SBP kluster hoki, sekolah-sekolah sukan negara dan negeri seluruh Malaysia, serta sekolah-sekolah dan kelab-kelab dari negara Thailand dan Indonesia.


KISAS telah berjaya mendapat tempat keempat. Kejayaan KISAS menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik di antara sekolah-sekolah yang mempunyai tradisi hoki yang hebat, adalah merupakan satu kebanggaan. Kejayaan ini diharap akan menjadi landasan dan pembakar semangat kepada para pelajar untuk membawa kejayaan kepada KISAS dalam sukan-sukan lain.


KISAS mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan SBP yang menyertai kejohanan ini, khususnya kepada Sekolah Menengah Sains Johor, kluster hoki, yang berjaya menjadi naib johan.

No comments: